下載應用程式
25.8% Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey / Chapter 8: Chapter 7

章節 8: Chapter 7

Sedar tak sedar kini sudah tahun kedua Ryunosuke menempuh pelajaran di Academy WhiteFairy.

Tiada perkara yang manis yang didapatinya selama menjadi pelajar di academy. Prestasinya dalam akademik semakin hari semakin memuaskan tapi tidak dalam latihan amali dan sihir.

Dalam dua bidang itu dia masih dalam posisi yang sama. Posisi seorang pemula. Oleh kerana itu, dia sering dipandang remeh oleh pelajar dan para pengajar kecuali beberapa orang yang mengenalinya secara mendalam. Tapi mereka hanya mendiamkan diri dan menunggu saat kebangkitannya.

Manakala hubungan bersama Aiko masih berjalan seperti biasa. Setiap malam gadis itu akan tidur di biliknya. Hubungan yang dulu dingin kini telah digantikan dengan hubungan yang mesra sama seperti dahulu saat dia masih seorang pelajar Academy FairyTaniah.

Tapi, Ryunosuke sedar, bahawa pandangan dan perlakuan buruk dari orang sekelilingnya turut dipengaruhi dengan hubungannya dengan Aiko. Cukup ketara bagi pelajar lelaki yang sering menghina dan membulinya.

Tapi dia mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan diaorang dan menganggap diaorang hanya angin lalu sahaja.

Dan kini dia melakukan hal yang biasa, menghiraukan bisikan dari orang sekelilingnya dan fokus pada kegiatannya di academy kecuali di bidang latihan amali dan sihir. Dua bidang yang mampu mengemparkan academy, jikalau dia menunjukkan kemampuannya yang sebenarnya.

Kemampuan yang mampu mengalahkan calon ratu di Kingdom White Magic, oleh kerana itu dia dengan sendirinya mengunci kekuatan mananya dan melemahkan fizik nya dengan sengaja.

"Diaorang ni memang tak geti penat ke?

Jaga hal masing-masing jelah!

Sebok nak tahu urusan orang lain!

Macam tak ada kerja lain." Kata Kaito dengan geram lalu menyumbat sandwich daging kedalam mulutnya.

Dia mengunyah makanan itu dengan kasar mengikut hatinya yang membara akibat dari bisikan negatif untuk sahabatnya Ryunosuke.

Tapi dia lihat sahabatnya itu hanya memasang wajah kosong tanpa riak. Seakan dia tidak bermasalah dengan semua hinaan dan cacian yang sering diterimanya sepanjang belajar di academy.

"Tak apa biar saya yang tegur diorang!" Kata Shinji yang ingin bangkit dari bangku nya. Dia pun sedari tadi menahan amarah dalam dirinya bila melihat sahabatnya di leceh kan oleh orang lain tapi niatnya itu di matikan oleh Ryunosuke yang dia lihat cukup tenang.

"Tak perlu. Korang sambung je makan. Kejap lagi nak masuk kelas dah." Kata Ryunosuke pendek lalu kembali menyelesaikan makan tengahari nya tanpa menghiraukan mereka yang sedang rancak menghinanya.

Ya! Biarlah diorang. Nanti berhenti lh kalau dah penat. Lagipun difikir, dia tak rugi apa-apapun. Jadi dia tidak masalah asalkan benda tu tak merugikan dan mengganggu hidupnya yang tenang.

Setelah selesai menghabiskan makanan masing-masing, mereka bertiga pergi meninggalkan kawasan kantin menuju kearah kelas sambil berborak kosong diantara satu sama lain.

Tapi kalau dilihat dari jauh, hanya antara Shinji dan Kaito sahaja yang terlihat sedang bergurau senda. Manakala Ryunosuke hanya mendengar mereka berdua bergelak sakan dan tidak lupa ear fon yang sentiasa menemaninya.

" SHINJI NAKAMURA!" Jerit satu suara yang keras dan serak dari arah kanan. Mereka menoleh ke sumber suara tersebut dan terlibat sekumpulan pelajar yang mengenakan seragam di peringkat atas yang sedang memandang kearah mereka dengan pandangan permusuhan.

"What are you thinking!Don't you want to make friends with other nobles?" Kata suara keras dari salah seorang pelajar lelaki tersebut sambil melangkah mendekati kearah mereka bertiga.

Ryunosuke dan Kaito hanya memandang ke arah sekumpulan pelajar lelaki tersebut dengan pandangan hairan apatah lagi melihat riak wajah Shinji yang berubah suram.

"Kalian berdua pergilah ke kelas dulu! Saya ada urusan peribadi dengan dia. Dan selesai saya akan menyusuli kalian berdua." Kata Shinji kepada Ryunosuke dan Kaito dengan wajah yang selalu tersenyum cuma kali ini senyuman itu nampak sangat dipaksakan.

Kaito mahupun Ryunosuke hanya menganggukkan kepala lalu beredar meninggalkan Shinji bersama mereka. Meskipun sebenarnya mereka ingin tahu akan masalah yang dinyatakan oleh Shinji tapi kerana mereka hormat kepada Shinji. Maka mereka berdua hanya mengikut kehendak Shinji dan menunggu lelaki itu sendiri menceritakan masalahnya pada mereka berdua.

Setiba mereka berdua di pintu masuk kelas, seperti biasa pandangan dan bisikan negatif menjadi makanan harian mereka terutamanya Ryunosuke.

Sehingga dia memiliki gelaran lelaki lemah yang hanya memperalatkan kekuasaan dari seorang gadis bangsawan dengan jerat cinta palsu.

Ryunosuke melangkah kearah mejanya yang terletak di hujung kelas. Lalu dia melentokkan kepala di meja sambil memejamkan kedua matanya sejenak sehingga dia terganggu dengan suara sahabatnya.

"Ishh itu lah kerja kau Ryu! Dah kenyang! Kau akan membuta sepanjang kelas sampai waktu balik.

Yang aku peliknya! Tiap kali ujian kau mesti dapat nombor satu dalam kelas.

Padahal kerja kau dalam kelas asyik buat taik mata je! Kecuali kelas pagi lah. Tu pun dua jam kau dah mula lentok."

Ryunosuke tersenyum kecil sambil memandang kearah Kaito yang sedang membebel kerana sifatnya yang kuat tidur dalam kelas.

Pernah sekali dia kantoi dengan salah seorang guru lelaki yang paling ditakuti oleh seluruh pelajar di academy dengan soalan-soalan yang cukup mampu menjejaskan markah mereka. Bukan itu jugak, ketegasan yang dimiliki oleh guru tersebut sangat ditakuti apatahlagi dengan soalan mematikan dari sang guru.

Tetapi kesemua soalan yang diberikan oleh guru tersebut dapat dijawab dengan tenang oleh Ryunosuke dan semua jawapannya adalah betul dan tepat sehingga membuatkan guru itu kagum dengan kepandaiannya.

"Nak buat macam mana! Aku dilahirkan memiliki otak yang cerdas. Jadi aku harap kau tak jealous lah!" Balas Ryunosuke dengan nada mengejek lalu kembali kepada aktivitinya iaitu tidur sehingga jam pelajaran tamat.

"Cis! Berlagak pulak dia! Aku pun pandai jugak apa!" Balas Kaito yang tidak mahu mengalah sambil memeluk tubuhnya.

"Kalau kau pandai! Kau tak akan ada kat sebelah aku. Ada lagi 2 minggu lagi nak ujian akhir. Belajar rajin-rajin! Nanti tak dapat sekelas dengan aku dan Shinji" Sambung Ryunosuke dengan mata yang sudah terpejam.

Kaito menjeling tajam kearah Ryunosuke yang sudah pun terlena. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia menjerit ditelinga Ryunosuke tapi disebabkan mereka berada di kelas dan dia takut lelaki itu tidak mahu meminjamkan kepandaian dalam mengajarnya.

Jadi dia hanya mencebik kan bibirnya dengan riak masam.

Setelah itu, terlihat sosok Shinji.

"Eh dah tidur!" Tegur Shinji kepada Kaito yang masih dengan riak wajah yang sama.

"Kau dah kenapa Kaito?" Soal Shinji yang hairan melihat wajah masam Kaito apatah lagi jelingan lelaki itu kearah Ryunosuke yang kini telah lena sepenuhnya.

"Dia suruh aku belajar rajin-rajin sebab takut aku tak dapat sekelas dengan Korang tahun depan!" Ngadu Kaito dengan niat mendapat simpati dari Shinji.

"Haha, ya betul tu apa yang Ryunosuke katakan! Kau kene kuat sikit berusaha. Sebab aku dengar ujian kali ini sangat susah. Jadi berusahalah ya!" Kata Shinji dengan tertawa kecil lalu fokus kearah guru yang baru sahaja tiba tanpa menghiraukan sahabatnya yang kini mengajuk.

Sebuah dorongan dari luar pintu telah menimbulkan satu suara yang kuat sehingga membuatkan dua orang pelajar yang berada di ruangan pengawas pelajar menghentikan aktiviti mereka secara mengejut.

Kedua pelajar itu menoleh kearah pintu masuk yang terlihat dua sosok pelajar perempuan yang mengenakan Yuni form yang seakan sama dengan mereka berdua.

"KAKAK!" Suara gadis yang dihadapan pintu dengan keras lalu melangkah kearah sosok yang dipanggil kakak.

Manakala rakannya di belakang memberi hormat terlebih dahulu kepada sosok yang sedang duduk di meja utama.

"Selamat petang dan maaf mengganggu waktu bekerja anda Tuan Puteri Aiko-Sama" katanya dengan sopan. Lalu melangkah mendekati kearah Aiko dengan perlahan, setelah diberi keizinan dari taun badan.

"KAKAK APA YANG KAU SEDANG BUAT HAH!" kata gadis pertama yang memanggil Aiko dengan gelaran kakak sambil menghentakkan kedua tangan di atas meja.

Aiko memandang kearah gadis itu dengan pandangan tajam, dia sedikit geram dengan sikap adik bongsunya yang sedikit tidak bermoral.

"Adakah ini cara seorang puteri bangsawan kerajaan White Magic dalam bersapa dengan orang lain? Apatah lagi seseorang yang lebih tua dari kamu?" Soal Aiko dengan tegas dan aura kepemimpinan yang sangat kuat sehingga gadis manis dihadapannya sedikit bergetar ketakutan.

"Ma...maaf!" Kata gadis itu dengan nada yang perlahan dan sedikit menunduk kebawah. Dia takut mahu bertentangan mata dengan Aiko yang kini sedang menahan marah.

" Next time please keep your attitude and remember that you are from the royal family! So take care of the good name of our royal family Auni" kata Aiko dengan tegas dan tatapan yang mendalam kearah Auni yang hanya menundukkan kepalanya ke bawah.

Auni menggigit bibirnya geram lalu membalas kata-kata Aiko dengan nada perlahan tanpa memandang kearah wajah Aiko yang sangat menakutkan.

"You are good at giving advice!

But you yourself don't realize that you are doing the same thing!"

Kedua kening Aiko terangkat bile mendengar kata-kata dari adiknya yang sedikit berani tapi tidak berani memandang kearah wajahnya. Satu senyuman kecil mula hadir di wajah nya, lalu dia bangkit dan mendekati kearah adiknya yang sedang berdiri dihadapannya.

Aiko mendongakkan wajah adiknya dengan jari telunjuknya dan dia lihat jelas riak adiknya yang sedikit menahan ketakutan. Aiko masih tersenyum kearah Auni lalu bersuara dengan nada yang perlahan tapi sedikit ditekankan.

"What do you mean?

I do the same thing you say?

Try to explain to me!

What did your sister do until you said that I did the same thing!

One more thing!

Look in my eyes now!

You know what kind of behavior your sister has!"

Auni mahupun dua sosok yang lain yang turut bersama mereka di dalam bilik turut merasakan aura yang kuat dari Aiko yang kini telah dilanda emosi.

" Mustahil kau tak tahu!

Padahal dah kecoh satu academy yang kau ada scandal dengan orang rendahan yang tak tahu menggunakan sihir dan lemah dalam seni mempertahankan diri!" Kata Aini dengan tegas dan cuba memberanikan diri untuk memandang kearah Aiko.

Aiko terdiam seketika dan melepaskan dagu adiknya lalu kembali menduduki kerusinya sambil bersandar. Riaknya masih seperti tadi.

Aiko memejamkan matanya sejenak agar dapat mengawal emosinya yang sedari tadi tidak stabil. Dia pening dengan segala masalah yang timbul di istana dan kini masalah yang baru sahaja dia ketahui tentang kekasih hatinya yang kini sedang digosipkan dengannya.

Gosip yang mampu membuatkan mood Aiko kelautan dalam. Lagi dia sakit kepala bila lelaki itu sendiri tidak memberi tahu kepadanya tentang hal-hal yang mampu memburukkan nama keduanya.

Tapi yang dia sering dengar dari mulut lelaki itu bahawa hidupnya berjalan dengan baik tanpa ada sebarang masalah.

"Aiko-Sama baik awak tidak memikirkan masalah ini!" Bisik Mieko di telinganya agar percakapannya tidak dengari oleh dua insan yang berada di ruangan yang sama dengan mereka.

"Dia tak cakap pape pun pada saya Mieko!" Bisik Aiko dengan nada yang sedih. Hatinya sedih bila mengetahui masalah tersebut dari mulut orang lain dan bukannya secara langsung dari kekasihnya yang sering kali bersama setiap malam.

"Mungkin bagi dia benda tu hanya masalah kecil! Atau dia tidak mahu beban kan awak Ai!" Bisik Meiko kembali yang cuba menenangkan sahabatnya yang kini kula terlihat lesu.

"Nanti malam kau berbincanglah dengan dia tapi jangan paksa dia kalau dia tanak bagi tahu. Mungkin ada sebab tersendiri. Bersikap dewasa lah Aiko" bisik Mieko lalu kembali berdiri dengan tegak kearah dua insan yang kini berpandangan antaranya dan Aiko.

" Pasal khabar angin tersebut, benda tu hanya sekadar khabar angin. Awak sendiri tahu yang Puteri Mahkota masih berstatus tunangan orang! Jadi benda itu hanya lah khabar angin sahaja." Kata Mieko dengan nada yang tegas sambil memandang kearah mereka berdua yang hanya mendiamkan diri.

Selang beberapa minit, rakan yang mengikuti Aini mula bersuara dengan perlahan dan sopan miskin pun sedikit menyindir.

"Maaf kalau saya bersikap biadap!

Tapi calon suami Aiko-sama telah pun terkorban bersama anggota keluarganya pada 15 tahun yang lalu.

Kemungkinan untuk kita menghapuskan khabar angin tersebut sangat lah susah apatahlagi ada segelintir pelajar yang melihat kemesraan Aiko-Sama bersama dengan pelajar lelaki yang dikatakan"

Aiko mengepalkan kedua tangannya dengan emosi marah bila mendengar kata-kata kematian tentang kekasihnya, padahal kekasihnya itu masih hidup dan sihat walafiat.

Manakala Mieko hanya tersenyum lalu kembali bersuara sebagai wakil dari Aiko yang kini sedang menahan amarah.

"Tapi itu hanyalah khabar angin sahaja! Kita tak pasti samada putera pertama Nishimura masih hidup ataupun tidak!

Malah anggota magic seluruh Kingdom sendiri tidak membenarkan akan khabar angin yang tersebar dengan alasan mereka tidak menjumpai mayatnya.

Jadi kita boleh simpulkan bahawa putera mahkota masih hidup diluar sana atau sebenarnya dia dilindungi oleh pihak yang berwajib.

Jadi saya harap awak boleh menggunakan alasan tersebut untuk menutup khabar angin tersebut.

Oh dan satu hal! Saya perlu ingatkan kepada kalian berdua.

Wajah ketiga anggota keluarganya Nishimura selain Raja dan ratu Rull Magic tidak pernah didedahkan secara umum.

Wajah mereka hanya diketahui oleh beberapa orang yang tertentu sahaja!

Betul kan Aiko-Sama?" Kata Mieko dengan penjelasan yang cukup jelas dan tenang.

"Betul. Dan saya perlu ingatkan pada kalian dan jugak pada anggota yang lain. Jangan sesekali memandang seseorang itu secara luaran sahaja. Kerana kita tak tahu bagaimana dalaman orang tersebut. Jadi saya harap para anggota yang lain tidak melakukan kesalahan yang sangat tidak wajar terutamanya pada kalian berdua." Sambung Aiko dengan tegas sama seperti Meiko.

"Kembali lah ke kelas masing-masing. Dan kamu Nanami tolong saya uruskan masalah ini dengan baik! Saya tanak masalah seperti ini berpanjangan sehingga mampu merosakkan prestasi pelajar" pesan Aiko sebelum kedua gadis itu meminta diri untuk pergi meninggalkan biliknya yang hanya tersisa Meiko yang sedari tadi setia berdiri disamping nya.

"Bukan aku dah pesan pada kau! Jumpa pada waktu malam sahaja.

Yang kau pergi curi-curi jumpa dia kenapa? Kang aku dah kata sebelum ni. Berhati-hati jangan sampai timbul isu.

Aku risau berita ini akan sampai kepada tuanku dan permaisuri.

Aku tak tahu lah apa yang akan jadi." Keluh Meiko sambil menggelengkan kepalanya lalu memandang kearah sahabatnya yang jauh termenung.

Aiko hanya memasang telinga tanpa niat untuk membahas. Hatinya sedikit kecewa dengan kekasihnya. Dia kecik hati bile pemuda itu tidak mahu berkongsi masalah dengannya.

Padahal mereka telah pun kembali bersama malah hubungan mereka kembali hangat sama seperti dulu cuma tidak terbuka seperti dulu.

"Aku sakit kepala! Aku nak balik asrama sekarang. Kau selesai kwn lah apa yang patut!" Ucap Aiko setelah itu hilang sekelip mata tanpa sempat di cergah oleh Mieko.

Mieko menghembuskan nafasnya kasar bila melihat sikap Aiko yang suka lari dari masalah padahal masalah itu datang dari dirinya sendiri.

" Nampaknya balik lewat lagi! Nasib aku tak bercinta."

"Bye Ryu"

"Bye Ryunosuke "

Kata Shinji dan Kaito secara serentak sambil melambaikan tangan kepada Ryunosuke, setelah mereka tiba lobi asrama.

"Bye korang! Jumpa hari Isnin ni." Balas Ryunosuke lalu melangkah kearah biliknya yang terletak sedikit jauh dari pintu utama.

Setelah berada di tingkat 5, Ryunosuke mengeluarkan kunci biliknya tapi niatnya terbantut bila pintu biliknya telah dibuka dari dalam.

Jelah di pandangan matanya sosok Aiko yang mengenakan pakaian tidur yang seperti biasa mampu menggugat keimanannya.

Tapi bukan itu masalahnya, yang jadi masalahnya gadis itu baru sahaja menangis dan dia bingung dengan mood gadis itu yang makin hari makin berubah.

'Datang bulan ke!' bisik Ryunosuke dan lagi membuatnya yakin bila melihat gadis itu kembali kedalam tanpa mengajak dirinya seperti biasa.

'Sah lah tu datang bulan! Adoiii aku dah le tak ada beli pape! Kenapa ek! Setiap kali datang bulan mesti mood diaorang pun ke laut!'

Ryunosuke dengan langkah yang perlahan memasuki kedalam biliknya lalu menutup dan tidak lupa untuk kunci dari dalam.

Dengan nafas yang mula teratur dia melangkah mendekati kearah Aiko yang sedang duduk sambil memeluk lututnya di sofa.

Ryunosuke mengambil duduk di sebelah Aiko lalu mencapai remote control. Dia menekan saluran berita. Sesekali dia mencuri pandang kearah Aiko yang masih dengan posisinya.

"Pergi lah mandi! Busuk." Kata Aiko dengan dingin tanpa menoleh kearah Ryunosuke yang sedari tadi menunggu nada bicaranya.

Tak nak mencari masalah lain, Ryunosuke hanya menurut kemahuan Aiko. Setelah itu dia kembali duduk di sebelah Aiko dengan mengenakan pakaian tidur yang sama warna dengan milik Aiko.

Dia sengaja memilih warna yang sama dengan Aiko agar gadis itu sedikit melembutkan hatinya. Tapi nampaknya hati kekasihnya begitu keras.

"Awak tak nak bagi tahu saya pape ke?" Soal Aiko dengan nada yang sama tanpa memandang kearah Ryunosuke yang kini mengerutkan kening.

"Tak ada apa rasanya!" Balas Ryunosuke dengan pandangan hairan, lagi menghairankan dengan sikap dingin Aiko yang jarang terjadi. Kecuali kalau gadis itu geram dan marah padanya.

"Saya ada buat silap ke?" Tanya Ryunosuke dengan berani.

Sekuat apa pun dia, dia tetap kalah dengan amukan dan merajuk dari Aiko. Dia bagaikan hilang arah kalau sikap Aiko berubah dingin seperti sekarang.

"you think!" Kata Aiko yang kini memandang kearah Ryunosuke dengan dingin.

Ryunosuke meneguk ludah dengan kasar. Bulu romanya sedikit naik bila melihat pandangan tajam yang dilontarkan oleh Aiko.

"Saya dengar dari pelajar lain pasal kita! Diaorang anggap yang awak tu.."

"Hanya mengambil kesempatan!

Tak ikhlas! Tak sedar diri!

Tu ke sebab awak tak ada mood!" Potong Ryunosuke dengan cepat.

Satu senyuman kecil hadir di wajah Ryunosuke bila gadisnya menganggukkan kepalanya. Dia mengusap kepala Aiko dengan sayang lalu mencium dahi itu dengan penuh kasih sayang.

"Tak payah pikirkan! Lantak lah diaorang. Bukan diaorang tahu pun perkara sebenar. Tak perlu nak peningkan kepala dengan benda-benda yang bukan hal besar" sambung Ryunosuke yang kini memandang kearah screen television.

Sekejap muka serius sekejap dia tayang muka tersengih bila matanya khusyuk melihat tayangan jenaka yang sering menjadi pilihannya.

Manakala Aiko hanya memandang kearah Ryunosuke yang langsung tiada perasaan sedih atau sebaliknya, malah wajah itu sentiasa tenang walaupun dia tahu pemuda disebelah nya itu menerima banyak dugaan.

"Tapi saya girlfriend awak... status saya pun dah upgrade ke tunang awak. Tunggu masa nak ke tahap akhir je! Saya rasa kecewa bila awak tak ada benda nk luahkan pada saya." Kata Aiko yang kini membuat muka murung dan nada bicaranya mula rendah.

Ryunosuke menoleh kearah Aiko dengan kening terangkat. Dia bingung dengan spesies pompuan ini! Diaorang suka pikir-pikir yang negatif. Bila lah kaum wanita ini akan fikir positif!

"Bukan tak nak luah,cuma! Masalah ni tak berat mana.

Saya pun tak ambik kisah.

Biarlah diaorang nak berkata buruk pasal saya.

Mulut orang mana lah saya boleh tutup." Balas Ryunosuke lalu kembali fokus kearah screen television.

Kalau tadi dia tersengih tapi kali ini dia berdekah-dekah ketawa bila melihat aksi yang mampu mencuri hatinya.

Manakala Aiko, mula merasa geram bila pemuda itu tidak fokus kepadanya tapi lebih fokus ke arah televisyen. Padahal sedari tadi dia cuba mengambil perhatian dari pemuda itu. Tapi apa kah daya. Lelaki memang lambat nak tangkap apa yang pompuan nak!

Kerana geram, Aiko lantas mengambil remote control di meja kopi. Tanpa perasaan, Aiko mematikan televisyen dengan sekali tekan lalu memandang kearah Ryunosuke dengan pandangan membunuh.

Ryunosuke terpinga-pinga bila gadisnya secara tiba-tiba mematikan saluran yang sering mereka tonton bersama.

Bila dia terpandang renungan Aiko, secara tiba-tiba bulu romanya naik. 'Erk! Apa salah aku kali ni?'

"Kalau saya cakap tu PANDANG MUKA SAYA bukan PANDANGAN DEKAT TEMPAT LAIN!!" Jerkah Aiko sekali pakej pandangan membunuhnya.

"Erk! Baiklah. Maaf." Ryunosuke terpaksa mengalah dan fokus kearah wajah Aiko yang terlihat merah seakan buah tomato.

"Awak tahu tak saya sedih! Cemburu dengan pasangan lain! Kita ni macam tak direstui!" Kata Aiko dengan penuh emosi.

"Err! Tapi bukan ayah dan bonda awak restu hubungan kita! Kenapa aw...maaf teruskan." Tidak berani dia mahu meneruskan ayatnya bile dihadiahkan jelingan maut dari sang pujaan hati.

Kita sebagai kaum lelaki terpaksa lah mengaku kalah dan sentiasa mangaku salah! Walaupun benda tu kau rasa tak penting mahupun kau tak pernah buat.

Tapi kerana satu sifat pompuan yang tidak kenal erti salah. Jadi nak tak nak , kaum lelaki kene lah mengalah. Itu pun kalau kau tanak berlaku perang dunia ke tiga lah.

"Kita di ibaratkan pasangan kekasih yang tak direstui tahu tak dan..." Begitulah masa yang berlalu dengan mendengar segala rintihan Aiko tentang hubungan mereka yang dijalani secara rahsia.

Ryunosuke dengan pasrah hanya menadah telinga dan menerima segala pukulan kecil dari gadisnya tanpa mengeluh sekalipun. Walaupun ada diantara pukulan itu cukup terasa kuat tapi kerana sayang dia tetap menahannya.

Selama 2 jam lebih Aiko membebel dan akhirnya dia berhenti lalu merebahkan badannya ke dalam pelukan Ryunosuke.

Dia memeluk tubuh Ryunosuke dengan erat dan sesekali menggesek kan wajahnya di dada Ryunosuke sambil menghirup bauan pemuda itu yang cukup maskulin.

Bauan yang menjadi kegemarannya sejak dulu hingga kini.

Ryunosuke tersenyum sambil menyambut pelukan tersebut dan membiarkan kekasihnya tenang di dalam dakapannya. Setelah memberi masa yang cukup lama, baru lah dia kembali bersuara sambil menundukkan kepalanya.

Kedua tangannya memegang wajah gadisnya yang masih muncung. Dia menarik kedua pipi Aiko keatas sehingga terbentuklah satu senyuman.

"Senyum macam ni kan cantik! Ni muncung itik dari tadi. Tak cantik tau!" Pujuk Ryunosuke dan menghadiahkan senyuman menggoda kepada Aiko.

Perwatakannya yang seperti sekarang hanya di pamerkan pada Aiko sahaja di hadapan orang dia hanya bersikap dingin dan jarang tersenyum mahupun ketawa.

Sehingga dia mendapat gelaran kutuk utara. Sikapnya yang sedingin Ace dan tidak lupa dengan sikap yang anti sosial, membuatkan dirinya susah untuk didekati oleh orang lain.

Bukan begitu sahaja, sikapnya yang tidak mahu ambik tahu tentang sesuatu dan hanya fokus dengan tujuan hidupnya.

Itulah kenapa dia tidak ambik tahu tentang gosip-gosip yang sedang panas dibualkan di academy. Baginya tujuan dia datang ke academy untuk belajar walaupun dia belajar benda yang sama berulang.

Tapi Kerana keinginan ibu angkatnya untuk melihat dia lulus di academy, maka dengan tanpa daya dia mengikut kehendak wanita tersebut sekaligus dia membalas jasa pengorbanan wanita itu dalam menjaga dia dan adiknya.

Malah wanita itu menjadi mereka berdua beradik sebagai anggota keluarga tanpa menyiasat terlebih dahulu latar belakang keluarganya.

"Saya datang sini sebab nak belajar! Bukan nak enjoy ke apa.

Lagipun awak pun tahu kan saya macam mana? Benda kecik macam ni tak akan mampu menarik perhatian saya.

Dah jangan nak fikirkan benda ni lagi. Baik awak fokus dengan kerja awak.

Nanti diaorang senyap lah tu bila dah penat buat fitnah." Sambung Ryunosuke lalu mengangkat tubuh Aiko secara koala sehingga gadis itu terjerit kecil.

"Jangan nak fikir kotor! Dah malam! Jom tidur esok nak bangun pagi." Kata Ryunosuke dengan muka kosong lalu melangkah kearah katil bersama Aiko yang dalam dukungan nya.

"Saya ready je nak buat malam pertama " kata Aiko dengan nada merajuk setelah merasakan tubuhnya selamat landed di atas katil.

"Auc! Sakit!!!" Manja Aiko sambil menggosok dahinya yang pedih akibat jentikan dari jari milik Ryunosuke.

"Tu hukuman awak! Suka sangat pikir kotor.

Kalau nak sangat, tunggu dah rasmi baru boleh rasa malam pertama.

Dah jangan banyak bunyi tidur sekarang!

Kalau tak nak rasa kene jentik lagi!" Ugut Ryunosuke yang kini telah mengambil tempat di sebelah Aiko yang dia lihat sedang menahan geram padanya.

"Yelah-Yelah! Tapi saya nak peluk!" Akhirnya Aiko mengalah dan seperti biasa dia mahu tidur dalam dakapan Ryunosuke.

Dia cukup selesa tidur dalam dakapan pemuda itu seakan pelukan itu merupakan ubat yang berkesan untuk dia tidur dengan lena.

"Hem" Ryunosuke menggangkat tangan kanannya, yang memberi tanda pada Aiko untuk baring di lengannya. Aiko tersenyum ceria lalu merebahkan badannya di sebelah Ryunosuke dengan bersandarkan lengan milik Ryunosuke.

Tubuh milik Ryunosuke tidak lepas dari menjadi mangsa pelukannya. Dia mengatur posisinya sehingga lah dia berasa selesa.

Selang beberapa saat Aiko telah pun ke alam mimpi dengan ditemani oleh Ryunosuke setelah mengucup dahinya.

_2 Bulan Kemudian_

Buk!

Tubuh Ryunosuke di dorong secara kasar kearah dinding yang terletak di belakang academy. Tempat yang jarang di kunjungi oleh para pelajar dan para guru.

Malah tubuhnya dihadang dengan sebuah tangan sehingga tubuhnya dikunci. Apatah lagi di dua sisi kiri dan kanan terdapat 3 orang pelajar yang menggunakan Yuni form biru putih.

Anak matanya dapat menangkap dua sosok pelajar lelaki yang berlainan Yuni form dengan 3 orang pelajar lelaki yang berada di sekitarnya.

Melalui pandangan matanya, kedua pemuda itu menggunakan Yuni form berwarna putih keemasan seakan Yuni form milik Aiko. Cuma dia dapat bezakan pakaian milik kekasihnya memiliki lencana di bahu kanannya yang menjadi lambang seorang anggota kerajaan.

Dia dapat rasakan, perkara ini mesti ada kaitan dengan gosip-gosip yang sedar tersebar sekarang. Tapi itu hanya tekaannya sahaja.

"Ryunosuke Hishimura! Pelajar tahun 1 kelas A. Aku tak sangka yang kau ni memang memiliki tubuh yang cukup lemah." Suara salah seorang dari mereka berdua dengan pandangan sinis.

Niat ingin membuat Ryunosuke marah tapi sebaliknya mereka yang emosi bila menghadapi sikap tenang milik Ryunosuke dan tidak lupa pandangan matanya yang dingin.

Mereka berdua agak tergugat melihat renungan tersebut tetapi bila diaorang tidak merasa aliran sihir jadi diaorang mengabaikan renungan tersebut dan kembali kepada niat mereka.

"Apa yang korang nak dari aku?" Kata Ryunosuke dengan nada dingin dan tidak bersahabat. Dia yakin kelima pelajar di hadapannya itu tidak memiliki niat baik padanya.

Apatah lagi cara mereka yang telah mencabar dirinya. Ikut kan hati marahnya dah lama kelima pelajar ni dia bagi rehat yang cukup panjang dekat hospital dengan pakej makan free.

"Apa hubungan kau dengan Aiko-Sama!" Kata seorang pelajar yang berpakaian emas putih tersebut dengan pandangan tajam. Ryunosuke seakan mengenali pemuda itu. Tidak silap lelaki ini lah yang mempunyai urusan peribadi dengan sahabatnya Shinji.

Muka diaorang pun seakan seiras! Mungkin adik beradik kut.

"Lagi satu! Apa yang kau nak dekat adik aku Shinji! Kau jangan nak pergunakan dia untuk kepentingan kau!" Katanya dengan nada yang tinggi dan sombong. Malah tanpa beradap jari tengahnya menunjuk ke dahi Ryunosuke.

Ryunosuke semakin menahan emosi, sepanjang hidupnya tidak ada siapa pun yang berani menaik tangan ke wajahnya apatah lagi dari orang yang bawah dari darjat nya.

Dengan geram, Ryunosuke menepis jari itu dengan pandangan yang kian tajam.

"Mana pergi adap korang! Buat malu golongan bangsawan bila ada penerus yang buruk perangai macam Korang!" Kata Ryunosuke dengan menyindir.

Kelima pelajar tersebut mengeram marah lalu ada diantara mereka yang telah mengayunkan pukulan ke wajah Ryunosuke tanpa sempat dia mengelak.

Pukulan yang sedikit kuat membuatkan tubuh Ryunosuke jatuh ke samping pelajar yang kini sedang bergelak sakan bila melihat tubuhnya jatuh terduduk di atas tanah.

Ryunosuke mengelap bibirnya yang sedikit berdarah dengan perasaan yang kian membara. Baru sahaja dia ingin bersuara, kedengaran satu suara yang kuat dan tegas dari arah belakang.

Kelima pelajar termasuk dirinya menoleh kearah sumber suara tersebut dan mereka dapat melihat satu sosok wanita yang uniform academy berwarna emas putih dan ada tanda pengawas di sisi lengan kirinya.

Ketiga pelajar yang baju berwarna biru putih terus cuak melihat sosok tersebut, manakala untuk dua pelajar yang lain hanya menatap datar kearah sosok yang mula menghampiri mereka.

"APA YANG KORANG BUAT NI!" Jerkah suara itu dengan cukup tegas.

Mereka hanya diam tanpa mengeluarkan satu suara pun termasuklah Ryunosuke yang memiliki mendiamkan diri. Kalau dia membela dirinya sudah tentu tidak akan dipercayai. Silap-silap dia yang kene balik. Baik diam sebelum datang lagi masalah.

" Dan korang berdua! Korang tu pengawas academy tapi korang balik join sekali buli pelajar tahun 2! Tugas korang jaga kebajikan pelajar bukan buat masalah!" Katanya sambil bercekak pinggang.

"Kau boleh tak jangan masuk campur urusan kitaorang! Budak ni dah buat hal dengan aku!" Kata pelajar yang dia pasti mempunyai urusan dengan sahabatnya. Cuma yang pelik kenapa lelaki itu mengatakan bahawa dia telah membawa masalah kepada lelaki itu.

Padahal kenal pun tak! Ni merupakan perjumpaan mereka yang kedua, malah nama pun dia tak tahu. Celah mana dia buat hal dengan budak ni pun dia tak tahu. Betul-betul pelik pelajar Academy WhiteFairy ni!

"Aku tak faham! Kenal kau pun tak! Ni kau kata aku ada buat hal ngan kau? Serius! It's not funny okey!" Bangkang Ryunosuke dengan nada yang ditahan.

"Saya tak soal awak! Jadi tolong diam." Kata gadis itu dengan tegas lalu kembali memandang kearah lelaki itu yang kini sedang tersenyum mengejek ke arahnya.

"Apa senyum-senyum! Saya serius Shinichi." Kata gadis itu kembali dengan nada yang tinggi.

Bukannya takut, justeru lelaki yang bernama Shinichi hanya tertawa besar lalu menuju kearah Ryunosuke dengan pandangan bermusuhan.

"That man is deliberately looking for trouble with me!

So is it my fault if I want to solve the problem that useless man did?

Tell me!

Is my action wrong Nanami?" Soal Shinichi dengan senyum sinisnya.

"Masalah apa yang aku buat pada kau? Aku tak faham. Rasanya aku tak ada cari hal dengan sesiapa! Sebaliknya orang yang cari hal dengan aku!" Kerana geram Ryunosuke akhirnya terlepas emosi tapi niat membunuhnya masih dapat di tahannya. Walaupun hatinya betul-betul hampir ke batas.

"Orang dah buat silap! Mana nak mengaku." Balas Shinichi dengan nada yang tinggi dan tidak lupa dengan lagaknya yang sombong memang kearah Ryunosuke yang disangkakan orang rendahan.

Manakala Nanami hanya mendiamkan diri dan cuba membaca situasi dan jalan penyelesaiannya. Melihat sikap Nanami yang hanya mendiamkan diri membuatkan Shinichi geram lalu kembali bersuara dengan tegas.

"Bukan ke Aiko-Sama mintak kita uruskan masalah ini! Jadi anggap lah apa yang aku buat ni adalah arahan dari Aiko-Sama " kata Shinichi dengan bersahaja tanpa mengenal erti takut.

Dia yakin tindakan yang telah dilakukan pasti mengembirakan hati pujaan hatinya dan pasti gadis itu akan mula memberi perhatian padanya.

"Tapi bukan ini caranya Shinichi! Aiko-Sama kalau tahu ni pasti dia akan marah!" Kata Nanami dengan sedikit kesal kepada Shinichi yang suka membuat sesuatu tindakan yang boleh merugikan dirinya sendiri dan orang lain.

"Hei! Aku yakin lah dia tak akan marah." Percaya Shinichi dengan senyuman bangganya. Lantas mindanya terbayang akan agenda di mana dia akan mendapat pujian dari Aiko.

Ryunosuke meluat bila melihat sikap sombong Shinichi, kini dia mula faham. Rupanya budak lelaki itu merupakan salah satu peminat Aiko. Tapi tengok gaya macam terlalu over pun ada.

"Ahhh!! Mesti kau tak tahu kan. Meh sini aku bagi tahu kau budak tak sedar diri. Aku ni Shinichi anak sulung dari keluarga bangsawan yang cukup terkenal di sini. Dan jugak aku ni merupakan calon suami bagi Aiko-Sama!" Kata Shinichi dengan sombong dan yakin.

Ryunosuke tersenyum sumbing, dia cuba menahan gelaknya bila mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Shinichi dengan begitu yakin. Padahal colan suami sebenarnya ada didepan lelaki itu. Tapi dia boleh terlalu yakin dengan pemikirannya.

Dia tidak boleh bayang kan andai satu hari pemuda itu tahu akan latar belakangnya yang cukup berpengaruh. Mungkin lelaki itu akan menangis darah bila melihat acara pernikahan dia bersama Aiko di masa akan datang.

Bukan Ryunosuke yang menatap Shinichi dengan pandangan jengkel, Nanami pun turut memandang jengkel kearah Shinichi yang terkenal dengan sikap, percaya dia dan sombongnya itu.

"Sudah lah kau! Baik kau pergi cari Mieko-san. Dari tadi dia cari kau. Ada benda yang di nak kau buat." Kata Nanami lalu membawa Ryunosuke ke bilik kesihatan untuk mendapatkan rawatan.

Setiba mereka berdua tiba di bilik kesihatan, mereka disambut oleh Aiko yang sedang berbual bersama guru yang ditugaskan di bilik kesihatan.

Aiko terkejut bila melihat kedatangan Nanami bersama Ryunosuke ke bilik rawatan. Pada mulanya dia fikir lain tapi bile melihat keadaan wajah Ryunosuke yang sedikit lembam dan berdarah, dia terus merasa cemas.

Secara tak sedar dia telah mendekati kearah Ryunosuke dan sikap perhatiannya muncul tanpa dia sedari. Dia lupa seketika tentang keberadaan orang lain di dalam ruangan yang sama.

"Wajah awak kenapa Ryu?" Kata Aiko dengan cemas lalu mengusap kesan luka di wajah Ryunosuke yang sedikit mengelakkan dari sentuhannya.

"Sorry kalau sakit! Mari saya sapu kan ubat." Tangan kiri Ryunosuke dan secara paksa dia menyuruh lelaki itu duduk di salah satu bilik yang berada situ.

Segala tindakannya itu diperhatikan oleh kedua insan yang turut sama berada di ruangan yang sama. Seakan kewujudan mereka tidak di sedari oleh Aiko yang kini mula sebok mengubati luka di wajah Ryunosuke yang hanya pasrah di mata mereka.

"Aiko" tegur guru wanita setelah lama mendiamkan diri. Dia mendekati kearah Aiko yang telah selesai mengubati luka kecil di wajah milik salah satu pelajar baru tahun 1.

"Eh! Sakura-Sensei." Aiko tergamam. Dia baru sedar, bahawa di ruangan kesihatan bukan hanya dia dan Ryunosuke sahaja tetapi terdapat jugak Sakura Sensei dan salah satu rakannya Nanami.

Aiko menoleh kearah Ryunosuke yang hanya menatapnya datar. Dia mula sedar mengapa pemuda di hadapannya langsung tidak mengeluarkan suara malah sentuhan yang dilakukan pada wajah pemuda itu ditolak secara halus tanpa Aiko sedar maksudnya.

"Dah selesai ke!" Soal Sakura yang tersenyum manis kearah mereka yang kini mula terlihat salah tingkah dan malu-malu kucing.

Sakura dapat merasakan, kedua pelajar di hadapannya mempunyai hubungan yang di rahsiakan. Tapi dia akan membuat seakan tidak tahu, kerana berfikir mungkin mereka mempunyai sebab tertentu tak pun dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

'Ah! Indahnya zaman remaja.' Sakura tersenyum lalu duduk di samping katil yang terdapat satu kerusi. Dia mula melaksanakan tugasnya sebagai seorang guru kesihatan.

Setelah selesai, dia menatap kearah Ryunosuke yang menatap kearah pintu masuk sedari tadi. Dia sedar remaja itu melarikan pandangan matanya dan tidak ingin menatap secara langsung dengannya.

"Kamu kene buli lagi ya Ryunosuke!" Soal Sakura tenang kepada Ryunosuke.

Sakura tetap tersenyum walaupun tiada sebarang balasan dari Ryunosuke yang setia memandang kearah pintu masuk.

"**R.Y.U.N.O.S.U.K.E. H.I.S.H.I.M.UR.A!** Satu persatu nama remaja itu dieja dengan nada yang ditekankan dan kini aura ganas mula terasa di setiap sudut bilik kesihatan.

Nanami, Aiko mahupun Ryunosuke dapat merasakan aura itu dan mula mengedit ngeri bila melihat senyuman membunuh milik Sakura yang terkenal dengan kecantikan dan kesopanan. Guru itu jugak terkenal dengan aura ganas bila dia merasakan amarah yang melebihi.

Al maklumlah, Sakura Sakamaki merupakan salah seorang perajurit kesihatan dari kerajaan White Magic, setelah 10 tahun berkhidmat.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bersara dan berkhidmat di Academy WhiteFairy sebagai guru kesihatan.

"Sa...saya jatuh tangga sensei!" Kata Ryunosuke gugup dan sedaya upaya melarikan pandangannya dari dua makhluk yang sangat menyeramkan.

Sakura dan Aiko tidak percaya dengan alasan yang dilontarkan oleh Ryunosuke. Manakala di pihak Nanami, gadis itu agak terkejut dengan alasan yang Ryunosuke bagi.

Dia pikirkan, remaja itu akan jujur dan mungkin menambah cite sehingga mendapat perhatian dari mereka bertiga terutama pada Sakura-Sensei dan jugak Aiko-Sama.

"Haiss...kamu fikir saya akan percaya alasan yang kamu bagi Ryunosuke.

Tiap kali kamu datang kesini dan mendapat luka yang sama. Kamu selalu guna alasan **J.A.T.U.H**

Tapi untuk kali ini! Saya tak percaya. Saya nak kamu jujur sape yang telah buli kamu RYUNOSUKE HISHIMURA!" kata Sakura dengan tegas kepada remaja lelaki yang hanya tersengih.

Aiko dan Nanami terkejut bila mendengar penerangan dari Sakura tentang kebiasaan Ryunosuke yang sering berkunjung ke bilik kesihatan. Tapi membuatkan dia tidak faham mengapa Ryunosuke tidak melaporkan tentang kes pembulian yang dialaminya pada ahli persatuan pelajar.

Padahal, setiap pelajar di academy akan dijaga dengan baik dari segi fizikal dan mental apatah lagi bagi pelajar tahun satu dan dua. Yang merupakan pelajar jagaan di bawah ahli pelajar secara langsung sehingga mereka berada di tahun ketiga.

"Maksud sensei! Ryu selalu datang ke sini? Luka yang macam ni dah biasa dia dapat?" Soal Aiko dengan bertubi-tubi. Dia kecewa dan geram bila pemuda itu tidak memberi tahu tentang kejadian yang dialami di academy.

"Betul sensei! Saya jatuh tangga. Kalau Sensei dan Aiko-Sama tak percaya. Boleh tanya dengan Nanami-san. Dia ada masa saya jatuh. Betul kan Nanami-san!" Kata Ryunosuke dengan penuh harap kepada Nanami untuk bekerja sama dengannya.

Tapi niatnya tidak di sambut baik oleh Nanami sebalik gadis itu menceritakan hal sebenar dengan wajah tanpa riak. Sama persis dengan wajahnya tadi.

Sakura dan Aiko terkejut bile mengetahui orang yang telah membuli Ryunosuke merupakan salah seorang dari anggota pengawas Academy dan beberapa senior dari tahun 3.

"Aiko - Sama! Kamu kene ambil tindakan. Tak boleh dibiarkan nanti lagi berpanjangan masalah ni." arah Sakura kepada Aiko yang wajahnya telah masam mencuka.

"Baiklah Sakura Sensei"

'Berani dia kacau suami aku!' sambung Aiko dalam hati dengan aura yang membunuh.

Lagi sakit hati Aiko bila kekasihnya tidak mahu masalah tersebut di bawah ketengah. Alasan diaorang hanya salah faham sahaja.

Tapi alasan itu tidak diterima oleh ketiga gadis yang ada dalam satu ruangan yang sama. Sebaliknya pemuda itu dipaksa berehat di bilik kesihatan dengan dijaga secara peribadi oleh Sakura.

Aiko dan Nanami meminta diri untuk menyelesaikan masalah Ryunosuke. Kini tinggal lah Ryunosuke bersama Sakura di dalam bilik kesihatan.

"Apa hubungan kamu dengan Ai-Chan?" Soal Sakura dengan pandangan menyelidik. Dia seakan families dengan wajah Ryunosuke. Tapi dia lupa pernah lihat dimana?

"Wajah kamu macam saya pernah lihat!" Sambung Sakura dengan curiga.

"Nama kamu pun sama bezanya nama belakang!" Sakura mula mengingat sesuatu tetapi dia mahupun kepastian.

"Kamu Ryunosuke Hishimura kan!" Soal Sakura yang tersenyum manis.

Tapi Ryunosuke dapat merasakan senyuman itu mengandungi maksud tersendiri.

Sakura mendekat kearah wajah Ryunosuke dan membisikkan sesuatu yang membuatkan tubuh Ryunosuke membeku.

"Atau nama sebenarnya kamu Ryunosuke **N.I.S.H.I.M.U.RA.** yang dikhabarkan mati dalam peperangan 20 tahun lalu!" Senyuman sinis terlahir di wajah Sakura dan riak wajahnya turut berubah. Menyeramkan!

" Hahaha..baiklah saya akan diamkan diri. Cuma kamu jangan buat saya rasa kesal maka rahsiakan kamu tidak akan aman! Untuk pengetahuan kamu. Pihak kerajaan dari 7 negara dan menara sihir sedang mencari keberadaan kamu bersama si bungsu. Saya tak boleh bayangkan kalau berita kamu yang masih hidup. Apatah lagi sampai ke telinga musuh kamu." Ucap Sakura dengan senyuman manis.

Dia tertawa kecil bila melihat tatapan dingin dari pemuda yang berasal dari kerajaan Rull Magic. Dan merupakan salah satu pelajar nombor satu di Academy FairyTaniah.

"Hahaha tidak dinafikan! Pandangan kamu cukup untuk mendiamkan pihak musuh. Sungguh mengerikan! Macam mana lah Ai-Chan boleh tertarik dengan kamu! Padahal dia sangat cantik." Ryunosuke mencebikkan bibirnya bila mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Sakura seakan menyindirnya.

"Sudah lah! Itu bukan benda penting! Saya mahu kamu lakukan sesuatu untuk saya. Anggaplah ini arahan dari sensei kamu." Tanpa rela Ryunosuke hanya menganggukkan kepalanya tanda dia bersetuju untuk melaksanakan tugas yang diberikan oleh Sakura.

"Jaga Aiko dengan baik dan jangan hilang impian kamu nak! Masa depan kamu masih jauh.

Jangan gelap kan masa depan kamu sendiri. Setiap orang pasti akan menghadapi cabaran dan dugaan.

Hadapi dan terima lah dengan lapang dada. Maka jalan itu akan dapat kamu lalui dengan mudah." arah Sakura namun terdengar memberi semangat dan nasihat kepada Ryunosuke yang terdiam. Mindanya cuba menerima dengan baik arahan dan nasihat yang diberikan oleh gurunya.

Bagi Sakura pulak, dia sedar bahawa remaja di depannya sudah pun jatuh dan tidak memiliki impian apa-apapun setelah kejadian hitam yang telah mengorbankan satu keluarganya bersama kerajaan Rull Magic.

Tapi apakah daya, takdir yang dilalui oleh pelajar nya itu sangat lah berduri. Hanya remaja itu sendiri yang boleh mengubah jalur takdirnya ataupun menghadapi takdirnya,

walaupun perkara itu sangat menyakitkan.

"Rehat lah sampai kamu pulih. Saya akan maklumkan pada guru yang mengajar di kelas kamu tentang keadaan kamu yang tidak mengizinkan." Kata Sakura lalu beredar meninggalkan Ryunosuke menuju ke kelasnya yang terletak di bahagian depan bangunan.

Ryunosuke merebahkan tubuhnya di katil single dengan perasaan yang bercampur aduk. Dia terfikir dengan kata-kata yang diucapkan oleh Sarah padanya.

Dia bingung sekarang. Perlu ke dia mengikut arahan ataupun nasihat yang diberikan oleh Sakura sensei padanya. Ataupun sebaliknya, meneruskan jalan hidupnya dengan menggunakan identiti lain.

Tapi dia yakin, keputusan nya itu akan membuatkan Aiko kecewa. Jadi apa yang perlu dia lakukan!

Dia mahu teruskan impiannya dulu! Tapi semua itu sudah tidak ada erti lagi. Kerajaannya telah pun musnah bersama ahli keluarganya yang lain. Dia pun tidak tahu, untuk sapa dia berjuang. Ah!! Sungguh melelahkan.

Kerana penat memikirkan masalah yang tidak ada penghujung,akhirnya dia terlelap dengan seribu tanda tanya tanpa jawapan yang pasti.


next chapter
Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C8
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄