"Zhenghai… Saya tak ada duit sebanyak tu, tapi saya tak mampu nak tengok anak kita masuk penjara… dia anak kamu juga."
"Jangan tukar subjek. Beritahu saya, berapa banyak yang kamu dah simpan selama ni?"
"Zhenghai…" Shen Jiani mahu menukar subjek.
"Jawab."
"Saya bukan buat semua tu saja-saja. Saya cuma nak kita semua ada Rancangan B. Kalau ada sesuatu berlaku pada kita, sekurang-kurangnya kita tak payah merempat dekat tepi jalan…" jelas Shen Jiani perlahan.
"Jadi? Berapa banyak yang kamu simpan?"
Huo Siyi dan Huo Yanyan duduk di sebelah emaknya, tidak berani membuat senarang bunyi.
Jiang Hong keluar untuk bermalam dengan emaknya, maka hanya mereka berempat sahaja yang berada di rumah, membuatkan perbualan mereka menjadi lebih murah.
"Tak banyak, cuma lebih sikit dari 200 juta…"
Shen Jiani bercakap dengan perlahan…