Nasi Goreng Telur yang bersinar!
Anak mata Xiao Yanyu semakin lama semakin besar dan masih tidak percaya. Dia tidak percaya bila Xiao Xiaolong memberitahunya. Sekarang, walaupun dia telah melihat dengan mata sendiri, dia masih berasa ia tidak benar.
Aroma wangi terus menerus menerjah rongga hidung Xiao Yanyu, bau itu seperti belaian kekasih menyebabkan seluruh tubuhnya berasa tenang. Fikirannya menjadi kosong tanpa sebarang gangguan. Hanya tinggal satu perkara dalam fikirannya: Makan sekarang!
Xiao Yanyu masih seorang dewi di Empayar Bayu, jadi dia perlu mengekalkan imejnya walaupun dia berada di hadapan makanan istimewa. Perlahan-lahan dia mengangkat purdah dan mempamerkan bibir merah yang lembap.
Xiao Yanyu menggunakan sudu tembikar biru putih untuk mengaut sesudu Nasi Goreng Telur; cairan telur yang belum dimasak sepenuhnya itu ditarik dan meregang apabila sudu diangkat. Seperti benang emas yang bersinar. Gelombang udara panas keluar dari sudu itu diiringi wangian yang kuat.
Kulit Xiao Yanyu yang cerah dan licin bertukar merah apabila terkena udara panas itu.
"Kakak, bagaimana rasa Nasi Goreng Telur Tahap Tinggi ini?" tanya Xiao Xiaolong yang tidak dapat menahan diri dari bertanya selepas menghidu bau Nasi Goreng Telur itu, sambil memandang sudu yang masuk ke mulut kakaknya.
Sudu tembikar biru putih itu tersentuh lembut gigi Xiao Yanyu dan setiap butiran nasi jatuh ke dalam mulutnya. Mata Xiao Yanyu mengecil apabila satu rasa terus menuju ke otaknya, seperti satu letusan bom rasa meletup dalam mulutnya.
Lidahnya diselimuti dan ditakluk sepenuhnya oleh Nasi Goreng Telur itu.
"Oh... Ia ... lazat!"
Wajah Xiao Yanyu bertukar mabuk sambil mengeluh. Setelah itu, dia tidak menghiraukan orang lain dan mula menyumbat satu sudu selepas satu sudu Nasi Goreng Telur ke dalam mulutnya. Imejnya hancur dalam sekelip mata.
Dia tidak pernah makan Nasi Goreng Telur sebegini enak. Sebagai seorang Semangat Pertempuran Kelas Keempat, dia hampir tidak perlu untuk makan. Tapi untuk orang seperti dia, seleranya telah dirangsang oleh semangkuk Nasi Goreng Telur, ini sukar dipercayai. Seperti yang dikatakan oleh Xiao Xiaolong, ia memang semangkuk Nas Goreng Telur yang ajaib!
Gururu!
Apabila Xiao Xiaolong melihat Xiao Yanyu makan tanpa mempedulikan imejnya, dia bukan sahaja tidak mengetawakan Xiao Yanyu. Sebaliknya, dia sungguh cemburu dan bunyi keroncong mula keluar dari perutnya.
Sun Qixiang pula tergamam apabila melihat dewi impiannya makan dengan gelojoh, dia tidak dapat memahami apa yang sedang berlaku.
"Nasi Goreng Telur sahaja... Perlukah kamu begitu gelojoh?!"
Walaupun bau Telur Goreng Telur ini... sangat wangi, tetapi kamu masih seorang dewi. Kamu tidak perlu mengabaikan imej kamu demi semangkuk Nasi Goreng Telur! "
"Tuan restoran! Mana Nasi Goreng Telur aku! Cepat hidangkan! Cepat!"
Walaupun Sun Qixiang berfikir, dia mahu lebih tahu berkenaan Nasi Goreng Telur itu. Kipas kertasnya ditutup dan matanya menjeling sambil menjerit pada Bu Fang yang sedang tersenyum melihat Xiao Yanyu makan.
Bu Fang menaikkan kening dan menjeling semula Sun Qixiang dengan tenang. Tanpa berkata apa-apa, dia berpaling lalu masuk ke dapur.
"Cepatlah! Jika aku tidak dapat makan Nasi Goreng Telur kau dalam masa tiga minit, aku akan hancurkan restoran kecil ini!" kata Sun Qixiang sombong.
Bu Fang masuk ke dapur tanpa emosi dan mengeluarkan satu beg tepung dari peti sejuk.
Adakah dia akan masak Nasi Goreng Telur? Salah... berani Sun Qixiang mengancam seorang cef. Jika begitu, biarlah dia akan berkosong perut untuk seketika. Sun Qixiang akan faham, nasib orang yang menyinggung seorang chef, terutama cef berfikiran sempit seperti Bu Fang.
Mi Kering Campur sebenarnya satu hidangan yang mudah. Ia mi yang ditarik dengan tangan dicampur dengan perasa.
Walau bagaimanapun, Mi Kering Campur dibuat oleh Bu Fang adalah buatan tangan dan ia berbeza dengan Mi Kering Campur biasa. Dia menggunakan teknik khas menguli tepung untuk membuat mi, rasanya pasti luar biasa.
Bu Fang telah berlatih berulang kali untuk hidangan ini. Kini dia hanya memerlukan sekurang-kurangnya sepuluh minit. Kemahiran dia dalam menguli doh menyenangkan mata, seolah-olah tangannya hilang semasa menguli doh.
Selepas doh siap, dia perlu menarik mi dengan kekuatan yang sederhana. Kemudian dia menyemburkan sedikit tepung ke atas mi dan direndamkan ke dalam air panas.
Air yang digunakan untuk memasak mi juga bukan air biasa. Ia menjadi jernih, lut sinar dan tidak mengandungi sebarang kotoran. Gelombang wap yang dihasilkan juga mempunyai bauan manis di dalamnya.
Sementara mi itu direndam dalam air panas, Bu Fang mula menyediakan perasa. Dia telah menyukat tepat kadar diperlukan untuk garam, kicap dan monosodium glutamat ke dalam mangkuk tembikar biru putih. Sedikit air panas dicampurkan dan kemudian mi yang telah masak dimasukkan ke dalam mangkuk. Menggunakan penyepit buluh, dia mengacau semua ramuan di dalam mangkuk sehingga warna kicap meresap ke dalam mi yang jernih.
Semangkuk Mi Kering Campur telah pun siap.
Tiada sup, telur atau sayur-sayuran. Ia hanya semangkuk Mi Kering Campur.
Bu Fang membawa semangkuk Mi Kering Campur keluar dari dapur. Walaupun ia tidak seperti Nasi Goreng Telur yang membawa aroma kuat semasa keluar dari dapur, tapi warna Mi Kering Campur itu amat menggoda.
Apabila Sun Qixiang melihat Bu Fang berjalan keluar dari dapur dengan mangkuk tembikar biru putih, dia sangka Nasi Goreng Telur dia telah siap, dengan teruja dia bangun untuk mengambil hidangan itu.
"Ini Mi Kering Campur Si Pondan," Bu Fang beralih ke tepi sambil berkata tanpa emosi.
Sun Qixiang tergamam dan memandang Bu Fang dengan mata yang marah dan dikecilkan. "Aku sudah arahkan kau untuk masak Nasi Goreng Telur bukan? Siapa suruh kau masak Mi Kering Campur! Kau mahu aku tutup restoran kau?!"
Bu Fang tidak menghiraukan Sun Qixiang dan meletakkan Mi Kering Kacau di hadapan Xiao Xiaolong dan dengan tenang berkata, "Inilah Mi Kering Campur kamu, sila nikmati."
Mata Xiao Xiaolong menjadi berseri. Dia berasa amat lapar dan tergoda dengan Nasi Goreng Telur tahap tinggi itu, aromanya saja menyelerakan. Dia juga tidak endah apabila Bu Fang memanggil dia Si Pondan.
Walaupun Mi Kering Campur itu bukan Nasi Goreng Telur, tetapi ia lebih baik daripada tidak dapat makan apa-apa! Mi itu diselimuti kicap. Walaupun baunya tidak sekaya Nasi Goreng Telur tetapi tetap ada letusan aroma yang berlegar di dalam rongga hidung jika dihidu dalam-dalam.
Bagaimana semangkuk Mi Kering Campur berharga seratus syiling emas itu biasa sahaja!
Xiao Xiaolong mengepit seutas mi dan menyedut masuk ke dalam mulut dengan tidak sabar.
Slurp!
Mata Xiao Xiaolong semakin besar dan berasa mi di dalam mulutnya itu masih hidup. Walaupun ia lembut, ia juga melantun-lantun di dalam mulutnya selepas digigit. Ini memberi dia suatu nikmat yang luar biasa, seperti tangan kecil yang banyak sedang menggaru-garu mulutnya.
Oh...
Dengan mulut yang penuh dengan mi, mata Xiao Xiaolong mengecil sambil menggeleng kepalanya penuh keseronokan.
Wajah Xiao Xiaolong terpantul dalam mata Sun Qixiang. Dia tidak dapat lagi menahan rasa ingin tahu, dia tidak sabar lagi.
"Cepat kembali ke dapur! Aku mahu rasa Nasi Goreng Telur dan Mi Kering Campur dengan segera!"
Sun Qixiang merenung Bu Fang dengan dingin.
"Rasanya kamu sudah terlupa dengan siapa kamu sedang bercakap sekarang, dan jangan mendesak saya. Jika saya dengar satu lagi perkataan, saya akan masukkan kamu ke dalam senarai hitam."
Kening Bu Fang berkerut dan dia semakin tidak puas hati. Dia berfikir, "Lelaki ini sedang mencari masalah."
"Kau sangat sombong, aku boleh robohkan saja restoran ini!" ancam Sun Qixiang, sambil mencucuk dada Bu Fang dengan kipas kertasnya.
Bu Fang membalas dengan senyuman, dia jarang senyum. Oleh itu senyumannya kelihatan kaku.
Tanpa berkata apa-apa lagi, dia pun kembali ke dapur.
Selepas kira-kira tiga puluh minit, Bu Fang keluar dengan bersantai.
Xiao Xiaolong dan Xiao Yanyu sudah selesai makan, tetapi mereka masih tidak beredar. Mereka masih perlu bayar bil mereka dan lebih penting lagi, untuk melihat Sayur Goreng.
Mereka telah menyaksikan Nasi Goreng Telur dan Mi Kering Campur, sekarang tinggal Sayur Goreng.
Mengikut piawaian hidangan lain, Sayur Goreng ini pasti luar biasa juga.
Apabila Sun Qixiang yang tampak kebuluran itu ternampak makanannya dibawa keluar dari dapur, dia menjadi sangat teruja sehingga merampas dulang dari Bu Fang.
Ada empat hidangan di atas dulang itu. Dua mangkuk Nasi Goreng Telur yang sangat wangi sehingga aromanya menyelubungi seluruh restoran. Satu mangkuk Mi Kering Campur dengan warna yang menarik, dan juga... Sekeping sayur segar?!
Sun Qixiang telah memesan semua hidangan maka Bu Fang pun memasak semuanya sekaligus.
Rasanya, sekeping sayur segar itulah hidangan legenda... Sayur Goreng.
"Adakah kau bodoh? Kenapa tidak hidang satu per satu? Kau sengaja mahu aku kebulur, bukan?!" Sun Qixiang leka mencium aroma Nasi Goreng Telur itu dan berpaling ke arah Bu Fang sambil memarahinya.
Bu Fang malas menjawab. Apa yang dijangka oleh Sun Qixiang selepas mengingung perasaan cef? Dia harus bersyukur kerana dia tidak perlu menunggu satu atau dua jam lagi.
Oleh itu, mengapa Bu Fang menghidangkan hidangan pada masa itu? Bukan kerana dia takut kepada Sun Qixiang, tetapi dia punya alasannya sendiri...
"Sistem, kamu pasti benda yang kamu beri kepada saya itu berfungsi?"
"[Sos Cili Abissal], cili yang dipilih khas dari lada benggala berwarna hitam merah. Ia ialah sejenis cili yang sangat pedas dan tumbuh di jurang yang dalam. Selepas bergelumang dalam pernafasan harian syaitan dalam jurang, kepedasan ia menjadi melampau. Setitik sahaja diperlukan untuk membuat seseorang berasa seperti seluruh badannya terbakar. Satu sudu pula cukup menyebabkan seseorang mengalami halusinasi manakala satu balang akan mengakibatkan mati.
Sistem dengan tenang mengenalkan sos cili yang mana Bu Fang telah masukkan satu sudu sebentar tadi ke dalam Nasi Goreng Telur itu.
Memang betul! Bu Fang orang yang berkecil hati!
Dia bukan seorang lelaki budiman. Walaupun dia bercita-cita untuk menjadi Tuhan Masakan tetapi itu tidak mengubah hakikat dia hanyalah seorang manusia biasa dari Bumi.
"Sila nikmati hidangan ini," Tanpa emosi, Bu Fang berkata kepada Sun Qixiang yang tidak sabar-sabar melihat Nasi Goreng Telur itu.
"Berambus! Jangan ganggu waktu aku makan!" Sun Qixiang melambai tangan menghalau Bu Fang.
Bu Fang mengetap bibirnya dan berfikir. "Mari kita lihat jika kau masih boleh sombong selepas satu suapan."
Sun Qixiang tidak lagi memberi perhatian kepada Bu Fang dan mula untuk makan. Tiba-tiba, dia terfikir sesuatu dan berpaling kepada Xiao Yanyu yang sudah mengenakan vel. Gadis itu telah bertukar semula menjadi seorang gadis yang bermaruah dan anggun. Dia bertanya Xiao Yanyu, "Saya telah pesan banyak hidangan, mahu makan bersama saya?"
Xiao Yanyu tanpa disedari mengerut kening, teragak-agak sambil teringat rasa Nasi Goreng Telur tadi. Dia mahu memesan hidangan ini sekali lagi tetapi tidak mempunyai duit yang cukup. Lagipun, peraturan restoran hanya membenarkan satu hidangan untuk setiap pelanggan.
Ini satu cadangan yang baik jika seseorang mahu belanja dia makan.
Namun, sebelum Xiao Yanyu dapat menjawab, Bu Fang yang duduk berdekatan membuka mulut dan berkata, "Hanya pelanggan yang memesan Nasi Goreng Telur dapat makan hidangan itu. Jika orang lain makan, maka itu akan dianggap sebagai pelanggaran peraturan kami dan pelanggan itu akan dimasukkan ke senarai hitam."
"Apa?! Kau fikir aku takut? Jika aku mahu makan, siapa peduli peraturan kau, aku akan cari orang untuk belasah kau sehingga separuh mati, kemudian paksa kau memasak! Apa restoran kecil seperti ini boleh buat pada aku?! "
Sun Qixiang dengan marah merenung Bu Fang. Dia hampir boleh makan bersama dengan Xiao Yanyu yang cantik jika tidak diganggu tadi!
"Oh, ada satu lagi perkara yang saya terlupa beritahu, bukan sahaja kamu akan disenarai hitam, jika Xiao Yanyu juga makan sekali, dia juga akan disenarai hitam. Kamu mungkin tidak faham betapa serius senarai hitam itu, tetapi... tiada masalah untuk mencuba, "kata Bu Fang bersahaja.
Selepas Bu Fang selesai bercakap, Xiao Yanyu segera menolak ke tepi pelawaan Sun Qixiang untuk makan bersama.
Sun Qixiang mendengus. Dia tidak ambil berat langsung ancaman remeh Bu Fang itu. Bagaimana kaki perempuan seperti dia takut kepada cef sebuah restoran kecil? Jadi apa kalau dia disenarai hitam? Ini hanya satu jenaka kepadanya.
Sun Qixiang diam tidak menjawab. Apabila memandang hidangan lazat di hadapannya, seleranya tiba-tiba melonjak. Nasi Goreng Telur yang memancarkan cahaya keemasan begitu menyilaukan matanya.
Ketika dia mengaut sesudu Nasi Goreng Telur dengan sudu tembikar biru putih, aroma kaya yang datang daripadanya, seperti bom aromatik yang meletup dan menerjah ke rongga hidungnya. Hatinya tertawan.
Tanpa ragu-ragu dia menyuap sudu itu ke dalam mulutnya. Nasi seperti mutiara berguling di antara gigi dan lidahnya, seperti satu urutan sedang berlaku dalam mulutnya.
"Lazat!"
Mata Sun Qixiang bersinar sambil menyuap sudu demi sudu Nasi Goreng Telur ke dalam mulutnya tanpa henti.
Wajah tanpa ekspresi Bu Fang akhirnya tersenyum apabila dia melihat Sun Qixiang makan dengan gelojoh hidangan itu.
Xiao Yanyu sedang melihat Nasi Goreng Telur yang sedang dimakan oleh Sun Qixiang, apabila tiba-tiba dia terasa suatu kedinginan datang dari tubuh Bu Fang. Dengan pelik dia menoleh pada Bu Fang dan ternampak senyuman kaku yang muncul di wajahnya.
"Eh? Hmm? Dia... Dia sedang tersenyum?"
Xiao Yanyu rasa agak terkejut. Sejak dia masuk ke restoran ini, Bu Fang memberi satu imej seorang chef yang dingin dan angkuh. Sungguh sukar membayangkan dia tersenyum.
"Ah!!!"
Ketika tumpuannya Xiao Yanyu diberikan sepenuhnya pada Bu Fang, Sun Qixiang yang sedang menikmati hidangannya tiba-tiba berhenti makan dan matanya membesar.
Dalam beberapa saat, wajahnya berubah dari putih menjadi merah, kemudian merah ke ungu!
Dengan satu jeritan, Sun Qixiang membuka mulut dan nasi yang dimakan tadi dimuntahkan. Sambil meloncat-loncat, kedua-dua tangan memegang leher dengan lidah yang dijulurkan.
"Pedas... Pedas! Sangat pedas!"
Air mata Sun Qixiang mengalir kepanasan itu. Seluruh tubuhnya rasa seperti di belit sehingga dia mula mempersoal kewujudan dunia ini.
Bagaimana tahap kepedasan yang menakutkan seperti ini wujud di dunia?
"Air, aku perlu cari air!" Sun Qixiang berlari mengelilingi restoran kecil untuk mencari air. Rasa terbakar di dalam mulutnya membuatnya berasa seperti seluruh mulutnya mula kebas dan mukanya penuh dengan lelehan air mata.
Bu Fang yang sedang duduk di kerusi melihat Sun Qixiang berlari-lari tanpa minat.
Tiba-tiba, Sun Qixiang meluru ke dapur. Oleh kerana dia tidak dapat mencari air di kawasan itu, dia mahu masuk ke dapur untuk mencari air.
Baru sahaja Sun Qixiang mahu melangkah masuk, satu lengan mekanikal muncul, memegang dia dan melempar keluar.
"Dapur ialah kawasan yang terhad untuk kakitangan sahaja, orang luar tidak dibenarkan masuk."
Pembantu robot Bu Fang berdiri di pintu masuk dapur dan bercakap dengan suara mekanikal.
Xiao Yanyu dan Xiao Xiaolong tergamam menonton kejadian ini berlaku.
Xiao Yanyu tiba-tiba berpaling melihat Bu Fang. Dia berfikir, 'Adakah dia yang buat semua ini? Adakah ini cara dia membalas dendam? Menakutkan betul... Bagaimana dia boleh tambah cili yang mengerikan itu ke dalam makanan, tak ada hati perut!'
"Tuan muda... Air!"
Anak buah Sun Qixiang yang sudah boleh agak ketika memerhati kelakuan tuannya. Melihat Sun Qixiang meloncat-loncat mencari air, dia sudah pun berlari ke luar dan kembali dengan satu beg air.
Gulp gulp!
Sun Qixiang menghabiskan satu beg air itu sekaligus, sebelum rasa pedas di dalam mulutnya hilang. Dia bernasib baik dia tidak makan terlalu banyak, jika tidak, rasa itu akan bertahan lebih lama.
"Kau mahu menempah maut, berani kau mengubah makanan aku!" Sun Qixiang dengan marah membuang beg air kosong itu ke atas lantai.
Bu Fang tanpa perasaan, duduk di kerusi dan menunjuk pada hidangan. "Jika kamu tidak habiskan makanan ini, ia akan dianggap sebagai pembaziran makanan dan kamu akan disenarai hitamkan."
"Senarai hitam? Jangan cakap pasal senarai hitam bodoh kau! Aku akan tutup restoran kau hari ini!" Sun Qixiang berasa sangat marah sambil menunjuk Bu Fang dengan kipas kertasnya.
"Aku mahu hancurkan restoran ini!!"
Sun Qixiang mengarahkan anak buah yang berada di belakangnya.
Anak buah Sun Qixiang terus bersemangat kerana kerja menghancurkan kedai ialah perkara yang paling digemarinya. Dia mengangkat kerusi dengan penuh pengalaman dan bersedia untuk melemparkan ke arah satu meja. Tetapi, sebelum dia sempat membaling kerusi itu, dia terasa lengannya sedang dipatahkan.
Dia menjerit kesakitan. Sebuah robot muncul dari belakang, dengan mudah menghulurkan tangan dan mematahkan lengan anak buah Sun Qixiang.
"Pembuat masalah! Kamu telah dimasukkan ke dalam senarai hitam dan dengan ini dilarang daripada melangkah masuk ke Restoran Kecil Fang Fang." Suara mekanikal itu mengumum dengan serius.
Annak buah Sun Qixiang itu kemudian diangkat oleh robot dan dilemparkan keluar dari restoran dengan perlahan. Dia terjatuh muka dahulu ke lumpur, menjerit dalam kesakitan.
"Berani kau menentang aku?! Aku boleh dapatkan seratus orang dalam masa seminit untuk meruntuhkan restoran ini!"
Sun Qixiang menggigil marah, dia tidak percaya ada orang biasa berani menentang dia dalam bandar diraja ini.
"Si Putih, tanggalkan baju dia dan campak ke luar. Dia patut dihukum kerana membazir makanan." Bu Fang berdiri sambil menguap setelah mengarahkan robot berkenaan. Kemudian, dia menggumam sendirian, "Waktu berniaga hampir tamat, sudah tiba masanya untuk menutup kedai."
"Berani kau mengabaikan aku, aku seorang Maniak Pertempuran Kelas Ketiga, membunuh kau tak ada beza dengan menghancurkan seekor semut!" laung Sun Qixiang marah. Jubah berwarna-warni di tubuhnya mula beralun-alun dan sinaran cahaya keluar dari seluruh tubuhnya.
"Bang!"
Robot, Si Putih, menampar kepala Sun Qixiang, membuat dia tersembam ke lantai dan mengejutkannya, daya tulen yang dikumpulkan dalam tubuhnya terus hilang.
Selepas itu, bunyi kain yang dikoyak mula kedengaran di dalam restoran kecil itu!
"Celaka! Kau betul-betul bogelkan aku? Tahu tak siapa aku?! Aku ialah..."
"Bang!" Mata Si Putih bersinar dan menampar kepala Sun Qixiang sekali lagi, membuatkan dia pening.
Akhirnya baju Sun Qixiang berjaya ditanggalkan kecuali pakaian dalam dan semua benda berharga juga telah dirampas. Dengan perlahan dia dicampak ke luar restoran.
Sun Qixiang yang bingung, duduk di sana sambil menggigil kerana angin sejuk.
Kemudian dia tiba-tiba terdengar derap kaki dan sepasang kasut bercorak kulit naga emas muncul di sudut matanya ...
Zhao Ruge memandang Sun Qixiang yang hampir telanjang dan hanya memakai sekeping cawat dan membuat bunyi tsk-tsk.
"Bagaimana tuan muda Qixiang yang hebat berakhir dalam keadaan memalukan sebegini hanya kerana makanan?"
Você também pode gostar
Comentário de parágrafo
O comentário de parágrafo agora está disponível na Web! Passe o mouse sobre qualquer parágrafo e clique no ícone para adicionar seu comentário.
Além disso, você sempre pode desativá-lo/ativá-lo em Configurações.
Entendi