ดาวน์โหลดแอป
66.66% Milik siapakah hati ini / Chapter 12: Bab 12

บท 12: Bab 12

Hariz menerima undangan makan malam sahabat baiknya Khairil. Hariz dapat mengagak yang makan malam ini bukan sekadar makan malam biasa, *ada udang sebali batu. Hariz amat memahami sikap sahabatnya ini, sudah semestinya Khairil ingin tahu perkembangan hubungannya dengan Atirah. Sejak dari dulu lagi sikap Khairil tidak berubah, apa sahaja yang perkara yang berkaitan dengan dirinya mestilah Khairil orang pertama yang akan menyibuk. Salah satu perkara yang menjadi kekuatan dalam hubungan persahabatan mereka ialah sikap Khairil yang amat *mengambil berat terhadap orang-orang disekelilingnya. Hariz seorang yang sukar untuk membuka hatinya kepada orang lain, namun Khairil berjaya menjadi salah seorang yang penting dalam hidupnya.

Khairil sebenarnya sangat gembira apabila mengetahui yang sahabatnya telah jatuh cinta. Sepanjang dirinya mengenali Hariz, inlah kali pertama sahabatnya bertanya tentang wanita. Sikap Hariz yang dingin terhadap perempuan amat merisaukan Kahiril. Namun kini dia boleh menarik nafas lega kerana sahatnya ini telah jatuh cinta. Takut juga Khairil sekiranya Hariz menjadi bujang telajak. Hahahaha... Khairil pernah bertanya kepada Hariz tentang sikap dingnnya terhadap kaum hawa ini. Jawapan yang diterima membuatkan Khairil terfikir bahawa sahabatnya masih belum berjumpa dengan insan yang boleh dianggap teman sehidup semati. Hariz menjawab perempuan menyusahkan, cukuplah dia melihat rakan-rakan mereka yang sering merungut tentang sikap teman wanita dan isteri-isteri mereka, dia menjadi tidak berminat untuk mempunyai kekasih hati. Khairil ketawa besar apabila dia mengetahui yang Hariz jatih cinta. Pada mulanya, Khairil rasa hairan apabila Hariz menghubunginya dan bertanya tentang perasaannya ketika dia baru menjalinkan hubungan dengan isterinya, Linda.

"Khai, aku nak tanya kau. Masa kau mula-mula bercinta dengan Linda, apa kau rasa?" Soal Hariz ketika itu.

"Rasa apa? Mestilah aku rasa aku suka dekat Linda baru aku try dekat dengan dia," jelas Kahiril.

"Maksud aku, macam mana kau boleh tahu yang Linda tu boleh menjadi teman hidup kau?" Soal Hariz lagi.

"Maksud kau macam mana aku boleh pasti yang Linda boleh jadi isteri aku?" Khairil membalas soalan sahabatnya dengan soalan. Hariz mengiyakannya.

"Kau kenapa Is? Jangan-jangan kau dah jatuh cinta." Khairil cuba untuk memahami niat sebenar Hariz disebalik soalan yang Hariz ajukan kepadanya.

Hariz diam sejenak dan mula bicara dengan perlahan, "Khai, aku rasa...aku dah jatuh cinta." Dia berterus terang pada Khairil.

Mendengar kata-kata Hariz, Khairil terdiam. "Kau ulang sekali lagi, aku tak dengar." Khairil menanti sahabatnya mengulangi kata-kata sahabatnya tadi. Dia ingin memastikan yang dia tidak tersalah dengar.

Kali ini Hariz bercakap dengan lebih yakin, "aku kata, aku rasa macam aku dah jatuh cinta."

Pecah ketawa Khairil saat ini. Dulu, Hariz pernah ketawakan dirinya apabila dia memberitahu sahabatnya itu dia telah jatuh cinta pandang pertama. Kini giliran dia ketawakan Hariz. Setelah Khairil selesai mentertawakan sahabatnya dia mula sibuk bertanya siapakah gadis yang telah berjaya mencairkan hati batu sahabatnya ini. Hariz memberitahu Khairil tentang pertemuannya dengan Atirah. Dia turut memberitahu bahawa Atirah bekerja di tempat yang sama dengan Khairil. Tahulah Kahiril apabila mendengar cerita sahabtnya ini, Hariz sebenarnya tidak pasti sama ada dia dan Atirah mempunyai perasaan yang sama. Hariz takut dia bertepuk sebelah tangan, namun dia melihat tingkah laku Atirah terhadapnya, dia merasakan seperti gadis itu turut mempunyai perasaan terhadapnya.

"Senang je kalau kau nak tahu Is, kau terus terang je dekat Atirah yang kau suka dekat dia. Kalau betul dia pun ada perasaan dekat kau dia akan terima kau, kalau dia tak de perasaan dekat kau....kau cuba la 'ayat' dia sampai dia pun suka dekat kau. Senang cerita. Kau jangan lambat, Atirah tu aku tengok ramai peminat kat office aku." Kata-kata terakhir Khairil adalah untuk memberi tahu sahabatnya bahawa dia perlu cepat kerana takut gadis yang dipuja itu dimiliki orang lain dan ternyata ianya berjaya mengundang debaran di hati Hariz.

Setelah tamat perbualannya dengan Hariz, Khairil segera mendapatkan isterinya untuk bergosip. Hahaha... dia ingin kongsikan cerita gembira ini dengan isterinya. Linda turut gembira mendengar cerita suaminya. Alhamdulillah, syukur....tidaklah Is asyik ajak suami aku keluar. Kadang-kala Linda turut merasa cemburu terhadap hubungan persahabatan suaminya dengan Is. Linda mengenali insan benama Hariz Iskandar ini tidak boleh dipisahkan dengan suaminya. Dia bukan tidak suka suaminya berkawan dengan Is, cuma kadang-kadang dia merasakan suaminya seperti lebihkan sahabatnya itu daripada isteri sendiri. Apa taknya, dari masa bercinta lagi, kadang-kadang bila mereka keluar 'dating' Khairil akan ajak kawannya. Linda tahu yang suaminya bukan seorang yang romantis, namun kadang-kala ingin juga dia merasai bagaimana orang bercita tanpa 'lightbulb' ada kan. Nasib baik Is itu seorang yang memahami, pelawaan suaminya sering ditolak dengan alasan dia ada hal lain yang perlu dilakukan.

Namun, sekarang setelah Linda berkahwin dengan Khairil, Is sering mengajak suaminya keluar. Walaupun mereka tidak kisah kalau Linda ingin ikut bersama, namun Linda rasakan masa dia berdua dengan suaminya perlu dibahagikan dengan sahabat suaminya itu. Suaminya pula seperti tidak memahami isi hatinya atau Linda merasakan yang suaminya itu hanya berpura-pura tidak memahaminya. Sekarang, sejak dia berbadan dua, suaminya banyak habiskan masa di rumah bersamanya. Khairil tidak lagi keluar berjumpa Is tetapi dia akan mengajak Is ke rumah mereka sekiranya dia dan Is ingin berjumpa. Hahaha....

Linda tidak kisah sebenarnya. Dia juga telah menerima Is sebagai sebahagian daripada keluarga mereka. Hubungan Is dengan suaminya Khairil sudah seperti adik beradik. Khairil pernah menceritakan peristiwa yang menjadi pengikat diantara suaminya dengan Is.

Hariz dan Khairil berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Kehidupan keluarga Khairil susah, seperti kais pagi makan pagi kais petang, makan petang. Hariz banyak membantu Khairil di sekolah. Walaupun Hariz anak orang berada, namun kejujuran yang Hariz tunjukkan dalam perhubungan mereka telah menjadikan mereka sahabat baik. Khairil sering dibuli dan pandang rendah kerana keluarganya yang miskin. Pernah dia dibuli sehingga dia hampir mati lemas di lautan dan Hariz telah menyelamatkannya. Sehingga sekarang Khairil masih fobia terhadap laut. Itulah yang menjadi pengikat persahabatan mereka. Mereka berjanji untuk susah senang bersama, menjadi sahabat dunia akhirat.

Susah sebenarnya untuk berjumpa orang luar yang menganggap kita seperti keluarga sendiri kerana ada juga keluarga sendiri yang tidak menerima kita, apatah lagi orang luar. Pengalaman Linda sendiri di mana ibu dan ayahnya dipandang rendah oleh keluarga bapa saudaranya kerana mereka bukan orang senag.

Keluarga bapa saudaranya menganggap keluarga Linda ingin menumpang kesenangan mereka dan takut harta mereka jatuh ke tangan ibu Linda. Bapa saudaranya dengan ibunya adalah adik-beradik yang berlainan ayah. Sebelum datuk Linda meninggal dunia, datuk Linda telah menukar semua hartanya ke atas nama anak lelakinya dan hanya memberikan rumah pusaka kepada ibu Linda kerana ibu Linda hanyalah anak tirinya sahaja. Ibu Linda tidak kisah semua itu, namun setelah nenek Linda meninggal dunia, rumah pusaka itu turut di tuntut oleh ahli keluarga bapa saudaranya dengan mengatakan ibu Linda tidak layak untuk menerima rumah tersebut. Walaupun bapa saudara Linda tidak berkata apa-apa dengan tuntutan ahli keluargnya itu, namun dia juga tidak melarang perbuatan mereka. Ianya seperti secara senyap dia bersetuju dengan tidakan ahli keluarganya itu.

Keluarga Linda tidak kisah dan menyerahkan rumah pusaka itu kepada bapa saudaranya. Pak Ayub, ayah Linda tidak ingin bergaduh dalam hal ini. Pak Ayub pernah berkata pada anak-anaknya 'harta dunia, lama-lama habis kalau kita guna. Kalau ilmu penuh di dada, jangan katakan harta dunia, harta akhirat pun boleh kita dapat'. Itulah yang dipegang oleh adik-beradik Linda, harta dunia, biarkanlah. Mereka akan mencari harta mereka sendiri dengan usaha mereka sendiri. Alhamdulillah, dengan berkat didikan ibu dan ayahnya, semua adik-beradik Linda berjaya di menara gading dan mempunyai kerjaya yang stabil.

.....................

Seperti yang dijanjikan, Hariz tiba di rumah sahabatnya pada malam ini dengan membawa sebakul buah limau madu kegemaran isteri sahabatnya ketika ini. Bagaimana dia tahu? Hahaha... Sejak isterinya mengandung, Khairil memberi tahu semua kawan-kawannya yang dia mencari buah limau madu kerana isterinya mengidam. Linda menjadi sangat suka makan buah limau madu sejak dia berbadan dua.

"Dah sampai pun kau....hahaha masuk, masuk." Khairil menjemput sahabatnya masuk ke rumah dengan gembira. Hubungan rapat antara Khairil dan Hariz tidak berubah walaupun salah seorang daripada mereka telah berumah tangga. Pernah salah seorang daripada rakan mereka berjenaka yang mungkin isteri-isteri mereka berdua akan cemburu melihat suami mereka terlalu rapat. Mereka berdua hanya ketawa mendengarnya.

Dulu semasa Khairil bujang, rumahnya menjadi rumah kedua Hariz dan sekarang setelah Khairil sudah berkahwin mereka lebih suka berjumpa di luar kerana tidak mahu menyusahkan isteri Khairil. Namun setelah isterinya mengandung, Khairil lebih suka mengajak Hariz datang ke rumahnya kerana dia tidak ingin meninggalkan isterinya seorangan di rumah apabila dia keluar bersama Hariz. Khairil akan berasa bimbang sekiranya Linda ditinggalkan seorang di rumah mereka.

"Mana Linda?" Soal Hariz apabila dia tidak nampak kelibat isteri Khairil itu. Hariz memandang sekeliling mencari Linda. "Ni...aku bawa khas untuk mak buyung tu." Hariz menghulurkan bakul buah limau madu kepada sahabatnya.

Khairil menyambut bakul buah tersebut dengan semyuman dibibir. "Dia dekat dapur, tengah masak special untuk kau....sempena orang tu dah ada girlfriend." Khairil ketawa kecil melihat wajah Hariz yang tersenyum apabila mendengar kata-katanya. Hariz suka mendengar orang mengatakan Atirah adalah teman wanitanya walaupun hakikatnya dia belum lagi memberitahu Atirah isi hatinya itu.

"Hai Is..."Linda menyapa sahabat suaminya apabila dia melihat Hariz dan Khairil datang ke dapur. Mangkuk yang dipegang diletetakkan di atas meja makan yang berhampiran dengannya. Linda tersenyum memandang Hariz.

"Hai Mak Boyot," balas Hariz.

Linda menarik muka masam, pura-pura merajuk dengan Hariz. Khairil tersenyum dan menggelangkan kepala melihat telatah isterinya.

"Jangan kau berani panggil Mak Boyot. Aku kena tidur luar pula nanti. Dah la hari tu sekali aku kena tidur luar sebab panggil dia Mak Boyot." Khairil memberi amaran kepada sahabatnya sambil tangannya ligat membantu isterinya menghidangkan lauk pauk di meja.

"Ala boyot-boyot pun orang sayang. Is tengok Linda makin berseri-seri sejak memngandung ni. Dah scan ke baby? Perempuan ke lelaki?" Hariz menyoal.

"Dah. Baby girl." Balas Linda dengan senyuman yang lebar dibibir. Melihat sahabatnya gembira, Hariz turut tumpang gembira.

"Bila due?" Soal Hariz ingin tahu. Melihat perut Linda yang besar itu, Hariz menjangka tarikhnya sudah semakin dekat.

"Dua bulan lagi. Tapi dari apa yang aku baca, baby sulung selalunya awal dua minggu." Jelas Khairil, wajahnya jelas kelihatan bimbang. Khairil memegang tangan isterinya erat seperti memberi semangat kepada Linda. Linda hanya tersenyum memandang suaminya dengan pandangan yang memahami. Dia tahu Khairil risaukan dirinya.

"Insyaallah semua okey, kau jangan bimbang sangat. Kalau ada apa-apa yang boleh aku bantu kau bagi tau je." Hariz cuba untuk memberi semangat kepada Khairil. Namun sebenarnya dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya sekiranya isterinya yang mengandung. Hariz membayangkan wajah Atirah yang sedang sarat mengandung dan dia tersenyum suka.

"Hoi..kau senyum sorang-sorang ni kenapa? Asam Pedas depan mata pun dah tak nampak." Khairil menyakat sahabatnya apabila melihat Hariz hilang dalam fikirannya sendiri seperti orang kemaruk cinta.

"Aku senyum pun salah ke. Aku cuma fikir yang kau akan jadi gemuk kalau makan setiap malam macam ni. Penuh satu meja, tak tahu aku nak cuba yang mana dulu. Masa first time aku datang rumah makan kat rumah kau, tak la banyak macam ni." Kata-kata Hariz mengundang tawa Khairil.

"Hahaha....Hari ni je penuh meja, aku suruh Linda masak special untuk kau. Dulu masa mula-mula kau datang Linda belum pakar lagi. Sekarang kau cakap je nak makan apa, Linda boleh masak. Aku pun rasa saiz baju aku dah naik." Jelas Khairil dengan senyum dibibirnya, dia rasa bangga dengan isterinya yang berubah untuk dirinya.

"Makan la Is, jangan malu. Asam Pedas Ikan Pari kegemaran Is dan Khai pun ada Linda masak ni." Linda menghulurkan masakan Asam Pedas Ikan Pari kepada Hariz. Masakan yang pertama Linda belajar masak adalah Asam Pedas kerana itu adalah makanan kegemaran suaminya dan Hariz.

Hariz dan Khairil makan dengan gembira. Selesai menjamu selera, mereka bergerak ke ruang tamu untuk berehat. Linda masih di dapur sedang menyediakan kopi untuk suaminya dan Hariz.

"Kau dengan Atirah macam mana?" Khairil mula bicara. Dia cuba untuk mengorek rahsia sahabatnya.

Hariz memandang sahabatnya seketika sebelum dia menjawab soalan tersebut, "setakat ni, baik. Belum ada perkembangan yang serius. Aku masih tengah test market."

"Kaun ni slow sangat la Is," komen Khairil.

"Aku tak nak terburu-buru. Aku takut bertepuk sebelah tangan." Hariz meluahkan kegusarannya.

"Macam mana dia nak tahu yang kau suka kat dia kalau kau tak bagi tahu. Kau kena cepat Is, kalau kau lambat, melepas kau nanti. Aku kan ada cakap yang Atirah tu banyak peminat kat office aku, aku tengok boss aku pun macam suka dekat dia." Khairil melihat perubahan riak wajah sahabatnya dan dia tersenyum. Hariz telah termakan kata-katanya. "Tapi kau jangn bimbiang, aku perasan yang Atirah tu tak layan pun," sambung Khairil.

Sedang Hariz dan Khairil berbual, Linda datang dengan seteko kopi. Dulang ditangan Linda diambil Khairil apabila dia melihat isterinya bersusah payah membaya kopi kepada mereka. Linda tersenyum mlihat suaminya yang sentiasa sedia untuk membantu. Khairil tidak malu untuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Sikap Khairil yang memahami dan seda membantu membuatkan Linda bertambah sayang terhadap suaminya. Dia rasa bersyukur dapat suami yang bergitu mengambil berat terhadap kebajikan dirinya.

"Apa pun, kita minum kopi dulu." Khairil menghulurkan secawan kopi pada Hariz dan dia turut menuangkan secawan kopi untuk dirinya. Linda tidak dibenarkan minum kopi kerana dia mengandung, oleh itu Linda hanya memandang dua sahabat ini minum kopi serta dia turut menyampuk dalam perbualan suaminya dengan Hariz.

Masa berlalu dengan pantas. Melihat hari semakin lewat malam, Hariz meminta diri untuk pulang.

.......................................

Puan Salmah melihat jam di dinding, hari semakin lewat malam. Anak bujangnya belum sampai ke rumah. Sudah menjadi kebiasaan bagi Puan Salmah menunggu anaknya pulang ke rumah. Sejak dulu lagi. Walaupun acap kali dilarang oleh anak-anaknya dia tetap meneruskan kebiasaan ini. Baik anak sulungnya sehingga anak bongsunya, dia akan tunggu ke pulangan mereka ke rumah sekiranya dia tahu yang mereka akan pulang.

Anak sulungnya Hafiz, abang kepada Hariz telah berumah tangga dan menetap di London bersama keluarganya. Hariz menjadi pengganti kepada arwah suaminya menguruskan hal-hal syarikat dan tempat dirinya bergantung harapan.

Pada mulanya, dia ingin menyerahkan syarikat mereka kepada anak sulungnya, namun telah ditolak oleh Hafiz, katanya dia ingin membina kerjayanya sendiri di London. Puan Salmah bersetuju dengan hasrat anaknya itu dan syarikat diserahkan kepada Hariz. Sesekali Puan Salmah pergi melawat anak dan cucunya di London. Hafiz sekeluarga juga akan pulang ke Malaysia setiap kali ada perayaan yang disambut seperti Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha dan juga sekiranya Paun Salmah menyatakan yang dia rindu kepada mereka. Hubungan mereka rapat walaupun jauh di mata, namun dekat di hati itu yang dikatakan oleh anak bongsunya Hafizah.

Hafiz berkenalan dengan isterinya di London semasa dia melanjutkan pelajarannya di sana. Isteri Hafiz, Maria adalah orang tempatan di sana. Kali pertama Hafiz memperkenalkan Maria kepada keluarga, Puan Salmah dan suami amat terkejut. Mereka tidak menyangka Hafiz ingin berkahwin dengan gadis bermata biru dan tidak kenal 'belacan' kerana anaknya sangat sukakan sambal belacan. Tanpa sambal belacan tidak lengkap makannya. Namun meraka menerima pilihan Hafiz dengan hati terbuka.

Peristiwa lucu ketika menantunya membuat sambal belacan segar dalam ingatan Puan Salmah. Kata Hafiz, Maria berusaha untuk makan makanan orang melayu dan masak masakan orang melayu untuk menambat hatinya. Kali pertama Maria mencuba sambal belacan dia telah jatuh hati dengannya dan dia memaksa Hafiz mengajarnya cara membuat sambal belacan. Disitulah mulanya berputik cinta mereka.

Hafizah, anak bongsu Puan Salmah telah menjadi doktor pelatih disalah sebuah hospital di Kuala Lumpur. Puan Salmah boleh menarik nafas lega sekarang. Semua anak-anaknya telah berjaya. Cuma satu hajatnya yang masih belum tercapai. Dia ingin melihat Hariz dan Hafizah berumah tangga. Puan Salmah pernah bertanya kepada kedua-dua anaknya ini tentang soal hati mereka. Namun Hariz hanya mendiamkan diri dan Hafizah menyatakan yang dia masih ingin bermanja dengan ibunya dan belum mempunyai teman lelaki istimewa. Puan Salmah menyerahkan kepada anak-anaknya sendiri untuk mencari jodoh mereka, namun keadaan Hariz membimbangkan Puan Salmah. Hariz seperti tidak berminat untuk berumah tangga dan terlalu berahsia. Hafizah lebih mudah untuk Puan Salmah menduga hati anaknya itu dan dia tahu Hafizah masih belum mempunyai teman lelaki. Ini mungkin kerana Hafizah perempuan, dia lebih mudah untuk berkongsikan cerita dengan Puan Salmah.

Deruan enjin di luar telah menyedarkan Puan Salamah daripada fikiranya sebentar tadi. Dia segera membukakan pintu untuk anaknya. Hariz memandang ibunya dengan senyuman apabila dia melihat pintu rumah mereka tebuka dan ibunya sedang menantinya di muka pintu.

"Assalamualaikum bu. Ibu tak tidur lagi?"

"Waalaikumsalam, belum. Ibu belum mengantuk."

Hariz tahu ibunya berbohong. Dia tahu yang Puan Salmah menanti kepulangnnya. Hariz hanya mampun tersenyum mendengar jawapan ibunya.

"Fizah dah balik bu?" Soal Hariz.

"Adik Riz tu bertugas malam, minggu ni." Jawapan Puan Salmah dibalas dengan anggukan daripada Hariz.

"Along ada call hari ni?" Soal Hariz lagi sambil merebahkan diri di sofa.

Puan Salmah memandang pelek anak bujangnya. "Kan Along dah call semalam, hari ni tak la. Riz lupa ke?" Wajah muram anaknya ditenung. Adakah anaknya ini mempunyai masalah. Puan Salmah sabar melihat Hariz dan menunggu kalau Hariz ingin berkongsi dengannya.

"Riz naik dulu bu." Hariz bangun dari sofa dan berlalu mendaki anak tangga ke biliknya. Kelakuan Hariz diperhatikan sahaja oleh Puan Salmah. Biarlah, kalau dia nak cerita nanti, Puan Salmah sedia mendengar.

Langkah Hariz terhenti di atas anak tangga dan berpaling memandang ibunya. "Ibu tak nak tidur ke? Dah lewat ni."

Puan Salmah senyum kepada anaknya, "Riz naik dulu. Kejap lagi Ibu naik."

*Ada udang sebalik batu: ada sesuatu maksud yang tersembunyi

*mengambil berat: ambil tahu / beri perhatian


next chapter
Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C12
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ