Pernah terjadi desas-desus dan perbicaraan di kalangan para warga emas mengatakan, suatu ketika dahulu; Dharwan di landa pelbagai sekatan ekonomi termasuk kewangan, pengurusan bursa saham dan perdagangan. Di tambah pula dengan Pertikaian Taklukan menyebabkan pemerintah kanan pentadbiran mengambil keputusan nekad dengan mencairkan sumber perbendaharaan negara untuk menghasilkan senjata pemusnah besar-besaran.
Sebuah badan pemerhati khas di tubuhkan untuk mengurus penambahbaikan dan juga kelanjutan kajian untuk mempercepatkan pembinaan senjata yang mereka damba-dambakan. Hasilnya, mereka berjaya melancar beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat. Perkara itu sangat tidak menyenangkan hati Perdana Menteri Falkan kerana mereka satu-satunya negara yang paling dekat dengan Dharwan. Manakan tidak.
Perjanjian Valvan yang terang-terangan mengharamkan Dharwan memperdayakan penyelidikan serta penguasaan senjata-senjata itu di balas dengan pencabulan hingga mereka meminta negara berjiran memulaukan Dharwan dek kepincangan yang makin tidak terkawal lagi. Di sebabkan Falkan terlalu menganggu usaha Dharwan dalam usaha pengkomputeran untuk kemudahan persenjataan, Gerakan Ketidakpuashatian di anjurkan di serata negeri.
Dengan situasi makin tidak dapat di kawal untuk satu jangka masa yang agak panjang, Dharwan terpaksa melepaskan satu dari beberapa Peluru Berpandu Piil yang ada dalam simpanan mereka untuk melenyapkan negara Falkan buat selama-lamanya. Falkan musnah dalam masa semalaman dan jumlah kematian tidak tergambar dengan perkiraan. Tiada siapa yang terselamat.
---
Aku menutup buku sejarah yang aku baca itu sambil menghirup secawan kopi gula perang di sisip dengan beberapa biskut kering di sisiku. Sungguh, peperangan sangat menakutkan tetapi ada sesuatu yang dapat aku pelajari; walaupun di tekan, tetap teguh harungi cabaran dan dugaan yang bertalu melanda. Itu satu hal yang baik.
Di satu sudut ruang temu antara tempat aku berehat kelihatan beberapa orang pemuda mendatangi Putera Raan Kesembilan dan mereka memperkenalkan diri mereka sebagai orang-orang dalam Rangkaian Perisikan Kebangsaan Atalan yang giat memberikan data bebas untuk di akses di serata negara dan benua walaupun hal itu merupakan hal yang penuh kerahsiaan.
Dari nada dan perbincangan mereka semua itu aku dapat mengagakkan yang satu perkara penting di jadikan bualan dan itu akan mengarah ke arah aku. Tanpa banyak bicara, aku diamkan diri lalu memberi perhatian dengan segala apa yang ingin mereka sampaikan kepada Putera Raan Kesembilan. Aku curi-curi dengar dari keberadaan mereka.
"Maafkan kami menganggu pengistirehatan tuanku; kedatangan kami kemari dengan perberitaan yang buruk dan perkhabaran yang baik..." Putera Raan Kesembilan mengangguk kepala. Mereka menyambung semula dengan perberitaan yang buruk. "Dari apa yang kami tahu, Dharwan bukan mempunyai satu; tetapi beberapa buah peluru berpandu Piil dalam simpanan... Termasuk Piil Kelima..."
"Piil Kelima???"
"Ya, tuanku; antara yang terbaru dan merbahaya berbanding yang lain..." Aku ternganga luas bila mendengar pemberitaan sebegitu rupa. Putera Raan Kesembilan meneruskan. "Perkhabaran baik pula???" Mereka saling berpandangan antara satu sama yang lain. "Tuanku, Unit Pemprosesan Bersepadu; Superkomputer Elektromekanikal Siraj hilang dari badan penyelidikan dan persenjataan Dharwan..." Aku membungkam sendiri.
Jika dapat aku cari di mana peranti itu berada; sudah pasti Dharwan akan membuka pintu perbincangan antara aku; Putera Raan dan Odan...
"Berikan kami masa; saya akan berbicara dengan Cik Muda..." Aku tersedar dengan kadar segera bila gelaranku di katakan. "Terima kasih atas perkongsian kalian kepada saya..." Mereka berlalu pergi.
Aku segera mempersiapkan diri bila Putera Raan Kesembilan menghadirkan diri menemui aku secara berdua. Sengaja aku berehat-rehat sambil menghirup kopi gula perang sambil kucicah biskut hingga separa lembut untuk kujamah perlahan-lahan. "Maafkan saya menganggu rehat Cik Muda..." Aku geleng kepala.
"Ada apa-apa nak awak sampaikan??? Saya berhasrat untuk mendengar kesemuanya..."
Putera Raan memulakan bicara denganku tatkala aku menghirup sedikit kopi perang sambil memasang telingaku teliti untuk mendapat sebarang maklumat penting sebagai modal pencarianku terhadap Superkomputer Elektromekanikal Siraj yang hilang itu. "Saya tidak mahu berbincang banyak kerana saya tahu; apa yang Cik Muda mahu..." Tak guna betul, dia tepat menebak hajatku.
"Apa yang akan kita lakukan selepas ini??? Leftenan Mejar Jeneral Erza masih dalam tahanan... Kita tidak ada pilihan lain melainkan untuk mencari semula peranti yang hilang itu..." Ujarku; kepada anak kesayangan Ratu Irian Kelapan. Raan menangguk kepala, memahami apa yang ingin aku sampaikan. "Itu sudah semestinya; kita harus berjudi nasib..."
"Kalau kita mempunyai peranti itu, sudah pasti Dharwan akan berunding dengan kita semua dan pada masa yang sama kita akan menaklukan Odan..." Putera Raan agak tercengang bila aku memberikan penjelasan sebegitu jelas pada dirinya. Dia tidak menyangka aku akan berkata sebegitu rupa. "Kau tahukan Dharwan itu naungan Odan..." Aku mengangguk.
"Apa yang harus kita lakukan ialah; segerakan pencarian terhadap Superkomputer Elektromekanikal Siraj itu dahulu; sebelum kita berunding dengan Dharwan dan mengugut Odan untuk di taklukan!!!" Aku mengutarakan ucapan dengan semangat yang berkobar-kobar. Akhirnya, Putera Raan Kesembilan mengerti apa yang di maksudkan olehku. "Menurut perintah; Cik Muda..." Aku tersenyum dalam keriangan.
---
Di sebuah kem rahsia yang terletak di tengah-tengah hutan rimba, kelihatan beberapa orang berpakaian separa tentera sedang berbincang antara satu sama lain. Nampaknya, butiran dari perbincangan itu kelihatan agak tegang dari kebiasaan. Mereka yang merupakan militia Arthna memperbincangkan topik yang agak penting pada ketika itu. Pencarian di manakah Nera Azarena.
"Sang pengkhianat itu memang licik juga orangnya... Tak aku sangka yang dia berjaya meloloskan diri sedangkan rakan subahatnya yang terperangkap..." Kata salah seorang dari mereka dengan pipinya ada bekas cakaran. "Barangkali, dia cuma jadikan Erza tu sebagai umpan untuk dia lari dari kepungan kita???" Seorang dari mereka bersuara. "Mungkin juga..."
Seorang lelaki dengan badan sasa datang ke tengah khalayak mereka. "Sama ada dia licik atau tidak; aku akan pastikan yang dia akan di tawan! Itu yang aku janjikan!! Akan aku jadikan dia tawan aku!!!" Mereka semua mula bersorak-sorai antara satu sama lain. "Mari kita bertaruh; siapa yang cepat menangkap dia!!!!!"
Mereka bersorak dengan lebih meriah lagi. Taruhan sudah di letak. Nera Azarena akan di buru. Sama ada cepat atau lambat; itu yang mereka semua harapkan. Mereka akan pastikan pengkhianat itu di bawa ke muka pengadilan. Dua tiga orang di kalangan mereka sudah berpakat untuk membahagikan wang taruhan jika mereka berjaya.
"Ingatan pada semua; sama ada hidup atau mati dia, kita akan buru di sampai jumpa!!!" Maka bergempita sorak-sorai sekalian orang yang ada di situ dalam keriuhan suasana. Semua telah membulatkan nekad dan tekad. Nera Azarena akan menjadi taruhan kedua selepas mereka berjaya menawan Leftenan Mejar Jeneral Erza, sahabat sepengkhianat dia.
Bersambung...