Unduh Aplikasi
65.38% DERITA BERAKHIR BAHAGIA / Chapter 17: BAB 16

Bab 17: BAB 16

SEPERTI yang diperkatakan, Arissa pergi ke bilik pengawas pada waktu rehat. Sesekali kepalanya menjenguk-jenguk keluar untuk melihat sama ada Hairi sudah ada atau belum. Yalah. Sudahlah dia seorang sahaja duduk di dalam bilik ini. Murid biasa pula tu. Tambahan lagi, merupakan gangster sekolah.

Tidak berapa lama kemudian, Haris masuk ke dalam lalu menghulurkan sebungkus roti krim jagung dan sekotak air susu Dutch Lady strawberry kepada Arissa. Seperti biasa, sudah tentulah bersertakan senyuman ikhlas + manisnya itu.

"Hairi lambat sikit sebab beratur panjang kat kantin. Dia suruh tunggu dulu. So, memandangkan dia lambat lagi, makanlah dulu. Takut nanti awak kena gastrik pula" kata Haris tanpa sempat Arissa bertanyakan apa-apa.

Arisa menyambut huluran itu lambat-lambat. Rasa kekok pun ada juga sebab tidak pernah ada orang yang melayannya sebaik ini. Jika ada pun, dia tidak layan. Tetapi entah kenapa dia dengan Haris rasa lain. Rasa selesa dan tenang je. Tak macam Si Abang tu! Ego tinggi mengangkasa.

Haris yang melihat Arissa teragak-agak terus mengambil dan menarik tangan Arissa dan meletakkan makanan itu di telapak tangannya walaupun tangan Arissa itu kecil aje.

Muka Arissa kelihatan merah kerana malu.

"Tak payahlah malu and nak tanya apa-apa, tanya je. I'm ready to answer all of it" kata Haris dengan senyuman yang tak lepas dari bibirnya.

Arissa terdiam sambil berfikirkan sesuatu. Sekaranglah masanya untuk mencungkil semua rahsia. Jarang dapat peluang macam ni. Jadi, dia berfikir seketika untuk menyusun ayat yang cantik dan Melayu. Bukan keling.

"Aku nak tahu semua fasal kau termasuklah favourite food, hobi, cita-cita, nombor telefon, Alah... senang kata macam year 1 lah. Macam orang blur gitu... Cakap je semua..." kata Arissa lalu mengangkat keningnya dua kali.

Haris tergamam terlebih dahulu sebelum membuka mulutnya. Dicerita A-Z hinggalah part salasilah keluarganya.

Sampai sahaja di part keluarganya, Arissa terus bertanya."So now, where is your mom?" tanyanya.

"Ouhh... papa kata mama dah meninggal. So... Entahlah. Tak tahu... Yang penting, aku sekarang..." kata-katanya terhenti apabila Hairi sudah sampai.

Hairi masuk dengan muka bengangnya. Kemeja biru nya dibuka 3 butang atas. Rambut juga di serabutkan gaya messy hair. Air botol dicapai lalu diteguk rakus.

"What's wrong bro? Budak buat masalah? Ke... kau penat?" tanya Haris lalu bangun dan mengurut bahu Hairi untuk menenangkannya.

Hairi mengeluarkan satu sampul surat bewarna coklat dan dikeluarkan isi di dalamnya. Selepas itu, isi itu diletakkan di atas meja.

Arissa mencapai isi-isi itu dengan mata dibesarkan. Isi itu merupakan beberapa keping gambar dirinya serta Hairi. Semuanya! Di tandas, di kelas, time terlanggar, semuanyalah! Yang edit pun ada. Like... diaorang kiss.

Haris juga mengambil beberapa gambar yang berada di atas meja tersebut. Melihat sahaja gambar itu, dia tergamam. Tidak mampu untuk berkata apa-apa.

"Gambar-gambar ni je yang mampu aku tanggalkan. Banyak lagi sebenarnya tapi, aku tak larat nak tanggal semua. Lagipun, satu sekolah ditampalnya. Sorry" kata Hairi bernada kesal.

"Wait. Satu sekolah? Maksudnya... sekeliling sekolah lah?!" jerit Arissa. Penumbuknya digenggam erat. Hanya menunggu masa untuk dilepaskan sahaja.

"Banyak gambar kau sebenarnya dengan orang berbeza. Yang banyak aku, Aznil, dengan geng budak digantung tu" tambah Hairi lagi lalu mengambil salah satu gambar edit dan ditelitinya. By the way, macam mana diaorang tahu gambar edit? Sebab... diaorang tak buat pun benda tu.

Hairi terus mengoyakkan gambar yang berada di tangannya itu menjadi kepingan- kepingan kecil.

Arissa juga mengoyakkan gambar yang dipegangnya. Kemudian, direnyuk- renyukkan sehingga menjadi satu gumpalan yang besar.

Haris pula? Bukannya gambar dia pun. So, dia tengok-tengok jelah gambar-gambar tu. Teringin juga hendak mengenakan Hairi dengan gambar ini tetapi, dia tahu itu akan menyedihkan orang lain juga. Tambahan pula, dia tidaklah jahat sangat untuk mengambil kesempatan di dalam sesuatu kesusahan.

"Dahlah. Kau masuk jelah kelas. Lain kali aku jumpa kau. Yang ni bukan motif utama aku jumpa kau. So, nanti-nantilah" kata Hairi sambil mengurut pelipisnya.

Arissa dengan sisa marahnya terus keluar dari bilik itu. Nasibnya baik kerana tidak terserempak dengan mana-mana orang lagi-lagi budak kaki gosip. Yang noob tu, beranilah sebarkan dekat orang. Kalau nak dapat kulit biru, buatlah. #lebam

*****

Haieqal di sebelah Arissa dapat merasakan aura membunuhnya itu. Pasti sudah tahu buletin sekolah pada hari ini. Dan yang pasti, hanya akan menambahkan marah Arissa jika ditanya.

Tiba-tiba geng Diva sekolah masuk ke dalam kelas dengan memegang gambar-gambar Arissa dan ditampal di white board kelas itu.

"Siapa tak tengok school's news today? Ini lah dia... tengoklah perempuan murah mana yang ada dalam gambar ni..." kata Mia sambil menunjuk ke arah gambar-gambar itu.

Murid kelas 4 Damian yang baru melihat berita itu mula berbisik-bisik. Ada juga yang menjeling. But, tak ada lagi yang nak jumpa Arissa, kira nasib lah. Jika tidak, entah apa yang akan terjadi.

Haieqal memandang Arissa di sebelah secara perlahan-lahan. Jelaslah muka Arissa sedang menahan marah. Air liur diteguk. Rasa berpasir. Memandangkan dia rasa tidak selamat berada di sini, dia perlahan-lahan ingin berlalu pergi tetapi tangannya terlebih dahulu dipegang Arissa.

"Kau pun percaya gambar tu ke? Because that you want to run from me?" tanya Arissa sedikit sayu.

Haieqal tergamam. Tidak pernah lagi dia melihat Arissa lemah sebegini. Walaupun ada reaksi marah di wajahnya, tetapi mata sayunya membuatkan dia berasa tidak keruan. Rasa bersalah pun ada tetapi dia tidak mahu apa-apa terjadi. Dia tidak mahu bertanggungjawab. Dia hendak bangun lagi tetapi...

"Why are you run from me?" tanya Arissa lagi. Kali ini, suaranya bertambah sayu. "Tak ada siapa nak kawan aku lagi? Heh! Tak sangka kan? Aku fikir hidup aku bakal berubah. Aku fikir semua orang boleh terima aku. Tapi aku silap. Aku bodoh! Kenapa aku tak terfikir ini semua sementara? Kenapa aku tak fikir hidup aku ditakdirkan untuk dibenci? Kenapa? Kenapa aku tak fikir?" Tanya Arissa sambil mengambil pisau lipatnya di bawah meja. Kemudian, dia menghalakan ke arah tangannya tanda ingin menyakitkan diri sendiri tetapi ditahan oleh Haieqal.

Haieqal tidak sanggup melihat gadis di hadapannya ini bersedih. Dia tidak suka! Lebih-lebih lagi apabila Arissa bertanya pada dirinya yang dia sendiri tidak tahu jawapan tetapi yang penting, dia tahu gadis ini memendam rasa. Menyimpan perasaan yang membuatkan dia jadi sebegini. Dia tahu itu tetapi dia tidak tahu bagaimana.

Dia melihat muka Arissa kepenatan. Sangat penat. Dia juga melihat kesiksaan di dalam mata biru Arissa. Tidak pernah dia melihat begini.

"Okey I though you are same with them. Go and think about me like in your mind. I knew it. So, go on brother" kata Arissa dengan memberikan senyuman kelat. Tidak seperti senyuman sebelum Aznil memberi amaran kepadanya. Berbeza! Sangat berbeza!

Haieqal menjadi serba-salah. Keliru sama ada perlu bergaul dengan rakannya yang lain dan tidak mungkin boleh berkomunikasi dengan Arissa lagi ataupun menjadi kawan Arissa dan dipulaukan oleh rakan-rakannya. Tetapi, Arissa tidak pernah menengkingnya. Ada pun ketika dia mengganggu Arissa dan Arissa juga sentiasa gembira dengannya.

Sejujurnya, dia tidak sangka Arissa boleh rapat dengannya. Paling dia tidak sangka apabila Arissa memberi tawaran kepadanya untuk menjadi rakan setelah dia dimarahi di hospital tempoh hari. Dia fikir Sudah Tiada harapan lagi untuk rapat dengan Arisa tetapi, sebaliknya pula yang berlaku. Dan semua itu bukannya mudah.

"I'm not believe all of it. I know you're kind. Tak mungkin kau akan buat macam tu. Baik. Sama-sama cari bukti? Or... nak diam je?" kata Haieqal tiba-tiba setelah membuat keputusan. Dia sedar, jika dia mampu membersihkan nama Arissa, keadaan akan menjadi normal.

Muka Arissa kelihatan mula tersenyum kegembiraan.

Haieqal menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya Arissa tidak lagi menjauh darinya. Namun, kelegaan itu hanya sementara apabila ketua gangster sekolah a.k.a Aznil menghampiri meja mereka atau lebih tepat lagi meja Arissa dengan muka yang tegang, serius, bengang dan bengis. Bangang je tak ada.

Sampai sahaja Aznil di hadapan meja Arissa, terus dihentak meja itu sehingga terhinjut bahu Haieqal. Arissa pula hanya membuat muka selamba.

"Hei, pompuan! Kau sebenarnya nak apa dalam hidup, hah?! Broken sangat sampai sanggup jatuhkan maruah sendiri?" Sindir Aznil sambil memaut dagu Arissa.

"Apa masalah kau, iblis? Aku? Broken? Sorry, bro. Tak ada istilah broken dalam kamus hidup aku. And sorry again, aku just ada sedikit terkilan dengan kata-kata kau je. Tak adalah mengharap sangat. And... about that card... Sorry, it's not a prank. I know who give it to me. Of course not you but, Ridh give it to me. Because that I still take care of it. I know, ramai je yang ada hati keras macam batu. Yang penting kau tak termasuklah. Kau tu, hati keras macam besi konkrit. So?" balas Arissa bersahaja.

Aznil berasa geram lalu rambut Arissa ditarik dan dihentak kepalanya ke meja itu berulang kali.

Arissa berasa sakit tetapi dia tidak mahu menjerit. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan sesiapa. Takkan!

"Nil, stop! Nil stop! Kau gila ke?!" tanya Khairil dengan nada ditinggikan. Dia ingin menghalang tetapi dia takut dirinya pula menjadi mangsa.

Aznil berhenti lalu memetik jarinya. Geng-gengnya memegang tangan Arissa dan diheretnya membawa ke belakang kelas dimana tempat di situ lapang.

Arissa cuba melepaskan tangannya tetapi seperti yang Hairi rasa, tangan Arissa tu keding aja. Langsung tidak boleh lepas.

Aznil menapak ke hadapan dan dipaut dagu Arissa. Marahnya membuak-buak apabila melihat mata biru milik Arissa itu.

"Aku tanya last! Kau jawab! Kau nak apa sebenarnya? Kenapa kau sanggup memalukan diri kau sendiri?" tanya Aznil versi membunuh.

"Aku tak buat! Kalau aku nak buat, dari awal tahun aku buat! and... kalau aku nak buat sangat, kenapa perlu aku gadai maruah aku?! Kenapa aku kena edit gambar?! Kau tak fikir orang lain buat?!" tengking Arissa di akhir nadanya. Entah kenapa dia rasa Aznil ni bodoh sekarang. Memasal tiba-tiba. Dia fikir, dirinya tak geram dituduh dengan gambar-gambar sebegitu? Bodoh!

Aznil hanya membuat smirk dan melepaskan pautannya. Penumbuknya dikepal dan dilepaskan diperut Arissa bertubi-tubi sehingga tersembur darah daripada mulut Arissa.

The Wannaqenz memandang sinis ke arah Arissa yang berkerut menahan sakit manakala yang lain hanya memerhati sahaja. Tidak berani masuk campur sehinggalah pengawas-pengawas berjawatan besar datang hasil daripada manusia yang masih ada sikap berperikemanusiaan. Plus, cikgu meeting. Sebab tu pengawas-pengawas tu boleh datang.

"Hoi! Kau lepas sekarang budak tu! Jangan lari" tengking Hairi sambil menunding jari ke arah Aznil dan gengnya.

Dua orang yang memegang Arissa itu terus melepaskan Arissa yang membuatkan dia terjatuh. Terus dua orang pengawas perempuan membawanya keluar.

"Kau, kau, kau, ikut aku pergi bilik disiplin. Now" kata Haris dingin.

Aznil dan dua orang rakannya itu yang langsung tidak pernah melihat Haris versi menyeramkan hanya mengikuti. Risau sekiranya ketua pengawas mereka itu naik angin. Entah apa yang akan berlaku. Orang kata, kalau budak malaikat naik angin, dunia kiamat.

*****

Tiga kali sebatan diberi kepada Aznil dan terasa pedih. Mukanya berkerut menahan sakit. Mukanya terus dipalingkan dari melihat orang lain di dalam bilik itu.

Setelah selesai lima kali sebatan, Cikgu Azhar memandang Arissa yang berada di sofa bilik itu yang masih ditenangkan oleh pengawas perempuan di sisinya.

Arissa mengeluarkan batuk darah kecil. Terasa semua sendinya lemah. Perutnya pula masih terasa senak akibat ditumbuk berkali-kali oleh lelaki yang berjiwa iblis itu tadi. Tidak berperikemanusiaan dan angkuh.

"Seriously Aznil? Pukul perempuan? Dah tak ada mangsa lain sampai perempuan pun dibelasah? Fikir sekolah ni bapak kau punya?!" tengking Cikgu Azhar di hadapan muka Aznil.

"Diamlah, long" balas Aznil pula. Seketika kemudian, dia menutup mulutnya apabila tersedar dia terlepas kata.

Semua di dalam bilik itu tergamam.

"Sudah. Arissa dah okey?" tanya Cikgu Azhar bernada simpati. Yalah. Sudahlah semalam diganggu dengan geng HAZ²S. Hari ini, dibelasah oleh Aznil pula. Malang betul nasib Arissa.

Arissa mengangguk perlahan. Matanya tidak berani memandang sesiapa kerana dia dapat merasakan semua mata tertumpu ke arahnya sekarang.

"Nak saya call ayah awak? Kalau tak okey, saya call" saran Cikgu Azhar apabila melihat Arissa masih lagi batuk-batuk.

"No! I just need some rest" balas Arissa lemah.

Cikgu Azhar terus menyuruh kedua-dua pengawas perempuan itu membawa Arissa ke sick bay.

*****


next chapter
Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C17
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk