Descargar la aplicación
33.08% Neo : Mimpi Semalam / Chapter 43: Onnagata

Capítulo 43: Onnagata

Seri dan Farah sedang asyik membuat tugasan sejarah yang diberikan oleh guru mereka tempohari. Ianya adalah satu tugasan kumpulan yang wajib dibuat oleh semua pelajar dig red 9 yang bakal menghadapi peperiksaan G9. Tugasan itu memerlukan mereka untuk mengkaji tentang sejarah kemerdekaan, kesan-kesan penjajahan dan juga tentang semangat patriotism di kalangan rakyat. Mereka begitu bersungguh-sungguh sekali menyiapkan tugasan itu. Walaupun tarikh penyerahan tugasan itu masih lama lagi, ada baiknya jika ia disiapkan lebih awal.

Sudah hampir sejam lamanya mereka membuat tugasan itu. Farah mematah-matahkan jarinya yang kepenatan kerana sedari tadi lagi dia asyik menulis, menggunting gambar dan menyusun portfolio. Dia memandang ke arah Seri yang masih lagi sibuk menulis sesuatu di atas sehelai kertas berwarna hijau muda.

"Seri awak dah bersedia untuk pertandingan syarahan bulan depan?" tanya Farah. Pertanyaannya itu memecah kesunyian. Dia tiba-tiba teringatkan pertandingan syarahan yang akan disertai oleh Seri bagi mewakili sekolah mereka pada bulan hadapan.

"Belum lagi. Saya masih lagi sibuk menyiapkan skrip syarahan tu" jelas Seri. Tangannya masih laju menulis.

"Bila awak nak mulakan latihan?" Farah bertanya lagi. Sambil itu, dia mematah-matahkan jarinya.

"Tiga minggu sebelum pertandingan. Selalunya, Cikgu Rita akan guide saya" jawab Seri. Wajahnya nampak tenang.

"Cukup ke dua minggu?"

"Kalau nak diikutkan, sampai minit terakhir sebelum pertandingan pun saya akan kata tak cukup. Tapi saya redah juga" Seri ketawa kecil. Kini, barulah dia memandang muka Farah. Dia meletakkan pen di tangannya yang digunakan untuk menulis sejak dari tadi. Dia menggeliat bagi menghilangkan keletihan.

"Emm… best jugakan. Teringin pula saya nak masuk pertandingan. Tapi saya ni bukannya berbakat macam awak tu" Farah memuji Seri.

"Siapa kata. Awak ni saya tengok ada bakat dalam bidang penulisan tau" Seri memuji Farah yang kelihatan cuba merendahkan dirinya sendiri.

"Alah… awak nak ambil hati saya lah tu…" kata Farah. "Tak. Saya cakap benda yang betul. Setiap kali saya baca karangan dan rencana yang awak tulis, saya rasa mesejnya sampai dan gaya pengolahannya juga cukup bagus" terang Seri. Dia cuba meyakinkan Farah.

"Betul ke?" tanya Farah menginginkan kepastian.

"Betul… Cuma awak je yang tak tahu." Seri cuba mengusik. Farah tersenyum simpul mendengar kata-kata Seri. Dia menyambung kembali kerja-kerjanya.

Tiga puluh minit kemudian, konsentrasi Seri terganggu apabila dia mula berasa lapar. Perutnya berbunyi. Kali terakhir dia menjamah makanan adalah pada pagi tadi. Dia hanya mengambil dua ban roti dan segelas susu sebagai sarapan pagi.

"Em…laparlah…" kata Seri kepada Farah. Perutnya digosok-gosok.

"Awak nak makan?" tanya Farah.

"Boleh juga tapi mak saya belum balik dari rumah kawannya lagi"

"Tak apa, saya sebenarnya ada beli kuih sebelum datang ke sini" Farah menyeluk begnya. Dia mengeluarkan satu bungkusan kuih yang dibungkus dengan surat khabar. Dia meletakkannya di atas meja. Lalu, dia membuka bungkusan itu.

"Wah! Onde-onde" Seri begitu gembira sekali apabila melihat kuih kegemarannya itu berada di dalam bungkusan yang dibawa oleh Farah.

"Saya tahu awak suka kan?" kata Farah sambil tersenyum simpul.

"Awak ni memang tahu cita rasa saya" ujar Seri. Dia mengambil sebiji kuih itu dan menyuapnya ke dalam mulut.

"Mestilah, saya bukannya baru kenal awak" kata Farah. Dia memerhatikan sahaja gelagat Seri yang kelihatan begitu berselera sekali. Seri menghabiskan kuih itu dan kali ini, dia mengambil lagi kuih onde-onde itu.Ketika menyuap kuih itu ke dalam mulutnya, dia terhenti seketika apabila terpandang sesuatu pada surat khabar yang dijadikan sebagai bahan bungkusan kuih itu.

"Kenapa Seri?" soal Farah yang menyedari ada perubahan di wajah Seri.

"Wanita itu" Seri menunjuk ke arah gambar yang terdapat pada keratin surat khabar itu.

"Kenapa dengan dia?" Farah tidak mengerti maksud Seri.

"Saya pernah nampak wanita itu" kata Seri. Dia membesarkan matanya.

"Di mana?"

"Di banglo besar tu" dia memuncungkan mulutnya kepada banglo besar yang dapat dilihat melalui tingkap kaca rumahnya.

"Awak pergi banglo besar itu? Seorang diri?" tanya Farah.

"Ya. Saya mengejar Donny tempoh hari. Alih-alih saya tak sedar yang saya dah berada dekat dengan banglo tu" terang Seri kepada Farah.

"Lepas tu?"

"Lepas tu, saya nampak seorang wanita duduk dalam banglo tu. Muka dia saling tak tumpah macam muka wanita ini" Seri menunjuk ke arah gambar wanita yang berada di dalam surat khabar itu.

"Pelanduk dua serupa kot" ujar Farah.

"Tak… saya yakin"

"Seri, wanita ini adalah anak kepada Dr Adam Raufal tau" kata Farah. Dia masih belum dapat menerima apa yang dikatakan oleh Seri. Pada pendapatnya, Seri tentu telah tersalah pandang.

"Mungkin dia diculik dan disembunyikan di sini" Seri cuba membuat andaian.

"Seri, Marina Adam tidak diculik. Awak pun tonton berita semalam kan. Dia masih lagi berada di ibu kota membantu pihak berkuasa dalam siasatan" Farah cuba menidakkan apa yang dikatakan oleh Seri. Dia merasakan yang Seri terbawa-bawa dengan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

"Tapi Farah..."

"Seri, awak ni suka fikir yang bukan-bukan lah…" Farah cuba meyakinkan Seri bahawa apa yang dilihat oleh Seri tempohari hanyalah pandangan silap Seri sahaja. Namun, Seri tetap yakin dengan apa yang telah dilihatnya. Mana mungkin dia tersilap.

"Eh awak kenal Ramzi?" tanya Farah. Seri yang masih termenung terkejut. Tiba-tiba sahaja Farah menyoal tentang budak lelaki itu.

"Kenal. Tapi saya hanya kenal nama dan mukanya sahaja. Kenapa?"

"Dia tu pelikkan?"

"Tak baik awak cakap dia macam tu tau!" Seri menasihati Farah.

"Tak. Saya gurau sahaja. Tapi semua orang panggil dia pelik"

"Saya tahu tu. Tapi awak janganlah ikut orang pula"

"Sorrylah…. Ya Seri…. Tapi kenapa orang panggil dia pelik ya?"

"Saya pun tak tahu. Saya bukannya kenal sangat dengan dia."

"Kadang-kadang, saya kesian juga dengan dia. Yalah… tak ada siapa yang nak berkawan dengan dia" kata Farah. Mereka terdiam untuk seketika.

"Seri. Apa tu?" Farah menunjuk kepada buku yang berada di atas kerusi bersebelahan dengan Farah.

"Saya pun tak tahu Farah. Macam diari. Buku ini bertajuk Oyama. Ada catatan harian dan surat. Nah, ambillah cuba awak baca"

"Oyama?"

"Hemhem…"

"Apa benda tu?"

"Ada banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan Oyama. Tetapi Oyama yang ini boleh dikaitkan dengan Onnagata kerana diari ini ada menyebut mengenai Ayame. Seorang yang penting dalam sejarah Kabuki.

"Onna….tata?"

"Bukan Onnatata… tapi On. Na. Ga. Ta."

"Bunyinya macam menarik walaupun kedengaran pelik bagi saya. Boleh awak terangkan?"

"Daripada apa yang saya baca. Onnagata adalah salah satu elemen penting dalam Kabuki."

"Kabuki tu apa pula?"

Kabuki adalah satu teater tradisional Jepun yang sangat popular. Salah satu elemen penting dalam seni ini adalah Oyama atau lebih dikenali sebagai Onnagata. Mereka terkenal kerana kebolehan mereka untuk meniru suara, pergerakkan dan perwatakkan wanita.

"Maksudnya Onnagata adalah lelaki?"

"Ya. 'Onna' bermaksud 'wanita' dan 'Gata' pula bermaksud 'cara' atau 'way of doing'"

"Menarik! Menarik! Cerita lagi…" Farah nampak berminat.

"Selama 400 tahun, lelaki telah mempersembahkan kedua-dua watak lelaki dan wanita. Onnagata adalah pelakon yang memberikan nyawa kepada watak wanita oleh kerana wanita dilarang dalam kabuki walaupun kabuki itu sendiri dicipta oleh seorang perempuan bernama Okuni pada tahun 1568. Dia dan kumpulannya mula mempersembahkannya di tebing Sungai Kamo di Kyoto."

"Kenapa pula wanita dilarang dalam Kabuki?"

"Apabila Okuni bersara, kumpulannya dan beberapa orang pelacur mula menggunakan gaya tariannya. Di sini Onna Kabuki (Kabuki wanita) muncul. Tetapi, Bakufu telah mengharamkannya kerana ia mengandungi unsur seks dan erotik."

"Oh… patutlah…" Farah mengangguk-angguk.

"Tetapi ada satu lagi jenis Kabuki iaitu Wakashu. Di sini, lelaki muda berpakaian dan beraksi seperti wanita. Wakushu lahir pada masa yang sama dengan Onna Kabuki dan mula mendapat perhatian dan penghargaan daripada Samurai. Lelaki-lelaki muda ini lama-kelamaan menjadi pelacur dan sekali lagi, seni ini diharamkan. Namun, Kabuki tidak berkubur begitu sahaja. Sejenis Kabuki yang baru iaitu Yaro Kabuki (Kabuki lelaki dewasa) mula diperkenalkan. Kabuki ini dibenarkan oleh bakufu untuk dipersembahkan. Tetapi, beberapa peraturan dikenakan ke atas para pelakonnya.

"Apa syarat-syaratnya?"

"Pertama, para pelakonnya perlu memotong gombak mereka yang cantik untuk mengurangkan tarikan kecantikkan wajah mereka. Untuk menutup dahi mereka, Onnagata mencipta Murasaki Boshi, kain penutup berwarna ungu yang diikat pada rambut palsu."

"Yang kedua?"

"Onnagata perlu memutihkan muka dan leher mereka. Kadangkala, tangan mereka juga perlu diputihkan. Yaro Kabuki adalah titik tolak kelahiran Onnagata. Mata yang besar, bertenaga, badan dan perwatakkan yang menarik adalah sesuatu yang boleh dilihat pada Onnagata yang mana menjadi ikutan di kalangan wanita-wanita di bandar. Hanya selepas waktu bekerja, mereka dapat menikmati kehidupan yang normal bersama-sama dengan isteri dan anak-anak mereka."

"Hmm… satu pengorbanan yang besar"

"Tetapi sifat feminin ini perlu nampak semulajadi, bukan dibuat-buat kerana para penonton tidak mahu melihat seorang lelaki yanhg hanya memakai baju seorang perempuan. Mereka perlu benar-benar kelihatan seperti wanita."

"Sesuatu yang sukar dilakukan"

"Memang sukar. Sebab itulah mereka disayangi dan dipuja oleh peminat-peminat mereka. Onnagata memainkan peranan mereka dengan berjaya sehinggakan ramai lelaki yang jatuh cinta kepada mereka."

"Betul ke?" Farah mengjengkelkan matanya.

"Ya." Jawab Seri.

"Siapa yang paling berjaya antara mereka? Oleh kerana mereka menganggap ini sebagai satu industri, pasti ada yang menonjol"

"Dua Onnagata yang berjaya pada ketika itu adalah Segawa Kikunojo V dan Iwai Tojoku. Walaupun begitu, cara hidup Onnagata kadangkala merosakkan Onnagata itu sendiri sehinggakan ada yang menjadi pemabuk dan ada juga yang terkena racun yang disebabkan oleh alat solek yang mereka gunakan…"

"Mereka masih melakukannya sehingga ke hari ini?"

"Tidak kerana pada permulaan kurun ke dua puluh, selepas terjadinya banyak peperangan dan perubahan sosial, Onnagata dapat menjalani kehidupan mereka secara normal." Seri mengakhiri penerangannya.

"Macam mana awak boleh dapat buku ini" tanya Farah. Dia menyelak buku itu.

"Saya jumpa. Dia depan rumah saya"

"Seri cuba awak baca ni"

"Kenapa?"

"Marilah! Cepat! Cepat!" gesa Farah. Seri cepat-cepat beralih. Dia duduk di sebelah Farah.

"Apa dia?" tanya Seri. Dia ingin tahu apa yang mengujakan Farah.

"Cuba baca ni"


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C43
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión