アプリをダウンロード
22.22% Putarkan masa lalu~ / Chapter 2: Bicara Hati-LELAKI

章 2: Bicara Hati-LELAKI

Chapter 2

Mungkin sudah lama tak berjumpa, pertemuan beramai-ramai kali ini merupakan anugerah terbaik bagi aku. Terselit kelegaan, tika aku melihat dia datang pada pertemuan kali ini. Dan, harapan yang aku pendam buat sekelian kali ini, mungkin adalah satu peluang apabila dia datang tanpa berteman.

Malah, doa itulah yang aku panjatkan berkali-kali agar dia tidak dimiliki oleh mana-mana pihak. Mungkin, jika dia datang dengan status dimiliki. Pastinya hati ini akan hancur luluh. Bukan mudah merawat hati yang terluka.

Setiap kali mata ini, melihat telatah si dia. Aku akan tersenyum sendiri. Seolah-olah, ulahnya membuatkan aku terhibur dengan sendiri. Tawanya..senyumannya. Sangat sempurna di pandanganku. Tuahnya, jika dia dapat kumiliki.

"Hei, kau mengelamun ke mana?" Zaid, menepuk belakangku. Aku tersentak, lantas berkalih pandangan. Malu menampar wajahku. Kami yang duduk di atas pasir pantai, mengunjur kaki merasai nikmat pasir lembut. Dia yang sedari tadi melayan kerenah anak-anak, berehat seketika.

"Heh.." senyumku bersahaja. Anak mata ini, aku larikan dari melihat dirinya yang duduk berkumpul dengan rakan wanita yang lain. Zaid sempat melihat, tempat yang aku pandang dengan sengihan nakal. Aku sengih, spontan reaksiku padanya. Tetapi, seketika pandanganku kini, tertumpu pada anak Zaid yang datang, menghampiri kami. Zaid yang ingin menyambung borak, bangun sekali lagi.

"Karang, kita sembang." utaranya sambil mengisyaratkan sesuatu seraya berlalu, mengikut rentak anaknya. Aku tersunging dengan senyuman dan lambaian tangan. Tahu sangat, sahabatnya itu. Sibuk dengan keluarga mininya.

Malah, mungkin selepas ini akan sibuk dengan urusan hatinya pula. Perangai dahulu, kini dan selamanya. Tak berubah!

Namun, lewat rakan baiknya berlalu bersama si anak, membuatkan aku berkhayal sendiri. Pasti, anak-anak aku akan comel seperti dia. Suara nakalku bergema, senyuman lebar membias di wajahku. Dia yang aku maksudkan, adalah wanita yang kini mengisi ruang hatiku.

Bila difikirkan, adakah dia akan berkahwin awal jika, dia terima luahan hati si dia? Haaa...perkara lama. Entahkan dia ingat atau tidak. Hanya dia sahaja yang masih ingat kisah lama. Matanya, kembali melirik ke arah kumpulan wanita kecil.

Tiada!

Aku menoleh ke arah lain, malah mencari di belakang. Mungkin, dia sudah bergerak ke arah kawasan barberque. Anak mataku ini, meliar mencari kelibat si dia yang tiba-tiba hilang dari pandangan mata. Namun masih belum ketemu empunya diri yang aku perhati lama sejak kehadirannya kali ini. Dalam detik yang singkat buat pertama kali, debaran dadaku berdebar dengan cemas. Dimanakah.....

Saat mata ini, mulai hilang tumpuan. Kelibatnya, aku tangkap di dalam ramai-ramai manusia yang mulai beranjak pulang. Fokusku, tertumpah pada si dia yang berada di tepian pantai. "Hahhh.." Aku mengumam lega. Dadaku, terasa padat. Dirasakan hampir meletus. Seolah-olah tak boleh ditahan lagi rasa yang tinggal. Aku bingkas bangun.

Seluarku, ditepuk dan dibuang pasir yang melekat. Aku melangkah ke arahnya. Bila lagi, hanya ini sahaja ruang untukku bertukar bicara kerana kini, dia berkesorangan. Aku mendatanginya lalu berdiri di posisi yang sama menghadap pantai. Terubatkan rinduku? jarak antara aku dan dia, hanya satu meter sahaja. Jarak yang hampir, tetapi masih terasa jauh.

Hatiku yang minta. Walau hanya seketika, aku ingin berada dekat dengannya. Apa yang dia pandang, inginku jadikan pandanganku kini. Senyuman telusnya, jelas kelihatan di wajah itu. Apa yang membuatkan dia berani menghubungiku pada malam itu.

"Hei.."Suara yang perlahan, menarik halwa pendengaranku. Aku menoleh ke arahnya yang, tidak memandang ke arahku. Aku salah, dengar?? Tapi, anak matanya yang mencuri lihatku, membuatkan hatiku membisik lega.

Mungkin dia rasa janggal, jika diantara kami bisu seribu bahasa. Aku terkaku seketika. Mataku di gam. Senyumannya yang aku hanya dapat lihat di hadapan rakan perempuannya sahaja kini, terukir di hadapan mataku.

Tersampukkah aku?

"Sorry.." Ungkapan yang aku nanti, membuatkan aku kehairanan. Mengapa dia meminta maaf? Adakah, dia tak selesa aku datang? belum sempat aku, menyuarakan soalan, aku kedengaran dia ketawa.

Manisnya..gumamku, senada suara berbisik. Hatiku sukar menipu lagi apabila tawanya, terlalu enak di pendengaranku. Tambahan pula, diiringi dengan senyumannya. Aku sudah terlalu angau. Debaran di dada, kian laju.

"Aku tak tahulah, kalau kau masih ingat." Ujarnya. Kemudian bersuara lagi. "Aku rasa berterima kasih, bila kau reject confession aku dahulu." Tambahnya, membuatkan aku berfikir sejenak. Haa, pasal luahan. Dia masih ingat.

Dahiku berkerut. Aku merenung wajahnya. Dia masih tersenyum. Dadaku, tersentak kecil. Adakah..dia dah lama lupakan aku? Aku tak tahu bagaimana untuk aku berulah kini. Walaupun, sebentar tadi aku suka akan senyuman itu. Tapi, kali ini. Senyuman itu melukakan. Aku mengangguk perlahan,dan aku senyum nipis.

"Aku juga." utaraku pendek. "Aku tak patut cakap macam itu." Balasku lagi. Aku rasa aku perlukan menjernihkan keadaan.Aku yang perlu meminta maaf padanya.

"Waktu muda. Masih perangai budak-budak." Bicaranya, spontan.

Aku tak sangka, dengan sekelip mata sahaja hati ini terubat dan terluka sekaligus.

Bicaranya, sambil anak matanya mencuri lihat ke arahku. Walau dengan hujung mata, aku dapat melihatnya dengan jelas.Aku tahu, dia masih rasa janggal. Aku juga tak nafikan perasaan itu. Bahkan jika dapat digambarkan jiwanya kini. Terlalu banyak perisa, hingga dia merasa tangannya sejuk.

"So..aku harap, antara kita tak ada simpan dendam." Katanya. Nada suaranya,semakin mesra.

"Tak." Aku mengeleng. Sesuatu yang aku tak pernah sangka, apabila dia ingat kejadian itu. Pada mulanya,aku memang menafikan.Tetapi, apabila aku teringat semula. Aku sebenarnya, sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya, tanpa aku sendiri sedar. Teguran dia yang pertama kali, memuji suaraku. Membuatkan aku tak sedar titik permulaan aku menyukainya. Dan di waktu dia ada ketika kami sama-sama memberikan buah pandangan dengan keletahnya yang kelam kabut, membuatkan aku selesa dengannya. Aku perlahan-lahan, menyukainya tanpa sedar diasbabkan ulah dan sikapnya. Nampak garang diluar, tetapi manja di dalam.

"Aku tak sangka, kau masih ingat." ujarku. Nafasku, kedengaran kasar di hembuskan secara sengaja. Memori itu, membuatkan aku sendiri sukar melupakan. Aku merasa bersalah, padanya.

"Hmm..ingat. Sebab, itulah reject yang paling kejam aku dengar jika nak bandingkan dengan yang lain." Tawanya, dihujung bicara.

Sapp!!!

Aku terluka lagi. Adakah sebab aku, dia masih bersendirian lagi? Berubah riak di raut wajahku, tatkala terdengar utaranya. Aku dah lukakan hati dia, takkan aku lupa? Bodohnya, aku! Harapan apa yang aku harapkan?? "Sorry."

Dia memandangku. Tidak seperti tadi, hanya memandang laut dan langit merah. "It's okay. Perkara lama. Tapi, aku memang nak ucap terima kasih dan maaf dekat kau sebab tolak luahan aku." Balasnya.

Sakit! Itu sahaja yang boleh aku lafas berulang kali. Aku angguk, kecil. "Sebab itu ke, kau sampai sekarang tak kawin?" ajuku tiba-tiba. Ingin tahu.

Dia agak terkejut dengan lontaran soalanku yang terulah secara spontan, kemudian kedengaran tawa di sebalik tangannya yang menekup mulut. "Tak..tak ada kena mengena. Aku selesa macam ini?!!" ulahnya, dan menyoal diriku. "Kau pula?? Kenapa tak kawin? Crush kau, solo.."

"Crush aku..?" Aku mengerutkan dahi, lantas berkalih ke arah yang ingin diunjukkan. Ohh, Syafikah. Aku senyum, cuma. Kelat!

Dahulu memang ya. Aku pernah menyukai orang yang tak pernah menyukai aku. Tapi,itu hanya cerita dahulu. Aku tidak sedar, waktu itu bahawa aku menyukai orang lain.

"Cepat. Sebelum crush dirembat orang lain. Atau, kau nak aku jadi cupid untuk kau orang berdua??" utaranya,menawarkan diri menjadi cupid antara aku dengan Syafikah.

Pahit!! Tak cemburukan dia? Aku menundukkan wajah, menyembunyikan perasaan yang kian terluka berkali-kali. Hanya sedikit sahaja,aku mudah terluka."Dia..bukan crush aku."

Dari lirikkan anak mata, aku melihat dia mengangguk. Roman wajahnya, diulit rasa serba salah. Kedua pipinya, bulat dengan bibir terjuih ke depan. Macam buntal, aku meleret senyum. Mataku lagut mencuri pandang, memerhati tingkah lakunya. Hilang rasa sakit yang aku rasakan.

"Mm..aku, balik dulu. Nak solat." Reaksinya, sangat mudah dibaca. " Azan dah masuk." tambahnya seraya beredar.

Aku senyum meleret. Baru aku sedar, azan magrib dah masuk. Apabila aku lihat sekeliling, kebanyakkan semuanya sudah masuk ke dalam homestay masing-masing. Spontan, dahiku ditepuk dengan tangan. Terlalu angau, sampai tak sedar azan berkumandang.

Haih…sekejap aku rasa bahagia, kemudian aku terluka. Dan kini, aku terubat. Sememangnya, aku yang parah dengan rindu yang aku pendam lama. Aku dah terlalu sakit, untuk terus merindu. Sakit di dalam, tak mudah terubati. Tangan kanan, dibawa ke ruang dada. Dilurut, meredakan hati yang berkocak.

Adakah aku,boleh putarkan masa lalu?? Aku mahukan, peluang. Kisah dahulu,aku imbas buat ketika. Majlis Sahsiah Rabbani, hanya disertai kelas aku dan beberapa kelas lain yang dianugerahkan jawatan. Dia, dengan aku sebelum ini, tidak pernah bercakap atau berbicara sehingga aku dan si dia, diletakkan di dalam satu kumpulan yang sama.

Oleh kerana aku dan si dia, yang dipilih menjadi ketua. Aku mula mengenalinya. Dia banyak berbicara dan adakalanya, ada sahaja buah fikiran yang tak terlintas di akal benakku. Aku teruja sendiri. Celotehnya, ada sahaja yang jadi. Sememangnya, dia seorang yang pendiam di kelasnya. Tapi, perkenalan aku dengan dia, adalah sebelum disatukan dalam kumpulan yang sama, iaitu sewaktu dia memuji suaraku mengalunkan zikir di malam pembukaan majlis.

Walau, ianya rutin harian di asrama.Tapi, inilah pertama kali aku mendapat pujian yang ikhlas.

Kerana pada awalnya, atas urusan tugas yang diberikan. Aku terpaksa berhubung dengan dia pada setiap malam. Dan, pada hari akhir majlis itu. Aku sengaja mengujinya. Bila aku dengar luahan dia. Aku rasa berdebar dan tak tahu, untuk berbuat apa. Hingga aku..

Aku menghinanya. Kini…argh!! Memang, aku yang lukakan hati dia.

Aku silap.. Aku tak maksudkannya hari itu. Wajahku muram.

Bersambung...


next chapter
Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C2
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン