ดาวน์โหลดแอป
61.11% Milik siapakah hati ini / Chapter 11: Bab 11

บท 11: Bab 11

Atirah tidak menyedari masa berlalu dengan pantas. Atirah masih tekun di mejanya. Sapaan Kak Ana mengejutkan Atirah, "jom pergi makan". Atirah melirik jam di tangannya, dah pukul satu.

"Sorry kak, hari ni Tirah ada lunch date." Atirah tersengeh memandag Kak Ana dan Amira yang singgah di mejanya.

"Ala Kak Ana, kita pergi makan berdua pun boleh." Sampuk Lukman yang sedang memerhati mereka. Sempat dia memberikan kenyitan mata pada Atirah.

"Pergi la kau makan dengan awek kau tu. Malas akak nak layan kau. Jom Mira, kita berdua je lagi hari ni. Tirah ada lunch date." Kak Ana menarik Amira keluar. Terkial-kial Amira mengikut langkah Kak Ana. Sempat lagi Amira bertanya pada Atirah, "betul tak nak ikut Tirah?" Atirah hanya membalas dengan tersengeh. Lukman turut keluar mengikut Kak Ana dan Amira. Atirah mengemas mejanya, setelah itu dia segera keluar menunggu Hariz seperti yang dijanjikan.

Atirah melihat jam di tangan, sudah 20 minit dia terpacak di bawah pejabatnya itu. Mana Riz ni. Atirah melihat sebuah motosikal berhenti dekat dengannya. Melihat wajah Atirah yang muncung, Hariz segera mendapatkan Atirah dengan tangannya ligat membuka topi keledarnya.

"Sorry, sorry lambat." Hariz tersengeh memandang Atirah.

"20 minit tau orang tunggu." Atirah pura-pura merajuk.

"Sorry, lain kali Riz tak buat lagi." Hariz menunjukkan wajah merayu mengharapkan Atirah memaafkannya. Atriah ketawa kecil melihat wajah Hariz yang dirasakannya melucukan.

"Okey, Ati maafkan Riz. Tapi lain kali kalau lambat bagi tahu, tak de Ati risau." Balas Atirah.

"Ati risau?" Soal Hariz.

"Ye la, risau. Kalau jadi apa-apa dekat Hariz masa on the way ke sini, Ati nak buat macam mana?" Atirah membalas sambil matanya menjeling pada Hariz yang tersengeh setelah mendengat jawapan Atirah. Hatinya berbunga kerana Atirah risaukan keselamatannya. Itu tanda sayang, sayang ke dia dekat aku? Hehehe...

Atirah menggelengkan kepalanya apabila melihat Hariz yang masih tersengeh memandangnya. "Jom la pergi lunch. Ati dah lapar ni." Luah Atirah kepada Hariz. Mendengar luahan Atirah, Hariz segera menghulurkan topi keledar kepada Atirah,"jom". Atirah teragak-agak untuk menerimanya. Seumur hidupnya dia tidak pernah membonceng motor dengan lelaki selain abah dan abangnya.

"Kenapa, tak sudi ke naik motor buruk Riz?" soal Hariz apabila melihat Atirah tidak menyambut topi keledar yang dihulurkan.

"Bukan tak sudi. Cuma Ati pakai baju kurung, susah sikit nak naik motor. Boleh tak kita lunch dekat-dekat sini je? Lagi pun, dah lambat ni. Ati takut tak sempat masuk kerja nanti." Atirah memberi alasan.

"Oh....ingat Ati taka sudi naik motor dengan Riz. Maklum la, Riz ini mat despatch je, motor buruk ni je ade, tak de kereta." Hariz pura-pura sedih untuk melihat riaksi Atiah.

Atirah mencebik bibirnya mendengar kata-kata Hariz. "Tak payah nak buat muka 10 sen tu kat sini, tak laku. Jom, Ati dah lapar." Atirah tahu Hariz hanya pura-pura sedih. Hariz tersenyum senang dengan penerimaan Atirah terhadap dirinya.

"Kita makan kat kedai depan tu nak? Sedap tau masakan Asam Pedas Ikan Pari Pak Tam." Atirah memberi cadangan. Hariz bersetuju dengan cadangan Atirah. Hariz dan Atirah melangkah laju menuju ke kedai makan tersebut. Ramai pelanggan yang sedang menjamu selera. Maklumlah sekarang adalah waktu kemuncak, ramai yang datang untuk makan tengah hari di sini. Hariz memerhati sekeliling kedai mencari tempat duduk untuk dia dan Atirah.

Setelah duduk, Atirah segera melambai kepada pelayan untuk datang mengambil pesanan makan mereka. Hariz melihat sikap Atirah yang bersahaja, dia tersenyum. Makanan yang di pesan tiba dengan cepat sekali. Perkhidmatan yang cepat merupakan salah satu tarikan pelanggan ke kedai tersebut.

Atirah tersenyum melihat Hariz makan dengan seleranya, sempat dia meneliti penampilan jejaka yang duduk di hadapannya itu. Hariz sentiasa kelihatan kemas dan gaya penampilan yang boleh membuatkan wanita terpikat. Lagak gayanya tidak seperti seorang despatch. Apa faedah yang dia dapat kalau dia tipu aku. Otak Atirah ligat memikirkannya, mungkin Hariz seorang yang sukakan kekemasan. Atirah menyedapkan hatinya. Rupa ada, orangnya pun tinggi lampai, tutur katanya juga seperti orang yang mempunyai pendidikan yang tinggi, berbudi bahasa dan senyumannya yang paling menawan. Atirah hilang dalam lamunannya sendirian. Suapan Hariz terhenti apabila dia merasakan dirinya sedang diperhatikan oleh Atirah.

Hariz memandang tepat wajah Atirah yang sedang tersenyum kepadanya, "kenapa Ati pandang Riz macam tu? Kenapa tak makan?"

"Saje, kenapa...tak boleh ke Ati pandang Riz?" Soal Atirah.

"Boleh, tapi kenyang ke padang Riz, tak makan," balas Hariz.

"Kenyang tu tak, tapi Ati suka tengok Riz makan." Jawab Atirah bersahaja. Hariz tersenyum mendengarnya. Mereka berdua berbual sambil menjamu selera.

"Sedap la masakan di gerai ni. Selalu ke Ati makan di sini?" Hariz berbicara.

"Nak kata selalu tu tak juga..... ada la dalam dua tiga kali seminggu datang dengan rakan sekerja. Makanan kat sini sedap-sedap, tapi kalau selalu sangat jemu juga." Jelas Atirah. "Kat sini, yang best sekali masakan Asam Pedasnya, kalau Riz nak try makanan yang bakar-bakar macam Ikan Keli Bakar dengan air asam, Ati ada tempat yang best. Next time kita pergi." Bersemangat Atirah bercerita. Segala hidangan yang dirasakan sedap disenaraikannya. Hariz mendengar dengan penuh minat. Dia ingin tahu makanan kesukaan Atirah. Dia ingin lebih mengenali Atirah. Apa sahaja tentang Atirah, Hariz ingin tahu.

"Ati ni lain la," luah Hariz.

"Lain? Lain macam mana? Hem..mata dua, hidung satu, mulut satu. Tangan, kaki sama macam Riz, apa yang lainnya?" Soal Atirah pelek.

Hariz ketawa kecil mendengarnya. "Bukan tu Riz maksudkan, Riz tengok Ati tak kisah kalau makan kat gerai tepi jalan macam ni. Kawan Riz ada cakap, kalau keluar makan dengan perempuan jangan bawa dekat gerai macam ni, nanti kena kutuk. Tak ada class la, kotor la. Esok, terus nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan." Jelas Hariz dalam nada jenaka.

Atirah tersenyum. "Dengar macam pengalaman sendiri je... so kalau Riz keluar makan dengan girlfriend bawa ke mana?"Atirah *serkap jarang. Dia ingin menduga sama ada Hariz sudah berpunya atau masih bujang. Atirah tidak mahu menjadi orang ketiga.

Berubah wajah Hariz mendengar kata-kata Atirah, dia segera menafikannaya, "Riz mana ade girlfrend, kawan-kawan perempuan Riz yang Riz kenal semua dah berpunya." Sungguh Hariz tidak berbohong kerana semua kenalan perempuannya adalah teman wanita atau isteri kepada kawan-kawannya atau hanya kenalan kerja tidak lebih daripada itu. Sikap Hariz yang tidak suka berbual dengan perempuan yang tiada kaitan dengan dirinya adalah salah satu punca mengapa dia masih tiada teman wanita.

Atirah tersenyum mendengar alasan Hariz. "Ye ke ni...orang hensome macam Riz tak de girlfriend, boleh percaya ke?"

"Hensome ke? Terima kasih atas pujian. Tapi sungguh Riz belum ada girlfriend. Kalau ada nanti Riz kenalkan pada Ati." Hariz ingin melihat sama ada gadis di hadapannya cemburu atau tidak dengan jawapan yang diberikan. Hariz memandang tepat pada Atirah menanti riaksi daripada gadis itu.

Atirah terdiam sebentar. Hatinya terusik dengan jawapan Hariz, namun dia cuba berlagak biasa. Keadaan menjadi kekok. Buat apa dia nak bawa girlfriend dia jumpa aku, baik bawa jumpa mak dia. Hati Atirah tidak tenang. Adakah aku menaruh harapan pada Hariz? Atirah menyoal dirinya sendiri. Ati, kau jangan melatah okey...keep cool.

"Okey..." Akhirnya Atirah membalas. Atirah ingin mengembalikan suasana ceria di antara mereka berdua. "Pada Ati, Ati tak kisah. Gerai tepi jalan ke, restoran mahal ke, yang penting ia memenuhi tiga syarat." Atirah meneruskan bicara.

"Eh, nak pilih tempat makan pun ada syarat?" Soal Hariz. Dia juga ingin keluar dari keadaan kekok sebentar tadi.

"Mestilah. Syarat yang pertama, mesti halal. Makanan yang dijual mestilah halalnya tiada waswas. Kalau tak pasti halal atau tidak, Ati tak akan pilih tempat tu untuk makan." Jelas Aritah.

"Okey, so syarat yang ke dua?" Soal Hariz dengan penuh minat.

"Syarat kedua, bersih. Nak makan, mestilah nak tempat yang bersih. Kalau kotor selera pun lari. Silap hari bulan masuk hospital keracunan makan. So kebersihan tu penting."

"Syarat yang ketiga?"

"And last but not least, berpatutan. Harga makan yang dijual mestilah padan dengan makananya. Kalau makanan tu sedap, keluarkan duit lebih sikit tak de masalah, tapi kalau setakat tempat je grand, makanan rasa tah apa-apa membazir je pergi. Baik duit tu Ati simpan ade gak faedah." Jelas Atirah.

Hariz ketawa kecil mendengarnya. "Kalau semua orang guna syarat Ati ni, mahu gulung tikar restoran mewah yang ada." Komen Hariz.

Atirah tersenyum, "Sesekali nak makan dekat restoran mahal tak salah. Kadang-kadang kita kena reward diri sendiri atau pun untuk reward orang yang kita sayang, tapi mestilah sedap makanannya baru berbaloi dengan duit. Tempat mahal tak semestinya makanan tu sedap, kalau sedap pun kalau terlalu mahal membazir rasanya. Baik simpan duit tu pergi haji ke, buat umrah ke, tak pun pergi bercuti. Ada untungnya."

"Perancag ekonomi yang bijak." Hariz memuji.

"Tu puji ke perli?" Soal Atirah sekadar bergurau.

Hariz tersenyum senang, "puji" ringkas Hariz menjawab.

"Terima kasih." Balas Atirah.

"Hem.." Hariz memandang Atirah dengan wajah tidak memahami maksud gadis itu.

"Terima kasih atas pujian dan terima kasih belanja lunch." Luah Atirah dengan senyuman di bibir.

Suasana antara mereka kembali ceria. Hariz bersyukur kerana berjaya kembalikan suasana ceria ini. Setelah selesai makan, Hariz membuat pembayaran dan segera mendapatkan Atirah. Mereka berdua berjalan seiringan ke pejabat Artirah. Tanpa Atirah sedari, sebuah kereta yang dipandu laju menghala ke arahnya. Sepantas kilat Hariz menarik Atirah ke sisinya. Jantung Hariz berdegup kencang. Dia terkejut dan takut kalau dia lambat, Atirah cedera. Atirah turut terkejut dengan keadaan yang tidak disangka itu. Wajah Atirah menjadi merah apabila dia menyedari dirinya terlalu rapat dengan Hariz dan Hariz masih memegang tangannya.

"Ati tak apa-apa?" Soal Hariz bimbang. Dia tidak menyedari yang dia masih memegang tangan Atirah.

"Ati Okey." Jawab Atirah dengan malu dan cuba menarik tangannya daripada Hariz. Apabila menyedari perubahan wajah Atirah, Hariz segera melepaskan tangan Atirah. Dia tahu Atirah malu. Hariz cuba berlagak biasa. Dia tidak mahu Atirah menjauhkan diri daripadanya. Namun, setalah melepaskan tangan Atirah, hati Hariz terasa kosong seperti dirinya kehilangan sesuatu.

Hariz menemani Atirah sehingga sampai di bawah pejabat Atirah. "Okey, bye Riz. Bawa motor hati-hati."

"Bye..." Hariz menunggu sehingga Atirah tidak kelihatan barulah dia menyusun langkahnya ke motor. Berat rasa hati Hariz untuk berpisah dengan Atirah.

Tanpa Atirah dan Hariz sedari, mereka berdua sebenarnya sedang di perhatikan oleh Kak Ana dan Amira yang kebetulan dalam perjalanan kembali ke pejabat. Aksi Hariz menjadi 'hero' menyelamatkan Atirah sebentar tadi turut dilihat oleh Kak Ana dan Amira.

.....................

Atirah kembali ke tempatnya dengan hati yang gembira. Senyumannya masih kelihatan walaupun dia telah mula menjalankan tugasnya. Siapa sahaja yang memandang wajah Atirah ketika ini pasti perasan yang Atirah dalam 'mood' ceria dan keceriaannya itu terlalu ketara menyebabkan ada rakan sekerja yang tertanya tanya dengan kelainan sikap Atirah.

Kak Ana dan Amira melangkah ke tempat Atirah. "Hai...happy lain macam je ni...ade pa pe ke?" Kak Ana bertanya sambil mengangkat keningnya kepada Atirah. Wajah Kak Ana ketika ini amat melucukan bagi Atirah. Atirah ketawa kecil dan menggelengkan kepalanya. "Mana ade pa pe," balas Atirah.

Kak Ana dan Amira berpandangan dan mencebikkan bibir pada Atirah. Amira dan Kak Ana mula melakonkan semula keadaan Atirah diselamatkan oleh Hariz. Mira menarik tangan Kak Ana dan berkata "Ati tak apa-apa?" Kak Ana melakonkan watak Atirah dan berkata, "Ati okey." Kak Ana pura-pura berwajah malu dan Mira melepaskan tangan Kak Ana.

Merah padam wajah Atirah menahan malu. Dia menjeling pada Kak Ana dan Amira yang telah pecah ketawa melihat perubahan wajahnya. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa malunya Atirah ketika ini.

"Siapa tadi tu....boyfriend ke?" Bicara Kak Ana setelah selesai ketawa.

Atirah cuba berlagak biasa, "la kalau dah macam tu rupanya tak kan girlfriend pula akak ni."

Kak Ana menjeling mendengar jawapan Atirah. "Tahu la budak tu lelaki, yang akak maksudkan special ke?" Kak Ana tidak mahu kalah. Mira tersenyum memandang Atirah dengan penuh minat.

"Nak tahu?" Soal Atirah kepada Kak Ana dan Amira. Mereka berdua menganggukkan kepala dengan laju. Atirah tersenym melihat telatah Kak Ana dan Amira. "Rahsia...."Atirah segera bangun dari duduknya dan berlalu ke tandas. Baik aku blah cepat, kalau tidak habis semua rahsia aku dia orang ni nak korek. Atirah mempercepatkan langkahnya.

"Ati, tunggu la....." Kak Ana hampa. Amira mengangkat bahunya pada Kak Ana dan turut berlalu ke mejanya sendiri untuk meneruskan kerjanya.

Setelah Atirah kembali ke mejanya, Kak Ana dan Amira telah berada di tempat mereka sendiri. Atirah menghembus nafas lega. Dia duduk di kerusinya dan menerukan kerjanya dengan serius, takut Kak Ana dan Mira datang 'menyerangnya' semula.

Atirah tekun menyiapkan kerjanya tanpa menyedari dirinya diperhatikan seseorang. Khairil tersenym memandang Atirah. Dia teringatkan sahabatnya Hariz yang menghubunginya semalam bertanyakan hal gadis ini. Panjang perbualannya dengan Hariz, nampaknya sahabatnya itu bersungguh untuk memikat Atirah. Khairil gembira untuk sehabantnya. Sepanjang persahabatan dia dengan Hariz, Khairil tidak pernah melihat sahabatnya itu berkelakuan seperti ini. Sikap Hariz yang tidak suka perempuan atau lebih tepat tidak suka dirinya dikaitkan dengan perempuan menyebabkan rakan-rakan mereka takut untuk memperkenalkan perempuan kepada Hariz. Sebelum ini, pernah salah seorang daripada rakan-rakan mereka cuba untuk memperkenalkan adik perempuannya kepada Hariz, namun Hariz menolaknya dan terus menjauhkan diri daripada rakannya itu. Ada yang pernah bergurau mengatakan Hariz tiada perasaan kepada perempuan.

Atirah yang sedang menaip terhenti seketika apabila dia perasan yang dirinya sedang diperhatikan oleh Khairil. Atirah memandang Kahiril dan ingin bertanya sekiranya Khairil ada kerja yang ingin diberikan kepada dirinya. Belum sempat dia bertanya, Khairil tersenyum dan berlalu dengan membawa cawannya yang kosong ke pantri. Atirah pelek, dia merasakan senyuman Kahiril tu berlainan sekali. En. Khairil pandang aku lain macam je .....atau perasan aku je....baru aku teringat, Riz ada cakap yang dia kawan dengan En. Khairil. Tah-tah Riz ada tanya dekat En. Khairil pasal aku. Mampus, banyak aku kelentong En. Khairil masa interview hari tu. Atirah gelisah menyedari tembelangnya mungkin pecah. Ah...lantak la, kalau Riz tanya nanti aku cerita la yang betul. Atirah menyedapkan diri sendiri dan dia meneruskan kerjanya.

*serkap jarang: peribahasa bermaksud menuduh sebarangan.


next chapter
Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C11
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ