"Kampung Talam?"
"Ya. Inspektor David melaporkan yang Puan Leela baru sahaja menerima panggilan dari Selatan Amery. Menurut Puan Leela pemanggil mengatakan yang dia tahu tentang Encik Murukesh" terang Sarjan Mus kepada Inspektor Daniel.
"Apa yang dia tahu tentang lelaki itu?"
"Dia hanya menyebut satu nama tempat sahaja Daniel. Iaitu 'Kampung Talam' "
"Kampung Talam? Bukankah kita baru sahaja menerima satu laporan mengenai kehilangan seorang budak bernama Seri di sana?"
"Ya. Dermawan baru sahaja memberitahu saya mengenainya"
"Kalau begitu. Arahkan semua yang ada dalam unit kita untuk ke sana"
"Baiklah. Aku akan beritahu David tentang ini" Inspektor Daniel pantas menghubungi Inspektor David.
"Helo Inspektor David. Saya Inspektor Daniel dari ibu pejabat. Saya nak beritahu yang kes kehilangan di Kampung Talam, Seranas. Seorang budak perempuan berumur lima belas tahun telah hilang. Keluarganya tidak dapat mengesannya. Kemungkinan, kehilangan budak perempuan ini ada sangkut paut dengan kes ini." Inspektor Daniel memberikan pandangannya.
"Mungkin juga. Sudahkah pegawai-pegawai kita dihantar ke sana?"
"Sudah, beberapa orang pegawai kita telah pun diarah untuk ke Kampung Talam. Mereka juga akan berjumpa dengan keluarga mangsa. Saya juga akan ke sana sebentar sahaja lagi."
"Baiklah. Terima kasih. Saya akan datang ke sana secepat mungkin." Inspektor David terus menamatkan perbualannya.