Unduh Aplikasi
61.53% DERITA BERAKHIR BAHAGIA / Chapter 16: BAB 15

Bab 16: BAB 15

SEPERTI hari-hari sebelumnya, datang sahaja ke sekolah, Hairi dan Haris pasti diserbu oleh fans mereka. Nasiblah sebab diaorang tidak pergi ke sekolah sekereta dengan Encik Arieff. Jika tidak, entah Encik Arieff sekali terkena tempias. Maklumlah, umur pun baru masuk pertengahan 30-an.

Hairi berasa rimas so dengan spontannya, dia menjeling perempuan yang berhampiran dengannya dan nasib baik perempuan itu faham apa yang cuba disampaikan. Jika tidak, sudah lama ditengking? Ditampar? Mana-manalah.

"Excuse us, girls. We need to go to our class, now. We need a tution that need to attend. Please... Don't block our way..." kata Haris sambil menunjukkan muka penat kepada fansnya.

Sejujurnya, dia juga ada rasa mahu menengking, menampar mereka semua ini. Tetapi, dia sentiasa memegang kata-kata papanya bahawa lelaki yang pukul perempuan adalah lelaki yang paling lemah dalam dunia. Tambahan pula dia memang jenis orang yang tidak suka kepada kekerasan so, dia hanya mampu bersabar dan bertabah menghadapi godaan dunia yang sementara ini.

"Did you guys don't understand what he said? We have a tution. So, go away from us, now!" tengking Hairi sambil menggenggam penumbuknya sehingga terlihatlah urat-urat tangan.

Semua fans mereka berasa gerun dan terus memberi ruang kepada Hairi dan Haris untuk pergi ke kelas mereka. Tapi ingat, fans dimarah berapa banyak kali sekalipun, tetap tidak serik. So, careful Hairi and Haris. Author akan buat lagi teruk dari yang ini. Muahahahaha!

*****

"Aris, Aznil panggil tu" kata Haieqal sambil menjuihkan mulutnya ke arah Aznil yang berada di tempat duduknya yang terletak di hadapan kelas depan pintu.

Arissa yang sibuk mengemas terhenti perlakuannya. Dia memandang ke arah Haieqal kemudian ke arah Aznil pula. And then, dia bangun dan menuju ke arah Aznil.

Aznil memandang Arissa dengan muka tegangnya sehinggalah Arissa menghampiri dirinya. Hampir sahaja, dia terus menarik Arissa supaya duduk di sebelahnya.

Arissa terkejut dan dengan drastiknya menampar Aznil sehingga kepala Aznil terteleng ke kiri. Boleh tahan sakit jugalah tu.

Aznil memegang kedua-dua belah tangan Arissa dan merenung sepasang mata biru milik Arissa sedalam-dalamnya dengan muka yang masih tegang. Selepas itu, dia melepaskan tangan Arissa dan mengeluarkan sekeping kad bewarna kelabu dari dalam laci mejanya dan dihulurkan kepada Arissa.

Arissa mengambil huluran itu dengan teragak-agak. Mana tidaknya, Aznil sudahlah pandangnya dengan pandangan harimaunya itu. Tambahan pula Aznil baru mencengkam tangannya sehingga merah. So, tiba-tiba bagi kad. Rasa takut jugalah.

"Aku bagi ni, ambillah! Dan aku nak kau baca sampai habis di sini juga. Kalau aku tanya, kau jawab jujur. Take your time to read it first" kata Aznil dingin lalu memandang ke hadapan.

Arissa membuka kad itu dan membaca isi kandungannya. Pada awalnya, dia hanya beriak biasa tetapi apabila sampai sahaja pada nama Si Pengirim, dia terkejut lalu menutup kad itu kasar.

Dear Aznil yang kucintai,

Aku sebenarnya dah lama perhatikan kau. And know something? I start fall in love with you. Aku rasa kaulah pelengkap hidup aku. By the way, I hope you accept this. Bye. Love you, darling.

From,

Your sweetheart - Arissa.

"It's not me!" kata Arissa lalu memulangkan semula kad itu kepada Aznil secara kasar.

"Sabarlah... Tak payah marah-marah. Aku tak tanya apa-apa pun lagi... Ni lah aku tanya, ini dari kau?" tanya Aznil selamba walaupun sudah mendapat jawapan sebelumnya.

"Kau nak aku korek telinga kau ke? Aku baru cakap it's not me. Maksud dia, ni bukan dari akulah. Tak faham lagi?" balas Arissa geram. Soalan yang membuatkan darah dia naik betul.

"Okay. Then" Aznil terus merenyukkan surat itu dan dicampaknya ke arah tong sampah yang berada di hadapan kelas. Nasib baik masuk jika tidak, buat malu je.

"Kalau ni bukan kau, surat yang kau dapat tu pun, bukan daripada aku. So..."

"Tapi..."

"Shuh... Aku tak habis cakap lagi. Dengar betul-betul. Aku nak kau buang surat tu sebab itu hanyalah surat yang tak masuk akal. Aku tahu ada orang cuba nak kenakan kita ataupun, arhh... Apa-apa pun, buang surat tu. And one more thing, fasal dekat hospital masa tu, hanya abaikan. Aku just ada rasa terpukul je tapi tak terpukau pun so, jangan berharap. Aku langsung tak ada perasaan dekat sesiapa walaupun family aku sendiri. And now, go and forget everything about me" kata Aznil lalu keluar dari kelas itu memandangkan waktu persekolahan belum lagi bermula.

Arissa terkaku sebentar di situ atau lebih tepat lagi cuba untuk menghadam kata-kata Aznil yang bagaikan tiada full stop walaupun memang dah ada full stop.

Sedang dia asyik memikirkan, tiba-tiba, tablemate Aznil a.k.a budak diva+gedik sekolah itu menepuk kuat mejanya untuk menyedarkan Arissa.

"Eh perempuan! Apa kau buat dekat boyfriend aku hah? Kau try goda dia, kan? And then, dia reject dan keluar, kan? Kalau ya pun, janganlah duduk kat tempat aku... Aznil tak buta lagi dan dia boleh bezakanlah perempuan murah macam kau dan permata mahal macam aku. Dasar murahan" kata Shasha lalu menunjal kepala Arissa.

Arissa pantang apabila orang lain mengusik bahagian kepalanya. Dengan pantasnya, dia menangkap tangan Shasha dan dicengkamnya kuat.

Shasha apa lagi? Meraunglah. Hampir roboh blok itu. Sebab? Bukan sebab Arissa cengkam tetapi sebab Shasha terlalu manja, gedik dan LEMAH! Lagipun, Shasha ni memang diva sekolah ni. Ya. Betullah tu siapa yang teka The Wannaqenz. Dia lah salah satu ahli tu. Diorang benci gila dekat Arissa sebab sebelum Arissa pindah, dioranglah yang menjadi tarikan. Tetapi rasanya, Arissa tu tak adalah famous mana. Kan?

Arissa menggosok telinganya tanda menyampah dengar raungan Shasha yang macam dugong itu. Jadi dengan kebiasaannya, dia mencengkam tangan Shasha dengan lebih kuat lagilah. Nasib baiklah dia bukan pembela kuku. Jika tidak, entah cacat entah elok tangan anak orang ini.

Tidak lama selepas itu, Arissa melepaskan cengkamannya dan berlalu pergi. Malas sebenarnya hendak menghadap muka budak-budak diva itu lama-lama. Tambahan pula hatinya menjadi panas mendengar kata-kata tidak berinsuran dari mulut orang yang tak sayang mulut ni. Takut ada yang masuk ICU pula nanti.

*****

Selepas sahaja meminta keizinan daripada guru, Haris terus pergi ke tandas. Dia asyik terasa ingin terkencing sahaja dari pagi tadi. Mungkin atas sebab faktor cuaca sejuk Maklumlah sudah mula hujan.

Selesai sahaja menunaikan hajatnya, dia keluar dan ingin kembali ke kelas tetapi langkahnya terhenti di hadapan pintu tandas setelah mendengar sesuatu dari tandas sebelah. Seperti bunyi kaca pecah. Serta-merta bulu tengkuknya meremang. Yalah, tandas sebelah tu tandas lama. Jarang orang masuk. Ada pun yang suka buat kes.

'Aihh... time sekaranglah nak bunyi macam-macam. Siotlah. Aku tak adalah berani sangat... Allah...' bisik hati Haris dan kaki ingin melangkah pergi. Tetapi Entah kenapa kakinya melangkah ke arah tandas lama tersebut.

Tangan tidak mahu buka tetapi otak kata ya. So, otak menang. Dia buka juga pintu tandas itu and... dia nampak seorang perempuan.

Perempuan itu memusingkan kepalanya memandang Haris. But, kepala je yang pusing. 180°.

Haris sudah menggeletar ketakutan. Pundi kencingnya sudah mula penuh kembali. Perempuan di hadapannya ini bukan manusia. Tambahan pula dengan angin yang bertiup kencang.

Perempuan itu makin mendekati Haris dengan langkah perlahannya. Fizikalnya cacat. Kedua belah kakinya kaki kanan. Tangan kanannya kudung. Ususnya terburai tetapi mukanya cantik seperti orang biasa.

"To... long... ada... orang... bu... at... a... ku... gi... la... te... man... kan... aku... ja... ngan... ba...gi... a... ku... so... rang... so... rang... te... man... hihihi..." kata perempuan itu lalu menghilai tinggi.

Haris terkaku. Dirinya tidak boleh bergerak. Suaranya juga terkunci. Tubuhnya menggeletar. Peluh juga sudah mengambil alih dengan membasahkan tubuhnya. Rasa seperti ingin menangis pun ada.

Perempuan itu semakin hampir dan hampir lalu mengusap muka Haris.

Haris memejamkan matanya. Tidak berapa lama selepas itu, dia tidak merasakan apa-apa dan terdengar bunyi kaca pecah. Dia membuka matanya dan terlihat seorang perempuan menumbuk cermin sehingga tangannya berdarah.

Haris memandang sekeliling. Sah dia bermimpi tadi. Ha... tulah. Siapa suruh asyik tengok cerita hantu. Kan dah terpengaruh. Haris menapak sedikit ke hadapan.

Perempuan itu menoleh apabila terdengar bunyi sesuatu. Dia memegang kaca yang pecah Itu sebagai persediaan awal. Lihat sahaja gerangan itu, dia menjadi semakin marah.

"Kau! Nak apa lagi jantan tak guna?! Duit baju tak cukup ke?! Pergi blah lah!" tengking Arissa.

Haris menjadi keliru. Dia langsung tak tahu apa-apa, tiba-tiba duit baju? Agaknya, perempuan di hadapan dia ini sudah gila?

"Aku kata, blah!" jerit Arissa lagi yang membuatkan bilik air lama itu bergema.

"Ehem... sorry mencelah. Tapi, kalau dah bodoh tu, memang bodohlah. Langsung tak terfikir ke kenapa warna mata lain?" Celah Hairi yang entah datang dari mana. Dia kemudiannya berdiri di sebelah Haris yang kelihatannya termangu-mangu.

Muka Arissa kelihatan sangat terkejut. Dia langsung memandang mata milik Haris dan selepas itu Hairi. Ya, warna mata diaorang berbeza. Haris bewarna biru kristal manakala Hairi berwarna hazel.

"Kenapa, budak? Terkejut? By the way yang selama ni kacau kau tu, aku! Bukan dia! And, dia ketua pengawas. Aku setiausaha. Aku saja je selama ni... Tak sangka pula kau mudah di tipu... memang bodoh. So? Apa pula kau buat kali ni?" tanya Khairi lalu memandang tangan Arissa yang berdarah itu. Kakinya menapak ke hadapan.

Tangan Arissa sudah mula menggigil. Dirinya seperti baru sahaja tersedar ke dunia realiti. Dia tidak sedar bila masa dia menumbuk cermin di sinki itu. Dia rasa takut. Gara-gara Shasha lah dia jadi seperti ini.

Hairi yang berada hampir memegang tangan Arissa untuk melihat keadaan luka itu. Dia memegang pergelangan tangan Arissa. Agak terkejut juga dia sebab tangan Arissa tu keding je. Tetapi, bagaimana boleh menumbuk orang sehingga ada yang lebam?

"Ouch! Hurt! Don't touch there!" kata Arissa lalu menarik tangannya.

"Haih... kau ni memang nak duduk hospital je ea? Baru keluar hospital dua hari lepas, nak masuk hospital lagi?" tanya Haris pula dan juga mendekati Arissa.

Muka Arissa berkerut kepelikan. Dia mendongakkan kepalanya memandang Hairi dan Haris untuk meminta penjelasan. Yalah. Dia bukannya famous sangat pun. So kalau dia datang, tak datang pun, bukannya sesiapa perasan akan kewujudannya.

"Apahal pandang kitaorang macam tu? Ingat tergoda ke?" Kata Hairi bersama lawak bodohnya. Dia mana pernah tak bodoh. Sebab tu selamba je panggil orang lain bodoh. Hahaha!

Haris mengetuk kepala Hairi kuat. Sampai bergegar otak pun dia tidak kisah. Tak adalah kena hadap mulut puaka dia tu. Cakap main lepas je. Syaitanirrojim betul.

Hairi memandang Haris tajam tetapi tidak berbuat apa-apa. Rasa malas hendak bergaduh sekarang. Dendam boleh, kan?

"Basuh luka ni sekarang. And then, masuk kelas kau. Rehat, jumpa aku dekat bilik pengawas. Faham?" Kata Hairi lalu memaut dagu Arissa. Mukanya didekatkan dengan muka Arissa sehingga dapat merasakan nafas masing-masing.

Haris berdehem beberapa kali untuk menyedarkan Hairi. Sudahlah sekarang ni di tandas. So, memang banyaklah setan yang tengah menggoda. Nasib baik dia ada sekali di sini. Jika tidak... bakal dapat mendengar bebelan papa lah nampaknya.

Hairi melepaskan pautannya dan keluar dari tandas tersebut.

Masuk sahaja ke dalam kelas, habis di bahan mereka berdua oleh guru fizik bagi mata pelajaran ketika itu. Ditambah pula dengan sambutan rakan-rakannya yang lain. Huh... malu setengah mati. Guru fizik itu pula otak blue memang... huh! Fikir-fikirlah sendiri dibahan apa.

*****

"Weyh... nanti kan kau nak jumpa budak tu, kan? Ikut sekali boleh?" tanya Haris perlahan. Cukuplah sekadar Hairi yang mendengar.

Hairi hanya mengangguk membolehkan sahaja. Malas nak keluarkan suara. Jika tidak, Haris akan bertanyakan lebih banyak lagi. Malas mahu menjawab dan juga malas mahu mendengar.

*****


next chapter
Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C16
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk