"Oh…" Reaksi Su Yu sangat tenang.
Ini kerana dia tahu apa sahaja yang dianjurkan Huo Mian tidak ada kena mengena dengannya dan Huo Mian tidak akan sesekali menjemputnya.
"Jadi… dia memang tak jemput kamu?"
"Tak," balas Su Yu.
"Huo Mian macam tak ada hari perut juga, kan? Siapa yang cari doktor tentera masa suami dia dalam hospital? Siapa yang tak tidur selama tiga hari, berkeliaran di hospital? Sekarang bila mereka dah sembuh dan insiden tu dah berlalu, dia lupa semua tentang kamu?"
Sebagai salah seorang kawan baik Su Yu, Tang Chuan merasakan Huo Mian agak kejam kerana tidak membalas perasaan Su Yu.
Jika mereka tidak boleh menjadi pasangan bercinta sekalipun, mereka masih boleh berkawan. Sekurang-kurangnya, dia perlu berterima kasih kepada Su Yu.
Namun, Huo Mian tidak berbuat apa-apa. Perkara itu membuatkan Tang Chuan berfikir Su Yu sepatutnya membalas dendam.