Teruknya situasi ini. Walaupun dengan ingatannya yang hebat, dia masih tidak boleh menghafal satu per tiga daripada <Prosa Puisi Pertapaan Sendiri Pendeta>!
Kalau begitu, dia akan gagal lagi dalam ujian ini apabila lima minit berlalu... sekarang ini, kertas dengan versi lengkap <Prosa Puisi Pertapaan Sendiri Pendeta> yang ditinggalkan oleh Su Wenqu di sebelah mejanya masih ada di situ ke?
Apa yang dia akan lakukan jika kertas ujian Su Wenqu telah hilang?
Adakah dia akan terperangkap di dalam tempat itu selama-lamanya?
Ia akan menjadi sesuatu yang sangat menakutkan!
Namun tepat pada masa ini, suara itu kedengaran lagi. "Tulis daripada memori versi lengkap <Prosa Puisi Pertapaan Sendiri Pendeta>. Awak ada lmasa selama lima minit."
Pada masa yang sama, kertas kosong tambahan muncul di atas mehanya. Kertas ujian lama telah dilipat dan diletakkan dia satu penjuru meja untuk mengelakkannya susah semasa menulis teks itu semula.