Tajuk:Airman
Ditulis oleh Menidit Qumang
Genre:war, thriller dan mistik.
Sinopsis
Airman bermaksud semangat orang burung yang di seru oleh kaum dayak untuk melawan musuh nya. Kisah ini bermula dari persengketaan musuh kaum dayak dan penjajahan pihak Inggeris. Penindasan yang berterusan membangkitkan kaum dayak untuk menyeru semangat orang burung sehingga musuh menjadi takut dan gerun apabila ratusan butir peluru tidak dapat menembusi kulit mereka apalagi membunuh walaupun suku kaum dayak hanya bersenjatakan pedang ilang dan terabai. Pertumpahan darah berlaku membuka mata pihak penjajah dan musuh untuk berundur dan berhenti untuk membuat serangan atau mengacau ketenteraman suku kaum dayak..
Tajuk :Camelia
Written by Paradise Kiss
Genre :Romence
Sinopsis
Camelia seorang Reporter bahagian jenayah .Sempena Hari Penjara sedunia Camelia diberi tugas untuk menemu ramah seorang banduan yang berprofil tinggi di sebuah penjara Cambian Hell Lockup .Dimana penjara tersebut untuk menempatkan banduan yang melakukan jenayah berprofil dan dihukum sampai mati.Salah seorang banduan tersebut adalah Profesor Zen Burney seorang banduan yang di penjara atas kesalahan menyalahgunakan dadah sebagai ubatan terlarang ,menyeludup senjata api dan menjual organ manusia.Sikap nya yang bengis dan ganas begitu menggerunkan apabila P.ZB merupakan seorang ketua gangster yang menguasai penjara tersebut .Debaran demi debaran yang menyesakkan nafas Camelia ternyata keberanian nya diuji ketika bertemu empat mata dengan banduan tersebut .
Nantikan detik yang penuh debar..