/ Urban / S.H.E
Classificações insuficientes
Sinopse
Kehidupan seorang anak yatim yang kehilangan keluarganya sejak kecil lagi bukanlah suatu yang mudah. Dia terpaksa menagih kasih daripada keluarga mak ciknya yang tidak pernah dia kenal sebelum ini. Terpaksa belajar apa itu peritnya kehidupan dan mengenal realiti hidup yang tidak pernah dia tempuhi selama ini.
Hidup yang ibu bapanya berikan merupakan satu kehidupan yang sempurna, sempurna dari segi kasih sayang dan sempurna dari semua segi keperluan. Kini, sempurna itu tidak lagi wujud dalam hidupnya. Sempurna itu hanya ada di dalam cerita dongeng yang selalu papanya ceritakan dahulu.
Kehadiran seorang lelaki membuatkannya menaruh harapan kembali. Mungkin deritanya akan berakhir tidak lama lagi, mungkin hidupnya akan menjadi sempurna semula. Lelaki yang berjaya mencuri hati dan perhatiannya itu mungkin lelaki yang akan membawakan kesempurnaan itu datang kembali. Namun, benar kata pepatah panas tidak akan berterusan hingga ke petang. Sekali lagi, kebahagiaan yang sepatutnya menjadi miliknya diragut oleh sepupunya sendiri. Membuatkan dia semakin jauh terjatuh dan akhirnya tidak lagi mahu menaruh harapan kepada kesempurnaan. Dia berserah kepada takdir yang membimbingnya.
Takdir hidupnya bersama lelaki yang tidak mengenal erti kasih dan sayang, lelaki yang menganggap hidup adalah satu permainan.
Sheena Heather Edward - Sempurna itu tidak pernah wujud dalam hidup manusia. Sempurna hanya wujud dalam hidup syaitan bertopengkan manusia.
Mike Jacob - Jangan menaruh harapan untuk dibahagiakan oleh orang lain kerana setiap orang terlalu sibuk untuk membahagiakan diri sendiri.
Adam Daniel - Hidup ditentukan oleh pilihan manusia dan cinta tidak menjanjikan kebahagiaan kerana cinta tanpa wang membawa kepada derita selamanya.
Tags
Você também pode gostar
Compartilhe seus pensamentos com outras pessoas
Escreva uma avaliaçãoMenarik 👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍☺️👍☺️👍☺️👍☺️☺️👍👍☺️..bab seterusnya.....👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍
Revelar SpoilerCerita yang Best..jln Cite pon menarik...arap cpt2 la update Cite nie dan update biar bnyk sikit...kasi puas sikit bce Cite nieeee..hehehehehe..good job dear.. 😘😘😘
Revelar SpoilerAutor TheWhiteButterfly
💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖