Huo Mian mengangguk dan mengekori pengarah itu ke bilik persalinan.
Huo Mian berkeras memakai solekan ringkas dan tidak mahu solekan tebal. Akhirnya, mereka menyoleknya dengan gaya solekan Korea yang natural.
Huo Mian juga memilih untuk memakai qipao hitam putih yang lebih anggun berbanding qipao yang dibawakan pengarah.
Atas sebab kawasan rakaman mempunyai pemanas, tidak mengapa jika dia memakai lengan pendek.
Sebelum dia naik ke atas pentas, pengarah berulang kali mengingatkannya, "Puan Qin, kamu tak perlu bercakap terlalu banyak. Cuma jawab soalan bersama-sama peserta yang lain. Tak apa kalau kamu disingkirkan. Kami tak akan beri soalan yang terlalu susah. Saya tahu kamu akan masuk ke pusingan terakhir. Kamu pasti akan memenangi ganjaran tu."
"Jadi maksud kamu… kalau saya tak menang, kamu tak akan dermakan satu juta yuan?" Huo Mian tiba-tiba tersedar masalah penting ini.
"Uh… ya, betul tu."