下載應用程式
29.03% Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey / Chapter 9: Chapter 8

章節 9: Chapter 8

"Yess!!! Akhirnya aku berjaya naik kelas." Jerit Kaito dengan penuh teruja tanpa menghiraukan beberapa pasang mata yang memandang kearahnya dengan pelik, malah ada yang memandang kearahnya dengan hina.

Tapi semua itu, dia tidak ambik kisah.

Lantaklah! Asalkan dia dah berjaya mengikuti jejak kedua sahabatnya.

"Tahniah! Aku fikir kau akan tetap di kelas satu" Ryunosuke bersuara sambil menepuk bahu Kaito dengan lembut. Namun riak teruja itu telah berganti masam.

Bertambah masam bila mendengar gelak ketawa Ryunosuke bersama Shinji yang setia berada di samping Kaito sedari tadi.

"Tahu le kau nombor satu dan Shin nombor 2! Aku je nombor 20!" Kaito menyilangkan kedua tangannya sambil menatap datar kearah dua sahabatnya yang masih tertawa.

"Okey apa dapat nombor 20! Kira lulus lah tu." Kata Shinji lalu menarik lengan Kaito untuk mendekati kearah Ryunosuke yang telah pergi dari papan informasi pelajar.

Kini mereka bertiga duduk di sebuah meja yang berada di bawah sepohon pokok bunga sakura.

Terlihat sosok Ryunosuke yang sedang asyik menikmati makan tengaharinya. Shinji mengambil tempat berhadapan dengan Ryunosuke, manakala Kaito duduk disebelah Ryunosuke yang tidak terusik dengan kedatangan mereka.

"Kau tak makan nasi Ryunosuke?" Tanya Shinji yang telah membuka bekalnya. Manakala Kaito telah menjamu selera dengan semangkuk mee kari yang sempat mereka beli di kantin sebelum tiba di bangku yang menjadi tempat kesukaan mereka.

"Dah tadi! Korang yang lambat. Aku dah lapar sangat. Jadi aku makan dulu. Maaf lah tak tunggu korang." Kata maaf dari bibir Ryunosuke yang telah selesai dengan sebungkus roti kacang merah.

"Tak apa. Asalkan kau dah makan nasi." Balas Shinji lalu mula menyatap makanya sehingga habis tanpa sedikit sisa yang tinggal.

"Erm tak lama lagi akan cuti panjang! Korang dah ada plan ke nak buat akhir tahun ni?" Tanya Shinji setelah selesai dengan makan tengaharinya.

Anak matanya fokus memandang kearah Ryunosuke yang sedang leka bermain telefon manakala Kaito yang sedang memandang kearah sekumpulan gadis yang sedang tertawa bahagia.

Shinji mendengus geram bila kedua sahabatnya itu tidak mendengar satu pun dari pertanyaannya. Mereka berdua terlalu asyik dengan aktiviti mereka.

"Korang dengar tak!" Kata Shinji sambil menghentakkan meja agar dapat menyedarkan kedua sahabatnya.

"Hah ada apa!" Kata Ryunosuke dan kaito secara tersentak. Dia berdua sedikit terjerit kecil kerana terkejut dengan tindakan spontan Shinji.

"Korang buat apa masa cuti academy nanti?" Soal Shinji kembali dengan penuh kesabaran.

"Jaga kedai"

"Cari awek!"

Balas Ryunosuke dan Kaito berlainan tapi secara serentak .Jawapan yang dilontarkan oleh Kaito dipandang pelik oleh Ryunosuke dan Shinji. Diaorang pelik dengan perangai Kaito yang suka melakukan sesuatu perkara yang bagi mereka buang masa!

"Ke..napa korang padang aku macam tu!" Kaito bersuara sambil memeluk tubuhnya. Dia sedikit merinding bila melihat pandangan dari kedua sahabatnya.

Terutama dari Ryunosuke yang tidak pernah lari dengan pandangan dingin yang seakan ada niat untuk memancung kepalanya.

"Tak ada apa! Dan semoga berjaya." Kata Ryunosuke dan Shinji serentak malah sejiwa. Seketika mereka berdua berpandangan antara satu sama lain dan kembali menatap kearah Kaito yang kini kembali merinding.

"Korang berdua ni sesuai jadi pasangan lah! Ke Korang gay! Masak aku kalau macam ni." Kaito mula merasa lain bila melihat ragam kedua sahabatnya yang kadang seakan sehati sejiwa.

"Kitaorang normal. Masih tertarik dengan perempuan. Tapi kalau kitaorang gay sekalipun. Kau jangan risau! Sebab orang macam kau bukan test kitaorang." Kutuk Shinji dengan bersahaja dan dipersetujui oleh Ryunosuke dengan cara menganggukan kepala.

Kaito gigit bibir menahan perasaan kesal pada kedua sahabatnya yang suka mengenakan dirinya dengan ayat-ayat yang tidak ada perasaan.

"Sudah lah! Baik aku masuk kelas dari layan korang." Seperti biasa dia akan merajuk dan berharap kedua sahabatnya akan memujuknya tapi harapan hanya ada dalam mimpi sebaliknya dia kembali merasakan sakit hati bila mendengar Ryunosuke menyindirnya dan Shinji yang tertawa mengejek.

Di bilik ketua pelajar, Aiko menyandang tubuhnya di kerusi sambil anak matanya fokus meneliti beberapa document yang kali ini merupakan misi khusus.

"Ai! Kau dah buat keputusan siapa yang akan pergi misi khas tu?" Tanya Mieko sambil menghidangkan segelas susu berperisa strawberi.

"Nampaknya kita berdua lah kene selesai misi ni! Pelajar kita semua tak mengikut level yang telah ditetapkan selain kita berdua.

Jadi nak tak nak kita berdua tak ada cuti academy untuk tahun ni. Kau okey ke tak ada cuti hujung tahun?" Soal Aiko kepada Meiko yang hanya menatapnya datar.

"Suka atau tak aku tetap kene ada dengan kau!

Kau ingat aku akan diam je! Sambil menikmati secangkir teh panas, masa kau tengah bertarung dengan musuh!

Kau ingt aku tak risau!" Balas Meiko dengan geram lalu dia mencubit kedua pipi tembam Aiko sehingga terdengar jeritan kecil.

"Jangan lupa bagi tahu dengan Ryunosuke - Sama. Mana tahu dia risau dengan kau, dia akan ikut sekali " kata Mieko sambil menghirup susu strawberi yang disediakan untuk Aiko.

"Ah! Macam lah dia peduli pun.

Hubungan kitaorang pun dah dingin sejak hari yang dia kantoi dengan aku kene buli.

Ada ke patut dia mintak aku diamkan je kes tu.

Lagi satu!

Air susu aku kenapa kau yang minum?" Aiko bertanya kepada Meiko yang telah menghabiskan separuh dari air susu strawberi kegemarannya.

"Kiranya kau mengajuk lah ni!

Tapi baik kau bagi tahu dia. Aku takut dia akan fikir lain.

Kau sendiri faham kan keadaan dia yang sekarang.

Kau yang kene bersabar dengan ragam dia.

Selagi dia tak jumpa jati diri dia yang sebenar." Kata Mieko kepada Aiko yang termenung jauh.

Ya dia baru sedar dengan keadaan kekasihnya, jiwa lelaki itu dan semangat yang dimilikinya tidak lagi sama seperti dulu. Sebaliknya sikapnya berlainan seakan orang lain tapi dalam tubuh yang sama.

"Jadi apa yang aku kene buat Mieko?" Tanya Aiko kepada Mieko yang kini sudah tersenyum manis dengan penuh erti.

Malam Di Asrama Pelajar

Ryunosuke sedang tekun membaca beberapa jenis buku yang baru dibelinya minggu lalu. Kerana terlalu fokus pada pembacaannya di meja belajar, dia tidak menyedari kedatangan Aiko ke biliknya.

Sehingga tepukan lembut dibahunya baru lah dia menyedari kehadiran hadis manis yang sangat dirinduinya sepanjang 3 minggu tidak bersua.

"Ai! Awak dari mana?" Tanya Ryunosuke yang kini sudah menyimpan buku bacaannya. Dia bangun mendekati Aiko yang kini sudah mengambil tempat di atas katilnya.

"Cuti akhir tahun ni,saya ada misi sulit dengan Mieko " Ryunosuke menatap Aiko dengan perasaan ingin tahu.

"Pihak majlis sihir keluarkan satu misi sulit untuk anggota sihir kelas 1." Sambung Aiko yang kini duduk menghadap kearah Ryunosuke yang masih memandangnya.

"Sihir kelas atas! Awak bukan kelas 2 ke. Bila masa awak naik kelas 1?" Tanya Ryunosuke dengan seribu tanda tanya.

Setahunya, gadis itu belum mendaftarkan diri dalam peperiksaan penilaian kelas 1. Apatahlagi lagi mereka dalam kontrak pasangan.

Dimana, setiap pasangan sihir akan berdaftar bersama sekiranya diantara mereka ingin menukar ke peringkat seterusnya. Jikalau tidak, diantara mereka tidak di izinkan untuk turut serta dalam mana-mana ujian penilaian yang di anjurkan oleh anggota sihir berkanun.

"Saya masih di peringkat 2. Belum terfikir nak ambik ujian.

Tapi awak tu tanak naik master ke? 3 tahun lagi, ujian penilaian untuk level master akan diadakan!

Bukankah impian awak untuk lebih tinggi dari ayah awak?" Ryunosuke hanya tersenyum sumbing lalu menarik tubuh Aiko rebah ke katil. Dia tidak mahu gadisnya itu kembali menyoalnya tentang keinginan lamanya yang kini baginya tiada erti lagi.

"Korang pergi berdua je ke?" Ryunosuke menukar topik sambil mendakap tubuh Aiko seperti biasa. Dia menghidu bauan tubuh Aiko yang sentiasa wangi dah berbau strawberi.

Dia begitu rindu dengan bau Aiko. Dia mengeratkan lagi pelukan apabila dia tidak merasa sebarang penolakan dari gadisnya.

"Selalu je macam ni! Tiap kali saya cakap pasal penilaian.

Awak mesti buat tak tahu. Padahal itu masa depan awak kut." Adu Aiko dengan geram. Dia menepuk dada Ryunosuke dengan manja lalu mengnegelam kan kepalanya di dada tersebut.

Aiko melakukan perkara yang sama seperti Ryunosuke. Dia jugak akui yang dia sangat merindui sosok kekasihnya. Jadi malam ni dia berharap lebih dari kekasihnya. Walaupun benda itu mustahil kerana kekasihnya masih pegang pada pendiriannya.

Dan kerana itu dia semakin menyayangi kekasihnya dan tidak akan sesekali melepaskan lelaki itu ke pelukan wanita lain. Dia tidak sanggup!

"Hmm! Awak tak tanya soalan saya tadi my sugar!" Ryunosuke masih tidak mahu memanjangkan perbincangan mereka tentang ujian penilaian. Sebaliknya dia bertanya akan misi khas yang akan dilaksanakan oleh kekasihnya.

"Hmm..tak pun ada Sakura Sensei. Kiranya pergi bertiga." Aiko akhirnya mengalah, lalu dia mula memeluk sosok itu dengan erat.

Baik dia lepas kan rindu dari buat mood kekasihnya berubah! Itu lah yang difikirkan Aiko.

"Nama Misi tu apa! Dan kat mana Misi tu dilaksanakan?" Soal Ryunosuke yang kini mula serius. Entah kenapa dia seakan mendapat firasat sesuatu yang akan berlaku lada kekasihnya.

Aiko diam. Dia bingung haruskah dia memberi tahu tentang misi tersebut. Tapi, benda ini tetap akan sampai ke telinga Ryunosuke. Baik dia sendiri yang bagi tahu, apatahlagi sahabanya mahupun sakura sensei meminta dia untuk memberi tahu pada Ryunosuke.

Kerana misi ini melibatkan keluarga kekasihnya dan jugak tempat tinggalnya yang kini entah macam mana keadaannya.

"Pencarian Ahli keluar Nishimura yang tersisa! Lokasinya di Kingdom Rull Magic." Dengan sekali nafas Aiko memberi tahu misi khasnya pada Ryunosuke yang kini sudah melepaskan pelukan mereka.

Dia dapat melihat riak wajah yang sangat terkejut di wajah kekasihnya apatah lagi sifat kekasihnya yang memandang kearahnya dengan pandangan dingin, sedingin ace.

"Saya tak benarkan awak sertai misi tu! Tolak sahaja! Kalau masih nak hubungan kita berlangsung AIKO HAYASHI!"

Ya seperti yang dia duga, kekasihnya itu tidak akan memberi keizinan untuk melaksanakan misi tersebut, walaupun pada awalnya dia sangat menanti misi tersebut sampai ke tangannya.


next chapter
Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C9
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄