App herunterladen
77.77% Milik siapakah hati ini / Chapter 14: Bab 14

Kapitel 14: Bab 14

Atirah dikejutkan dengan bunyi talefon bimbitnya yang telah dikunci penggera. Atirah segera bangun dan membersihkan dirinya untuk memunaikan solat subuh. Setelah dia selesai menunaikan kewajipannya kepada Ilahi, Atirah melangkah ke dapur.

"Good morning my dear." Atirah menyapa temannya.

"Morning." Balas Atikah sambil tangan sibuk menyediakan bahan-bahan untuk dimasak. Melihat Atirah yang masih bermalasan di pintu dapur membuatkan Atikah menggelengkan kepalanya. "Sini la, kata nak tolong aku buat kuih."

"Aku ke dapur ni pun sebab nak tolong kau la." Jelas Atirah, namun dia masih berdiri tegak di pintu dapur mereka.

"Ati, kau ingat dengan kau tolong tengok ni, semua kerja siap ke?" Balas Atikah sambil menjeling kepada sahabatnya itu. Dia tahu apa yang bermain dalam fikiran Atirah. Ha...nak mengelat la tu...jangan harap. "Kalau kau tak tolong aku, tak de untuk kau." Ugut Atikah.

"hahaha...mana kau tahu yang aku nak mengelat? Kau ni macam cacing dalam perut aku, tahu je kan." Atirah ketawa mendengar serkap jarang temannya mengena. "Aku bukan apa, bagi peluang kau tunjuk bakat memasak kau tu." Atirah senyum dan melangkah ke sisi temannya untuk membantu. Dia melihat segala bahan yang telah disediakan oleh Atikah penuh di atas meja dapur mereka. "Kau nak buat kuih apa ni? Apa yang perlu aku buat?" Atirah menyoal dengan penuh minat.

"Aku ingat nak buat kuih favorite kau, kuih cara berlauk. Semua bahan ada ni. Kau tolong kupas kulit Bawang Besar dan Bawang Putih ni. Lepas tu, kau basuh semua. Dun sup ni sekali dan cili sekali." Atikah memberi arahan.

"Baik chef." Atirah segera melakukan apa yang diarahkan oleh Atikah.

Nanti kau tolong potong bawang tu untuk ditumis. Daging cincang dekat dalam singki tu aku dah defrost tadi, so aku rasa kita sediakan semua dulu. Aku nak adunkan tepungnya ni." Atikah seperti tukang masak memberi arahan kepada pembantunya dan Atikah dengan tekun mendengar dan membuat kerja yang diarahkan oleh temannya.

Masa berlalu dengan pantas. Kuih yang dimasak telah selamat dimasukkan ke dalam bekas untuk dibawa ke hospital. Setelah siap mengemas dapur, Atirah dan Atikah segera ke bilik masing-masing untuk bersiap ke hospital.

Setelah Atirah bersiap, dia menunggu Atikah di sofa sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Tiba-tiba dia teringat perbualannya semalam dengan Rizal. Semasa dia sedang baring bersedia untuk tidur semalam, Rizal telah menghubinginya bertanyakan hal kemalangan abangnya. Atirah menerima ucapan takziah daripada Rizal dan tanpa dia sedari, Atirah membiarkan Rizal berbual seorang diri. Dia tertidur, sungguh dirinya amat letih ketika itu. Dia terus menghubungi Rizal kerana ingin meminta maaf di atas kejadian itu. Atirah harap Rizal tidak berkecil hati dengannya.

..............................

Pagi ini Rizal keluar berjoging di sekeliling kawasan rumahnya. Dia teringatkan perkara semalam dan tersenyum sendirian. Boleh dia tidur dan biar aku cakap sorang-sorang. Sedang rancak dia bercakap, rupa-rupanya orang ditalian tidur. Rizal ketawa sendirian teringatkan kejadian yang berlaku. Rizal merasakan dirinya semakan dekat dengan Atirah. Sedang dia berjoging, telefon bimbitnya berbunyi. Rizal tidak menyangka yang dia akan menerima panggilan talefon daripada Atirah pagi ini. Rizal segera membetulkan nafasnya dan menganggkat panggilan tersebut.

"Hello."

"Hello, assalamualaikum En. Rizal. Saya Atirah ni."

"Waalaikumsalam, ye saya tahu. Ada apa ye Tirah call Rizal. By the way, Rizal,  bukan boss atau En. Rizal." Rizal mengingatkan Atirah yang dia lebih suka dipanggil Rizal sahaja di luar waktu kerja.

"Ops...sorry, terlupa. Tirah call ni nak minta maaf tentang hal semalam." Jelas Atirah.

"Hal semalam?.....oh, yang orang tu tidur masa kita tengah bercakap dengan dia, yang tu ke?" Rizal ketawa kecil dihujung talian.

"Sorry sangat, tak tahu macam mana boleh tertidur." Atirah meminta maaf.

"It's okey. Rizal faham, Tirah penat sangat kot. So abang Tirah macam mana? Dia okey ke?" Soal Rizal ingin tahu.

"Oh, dia selamat, Alhamdulillah. Tak ada apa-apa yang serius. Luka sikit je. Terima kasih kerana bertanya." Luah Atirah.

"Alhamdulillah. Dah keluar hospital ke abang Tirah tu? Kalau belum, boleh ke Rizal pergi melawat?" Rizal mencuba nasibnya untuk mendekati keluarga Atirah.

"Oh, tak payah susah-susah melawat bagai, abang Tirah tu dah sihat. Dah boleh keluar hospital pun." Atirah berbohong. Dia tidak ingin Rizal datang melawat abangnya. Bohong sunat, lagi pun abang sungguh dah sihat. Atirah meyedapkan hatinya.

"Okey Rizal, Tirah ada hal lain ni. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Rizal sebenarnya ingin terus berbual dengan Atirah, namun dia tahu dia perlu memberi ruang kepada Atirah mengenali dirinya terlebih dahulu.

Setelah menamatkan perbualan dengan Rizal, Atirah menjerit memanggil Atikah yang masih tidak keluar dari dalam biliknya. Buat apa minah ni, lama sangat dam bilik tu.

"Kejap, pakai tudung. Tudung ni tak mau jadi. Dah penat aku pusing, tak jadi juga." Atikah keluar dengan muka masam. Atirah ketawa melihat keadaan sahabatnya. Sungguh Atikah tidak pandai memakai selendang.

"Jangan kau ketawa. Aku nak pakai tudung sarung kau tak bagi, kau kata nampak macam macik sebelah rumah kau. So sekarang ni cepat tolong aku.

"Sini, aku tolong kau." Atirah membantu Atikah dengan sisa ketawanya masih dibibir.

"Dah siap, jom pergi." Atirah mencapai beg tangannya dan beg yang berisi kuih cara berlauk untuk abangnya. Dia segera ke pintu dan Atikah turut mengikutnya dari belakang. Tangan Atikah mencapai kunci pintu yang digantung dalam bekas kunci dan dia mengunci pintu rumah mereka setelah mereka keluar.

Atirah seperti biasa, masuk ke dalam keretaya dan menghidupkan enjin kereta sementara Atikah membuka pintu pagar mereka. Setelah kereta keluar dari pagar, Atikah mengunci pagar dan barulah dia masuk ke dalam kereta. Tingkah laku mereka berdua seperti telah diatur. Setiap kali mereka keluar berdua, inilah rutinnya. Secara semula jadi, kedua-dua mereka memahami antara satu sama lain. Mungkin kerana Atirah dan Atikah telah lama berkawan dan mereka saling memahami kehendak masing-masing tanpa perlu diberi tahu. Pernah suatu ketika Atirah dan Atikah keluar berdua dan mereka ternampak seorang lelaki yang memakai rambut palsu sedang membetul-betulkan rambut palsunya. Pada mulanya hanya Atikah yang ternampak, namun apabila Atirah persan yang sahabatnya itu menahan ketawa, dia mula memandang ke kiri dan kanan mereka. Apabila dia turut melihat kelakuan lelaki itu, Atirah menjeling sahabatnya dan dia tutur menahan ketawa sehingga lelaki tersebut tidak lagi kelihatan. Tanpa perlu berbicara, kedua-duanya memahami dan mereka berdua ketawa bersama. Setelah itu, mereka pun beredar dari situ seperti tiada apa yang berlaku.

Atikah masuk kedalam kereta dan memakai tali pinggang keladar dengan segera. Dia sempat menjeling sahabatnya di sisi yang tidak memakai tali pinggang keledar. Atirah seperti memahami maksud jelingan tersebut dan tersengeh. "Ye la, aku pakai." Dia pun menarik tali pinggang keledarnya dan memakainya sebelum dia meneruskan pemanduannya.

"Kita singgah kedai buah sekejap. Aku nak beli buah untuk abang Nizan." Atirah berbicara.

"Okey." Ringkas sahaja Atikah menjawab.

Keadan dalam kereta sunyi sebentar, Atirah tidak suka membuka radio semasa dia memandu. Dia hanya akan membuka radio atau kadang-kala dia memasang lagu kegemarannya sekiranya dia mengantuk atau dia tidak ingin bercakap dan atau dia bosan sahaja. Namun, dia tidak melarang sekiranya ada sesiapa dalam keretanya ingin mendengar lagu dan membuka radio. Ini berbeza dengan Atikah yang suka mendengar lagu. Setiap kali mereka keluar, dia yang akan membuka radio dan dia juga yang menekan saluran radio kesukaannya. Belum sempat Atikah membuka radio, telefon bimbit Atirah berbunyi.

Atirah menyerahkan telefon bimbitnya kepada Atikah. Atikah memahami dan dia menyerahkan fon telinga tanpa wayar kepada Atirah dan menekan butang 'bluetooth' di talefon bimbit Atirah. Atikah hanya mendiamkan diri semasa Atirah berbual dengan Hariz. Setelah Atirah mematikan talian, dia cuba berlagak biasa, namun pandangan yang sahabatnya lontarkan sangat tajam. Dia tahu, Arikah ingin tahu siapakah Hariz. Daripada perbualan dia dan Hariz, Atirah dapat mengagak yang Atikah mengesan sesuatu.

"Hem...Hem...." Atirah membetulkan suaranya sebelum mula bicara. "Kita tak payah beli buah, dah ada orang belikan." Jelas Atirah ringkas.

"Ye, aku dengar tadi. So ...." Atikah mengunggu Atirah memberitahunya.

"So..kita terus ke hospital jelah." Atirah pura-pura tidak memahami maksud sahabatnya.

Atikah hanya diam tidak berkutik ditempatnya. Suasana sunyi sepi dalam kereta menyebabkan Atirah menjeling sahabatnya di sebelah. 10 minit kemudian Atirah bersuara, dia mengalah.

"Janga la marah, balik nanti aku cerita...."

Atikah masih diam seribu bahasa. Atirah gelisah melihat sahabatnya mendiamkan diri. Dia berhenti di lampu isyarat merah di hadapan. Atirah berpaling memandang Atikah dan membuat wajah merayu.

"Tikah sayang, jangan marah....nanti aku cerita dekat kau. Aku janji aku akan cerita dari A sampai Z....Okey, okey. Ala bucuk-bucuk, senyum la sikit." Atirah memujuk. Matanya seperti merayu memandang Atikah.

Apabila lampu isyarat bertukar hijau, Atirah masih lagi memujuk sahatnya itu. Kedengaran bunyi hon kereta di belakang mereka.

"Cepat la jalan, pemandu lain dah marah tu." Atikah berkata. "Aku pegang janji kau." Tangan Atikah mula membuka radio dan membuka saluran kegemarannya.

Atirah tersenyum, dia tahu Atikah telah maafkan dirinya. Marah sahabatnya hanya sekejap. Kalau betul kita minta maaf, Atikah tidak akan simpan marahnya dalam hati. Atirah meneruskan pemanduanya dengan hati yang lega.

.....................

Atirah dan Atikah tiba di hospital dengan selamat. Atirah terlihat Hafizah sedang sibuk memberi arahan kepada seorang jururawat yang sedang bertugas di ruangan berdekatan laluan ke bilik sakit abangnya. Atirah segera berjalan menuju ke arah Hafizah dengan senyuman dibibir. Hafizah menyedari kehadiran Atirah dan membalas senyuman yang diterima.

"Assalammualaikum Dr. Hafizah."

"Waalaikumsalam, Cik Atirah datang melawat En. Nizan?"

"Eh, tak payah ber cik-cik bagai, boleh panggil Ati je. Ati datang ni nak tengok orang sakit tu la, siapa lagi." Atirah ketawa kecil dengan jawapan sendiri.

"Kalau macam tu, Ati pun boleh panggil saya Fizah je." Balas Hafizah.

"Baik Dr. Fizah. Hehehe...Ati kenalkan ni kawan baik Ati, Atikah." Hafizah dan Atirah saling berbalas senyuman.

"Hafizah, panggil Fizah je." Hafizah menghulurkan tangan bersalaman dengan Atikah.

Atikah menyambutnya, "Atikah, boleh paggil Tikah je."

Mereka bertiga berbual sebentar dan Hafizah meminta diri untuk berlalu menjalankan tugasnya yang belum selesai. Atirah sempat memberikan bekas kuih Cara Berlauk kepada Hafizah. Sebenarnya, dari awal lagi Atirah telah sediakan sebekas kecil Kuih Cara Berlauk untuk diberikan kepada Hafizah sebagai tanda terima kasih di atas kesudian Hafizah menjawab semua soalan yang diajukan oleh Atirah semalam. Atirah tahu sebenarnya, semalam dia telah mengajukan banyak soalan kepada Hafizah dan merasakan ada daripada soalan tersebut tidak perlu ditanya. Hafizah menjawab semua soalan tersebut dengan tenang dan sabar kerana ingin menenangkan fikiran ahli keluarga pesakit supaya tidak cemas dan menjelaskan bahawa sakit Nizan tidak serius dan ianya boleh sembuh dengan lebih cepat sekiranya dijaga dengan baik.

Setelah Hafizah berlalu, Atikah bertanya pada Atirah bagaimana dia boleh kenal dengan Hafizah.

"Fizah tu doktor yang merawat abang aku." Jelas Atirah.

"Suka la Abang Nizan, dapat doktor muda rawat dia." Atikah berjenaka.

"Kenapa, kau jealous ke?" Atirah memandang Atikah dengan wajah seperti hendak bergosip.

"Kenapa pula aku nak jealous? Apa kaitan abang kau dengan aku?" Balas Atikah dengan mengangkat keningnya kepada Atirah. dia tahu Atirah pernah ingin memadankan dirinya dengan Abang Nizan, namun Atikah tidak mengendahkan usaha sahabatnya itu dan ianya berlalu bergitu sahaja.

"Ala...dulu kan aku nak padankan kau dengan abang aku, mana la tahu kalau kau dah terbuka hati untuk abang aku. Kalau kau tak jealous, boleh la aku cuba Fizah tu jadikan dia calon kakak ipar aku....hehehe." Ketawa Atirah dengan kata-katanya sendiri. Atirah membuat perangcangan dalam hatinya. Dia ingin memadankan abangnya dengan Hafizah. Kalau berjaya, dia dapat kakak ipar doktor, kalau tak berjaya cari yang lain. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, getus hati Atirah.

"Kau ni kan, tak habis-habis nak jadi 'cupid' abang kau. Kalau Abang Nizan tahu ni, marah dia nanti." Atikah menggelengkan kepalanya terhadap Atirah. Sikap Atirah yang tak habis-habis ingin membantu abangnya mencari pasangan kadang kala memeningkan kepala Atikah. Mana-mana wanita yang Atirah kenali yang dirasakan sesuai untuk abangnya, Atirah akan usaha untuk satukan abangnya dengan wanita tersebut. Telah acap kali sikapnya ini dimarahi oleh abangnya, namun Atirah tidak pernah putus asa.

"Kau bukan tak tahu, Abang Nizan tu nampak je 'macho', senang berbual, mesra dengan semua orang tapi sebenarnya dia tu takut perempuan." Jelas Atirah. Atirah tahu sebenarnya abangnya takut dikecewakan untuk kali kedua. Nizan pernah bercinta pada zaman belajarnya di universiti, namun cinta tersebut terkubur apabila kekasihnya telah bermain kayu tiga dibelakangnya. Atirah mengagak mungkin abangnya telah fobia untuk bercita setelah semua itu berlaku. Oleh itu, dia sebagai adik perlu membantu abangnya untuk mencari kebahagian.

Atikah hanya memandang dan menggelengkan kepalanya mendengar jawapan Atirah. Atirah senyum dan meneruskan langkahnya ke bilik sakit abangnya. Pintu bilik diketuk, namun tiada jawapan. Setelah senyap seketika, Atirah membuka puntu bilik abangnya. Mungkin Abang Nizan sedang tidur.

Atirah terkejut apabila melihat katil abangnya kosong. Mana Abang Nizan?

"Abang! Abang!" Atirah memanggil kuat abangnya.

Atirah bimbang kalau apa-apa berlaku pada abangnya. Luka di kepala abangnya kelihatan teruk semalam. Tapi, doktor kata abang tak apa-apa.

"Tikah, mana abang aku pergi?" Atirah cemas dan dia ingin mencari doktor.

"Kau sabar, mungkin Abang Nizan keluar ke bilik air." Atikah cuba menenagkan temannya.

"Bilik ni ada bilik air persendirian. Abang tak perlu keluar. Tah-tah abang pengsan dalam bilik air." Atirah segera membuka pintu bilik air dan memandang sekeliling bilik tersebut. Namun, abangnya tiada.

Atirah dan Atikah berpaling memandang pintu bilik sakit dengan serentak apabila tersengar suara seseorang yang batuk –batuk kecil dan mereka berdua melihat Nizan yang tersengeh dimuka pintu memandang mereka.

"Abang pergi mana? Risau Ati. Kalau pesakit tu buat la cara pesakit, duduk kat bilik ni diam-diam." Marah Atirah kepada abangnya. Bebelan Atirah diterima seadanya oleh Nizan.

"Abang keluar ambil angin sekejap. Boring la duduk dalam bilik ni." Nizan membuat wajah sedih memandang adiknya meminta simpati. "Jangan la marah. Abang pesakit ni." Nizan merayu.

Atirah tidak sampai hati untuk memarahi abangnya terus menerus. Melihat wajah kesihan abangnya, Atirah menjeling dan dia segera memimpin abangnya ke katil untuk berehat. Nizan tidak membantah dan dia hanya tersenyum memandang adiknya.

Setelah Nizan duduk di katilnya, dia terlihat bekas yang dibawa oleh Atirah dan Atikah di atas mejanya. Dia tersenyum suka.

"Ati bawa apa untuk abang?" Soal Nizan ingin tahu. Matanya tidak lepas daripada memandang bekas tersebut.

Atirah membuka bekas tersebut dan menghulurkannya kepada Nizan dengan tersenyum. " Our favorite, kuih Cara Berlauk." Jelas Atirah.

Mata Nizan seperti bercahaya memandangnya, dia terus mencapainya dan menyuapkan kuih tersebut ke dalam mulutnnya. Wajahnya seperti amat menikmati kuih tersebut.

"Tak malu, makan dia seorang je." Atirah mencebik bibir kepada Nizan yang sedang menikmati kuih tersebut.

"Nak malu apa, kuih ni bawa untuk abang kan. Thank you Tikah. Sedap kuih Tikah buat." Nizan meneruskan suapannya. Walaupun dia sebenarnya telah bersarapan, namun perutnya masih ada ruang untuk kuih kegemarannya ini.

Atirah menjeling geram. "Mana abang tahu Tikah yang buat bukan Ati?"

Nizan dengan selamba menjawab, "kalau adik abang yang buat, mesti rupa kuih ni macam Roti Arab hari tu." Nizan mengingatkan Atirah peristiwa Roti Arab hangus yang Atirah memaksanya makan.

"Hish, tak perlu la ungkit Roti Arab tu. Ati pun ada tolong tau. Penat Ati tolong Tikah pagi tadi." Jelas Atirah tidak mahu mengalah. Atikah hanya ketawa kecil mendengar perbalahan Atirah dengan abangnya.

"Ye ke..."Nizan memandang adiknya dan Atikah. Atirah mengangguk laju dan turut memandang Atikah meminta sokongan. Atikah ketawa dan menganggukkan kepalanya memberikan kepastian kepada persoalan Nizan.

"Oh, thank you adik abang. Sedap kuih ni." Nizan memuji. Dia memegang tangan Atirah dengan tangannya yang berminyak selepas makan kuih tersebut.

"Abang!" Atirah menjerit geram. Tangannya dengan pantas mencubit tangan abangnya itu.

"Aduh...ketam." Nizan menjerit sakit dan menggosok tanganya yang dicubit Atirah.

Atikah hanya ketawa melihat tingkah laku mereka berdua. Dia menghulurkan tisu basah kepada Nizan dan Atirah untuk mengelap tangan mereka. Kemesraan Atirah dan Nizan membuatkan Atikah teringatkan adik beradiknya di kampung. Apa khabar agaknya mereka semua.

Atikah mempunyai adik beradik yang ramai. Dia merupakan anak sulung daripada lima adik beradik. Telah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu ibu dan ayahnya dalam menjaga dan mendidik adik-adiknya. Oleh itu, sikapnya seperti seorang ibu tidak disenangi oleh beberapa kawan-kawannya semasa dia masih belajar di universiti dan menyebabkan dirinya mula menyendiri. Insan yang bernama Atirah, sahabatnya telah banyak membantu dirinya untuk kembali berkeyakinan. Atikah amat bersyukur dia ditemukan dengan Atirah dan mereka menjadi sahabat sejati.

Pernah suatu ketika Atirah menangis teresak-esak dihadapanya. Itulah kali pertama dia melihat sahabatnya yang sentiasa ceria dan kelihatan teguh menangis semahunya. Saat itu, Atikah merasakan dirinya sangat lemah kerana dirinya tidak mampu untuk menolong sahabatnya seperti mana Atirah menolongnya dahulu. Ya, itu semua kerana Rizman lelaki tak guna tu. Atirah amat terluka dengan Rizman dan Atikah tidak akan memaafkan lelaki itu kerana telah menghina dan melukakan hati sahabat baiknya Atirah. Atikah merasakan Rizman tidak layak untuk sahabatnya tu. Bagi diri Atikah, Atirah seorang yang amat memahami dan peramah, malahan sahabatnya ini seorang penyayang dan ikhlas dalam setiap yang dilakukan. Sikap manja Atirah merupakan salah satu pelengkap yang menjadikan itu Atirah. Atikah hanya mampu memujuk temannya untuk melupakan Rizman dan sejak daripada peristiwa itu, Atikah tidak pernah lagi mendengar nama Rizman disebut oleh Atirah. sekarang, Atikah tidak sabar untuk mendengar pengakuan sahabatnya tentang siapakah Hariz. Atikah tersenyum melayan fikirannya sendiri.

"Tikah....Tikah. Roger, Tikah....balik ke bumi....dari bumi ke Tikah, roger.." Atirah mengenakan sahabatnya apabila dia menyedari Atikah sedang berkhayal dan tersenyum sendirian.

Atikah tersedar dari khayalannya dan dia termalu sendiri apabila dia melihat empat biji mata sedang memandang kearahnya. Merah padam wajah Atikah. Nizan tahu yang Atikah malu ditegur oleh adiknya, "abang rasa Tikah teringatkan Roti Arab adik tu." Nizan mengangkat kening kepada Atikah memberi isyarat yang dia sedang membantu Atikah mengenakan adiknya.

Atikah memahami isyarat yang diterima dan dia menyambung kata-kata Nizan, "ye, aku teringat rupa masakan yang kau buat untuk aku masa kau belajar masak dulu. Aku rasa kau boleh menang kalau ada pertandingan merentungkan kuali masa tu." Atikah dan Nizan ketawakan Atirah bersama-sama.

"Kurang asam kau Tikah, kau berpakat dengan Abang Nizan kenakan aku." Atirah mencebik bibirnya dan turut sama ketawa.

Sedang mereka ketawa, kedengaran ketukan di pintu bilik sakit Nizan dan tanpa menunggu kebenaran masuk daripada mereka, pintu tersebut telah dibuka dari luar oleh seseorang. Ketawa mereka bertiga terhenti apablia terlihat wajah Hariz yang muncul di muka pintu.

Hariz tersenyum nipis memandang Atirah dan dia melangkah masuk dengan gayanya bersama sebakul buah-buahan dan jambangan bunga Lili Putih di tangan. Nizan dan Atikah berpandangan dan tersenyum mengerti melihat gelagat Atirah yang tersenyum lebar memandang Hariz yang sedang melangkah ke arah mereka bertiga.

"Assalamualaikum." Hariz memberi salam kepda mereka bertiga.

"Hem...hem," Nizan membetulkan suaranya untuk menyedarkan adiknya sebelum dia menjawab salam yang diterima.

Lantang suara Atirah menjawab salam Hariz membuatkan Nizan dan Atikah ketawa kecil. Atirah seperti baru tersedar daripada dunianya sendiri. Dia segera memperkenalkan Hariz kepada Atikah untuk menutup malunya. Tahulah Atikah bahawa inilah lelaki yang menalefon sahabatnya semasa mereka masih dalam perjalanan ke sini tadi.

Hariz meletakkan bakul buah-buahan di atas meja dan menghulurkan bunga Lili Putih kepada Nizan. Atirah menyambutnya dan mempelawa Hariz duduk.

Hariz melihat balutan kemas di kepala Nizan, dia menyatakan simpatinya kepda Nizan dan bertanyakan keadaan Nizan sekarang.

"Alhamdulillah, luka sikit je ni." Jelas Nizan dengan senyuman. Atirah berlalu meninggalkan Nizan dan Hariz berbual dan mancari pasu bunga untuk meletakkan bunga pemberian Hariz. Atikah turut membantu Atikah dan meninggalkan Hariz dan Nizan.

"Hensome...pandai kau cari." Bisik Atikah di telinga sahabatnya sambil membantu Atirah memasukkan bunga Lili Putih pemberian Hariz ke dalam pasu.

Atirah tersenyum malu mendengar komen sahabatnya. Melihat tingkah laku Atirah, Atikah dapat meneka yang sahabatnya mempunyai perasaan terhadap jejaka bernama Hariz ini.

"Balik nanti kau jangan nak mengelat, aku nak kau cerita dari A sampai Z tau." Atikah berbisik mengingatkan Atirah kepada janjinya.

"Ye la, aku kan dah janji dengan kau." Atirah membalas dalam berbisik. Atikah senyum puas mendengar persetujuan Atirah.

Setelah itu, mereka berdua kembali bersama pasu bunga tersebut. Atirah memandang bakul buah pemberian Hariz dan dia tersenyum melihat buah kegemarannya turut ada di dalam bakul tersebut. Walau pun Nizan sedang berbual dengan Hariz, dia masih sempat memberi perhatiannya kepada tingkah laku adiknya. Melihat mata Atirah bersinar memandang buah anggur di dalam bakul tersebut, Nizan mendapat idea untuk mengenakan adiknya.

"Buah dalam bakul tu untuk orang sakit tau, orang tak sakit tu boleh pandang je." Nizan bersuara dan dia memandang adiknya. Nizan menahan ketawanya apabila dia melihat Atirah tersengeh memandang dirinya.

"Orang tengok je." Balas Atirah malu.

"Hahaha....bukan abang tak kenal Ati." Pecah ketawa Nizan dan Atikah turut ketawakan sahabatnya. Dia juga tahu yang Atirah sangat sukakan buah anggur. Pernah Atirah menyatakan kepada Atikah yang dia ingin membuka ladang anggur supaya dia mudah untuk menikmati buah kegemarannya ini.

Hariz masih tidak memahami apa yang berlaku. Dia memadang Atirah dan Nizan silih berganti dengan pandangan yang meminta penjelasan.

Nizan memahami dan dia tanpa segan silu dia memberitahu Hariz hal yang sebenarnya, "Riz kalau nak tahu, Ati pantang dengan buah anggur."

"Pantang, Ati tak makan ke?" Hariz bertanya jujur tanpa ada niat lain. Setahu Hariz, orang yang berpantang selalunya bersebab. Contohnya seperti orang yang lepas melahirkan anak, itu Hariz tahu perlu berpantang. Banyak makanan yang tidak boleh dimakan ketika berpantang dan Hariz amat jelas sekali kerana Khairil sering memberitahunya informasi tentang perkara tersebut. Maklumlah sahabatnya itu bakal menjadi ayah.

"Ye, pantang..." Belum sempat Nizan menghabiskan kata-katanya Atirah menyambung, "Ati bukan pantang tak makan, pantang jumpa....serbu."

Ketawa Nizan mendengar pengakuan adiknya dan Atikah turut ketawa. Hariz tersenyum dan dia mengingati dirinya sendiri bahawa anggur adalah buah kesukaan Atirah. Atirah mencebik bibir kepada abangnya.

Mereka berempat berbual dengan mesra. Setelah agak lama mereka berbual, Hariz meminta diri dan berlalu meninggalkan Nizan, Atirah dan Atikah bertiga yang masih berbual.

Hariz melangkah dengan laju kerana dia ingin cepat keluar daripada hospital tersebut. Dia ingin mengelak daripada adiknya, Hafizah. Baik cepat, nanti banyak pula aku kena bersoal jawab dengan Fizah. Hariz terkejut apabila dia terpandang kelibat adiknya. Dia berdoa dalam hatinya supaya Hafizah tidak perasankan dirinya dan dia berusaha untuk menutup wajahnya supaya tidak dikenali adiknya itu. Namun usahanya tidak berjaya apabila dia melihat Hafizah melambai-lambai tangan ke arahnya dengan senyuman manis.

"Angah buat apa di sini?"

"Makan angin." Balas Hariz terhadap soalan adiknya itu. Hafizah mencebik bibir.

"Tentulah Angah melawat orang sakit." Hariz meneruskan bicaranya.

"Siapa sakit?" Soal Hafizah ingin tahu.

"Kawan, Fizah tak kenal." Pendek Hariz menjawab.

"Lelaki ke perempuan?" soal Hafizah lagi.

"Lelaki. Okey lah, Angah nak balik rumah ni. Ibu pesan, lepas kerja terus balik. Ibu masak special untuk Adik." Hariz cuba mengalihkan perhatian adiknya dan ternyata dia berjaya.

"Ibu masak specil...okey Adik balik awal hari ni." Hafizah memikirkan makanan kegemarannnya yang dimasak oleh ibu mereka.

Hariz segera mengambil peluang meninggalkan Hafizah yang masih memikirkan masakan Pn. Salmah. Setelah seketika, Hafizah menyedari yang abangnya telah pergi tinggalkan dia seorang diri di situ. Apa la Angah ni, pergi macam tu je. Hafizah merungut dalam hatinya dan dia juga berlalu meneruskan kerjanya.


next chapter
Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C14
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen