Lewat pada waktu toleh tenggala. Setelah sebulat sepakat aku dengan Putera Raan Kesembilan, aku secara bersendirian mula mencari petunjuk dan keberadaan di manakah Superkomputer Unit Pemprosesan Bersepadu Elektromekanikal Siraj berada. Aku cuba meningat kembali segala perician yang Raan khabarkan kepada aku berkenaan dengan peranti mudah alih dan mudah musnah itu.
Pencarian aku bermula di sebuah pasar gelap Zilyan, berdekatan dengan Wilayah Autonomi Nesat; di selatan Dharwan. Ke sana ke sini; aku singgah hampir ke semua kedai elektronik dan gajet untuk mendapat maklumat berkaitan dengan peranti tersebut. Namun malangnya, tiada siapa yang tahu. Dalam diam; aku berbisik di benak hati sanubariku.
Barang yang bagus, sudah pasti akan jadi rebutan ramai... Apatah lagi bila hanya satu-satunya unit yang terakhir tinggal di pasaran...
Aku berehat di sebuah bangku berdekatan sambil menghabiskan Manisan Asina berserta secawan Teh Hetha, cuba mengenangkan sesuatu yang agak penting sewaktu aku merupakan Menteri Pertahanan di bawah portfolio Menteri-Menteri Kanan.
Terasa masa sangat pantas berlalu. Peranti itu pula masih belum di ketemu. Jam digital di tangan kiri menunjukkan jam tepat pada pukul satu. Bayu kini memberitahu aku, lupakan saja niatku itu. Cuma aku saja yang tidak mahu. Akan aku cari peranti itu selagi peranti itu tidak ada dalam genggamanku! Nekadku.
Secara tidak sengaja, mataku terpaku melihat sebuah kedai serbaguna tanpa nama berhampiran dengan Arca Okla. Bagaikan di pukau; aku selamba melangkahkan kaki segera ke sana selepas aku selesai mengasingkan kesemua makanan dan minuman aku ke dalam tong sampah berhampiran bangku tempatku berehat sebentar tadi tanpa ada banyak bicara. Pintunya kubuka.
"Selamat datang cik ke kedai kami yang tak seberapa ini... Ada apa yang boleh kami bantu???" Aku termanggu-manggu di situ. "Saya sedang mencari suatu peranti..."
"Yaraikah, Zafkah???"
"Elektromekanikal Siraj..."
Mereka tergamam. "E-Elektromekanikal Siraj?!"
Tuan kedai dan pembantunya saling berpandangan sesama mereka.
"Kami tiada peranti itu..."
Aku terasa kecewa di situ. Tuan kedai dan pembantunya saling berpadangan sesama sendiri. Lalu memandang tajam ke arah aku. "Cik Muda, mari ke belakang kedai... Kami nak berbincang sedikit dengan Cik tentang apa yang sedang Cik cari..." Aku menurut saja permintaan tuan kedai itu tanpa sebarang bantahan. Sebaik tiba ke belakang kedai, aku terkejut besar.
Superkomputer Unit Pemprosesan Bersepadu Elektromekanikal Siraj ada di depan mata!!! Peranti itu di balut kemas dengan kotak anti-gegar dan anti-hentak. Mata aku bagaikan terpaku melihat gajet itu tanpa berkedip sekalipun. Tuan kedai memerhati aku, lalu bertanya. "Kami tahu yang Cik amat memerlukan peranti ini... Tetapi apakah pertukaran yang kami dapat???"
"Saya akan merdekakan Dharwan dari Odan dan menjadikan Nesat sebagai Zon Pengkomersialan Bebas Cukai!!!" Pembantu dan tuan kedai itu ternganga luas dengan jawapan yang di terima. "Sungguh bercita-cita tinggi Cik... Baik... Saya doakan perjuangan Cik berjaya... Ambillah peranti itu... Ia milik Cik sekarang..." Aku tergamam tanpa kata. Airmataku bercucuran.
"Semangkuk belanga besar air sarbat, sekole cawan penuh saya isikan... Saya pohon izin untuk menjayakan impian saya..." Tuan kedai memberikan senyuman lalu memandang pembantunya. "Sediakan Cik ini beg galas separa lutsinar... Dia harus bergerak segera dari sini..." Pembantu kedai memberi angukkan kepala. Seraya menyediakan aku untuk beredar dari kedai mereka.
---
Sekumpulan orang pengesan berjaya mengesan di mana aku berada. Aku tidak sedar yang aku sedang di ikuti setelah aku keluar dari kedai serbaneka itu. Mereka tidak lain dan tidak bukan merupakan pembunuh upahan dari unit khas Majlis Tentera.
Tuan, sasaran sudah di kesan...
Bagus, bagus... Kalian teruskan pemantauan...
Menurut perintah, tuan...
---
Kegembiraan aku rupanya tidak berkekalan lama. Aku di berhentikan di pertengahan jalan oleh beberapa orang, lengkap bersenjata; sesetengah mereka bersenjatakan senjata api dan senjata berasaskan pedang-pemedangan. "Rena, Sang Penderhaka!!!" Aku memalingkan pandangan dan aku terkejut dengan apa yang aku lihat. "Konrad Irdad?!" Konrad Irdad juga terkejut melihat aku. "Tuan Irdad..."
"Bukankah itu peranti Superkomputer Elektromekanikal Siraj???" Konrad Irdad makin terkejut dengan perkhabaran yang di berikan oleh orang-orang bawahannya. Merasa dia dan orang-orangnya dapat menangkap aku, dia memberikan arahan. "Rampas peranti itu dan hapuskan seteru!!!" Arahan itu di ikuti oleh orang-orang bawahannya. Aku harus mati dan peranti itu harus di miliki.
Belum sempat aku di apa-apakan, tanpa aku menduga; Putera Raan Kesembilan tiba-tiba datang dan meletupkan tujuh bom asap berwarna hitam pekat sepekat langit di waktu malam. Dia menghulurkan tangannya dalam kekalutan itu dan kami terus hilang dari pandangan Konrad Irdad dan orangnya. "Tuan, musuh sudah berjaya melarikan diri!!!"
"Tak guna!!!"
---
"Dungu, sudah berkali hamba beritahu; jangan bertindak melulu..." Aku tunduk malu dengan herdikan lembut Raan. Dia sudah pasti risau dengan keselamatan aku kerana aku sedang di buru. Dengan muka tidak tahu malu, aku membalas semula. "Tapi peranti canggih Dharwan itu berjaya saya miliki..."
"Hamba tidak peduli... A-a-apa??? Benarkah Cik Muda???"
"Tengok orang la, Raan..." Aku berketawa kecil dengan ujaranku itu. "Tiada apa yang mustahil melainkan yang telah di mustahilkan Tuhan..." Putera Raan Kesembilan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia masih lagi sangsi dengan keberhasilan aku dapat menemui peranti yang sangat di cari-cari. "Hamba masih ragu-ragu yang Cik Muda berjaya memilikinya..."
"Ianya tidak masuk akal sama sekali... Sungguh luarbiasa yang Cik Muda sangat bernasib baik..." Aku berketawa ringan seringan Dedaun Naran yang bertebaran. Pada masa yang sama aku cuba mengerti apa yang ingin di maksudkan oleh Raan dan ketawaku itu aku cuba untuk menggurangi sekurang mungkin. "Itu yang membuat aku beruntung..."
Putera Raan tersenyum bila aku memberi ujaran sebegitu dan aku tersengih saja tanpa banyak bicara. "Bagus la kalau begitu... Hamba tumpang gembira bagi pihak Cik Muda..." Raan mula terdiam sebaik saja dia habis berbicara. Dia bagai memikirkan sesuatu. "Pasti kau sedang menanya apakah perancangan kita seterusnya???" Raan Kesembilan memberikan anggukan.
"Perancangan aku jelas, memerdekakan Dharwan dari Odan dengan ugutan dan menjadikan Nesat sebagai Zon Pengkomersialan Bebas Cukai... Bagus bukan??? Ada apa-apa bantahan???" Putera Raan berfikir sejenak. "Kalau Cik Muda punya kemampuan, apa salahnya... Hamba tidak akan membantah walau sedikitpun keputusan Cik Muda..." Balas Raan, sesegera mungkin.
"Kalau begitu..."
"Esok saya akan pergi ke Dharwan untuk berunding dengan para pentadbir tertinggi mereka, bersendirian..." Anak gahara Ratu Irian Kelapan itu menghela nafas yang keras, lalu membalas... "Jika emas bertinta perak; ramai orang yang mahu bergalak... Jika itu yang Cik Muda hendak, hamba tak layak untuk menidak..." Aku tersenyum dengan balasannya.
Bersambung...