"Saya dengar Su Yu langgar kereta dua orang perempuan yang kacau kamu dekat majlis tadi dan kereta mereka hampir terbalik. Nampaknya insiden tu dah cukup untuk takutkan mereka."
Ekspresi Huo Mian berubah apabila membaca mesej ini…
Bukankah Su Yu bertindak agak keterlaluan? Lukanya tidaklah terlalu serius.
Bukankah dia sudah membalas dendam dengan memecahkan gelas wainnya ke kaki mereka? Kenapa dia perlu melakukan sesuatu yang berbahaya seperti melanggar kereta mereka?
Macam mana kalau ada orang yang terkorban?
Wanita-wanita itu cukup bertuah kerana mereka memandu Maserati. Jika mereka memandu Xiali, mungkin kereta itu akan hancur disebabkan hentaman tersebut hingga menjadi dua keping penkek dan wanita-wanita itu pasti akan berada di dalam bilik mayat ketika ini…
Dia tersedar yang dia mungkin perlu berbual dengan Su Yu… Su Yu tidak sepatutnya menjadi seseorang yang keras hati.