Download App
Penguasa Gwydion Terakhir Penguasa Gwydion Terakhir original

Penguasa Gwydion Terakhir

Author: Mexss_Lawrence

© WebNovel

Tahun 2080

Sekarang tahun 2080. Suasana di bumi hiruk pikuk dengan kesibukan kota-kota. Menara pencakar langit yang menyentuh awan-awan. Robot tentera yang berterbangan di sana-sini dan kenderaan penduduk bumi yang tidak pernah putus beredar di permukaan jalan raya.

Di kota Aselton, hari sudah semakin gelap. Malam akan menjelma sebentar lagi.

Kelihatan seorang pemuda sedang mendaki sebuah bukit yang tidak jauh dari rumahnya. Di belakangnya ada sebuah beg biru dengan sebuah teleskop yang terjulur keluar dari beg itu. Di tangan kirinya ada sebuah bekas air yang berisi minuman kopi pekat. Ini adalah rutin hariannya. Dia sudah melalui kawasan bukit ini beribu kali.

Pemuda berusia 17 tahun ini adalah Micheal. Seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Sikap periang Micheal berubah drastik sejak kematian ibubapanya dalam kemalangan 2 tahun lalu. Dia sekarang tinggal dengan datuknya. Walaupun tinggal bersama, dia jarang dapat berjumpa dengan datuknya kerana kesibukan berkerja. Datuk Micheal adalah seorang yang berpangkat tinggi di dalam tentera.

Micheal sering pergi ke puncak bukit untuk mengamati bintang dan planet di kegelapan malam. Minatnya dalam bidang astronomi membuatnya tergila-gila dengan pemandangan langit di malam hari. Dia mencatat segala yang di lihatnya mengunakan teleskop kecilnya. Keobsesannya membuatkan dia jarang berada di rumah, dia kadang-kadang menghabiskan masa berjam-jam di puncak bukit itu. Kesibukan kota tidak membuatnya tertarik. Dia lagi suka menyendiri dan berfikir yang manusia tidak bersendirian di alam semesta ini.

Pemuda yang tinggi dan berambut hitam ini seringkali menghabiskan masa di perpustakaan ,memcari bukti keberadaan makhluk lain di alam semesta ini. Walaupun dia seringkali melihat cerita- cerita mengenai pertembungan manusia dengan makhluk asing, dia masih tidak percaya dengan semua itu. Dia ingin suatu hari nanti meneroka ruang angkasa dan mencari di setiap sudut alam semesta keberadaan makhluk lain.

Malam semakin gelap. Micheal tiba di puncak bukit dan mula memasang tripod dan teleskop kecilnya. Di puncak bukit ada pondok kecil yang di buat oleh Micheal. Dia sering bermalam di puncak bukit ini sambil melihat bintang-bintang di langit.

Di kejauhan tersergam kilauan cahaya warna warni kota Aselton. Kota yang tidak pernah tidur. Sentiasa sibuk dengan kenderaan dan manusia yang lalu lalang. Kadang-kadang robot dan jet tempur tentera lalu memecah keheningan malam.

Sebuah markas tentera telah dibina berhampiran dengan pantai untuk menjaga keamanan kota Aselton. Beberapa menara dengan senjata laser dan senjata berat lain dibina di sepanjang pantai. Walaupun peperangan sudah lama tidak meletus, aset ketenteraan sentiasa di majukan. Ini bukan hanya berlaku di kota Aselton malah di seluruh dunia.

"Mengapakah tentera di seluruh dunia secara drastik memajukan aset tentera mereka? Bahkan mereka kini merekrut ramai pemuda untuk menyertai tentera. Apakah mereka telah mengesan bahaya masa depan yang datang dari langit?" Persoalan ini sering bermain di fikiran Micheal. Dia selalu berfikir bagaimana caranya untuk meneroka alam semesta. Walaupun sudah banyak projek-projek mega untuk meneroka alam semesta, tapi hasilnya terlalu di rahsiakan oleh pihak kerajaan.

"Hurmmm....." Micheal melihat ke langit. Bintang-bintang mula bersinar. Dia mengeluarkan buku kecil dari beg birunya. Buku baru lagi. Dia sudah hampir menghabiskan 5 buku kecil untuk mencatat setiap yang dia lihat di angkasa. Malah dia menamakan beberapa planet yang dia lihat dengan nama yang dibuatnya sendiri. Dia mula meminati bintang semenjak dia kecil, baginya bintang adalah sumber kehidupan semua makhluk dan dia percaya di luar sana ada pelbagai makhluk lain yang lebih maju dari manusia.

Keyakinannya seringkali mendapat sokongan dari ibubapanya dulu. Ibu dan ayah Micheal adalah pengajar di sebuah akademi terkemuka di kota Aselton. Ayahnya mengajar dalam mata pelajaran fizik dan merupakan seorang ahli kepada sekumpulan pengkaji ruang angkasa . Ayahnya juga seringkali mengatakan kepada Micheal jika dia diberi peluang kedua dalam kehidupan, dia ingin menjadi bintang yang menerangi angkasa.

Micheal melepaskan teleskopnya, dia berdiri dan menuju ke meja kecil. Dia minum kopi pekat yang dibawanya dari rumah.

"Tidak ada yang istimewa malam ini. Semuanya normal....hurmmm..." Dengus Micheal. Dia sentiasa mengharapkan ada perkara baru yang terjadi setiap kali dia datang ke puncak bukit itu tapi semuanya tampak normal malam itu. Beberapa hari yang lalu, dia berjaya menemui sebuah bintang baru yang dia namakan bintang Oreo. Bintang itu mungkin bukan baru bagi orang lain tetapi itu pertama kali dia melihatnya sendiri.

Setelah 40 minit duduk di kerusi, Micheal mula melihat awan hitam yang mula berarak menutupi langit.

"Apakah hujan akan turun malam ini?" Kata Micheal sambil melihat jam tangannya. "Jam 11 .." Dia biasanya masih akan melihat langit dengan teleskopnya. Tetapi sekiranya awan terlalu tebal, teleskop kecilnya tidak mampu menembus tompokan awan tebal itu.

Micheal berfikir sejenak.

"Aku akan berhenti untuk malam ini. Aku akan kembali malam besok" Kata Micheal. Dia sedikit penat hari ini memandangkan petang tadi dia mengemas dan memindahkan buku-buku lamanya ke dalam stor.

Micheal mula mengemas barang-barangnya. Beberapa detik kemudian dia duduk semula di bangku depan meja kecil. Dia memandang ke langit. Awan gelap mula menyelimuti seluruh langit.

Micheal berdiri dan mengalas beg birunya. Dia mula melangkah untuk menuruni bukit. Beberapa langkah kemudian, dia berhenti. Sesuatu menarik perhatiannya di langit malam.

Cahaya terang mula terpancar di langit, menerangi malam kota Aselton. Micheal bergegas menuju semula ke pondok. Dia melihat ke langit. Beberapa tompok cahaya menerangi suasana malam.

"Meteorit...?" Kata Micheal meneka. Tiba-tiba beratus tompok cahaya muncul dari awan hitam. Cahaya terang seperti mercun menerangi seluruh kota Aselton. Micheal terpesona dengan kecantikan fenomena di depannya. Dia kemudian tersentak. Salah satu cahaya itu menuju tepat ke arahnya. Jalur cahaya itu terlalu cepat bergerak. Micheal tidak sempat untuk mengelak. Jalur cahaya itu mendarat hanya beberapa meter dari tempat Micheal berdiri.

"BAAAMMMM..."


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C1
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login