Wang Yizhi dan anak saudaranya juga berdiri di dalam kerumunan penonton dan memandang tepat pada Yun Luofeng penuh dengan niat jahat.
"Gadis jahanam ini berani menyerang saya sebelum ini dan sekarang dia telah menyakitkan hati Hu Li. Nasibnya memang buruk!" Wang Mujing mengetap gigi penuh dengan kebencian.
Pada mulanya, dia fikir Yun Luofeng akan dibuang dari akademi kerana menyerang pak ciknya, itu jika diikut undang-undang dan peraturan akademi.
Namun, siapa sangka Ketua Dewan Roh sinting dan bertindak mempertahankan perempuan keji seperti Yun Luofeng itu? Tambahan lagi, dia juga mencadangkan hukuman Yun Luofeng dibatalkan jika Yun Luofeng berjaya naik ke Tahap Bumi dalam masa lima hari.
Kepada para pembaca,
Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!
— 次の章はもうすぐ掲載する — レビューを書く