App herunterladen
72.22% Milik siapakah hati ini / Chapter 13: Bab 13

Kapitel 13: Bab 13

Hari ini seperti hari-hari yang lain, Atirah menjalankan tugasnya dengan dedikasi. Sedang dia leka menyiapkan kerja yang diterima daripada Bossnya En. Rizal, Atirah menerima panggilan telefon daripada Datin Nora. Atirah terkejut apabila dia mendapat tahu yang abangnya kemalangan. Nizan kemalangan dan telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan keadaan sebenar masih belum diketahui.

Atirah segera memberitahu Kak Ana bahawa dia mengambil cuti kecemasan kerana abangnya kemalangan. Setelah itu, Atirah terus mengambil barang peribadinya dan bergegas mendapatkan teksi untuk ke hospital dengan segera.

Atirah seperti cacing kepanasan, dia merasakan teksi yang dinaikinya bergerak terlalu perlahan. Atirah amat bimbang keadaan abangnya.

Macam mana keadaan abang Nizan? Harap-harap abang tak apa-apa. Ye, semua mesti selamat. Kau jangan bimbang Ati. Sabar, abang mesti okey.

Macam mana kalau abang ...tak...tak, abang mesti selamat.

Atirah cuba untuk meyedapkan hatinya yang sedang kerisauan. Setibanya Atirah di hospital, dia terus ke kaunter pertanyaan.

"Tumpang tanya nurse, ada tak pesakit yang baru kemalangan bernama Mohd Nizan Bin Kassim yang dihantar ke sini?" Atirah memandang jururawat tersebut dengan penuh harapan.

"Sekejap, saya check." Jururawat tersebut menekan sesuatu di komputernya dan memberitahu Atirah nombor bilik sakit Nizan. Atirah mengucapkan terima kasih kepada jururawat itu dan dia berlalu dengan segera mencari bilik sakit abangnya seperti yang diberitahu.

Apabila Atirah berada di hadapan pintu bilik sakit abangnya, dia teragak-agak untuk membuka pintu. Dia takut untuk mengetahui keadaan abangnya yang sebenar. Atirah membaca Bismillah dan membuka pintu dengan cepat, namun matanya ditutup rapat. Tingkah laku Atirah diperhatikan oleh Nizan dan doktor yang sedang memeriksanya. Nizan sakit menahan ketawanya. Hafizah, doktor yang sedang memeriksa Nizan terhenti dan memandang pelek ke arah Atirah. Atirah membuka matanya perlahan-lahan dan mendapati dirinya sedang diperhatikan. Atirah menghembus nafas lega apabila melihat abangnya masih mampu tersengeh memandangnya. Setelah itu, Atirah baru sedar yang seorang wanta yang memakai jubah doktor sedang memerhatinya. Keadaan menjadi senyap sebentar, Atirah malu kerana tinglah lakunya sebentar tadi telah dilihat oleh doktor muda ini. Atirah berjalan ke arah abangnya dan berdiri di sisi katil dan tersenyum untuk menutup malunya, Atirah bertanyakan keadaan abangnya kepada doktor tersebut dan cuba berlagak biasa.

Hafizah membalas senyuman Atirah dan menjawab dengan serius setiap pertanyaan Atirah. Atirah mendengar dengan teliti dan dia berasa lega kerana abangnya tidak ada apa-apa yang serius. Namun, Nizan masih perlu tinggal di hospital untuk beberapa hari bagi tujuan pemeriksaan lanjut. Atirah memandang abangnya dengan perasaan hairan dan meminta penjelasan. Nizan tersenyum dan memberitahu adiknya itu bahawa mama mereka meminta doktor membuat peperisaan yang menyeluruh terhadap dirinya. Datin Nora merasakan anaknya ini perlu pemeriksaan yang menyeluruh dan Nizan hanya menurut kehendak mama mereka kerana dia tidak ingin Datin Nora bimbangkan dirinya. Atirah tersenyum faham dengan kehendak Datin Nora.

"Last, boleh saya tahu makanan apa yang sesuai untuk abang saya dan makanan apa yang perlu abang saya elakkan?"

"Pesakit tidak perlu pantang makan tapi kalau boleh makan makanan yang berprotin tinggi seperti ikan, daging merah. Banyak makan buah dan sayur yang ada vitamin C dan zat besi, macam buah limau, kiwi, anggur atau kekacang seperti badam dan kacang putih....sayur hijau seperti bayam dan sawi kaya dengan vitamin K yang boleh membantu dalam proses pembekuan darah." Hafizah menjelaskan dengan senyuman dibibir. Dia merasakan Atirah bergitu mengambil berat dan menyayangi abangnya. Aku pun kalau Along dan Angah yang masuk hospital macam ni juga agaknya. Getus hati kecil Hafizah. Atirah masih tekun menulis apa yang diberitahu oleh Hafizah tanpa menghiraukan abangnya yang sedang memandangnya dengan senyuman mesra. Hafizah memahami bahawa Nizan turut menyayangi Atirah apabila melihat pandangan Nizan terhadap adiknya itu. Jelas kelihatan kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka berdua.

"Terima kasih Doktor....." Atirah memandang tag nama Hafizah dan menyambunnya, "Hafizah. Saya Atirah." Atirah menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengan Hafizah.

Hafizah menyambut tangan yang dihulurkan dan membalas, "sama-sama". Dia meminta diri untuk beredar.

Setelah Hafizah berlalu, Atirah menyoal abangnya dengan serius. "Accident dengan apa?"

"Dengan tiang..." Ringkas jawapan Nizan. Dia menunggu soalan seterunya daripada Atirah. Dia tahu selagi adiknya tidak berpuas hati, Atirah akan menyoalnya seperti polis membuat siasatan.

"Macam mana boleh accident?" Atirah merenung abangnya menunggu jawapan.

"...abang elak dari motor, tak perasan ada pula orang sedang melintas jalan....so, abang elak langgar orang, abang langgar tiang." Jelas Nizan dengan tersengeh.

Atirah ingin terus menyoal abangnya namun, melihat balutan di kepala abangnya itu dia menahan diri daripada menjadi 'polis pencen' seperti abangnya selalu kata pada dirinya apabila dia banyak bertanya.

"Padan muka, lain kali hati-hati." Atirah menampar lengan abangnya. Nizan menjerit sakit dengan perbuatan Atirah. Sebenarnya dia hanya pura-pura sakit untuk meraih simpati adiknya. Atirah hanya menjeling, dia tahu abangnya hanya berpura-pura kerana Atirah hanya menampar perlahan sahaja.

"Orang tampar perlahan je...sakit yang lebih." Atirah menarik muka pada abangnya.

"Abang pesakit sekarang tau...."Nizan membela dirinya dan dia masih menggosok lengannya yang di tampar oleh Atirah. Dia masih ingin meneruskan lakonannya.

Atirah tidak mempedulikan kata-kata abangnya dan dia baru sedar yang Datin Noran dan Dato' Kassim tiada di dalam bilik tersebut."Mana mama dengan abah?" Soal Atirah kepada Nizan.

"Mama balik Villa dengan Pak Mat.....abah uruskan prosedur abang masuk hospital." Jelas Nizan. Pak Mat adalah pemandu peribadi Dato' Kassim namun Pak Mat lebih banyak memandu Datin Nora ke sana sini. Dato' Kassim lebih suka memandu sendiri. Dia hanya menggunakan perkhidmatan Pak Mat sekiranya dirinya perlu memandu jauh atau dia menghadiri mesyuarat di luar syarikatnya.

...........................................

Rizal gelisah di dalam bilik pejabatnya. Semasa Atirah bergegas keluar dari pejabat sebentar tadi, Rizal dalam perjalanan ke bilik mesyuarat untuk menghadiri mesyuarat penting dengan pelanggan utama mereka. Dia sempat menjeling ke arah Atirah. Namun, dia perlu mengutamakan mesyuarat ini.

Rizal tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap mesyuarat yang dihadirinya. Perasaannya kuat mengatakan sesuatu telah berlaku terhadap Atirah. Setelah mesyuarat tamat, Rizal segera ke biliknya. Dia cuba menenangkan dirinya dan mencari idea bagaimana untuk dia mengetahui apa yang berlaku terhadap Atirah tanpa timbul rasa muskil dalam kalangan pekerja terhadap tingkah lakunya itu.

Aku tanya dekat Mira.....ye tanya Mira. Dia kan rapat dengan Atirah. Ke tanya Kak Ana...

Rizal resah dalam biliknya, dia tidak dapat membuat keputusan sama ada untuk bertanya tentang Atirah pada setiausahanya atau pada Kak Ana. Tiba-tiba Rizal dikejutkan dengan ketukkan di pintu biliknya.

Tok! Tok! Tok!....Rizal membetulkan duduknya di kerusi sebelum dia membenarkan pekerjanya masuk. Amira masuk ke dalam bilik dengan membawa fail mesyuarat sebentar tadi. Dia menyetrahkan fail tersebut kepada bossnya dan ingin terus berlalu keluar.

"Mira, sekejap." Rizal memanggil setiausahanya.

Langkah Amira terhenti dan dia berpaling memandang Rizal. "Ye En.Rizal, ada yang boleh saya bantu?" Soal Amira dengan profesionalnya.

"Apa lagi dalam schedule saya hari ini?"

Amira membuka buku di tangannya dari tadi, diari kerja Rizal. "En. Rizal free sekarang. Pukul 3.00 petang nanti En. Rizal ada appointment dengan Mr. Murugadas dari Syarikat Mesra Holding Sdn. Bhd." Rizal hanya mengangguk, sebenarnya dia sudah tahu kerana pagi tadi Amira telah mengingatkan jadual kerjanya untuk hari ini. Soalannya sebentar tadi sekadar permulaan sahaja.

"Pukul 2.30 nanti awak ingatkan saya semula dan awak dapatkan saya fail projek kita dengan Syarikat Mesra Holding."

"Baik En. Rizal." Rizal gelabah apabila dia melihat Amira ingin keluar.

"Mira, awak tolong bagi tau Atirah buatkan saya kopi." Ye kopi, ini sahaja alasan yang boleh aku guna, getus hati Rizal.

"Maaf En. Rizal, Atirah ambil cuti kecemasan hari ini. Kak Ana beritahu saya yang abang Atirah masuk hospital. Apa kata saya yang buatkan kopi?" Amira menunggu jawapan daripada bossnya.

"Tak apa, awak boleh pergi." Rizal telah dapat jawapan yang dia cari. Segala persoalan yang bermain difikirannya sudah terjawab.

Amira keluar dari bilik bossnya itu dan menutup pintu bilik tersebut dengan rapat. Setelah itu, dia tidak kembali ke tempat duduknya tetapi dia segera mendapatkan Kak Ana untuk bergosip. Amira sedar tingkah laku bossnya yang pelek sebentar tadi. Apabila dia memberitahu bossnya itu tentang hal Atirah, perubahan wajah En. Rizal amat ketara sekali. Tahulah Amira sebenarya En. Rizal ingin bertanya tentang Atirah.

"Kak Ana, Kak Ana nak dengar cerita tak? Gosip baru ni.." Amira mula berbisik di telinga Kak Ana.

"Apa dia, cerita la." Kak Ana membalas dengan penuh minat.

"Tadi masa saya masuk bilik Boss, muka Boss 'ketat'. Takut saya."

"Eh, kenapa? Ada masalah ke masa meeting tadi?"Soal Kak Ana.

"Ni orang nak cerita, jangan la menyampuk." Amira geram dengan sikap tidak sabar Akak Ana. Kak Ana tersengeh dan menyuruh Amira meneruskan ceritanya tadi.

"Dengan muka 'ketat' tu dia tanya schedule dia untuk hari ni. Saya pelek, sebab pagi tadi saya dah inform semua kerja dia untuk hari ni, selalunya saya akan remind dia kalau lagi 30 minit macam tu. Lepas tu, dia minta kopi Tirah. Ha...lepas je saya bagi tau yang Tirah ambil emergncy leave sebab abang Tirah masuk hospital, terus berubah wajah En. Rizal. Mood dia terus okey. Kopi saya pun dia tak nak." Amira bercerita dengan penuh semangat. Dia tidak menyedari perbualannya dengan Kak Ana didengari oleh Khairil yang kebetulan melintasi meja Kak Ana.

Kak Ana menyedari kehadiran Khairil dan memberi isyarat kepada Amira. Amira segera berlalu ke tempatnya dan meneruskan kerjanya.

Khairil hanya tersenyum nipis. Dia terus ke biliknya dan menghubungi sahabatnya Hariz. Hal Atirah perlu diberitahu kepada sahabatnya itu dengan segera. Untung-untung Hariz boleh membantu Atirah dan ini boleh merapatkan lagi hubungan Atirah dengan Hariz. Ini yang bermain difikiran Khairil. Dia merasakan dirinya perlu menolong Hariz dalam mengejar cintanya. Khairil merasakan Hariz terlalu 'slow' dalam usaha menawan hati Atirah. sekiranya Hariz tahu apa yang difikirkan oleh sahabatnya ini, Hariz pasti akan ketawa kerana Khairil juga seperti dirinya 'slow' semasa memikat Linda.

........................................

Atirah terbaring keletihan di sofa rumahnya. Dia baru balik daripada menemani abangnya di hospital. Sebenarnya, Datin Nora ingin menemani Nizan di hospital, namun Nizan memberi alasan yang Atirah boleh menemaninya dan meminta Datin Nora datang esok sahaja bersama menu sarapan pagi yang dia inginkan. Alasan ini disokong oleh Dato' Kassim dan Atirah. oleh itu, Datin Nora mengalah dan bersetuju dengan permintaan anak bujangnya.

Apabila hari semakin lewat malam, Nizan turut ingin 'menghalau' adiknya balik. Pada mulanya Atirah bertegas untuk menemani Nizan sehingga esok pagi dengan alasan dia tidak bekerja esok kerana hari Sabtu. Nizan tiada alasan untuk 'menghalau' adiknya. Namun dia tidak menyerah kalah. Nizan mendapat peluang baik untuk 'menghalau' adiknya apabila Atirah menerima panggilan telefon daripada Hariz. Atirah keluar daripada bilik sakit Nizan untuk menerima panggilan tersebut. Setelah tamat perbualan dengan Hariz, Atirah masuk semula ke dalam bilik dan mendapati wajah Nizan yang masam mencuka.

"Kenapa?" Atirah meyoal abangnya.

"Ati balik je la. Kalau Ati kat sini pun bukan nak teman abang, sibuk je dengan handphone tu."

"Ala...orang kelaur kejap je jawab call. Jangan la merajuk."

Otak Nizan ligat mencari alasan, "Abang rasa baik Ati balik je, Ati tunggu abang pun bukan boleh buat apa. Baik Ati balik, esok datang bawa makanan sedap-sedap untuk abang. Lagi pun, Ati kat sini ganggu abang tidur." Nizan membuat muka mengharap pada adiknya.

Atirah ingin ketawa melihat wajah Nizan saat ini. Namun dia menahannya takut Nizan merajuk. "Betul ni, Ati balik?" Atirah menerima jawapan dengan anggukan laju daripada Nizan. "Okey, Ati balik. Kalau ada apa-apa call Ati."

"Baik boss." Nizan memberikan tabik hormat kepada Atirah. Atirah hanya tersenyum melihat kelakuan keanak-anakkan abangnya.

Sedang Atirah menghilangkan lelah di sofa, dia tertidur keletihan. Atirah terkejut apabila dia disapa oleh Atikah yang baru keluar dari biliknya untuk minum air, hilang mengantuk Atirah.

Atikah duduk di sisi sahabatnya dan menghulurkan segelas air kepada Atirah. Dia simpati di atas apa yang berlaku pada abang Atirah.

"Abang kau okey ke?" Soal Atikah.

Setelah Atirah minum dan gelas di letakkan di atas meja kopi, barulah dia menjawab pertanyaan Atikah. "Abang Nizan okey, tapi kena tahan ward untuk pemeriksaan lanjut. Sebenarnya mama yang bertegas supaya Abang Nizan buat pemeriksaan menyeluruh." Jelas Atirah.

Atikah mengangguk faham dengan penjelasan Atirah. "Kau okey ke? " Soal Atikah lagi.

"Aku...aku okey je, apa yang tak okey nya." Atirah pura-pura tidak memahami maksud sahabatnya. Dia tahu sebenarnya Atikah bertanya tentang hatinya. Sejak hubungan Atirah dengan Rizman putus, Atikah merasakan sahabatnya tidak seperti dahulu. Namun setelah balik daripada percutian di Pulau Pangkor tempoh hari, Atikah melihat sahabatnya semakin pulih dari 'putus cinta'.

Sebenarnya, Atirah masih belum bersedia untuk berkongsi cerita dengan Atikah tentang Hariz. Dia merasakan masih terlalu awal dan dia tidak pasti lagi perasaannya yang sebenar terhadap Hariz. Hariz Iskandar, terdetik nama itu di hatinya. Dia takut Atikah akan ketawakan dirinya kerana bergitu cepat dia jatuh cinta semula. Atirah tersenyum sendirian dan tidak menghiraukan sahabatnya yang sedang bercakap dengannya.

Melihat keadaan Atirah yang seperti orang 'gila bayang' dan tidak menghiraukan dirinya yang sedang bercakap membuatkan Atikah geram pada sahabatnya. Atikah mencubit Atirah untuk menyedarkan sahabatnya itu.

"Sakit la." Atirah menggosok tanagannya yang menjadi mangsa cubitan Atikah.

"Memang la buat bagi sakit, nak sedarkan minah yang sedang berangan, kenalah bagi sakit." Atikah memerli sahabatnya.

"Ye, ada apa Tikah sayang." Atirah bergurau.

"Aku kata esok aku temankan kau pergi melawat abang kau kat hospital." Jelas Atirah.

Atirah membuat isyarat tangan tanda setuju, dan membalas, "Okey."

"Dah, kau pergi mandi, lepas tu tidur. Aku nak sambung tidur." Atikah bangun dari duduknya. Dia ingin berlalu ke biliknya untuk meneruskan tidurnya.

Belum sempat dia menutup pintu biliknya, dia mendengar laungan suara Atirah yang kuat. "Tikah, esok kau buat kuih sedap-sedap tau. Kita bawa untuk Abang Nizan."

"Kau buat la sendiri." Balas Atikah.

Atirah bangun dari sofa dan mendekati Atikah. "Aku buat tak sedap, nanti Abang Nizan kutuk aku. Atirah berlagak manja di hadapan sahabatnya. Matanya dikedip beberapa kali dan wajahnya kelihatan penuh harapan. Dia cuba memujuk Atikah. Dia tahu Atikah akan bersetuju dengannya.

"Ye la, tapi aku ada syarat, kau kena tolong aku buat."

"*Mei wenti", cepat sahaja Atirah menjawab. Atirah berjenaka dengan menjawab dalam perkataan manderin.

Atikah menggelengkan kepalanya melihat kelakuan Atirah. dia masuk ke biliknya dan menutup pintu dengan segera apabila Atirah turut berlalu ke biliknya sendiri.

Dalam bahasa manderin *mei wenti: tiada masalah


next chapter
Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C13
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen