Mulut Ji Yan menggerenyet dan dia berasa kesal di dalam hatinya. Kenapalah benih yang begitu bagus pergi ke sekolah roh? Malangnya, anak-anak murid yang luar biasa dalam akademi ini semuanya datang dari Dewan Roh.
Sayang sekali orang yang begitu hebat terlepas dari tangannya.
...
Bunyi siulan angin terdengar semakin kuat.
Wajah Hu Li jelas terkejut apabila menyaksikan Yun Luofeng mengelak serangannya.
Penonton juga turut terkejut. Pada mulanya mereka semua menyangka bahawa Yun Luofeng akan kalah dengan hanya satu serangan, tetapi tidak sangka Yun Luofeng berjaya mengelak! Mata mereka pasti telah kabut! Mana mungkin Yun Luofeng mampu elak serangan Hu Li? Semua orang menggosok mata masing-masing lalu membukanya dengan luas. Namun, apa yang mereka nampak adalah gadis berpakaian serba putih itu langsung tidak tercedera.
Kepada para pembaca,
Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!