"Bagaimana bos?" serentak soalan itu keluar dari mulut Jien dan Im.
"Aku akan arahkan seseorang dari selatan Negara Amery untuk menghubungi isteri Murukesh, Leela"
"Kenapa bos tak hubungi sahaja dia?" Jien cuba memberi cadangan.
"Aku tak mahu mereka tahu di mana aku berada.
Kalau aku hubungi mereka dari sini, tentu mereka dapat mengesan aku"
"Kenapa bos tak nak mereka di negara bos tahu tentang bos?"
"Aku nak lupakan segala-galanya. Aku kini Sean bukan Shahril"
"Nampaknya bos dan Sarah….. maksud saya Fendi ada banyak persamaan" Im cuba mengusik.
"Kau ni ada –ada saja. Sudah! Jangan mengarut. Esok seorang doktor akan datang ke sini dan dia akan merawat Sarah. Aku nak kau sentiasa perhatikan dia"
"Baik bos!"