"Aku dah beri pada Marina surat tu"
"Bagus tu Murukesh. Aku harap dia akan mencari maksud klu-klu itu dan mengalihkan lebih banyak perhatian kepada surat itu."
"Aku yakin dia akan melibatkan Inspektor David"
"Siapa lelaki tu?"
"Dia menyiasat kes pembunuhan Adam"
"Oh! Inspektor muda tu" mereka berdua membisu.
"Jadi apa rancangan kau sekarang Murukesh? Maksud aku, apa yang kau nak buat selepas ini?"
"Aku akan terus memberi tumpuan kepada Yayasan Rahsia Hati"
"Aku harap kau berhati-hati"
"Aku cuba sedaya upaya"
"Apa yang kau nak tahu mengenai yayasan itu?"
"Akaun mereka. Jumlah derma dan penderma"
"Itu sahaja?"
"Ya. Itu sudah cukup"
"Dari situ kita boleh tahu banyak perkara"
"Aku dah lama tunggu untuk musnahkan reputasi yayasan itu"
"Selepas reputasi PRASASTI, kini Yayasan Rahsia Hati pula"
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"
"Kau sebenarnya bermusuh dengan pemilik yayasan itu. Bukan dengan yayasan itu"
"Jika diikutkan hati mahu sahaja aku bunuh dia dengan tanganku sendiri"
"Jangan ikut emosi. Aku tak fikir yang kita patut menonjolkan diri. Kita kini ada Marina. Dia akan melaksanakan rancangan ini untuk kita."