"Selamat pagi Encik Qin," kata Huo Mian dalam keadaan mamai sambil menggosok matanya.
"Bangun dan bersihkan diri. Saya akan tunggu kamu di bawah." Qin Chu mencium pipi Huo Mian dan turun ke tingkat bawah.
Selepas Huo Mian bangun dan mandi, dia turun ke tingkat bawah. Ruang makan di tingkat satu sudah diterangi.
Huo Mian boleh melihat taman di luar dari tingkap kaca yang tebal dan tinggi dan ia membuatkan Huo Mian terasa segar.
"Puan Muda, selamat pagi."
"Selamat pagi, Puan Muda."
Semua orang gaji yang bertembung dengannya di sepanjang jalan menegurnya hingga dia berasa tidak selesa.
"Kamu tidur dengan lena semalam?" tanya Qin Chu dengan nada manja.
"Sangat lena."
"Ya? Tapi saya langsung tak dapat tidur lena," kata Qin Chu dengan sedikit maksud yang mendalam sambil menghirup kopinya.
"Uhm… adakah kerana saya berdengkur?" tanya Huo Mian sambil menyengetkan kepala.
"Tak…"