アプリをダウンロード
11.11% Putarkan masa lalu~ / Chapter 1: Bicara Hati-WANITA
Putarkan masa lalu~ Putarkan masa lalu~ original

Putarkan masa lalu~

作者: Doubly_crazy

© WebNovel

章 1: Bicara Hati-WANITA

Chapter 1

Aku menoleh, tatkala aku merasakan kehadiran seseorang di sisi. Walau ianya tidaklah terlalu ketara dan agak jauh, malah jarak beberapa meter denganku, sudah menganggu ketenanganku. Tambahan pula, ketika aku sedang menikmati suasana nyaman permandangan laut. Mungkin Najmi sengaja datang, untuk mengusikku barangkali.

Ahh..dia. Aku yang mahu menegur, terdiam.

Kemunculannya, membuat aku terkedu seketika, lalu, aku mengalih perhatianku ke arah yang lain dengan akal dungu. Sebelum, mata ini memandangnya semula dengan tanda tanya. Dia tersenyum, memandangku. Perasaan ini, janggal. Aku bukan pemilik bicara yang ramah pada jantina yang berlainan. Jika Najmi, dia salah seorang yang aku anggap selesa dan mudah diajak berbicara kerana sikapnya yang baik dan pandai berbual.

Jika ikutkan, personalitiku. Aku gemar bersendirian.

Sunyi- diantara kami, tiada bualan yang kedengaran. Masing-masing menyepi, menghayati panorama lukisan Ilahi. Lakaran indah dengan biasan warna, membuat jiwa ini mengangguminya penuh hikmah.

Teringkat aku akan kisah lama yang berlaku. Jika aku putarkan memori lalu, aku boleh katakan ianya satu kenangan yang indah yang bertukar menjadi buruk. Namun, semuanya sudah menjadi kisah lalu. Aku sendiri tersenyum, apabila kenangan itu terimbas kembali. Zaman mentah yang tiada siapa yang boleh larikan diri. Tapi, aku tak salahkan dia atau sesiapa. Sekurang-kurangnya, ianya adalah kenangan yang menghiburkan kini.

"Hei.." Aku melirikkan anak mata, melihat dirinya yang masih berada disini, aku panggilnya dengan satu panggilan pendek setelah senyumanku tadi reda. Dia dan aku, hanya berdiri melihat angin laut yang mulai beranjak ke senja. Tak perlu aku ceritakan, keindahan yang sudah sedia tahu. Permikiranku ini, sudah meliputi pada perbualanku dengannya.

Sudah lama aku pendamkan segala yang tersirat dihati. Jika dipendam, tiada kesudahan.

Anak matanya, sempat melirik ke arahku. Aku senyum bersahaja, walau ianya tak pernah aku lakukan dahulu. Mungkin, kerana aku malu yang teramat sangat sehingga wajahku menjadi kelat masam. Aaahhh...itu dahulu.

Nafas ini, aku hela perlahan. Mataku, aku lemparkan pada langit senja. "Sorry.." ungkapku pendek dalam bahasa latin Inggeris.

Air mukanya, jelas kehairanan dengan ucapanku.

Iya, aku tahu dia kebingungan. Masakan tidak, tiada angin tiada ribut. Aku tiba-tiba mengucapkan kata 'Maaf' padanya. Aku ketawa. "Aku tak tahulah, kalau kau masih ingat." ujarku, cuba membuang rasa janggal diantara aku dan dia. Lagipula, aku perlu terangkan pada dia kenapa aku mengucapkan kata maaf padanya.

Dia menanti ujaranku, tanpa bersuara.

Aku senyum lagi, melirik secara spontan. Usia, sungguh mengambarkan peribadi dan kebijaksaan seseorang. Nampak matang, tingkah lakunya tidak seperti dahulu. Sesuailah dengan pernambahan usia diantara kami. Jika ingin dikira akan usia. Boleh dikatakan hampir kesemua rakan dari tahun kami, sudah memiliki pasangan sendiri dan tak kurang juga, yang punya anak lebih dari satu.

Tanda mudah, menyatakan kami sudah berada di peringkat pertengahan yang mula akan disusuri dengan generasi baru. Generasi zuriat keturunan kami.

"Aku rasa berterima kasih, bila kau reject confession aku dahulu." Ulahku tanpa malu. Kenangan lama, yang sudah lama aku diamkan. Membuat kenangan itu terselak lembarannya.

Pertemuan aku pada malam itu, terjadi kerana sedapnya suara dia mengalunkan zikir di malam Majlis Sahsiah Rabbani. Kerna suaranya, hatiku tersentuh. Aku dapat lihat kebaikkan yang terserlah pada personalitinya hingga suaranya seakan-akan tergiang-giang di pendengaran.

Oleh kerana itu..aku ingin mengenalinya.

Oleh kerana itu juga, aku beranikan diri untuk mendekatinya walau sekadar kawan, kerana suaranya seperti memberikan gambaran personalitinya yang baik. Dia membuatkan aku ingin tahu.

Oleh kerana itu…aku secara tak sengaja mengenali siapa dirinya yang membuatkan aku menjadi terkejut dan marah. Hilang segala rasa hormatku, malah luntur rasa kagumku. Aku telah terluka dengan sengaja.

Oleh kerana itu juga, aku mula membenci dirinya yang pada hakikat. Aku tak punya perasaan padanya. Aku telah luahkan perasaanku, dengan hati yang dilukakan. Aku jajakan sikap buruknya apabila terluka dengan katanya.

Hanya semuanya, 'oleh kerana itu'..dan kini, bila aku ingat semula. Alangkah buruk sikapku. Aku lupa, bahawa dia juga manusia yang sama sepertiku. Tak sempurna. Mujur juga dia menolak luahan aku. Keningnya terangkat sedikit, seolah-olah kenangan itu mula menyapa ingatannya. Dia mulai, mengangguk perlahan. Bibirnya, juga mengulum senyuman.

"Aku juga." utaranya pendek. "Aku tak patut cakap macam itu." sambungnya lagi.

Aku senyum. "Waktu muda. Masih perangai budak-budak." tambah aku, tanpa memandang ke arahnya. Walau rasa janggal berkurangan. Aku masih terasa malu. Tapi, jujur aku katakan. Hati ini, lega apabila dapat luahkan semula. Sejujurnya, aku rasa bersyukur kerana itu juga.

"So..aku harap, antara kita tak ada simpan dendam." bicaraku, mencuri lihat ke arahnya dengan hujung mata. Mengintai wajahnya bereaksi pada bicaraku.

"Tak." Dia mengeleng. "Aku tak sangka, kau masih ingat." ujarnya. Nafasnya, kedengaran kasar terbit di rongga pernafasannya.

"Hmm..ingat. Sebab, itulah reject yang paling kejam aku dengar jika nak bandingkan dengan yang lain." tawaku, dihujung bicara.

Berubah riak di raut wajahnya. Hilang sedikit bentuk wajah baby face, bila usia dah menjengah tiga puluhan. Bezanya, dulu dan sekarang. Hatiku mengudup kata.

"Sorry." ungkapnya pendek. Intonasinya, sudah berbeza.

"It's okay. Perkara lama. Tapi, aku memang nak ucap terima kasih dan maaf dekat kau sebab tolak luahan aku." Balasku. Aku memandangnya, dengan anggukkan kecil. Utaraku lebih beriya, dari awal.

Roman air mukanya, sukar dibaca. Dia mengangguk perlahan. "Sebab itu ke, kau sampai sekarang tak kawin?" ajunya, tiba-tiba. Mungkin dia ingin tahu.

Pada mulanya aku sedikit tersentak dengan soalan yang ditanya. Kemudian, aku sendiri ketawa kecil dengan mengeleng kepala menyatakan tidak. "Tak..tak ada kena mengena. Buat masa ini, aku selesa macam ini?!!" ujarku kembali. "Kau pula?? Kenapa tak kawin? Crush kau, solo.." Tanyaku pula. Melontar soalan sama padanya. Mungkin, perasaan ini padanya. Tak pernah ada, membuatkan aku mudah menyesuaikan diri.

"Crush aku.." Dia menyoal aku dengan lengok matanya. Kemudian, dia mengalih, mengikut rentakku.

Aku dan dia semakin selesa. Aku menyandarkan diri pada benteng batu sambil mengunjuk ke arah kelompok kawan-kawanku yang lain, yang sedang berkumpul. Dari jauh, aku dapat melihat Syafiqah yang sedang mengendong bayi kecil Hanim. Lagaknya, seperti anaknya sendiri.

Setahu aku dari cerita lama, dia pernah menaruh hati pada rakan sekelasku, Syafikah. Jika nak dilihat, pada diri Syafikah yang cantik dan pandai membawa diri. Terlalu jauh dengan diri aku yang serba serbi kekurangan. Bukan nak merendah diri. Sesuailah, jika dia ada menaruh hati pada calon yang lebih sesuai. Jika aku berada di tempatnya. Aku juga akan buat perkara yang sama.

"Cepat. Sebelum crush kau dirembat orang lain. Atau, kau nak aku jadi cupid untuk kau orang berdua??" utaraku. Semakin rancak aku berbicara. Aku mengalih mata ke arahnya. Menanti reaksinya. Dia berkalih pandangan.

"Dia..bukan crush aku." suaranya. Oktaf nadanya, perlahan.

Aku mengangguk kecil. Lambat reaksiku, dan perlahan-lahan aku mula rasa serba salah, bila aku tersalah orang. Kedua pipiku, aku kembungkan sambil mengangguk faham. Suasana antara aku, kembali janggal. Aku mula rasa tak selesa apabila, dia tidak bercakap atau berbicara sesuatu.

Memang salah topik, berbual. Rasa janggal antara kami, mula menyelubungi kami semula. Aku mula tahu, dia tidak pandai bergurau. Tak macam Najmi.

Ahh, Najmi sentiasa loyar buruk. Ada sahaja perkara yang ingin dia kenakan aku.

"Mm..aku, balik dulu. Nak solat." Jam pintar mudah alih, yang berada di pengelangan tangan membuatkan aku tersedar waktu solat yang sudah masuk. " Azan dah masuk." tambahku, seraya beredar. Rasa lega, apabila ada sesuatu yang boleh menjadi alasan untuk aku pergi.

Dia angguk, cuma. Aku terus berlalu.

Aku terus mengatur langkah ke ruang homestay. Syafikah dan Hasliza, sudahpun berada di dalam ruang bilik merehatkan diri. Aku merebahkan diri di atas katil setelah, tudung dilurutkan dari kepala. Aku mengalih ke arah Hasliza.

Lagutnya kawan aku dengan handphone di tangan. Aku berkalih ke arah Syafikah. Bibirku tersungging dengan senyuman. Cantiknyalah, ciptaan Allah. Ungkapku, menilik wajah Syafikah. Lembut dan menenangkan jiwa.

"Apa yang kau pandang-pandang. Dari tadi, tersengih-sengih.." Cuit Hasliza, di bahu kananku.

"Usya si cantik ni, hah!! lawa sangat sekarang." juihku pada Syafikah. Syafikah ketawa lembut. Telekung yang terlipat di dalam beg, dibawa keluar.

"Dah. Jangan nak merepek. Pergi solat." Arah Syafikah seperti ibu.

"I uzur." balas Hasliza, sengih melebar. Aku bangun dari pembaringan. Hasliza mengolekkan badannya ke tepi, memberi ruang untuk aku berlalu. Solat dahulu!

Usai berwuduk. Aku menanti di hujung katil. Wajah dan reaksi si dia yang sukar dibaca, membuatkan hatiku sendiri mengerutu. Bukan ke Syafikah, crush yang dia suka? Jika bukan Syafikah, siapa? Aku bungkam sendiri.

Bersambung..


next chapter
Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C1
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン