Descargar la aplicación
3.75% Neo : Mimpi Semalam / Chapter 4: Beberapa bulan yang lalu………..

Capítulo 4: Beberapa bulan yang lalu………..

Kawasan Kilang Walter Mine kelihatan begitu sibuk sekali walaupun masa ketika itu sudah melebihi pukul 10 malam. Pekerja syif malam sudah mula memasuki ruang legar kilang itu. Kenderaan berwarna biru yang tertera tulisan 'Bas Pekerja' keluar masuk menurunkan pekerja kilang yang akan bekerja pada sesi itu.

Irna dan Yati segera berkemas dan berjalan keluar dari kilang itu sebaik sahaja waktu kerja mereka tamat.

"Ah… leganya. Aku hendak terus balik dan mandi" kata Yati. Dia menggeliat dan membuat sedikit regangan badan. Terbayang – bayang di kepala bilik mandi yang terdapat di rumahnya.

"Eh.. Kamu sudah lupa yang kita sudah janji untuk ke rumah Embak Limah malam ini? Kain yang kita hantar sudah siap dijahit " Irna mengingatkan Yati yang seakan-akan melupai rancangan mereka pada malam itu.

"Oh ya! Terlupa pula aku..." Yati menepuk dahinya.

"Apa lagi? Jom cepat kita ke sana! Lepas itu bolehlah kita terus balik ke rumah" gesa Irna yang sudah tidak sabar – sabar lagi untuk pulang. Dia mulai rimas dengan keadaan kilang yang bising dengan suara manusia dan mesin itu.

"Oklah.... Jom cepat!" Kata Yati. Dia membuntuti Irna dari belakang. Dengan beberapa langkah ke hadapan, mereka akhirnya sampai di satu pondok menunggu bas dan teksi.

"Aduh Irna... Lambatnya teksi..." keluh Yati setelah beberapa lama menunggu.

" Malam... biasalah... bukan senang hendak dapat teksi..."

"Apa kata kau telefon sahaja teksi Irna?" Yati memberi cadangan. Tanpa berlengah lagi, Irna membawa keluar telefon bimbitnya dan cuba menghubungi pusat perkhidmatan teksi. Namun, talian gagal dihubungkan. Dia memeriksa baki kredit telefonnya itu. Dilihatnya tempoh penggunaan kredit telefonnya telah pun tamat. Irna mengeluh.

"Kredit aku tamat tempoh Yati. Guna telefon kau dahulu"

Yati menyeluk poket seluar denimnya dan memeriksa telefon bimbit miliknya.

"Alamak... Bateri telefon aku habislah..." kata Yati.

"Habis bateri pula... Tidak mengapalah kalau begitu" Irna berlagak tenang. Dia tidak mahu berkata-kata lagi. Lebih baik dia mendiamkan diri. Badannya pun terasa letih.

"Aku harap esok bengkel boleh siapkan motosikal aku. Huh! Susah kalau begini..."

Irna hanya memberi senyuman tawar. Malas rasanya hendak mengiyakan atau menidakkan kata-kata Yati.

"Ha! Ada teksi...." kata Yati sambil melambai-lambaikan tangannya sebaik sahaja dia melihat sebuah teksi berwarna merah menyusur laju menuju ke arah mereka.

"Hendak ke mana?" soal pemandu teksi itu sebaik sahaja berhenti di pondok menunggu.

"Boleh bawa kami ke Kampung Lalang?" tanya Irna kembali.

"Boleh..." jawab pemandu teksi itu.

"Terima kasih abang..." serentak Yati dan Irna berkata sambil masuk ke dalam teksi. Setelah memastikan semuanya okey, pemandu teksi itu segera membawa kedua-duanya ke tempat tujuan mereka.

"Susah teksi saya hendak masuk jalan ini. Kalau saya tunggu kamu berdua di sini boleh?" tanya pemandu teksi itu sebaik sahaja tiba di pangkal jalan yang mereka tujui.

"Boleh... Yang penting abang tunggu kami ya..." Jawab Yati.

"Tentu sahaja. Yang penting kamu bayar..." kata pemandu teksi itu pula sambil ketawa kecil.

"Itu sudah semestinya... Okeylah! Kami pergi dahulu"

"Okey! Cepat sedikit ya..."

"Okey abang..."

Mereka segera pergi ke rumah Embak Limah yang terletak 500 meter jaraknya dari tempat mereka turun. Memikirkan teksi yang sedang menunggu dan meter yang sedang berjalan, mereka segera meminta diri daripada Embak Limah untuk pulang sebaik sahaja mengambil kain yang telah siap dijahit.

Mereka meredahi jalan yang gelap itu dengan penuh berhati-hati. Namun, langkah pantas mereka terhenti apabila Irna terdengar satu dengusan kuat yang datang entah dari mana.

"Kau dengar bunyi itu Yati? Atau ada yang tidak kena dengan telinga aku?"

"Ya. Bunyi seperti orang sedang bernafas. Tetapi kenapa bunyinya berlainan sekali? Hembusannya begitu kuat Irna"

"Ya... Memang kuat bunyinya..."

"Atau pun Irna... itu bunyi….."

"Ah! Sudah! Jangan fikir yang bukan-bukan" Irna menegah. Daripada renungan mata Yati, dia tahu apa yang dimaksudkan oleh kawannya itu.

"Irna! Aku takutlah! Jomlah cepat kita balik!"

"Ok! Jom cepat kita ke tempat teksi tadi!"

"Irna . Aku dengar bunyi itu lagi. Tetapi semakin kuat." kata Yati yang semakin bimbang apabila mengenangkan tentang jarak mereka yang masih lagi jauh dengan tempat teksi itu menunggu.

"Yati. Aku rasa ada baiknya kalau kita patah balik ke rumah Embak Limah. Sebab aku rasa semacamlah"

"Betul apa yang kau cakap Irna. Kita tidur sahajalah di rumah Embak Limah…."

"Baiklah…. Jom kita pergi sekarang..." kata Irna. Mereka berdua mengubah haluan dan dengan penuh berhati-hati, mereka berjalan menuju ke rumah Embak Limah.

"Kau dengar apa yang aku dengar Yati?" tanya Irna.

"Ya. Bunyi tapak kaki"

"Kau rasa ada orang ekori kitakah?"

"Entahlah..." kata Irna. Dia memberanikan diri dan menoleh ke belakang.

"Oh Tuhan!" Irna mengucap panjang. Dia begitu terkejut dengan apa yang dilihatnya. Seorang lelaki berpakaian hitam dengan mata yang mengeluarkan sinaran cahaya berwarna merah sedang memandangnya dengan pandangan yang dingin.

"Irna! A... A... Apa... "

"Sudah! Jom cepat kita lari!" Gesa Irna.

Mereka menggunakan sebanyak mungkin tenaga yang ada dan berlari menuju ke rumah Embak Limah.

Namun, tiba-tiba sahaja, kaki Irna menjadi kejang. Dia tidak mampu bergerak dan tidak berapa lama kemudian, dia terjatuh ke tanah.

"Aduh!" Irna mengadu kesakitan. Yati cuba menolong tetapi ditegah Irna.

"Lari Yati!... Minta tolong dengan sesiapa!" pinta Irna.

Yati hanya menurut, dengan sekuat tenaga, dia berlari meninggalkan Irna di belakang untuk mendapatkan pertolongan. Namun, tidak lama selepas itu, seperti juga Irna, Yati juga jatuh ke tanah.

"Aduh!" Yati mengaduh kesakitan.

"Kenapa?" jerit Irna kepada kawannya itu.

"Kaki aku kejang Irna!" jawab Yati sambil memegang-megang kakinya.

Lelaki itu perlahan-lahan mendekati Yati dan Irna. Sinaran matanya semakin terang. Lebih-lebih lagi apabila Yati dan Irna berada tepat di hadapan matanya.

"Tolonglah... Tolong... Jangan apa-apakan kami" kata Yati kepada lelaki misteri itu. Irna hanya diam memerhati. Rasa takut yang amat membuatkan lidahnya terkunci dari berkata-kata.

Lelaki itu tidak mempedulikan kata-kata Yati. Dia meletakkan tangan kanannya di atas kepala Yati dan tangan kirinya pula di atas kepala Irna. Cahaya yang keluar dari matanya bertukar menjadi warna biru. Tidak sampai seminit, Yati dan Irna pengsan serentak.


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C4
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión