Descargar la aplicación
93.23% Neo : Mimpi Semalam / Chapter 123: Terima Kasih Ikran

Capítulo 123: Terima Kasih Ikran

"Jadi selama ini, Doktor Sarah adalah Doktor Fendi?" tanya Marina lagi. Penjelasan Ikran itu membuatkan dia benar-benar terkejut. Tidak disangka dia mengenali dua orang yang berkongsi jasad yang sama.

"Ya. Doktor Sarah adalah Doktor Fendi dan Doktor Fendi adalah Doktor Sarah. Kalau kamu semua nak tahu, sebelum dia bertukar seratus peratus menjadi Sarah Faridah Darius, dia terlebih dahulu telah menjadi Fanny"

"Fanny?" keempat-empat mereka yang berada di situ tertanya-tanya.

"Doktor Fendi bekerja sambilan di sebuah kelab malam di Zuria dan dengan menggunakan identiti Fanny, dia berjaya mendapatkan ramai orang yang boleh membantunya dalam melaksanakan penyelidikan ini."

"Maksud awak?" tanya Inspektor David. Dahinya berkerut.

"Awak perlu tahu. Jika kita ingin mengkaji tentang tikus apa yang kita guna?"

"Tentulah tikus"

"Katak?"

"Sudah semestinya katak"

"Jika manusia?" soalan Ikran tidak berjawab. Mereka semua tergamam seketika.

"Jadi, untuk projek sebesar ini yang bakal berhadapan dengan pelbagai uji kaji, masalah dan kegagalan, sudah tentu banyak manusia yang diperlukan"

"Maksud kamu, Fanny bunuh semua mereka?"

"Jangan salah faham. Fanny tak bunuh mereka semua. Selalunya, Fanny akan meletakkan sesuatu ke dalam minuman mereka dan ketika mereka pengsan. Mereka akan diklonkan secara senyap-senyap."

"Bagaimana pula dengan suara yang saya dengar melalui telefon. Maksud saya bagaima dia membuat perbezaan antara suara Doktor Fendi dan Doktor Sarah? Bagaimana dia melakukannya?" soal Marina.

"Awak pernah dengar tentang 'Oyama' atau 'Onnagata'?"

"Tak pula. Apa itu 'Oyama' dan 'Onnagata'?" tanya Inspektor David kepada Ikran. Dahinya berkerut.

"Memang sukar untuk seseorang itu mengubah suaranya. Lebih-lebih lagi untuk mengubah suara kepada jantina yang berlawanan…."

"Nanti dulu! Oyama dan Onnagata? Ada hubung kait dengan kebudayaan Jepun kan?" kata Marina. Dia memotong kata-kata Ikran. Sesuatu seolah-olah datang dalam fikirannya. Dia cuba mengingat semua yang diketahuinya tentang masyarakat di benua Asia. "Ianya adalah gelaran untuk pelakon lelaki yang melakonkan peranan perempuan dalam teater tradisional Jepun, Kabuki"

"Tepat sekali. Untuk pengetahuan kamu semua, ketika kecil, Doktor Fendi amat obsess sekali dengan Kabuki. Dia membaca banyak sekali bahan mengenai Yoshizawa Ayame."

" Yoshizawa Ayame?" tanya Inspektor David.

"Dia antara orang yang penting dalam seni Kabuki. Doktor Fendi sudah tentu banyak membaca mengenainya dan menonton banyak persembahan Kabuki melalui televisyen. Jadi dari situlah dia belajar banyak mengenai kesenian Kabuki termasuk teknik suara seperti mana yang dilakukan oleh Oyama" terang Marina pula.

"Jadi, siapa pula Sarah Faridah Darius yang sebenarnya?" Profesor Kardiff yang telah lama diam kini bersuara.

"Seorang anak yatim yang mati pada tahun 1968. Dia mati dibunuh dan Doktor Fendi yang ketika itu berumur sepuluh tahun menyaksikan pembunuhan itu.

Doktor Fendi yang ketakutan ingin membantu Sarah. Namun ajal telah menjemput Sarah. Dia telah menjumpai sijil kelahiran Sarah Faridah Darius di dalam beg kanak-kanak itu dan menyimpannya. Doktor Fendi menggunakannya hingga ke hari ini. Doktor Fendi menyaksikan sendiri bagaimana pembunuh menghanyutkan kanak-kanak itu ke dalam sungai. Kematian kanak-kanak itu kekal misteri hingga ke hari ini. Media memberi liputan luas kepada kes kehilangan Sarah Faridah Darius. Namun, segala usaha yang dilakukannya gagal. Namun, beberapa belas tahun kemudian, orang ramai dikejutkan dengan berita mengenai Sarah Faridah Darius yang dilaporkan menyambung pengajian di salah sebuah universiti di Zuria. Apabila orang ramai mula memperkatakan tentang hal ini, Shahril tampil membuat kenyataan yang dia telah menyelamatkan Sarah Faridah Darius dan menjadikannya sebagai anak angkat. Namun, tumpuan terhadap kes itu tidak lama kerana tidak ramai yang mengingati tentang Sarah Faridah Darius dan rakyat negara ini mula mengalih tumpuan kepada kes pembunuhan Doktor Fendi yang diracun oleh anggota polis Zuria. Menurut laporan, pihak polis negara itu dikatakan meracun Doktor Fendi. Ianya hangat diperkatakan ketika itu kerana ia membabitkan pihak berkuasa Zuria. Imej pasukan polis Zuria tercemar akibat dari kes pembunuhan itu."

"Tetapi untuk masuk ke sana sebagai Sarah Faridah Darius, dia memerlukan sijil kelayakan. Bagaimana dia melakukannya dengan identitinya yang baru itu?" sekali lagi Inspektor David menyoal.

"Itu bukan satu perkara yang sukar. Dengan bantuan Shahril, individu yang mempunyai pengaruh besar. Dia berjaya membuat sijil palsu dan dia diterima masuk ke university dengan mudah sekali."

"Gila! Memang gila!" Puan Leela menggelengkan kepalanya. Tidak sangka, apa yang diketahuinya melalui media beberapa tahun yang lalu hanyalah satu pembohongan.

"Jadi, selama ini Doktor Sarah hanya berlakon di hadapan kami?" pertanyaan Marina kedengaran seperti satu konklusi.

"Dia tidak berlakon Marina. Dia sakit."

"Sakit mental?" Profesor Kardiff meneka.

"Ya!" Ikran mengangguk. "Walaupun dia cuba memadam Fendi dalam sejarah hidupnya dan cuba menjadi Sarah. Dia ternyata gagal, dia masih tidak dapat melupakan apa yang berlaku kepada Fendi akibat daripada peristiwa hitam yang pernah berlaku kepada Fendi. Ini bermakna, walaupun dia telah menjadi Sarah, dia masih lagi dihantui oleh bayangan Fendi. Memori yang cuba dilupakannya kadang-kala menganggu dirinya dan pada waktu itu, dia akan hilang kawalan diri dan bertukar menjadi Fendi."

"Memori apa yang cuba dilupakannya? Kenapa ia berlaku kepada Doktor Sarah? Mm… maksud saya Doktor Fendi?" Profesor Kardiff tersasul.

"Sejak kecil dia mengalami tekanan fizikal dan mental. Segalanya tercatit dalam buku catitannya dan jika kamu berkesempatan kamu carilah di mana diari itu berada dan bacalah mengenai kisah hidupnya. Saya tak hairan jika dia mengalami tekanan mental dan melakukan semua perkara gila ini. Dia menjadikan Yoshizawa Ayame sebagai 'boneka' untuk dia melepaskan perasaan"

"Bagaimana pula dengan Yayasan Rahsia Hati?" soal Marina.

"Melalui Yayasan Rahsia Hati, Doktor Fendi baru-baru ini berjaya mendapatkan satu kontrak rahsia dengan sebuah syarikat yang beribu pejabat di Zuria iaitu Armitale Corporation yang diketuai oleh Sean. Doktor Fendi dipercayai berjanji akan membekalkan sejumlah klon untuk mereka dan Armitale Corporation pula bersetuju untuk membayarnya dengan jumlah yang besar. Urus niaga itu berjalan lancer dan baru-baru ini, Yayasan Rahsia Hati mengumumkan yang mereka mendapat derma sebanyak tiga juta USD. Sebenarnya ia bukanlah derma, tetapi ia adalah bayaran kepada klon-klon yang dibekalkan."

"Doktor Sarah yang melakukan semua ini?" tanya Puan Leela. Dia bagaikan tidak percaya.

"Tidak. Jangan keliru. Doktor Fendi yang melakukannya. Mungkin mereka berkongsi badan yang sama. Tetapi mereka orang yang berlainan."

"Bagaimana ini boleh terjadi?"

"Seperti yang saya katakan tadi, apa yang menghantui Doktor Fendi pada masa lampau tetap menghantuinya walaupun dia telah menukar identitinya daripada Fendi ke Sarah. Setiap kali memori-memori itu datang menghantuinya, Sarah akan dikuasai oleh karaktor Fendi. Selalunya ia akan berlaku pada waktu malam. Pada pukul 9.00 malam, Fendi akan 'hidup' kembali selama lebih kurang dua jam. Kemudian, dia akan kembali menjadi Sarah."

"Sukar untuk saya fahami semua ini" Profesor Kardiff mengeluh.

"Ada sesuatu yang berlaku kepada Doktor Fendi pada waktu ini beberapa tahun yang lalu ketika dia sedang membesar dan kejadian itu menghantuinya sehingga ke hari ini. Memang Doktor Sarah yang menubuhkan Yayasan Rahsia Hati. Tetapi apabila detik sembilan malam menjelma dan Doktor Fendi menguasai Doktor Sarah, yayasan ini diurus dan dikendalikan dengan cara yang sangat berbeza. Satu lagi yang kamu perlu tahu. Jika Sarah bertukar menjadi Fendi, dia tidak akan menggunakan namanya sendiri apabila dia membahasakan dirinya dengan orang lain. Dia selalunya menggunakan nama Shahril."

"Apa yang boleh saya lakukan?" timbul rasa simpati dalam diri Marina.

"Atas permintaan Doktor Adam, kamu semua harus membantunya. Dia memerlukan rawatan. Doktor Adam membuat kesilapan kerana dia menanggap apa yang dialami oleh Doktor Fendi tidak serius. Namun, apabila dia membaca buku catitan tersebut, Doktor Adam mula sedar yang dia sepatutnya bertindak lebih awal. Dia sepatutnya sudah lama membantu Doktor Fendi"

Marina mendengarnya penjelasan itu dengan teliti. Tiba-tiba, Ikran mengerang kesakitan. Dia jatuh terbaring ke atas lantai. Mereka datang mengerumuninya.


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C123
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión