" Shahril, aku ada kirimkan kau berita itu melalui e-mail. Ada kau baca?"
"Sudah M..."
"Jadi bagaimana? Apa pandangan kau?"
"Komen aku mudah sahaja. Rancangan itu berjaya dijalankan dengan baik sekali"
"Wah! Begitu berbangga sekali kau dengannya"
"Bukanlah aku berbangga... tetapi aku kagum. Kau tahu sahajalah, bukan semua orang boleh melakukannya"
"Itu sudah pasti. Aku memang jelas sekali mengenainya"
"Jadi boleh kita berjumpa?"
"Untuk apa?"
"Berbincang mengenai hal ini"
"Bahaya M... Bahaya... Aku tidak mahu mengambil risiko"
"Aku sudah agak itu jawapan kau Shahril"
"Jadi kenapa kau tanya?"
"Untuk pastikan yang ini betul – betul Shahril"
"Ha! Ha! Ha! Bijak! Kau memang bijak"
"Kau ada dengar mengenai Yayasan Rahsia Hati? "
"Emmm.. kenapa?"
"Adakah jawapan kau 'tidak'?"
"Ya. Betul. Aku belum dengar apa-apa lagi mengenainya. Jadi beritahulah aku apa yang terjadi M"
"Aku dengar yayasan itu baru sahaja menerima derma berjumlah tiga juta dolar baru-baru ini Shahril..."
"Wow! Satu jumlah yang besar!"
"Aku pasti kau tentu akan terkejut. Sumbernya daripada sebuah syarikat di Zuria"
"Bila? Bagaimana kau tahu?"
"Sebulan lepas. Daripada seorang wartawan"
"Adam tahu mengenai semua ini M?"
"Belum lagi. Aku akan beritahu dia nanti..."
"Kau ada apa-apa rancangan?"
"Aku akan pergi ke yayasan itu. Aku yakin, ada banyak lagi maklumat yang boleh kita cari"
"Maksud kau, maklumat tentang duit simpanan yayasan itu?"
"Ya..."
"Kau hendak buat apa? Kau hendak ambil?"
"Rampas..."
"Kau serius hendak ke sana dan merampasnya dari yayasan?"
"Ya Shahril. Aku memang serius!"