Qin Chu tidak suka menjadi tumpuan orang ramai. Jadi mulanya, dia hanya mahu menunjuk muka bersama-sama Huo Mian dan menjelaskan mereka tidak bermaksud menipu sesiapa dengan penyamaran mereka ketika acara tersebut.
Oleh itu, dia tidak menyediakan ucapan sebelum melangkah ke atas pentas.
Namun, dia tidak dapat menolak permintaan pengetua setelah lelaki itu menyerahkan mikrofon kepadanya.
Maka, dia mengambil mikrofon itu perlahan-lahan, memandang sekeliling dan berkata, "Kerjaya akademik saya mengambil masa hampir dua dekad dari hidup saya, dan pada saya, masa yang paling berharga ialah masa yang diluangkan di Sekolah Tinggi Kedua. Sepanjang tiga tahun itu, saya berjumpa isteri saya, Huo Mian dan kami merasai pengalaman sebagai remaja dan bercinta bersama-sama. Terima kasih pada tempoh tersebut, kami jadi suami dan isteri beberapa tahun kemudian…"
Huo Mian tersentuh. Sambil bertepuk tangan, dia memandang Qin Chu dengan air mata yang bertakung di matanya.