Download App
32% Our Tomorrow (Malay) / Chapter 8: Kisah Yang Mengejutkan

Chapter 8: Kisah Yang Mengejutkan

XIN Xin kelihatan bingung dengan pertanyaan aneh tuannya itu. Sudahlah awal pagi tadi dia kelam kabut mencari wanita itu. Hendak diberitahu pada putera keempat, dia bimbang akan membuatkan tuannya disalah anggap lagi.

Hatinya lega apabila melihat langkah longlai masuk ke kediaman. Wajah itu tidak begitu ceria. Dia tidak tahu apa yang berlaku tetapi tidak berniat untuk bertanya lebih lanjut. Mungkin tuannya itu bersiar-siar di kawasan itu seawal pagi.

"Kenapa tuan puteri tanya soalan macam tu? Memang betulah nama tuan puteri adalah Wu Xiao Hua. Xin Xin tak tahu Ying Hua yang tuan puteri sebutkan itu. Tuan puteri mesti tersalah dengar. Lagipun tuan puteri kan hilang ingatan," ujar Xin Xin polos.

Bertanyakan nama sendiri kelihatan kelakar tetapi baginya tuannya sedang hilang ingatan. Dia tidak marah tentang itu. Cuma dia kasihan melihat tuannya bingung dengan indentiti sendiri.

"Jadi... apa yang berlaku sebenarnya? Saya kena kahwin paksa ke?" tanya Ying Hua lagi. Kali ini dia menggantikan dirinya sebagai Xiao Hua.

Xin Xin segera menggeleng kepala. "Tuan puteri dan Putera Yan berkahwin atas dasar suka sama suka. Tiada paksaan. Putera Yan sememangnya sayangkan tuan puteri," jelas Xin Xin bersama senyuman.

Ying Hua membisu. Kalau suka sama suka, mengapa dilayan sebegitu? Jika ikutkan drama yang dia selalu tengok, sudah tentulah keadaan sekarang seperti kahwin paksa. Mungkin lelaki itu sudah jatuh cinta dengan perempuan lain tetapi si isteri yang menderita dalam perkahwinan itu. Akan tetapi kehidupannya ketika ini bukannya satu drama. Ia benar-benar realiti dan menyakitkan.

"Putera Yan..." Ying Hua menyebut perlahan.

Xin Xin tersenyum gembira. "Tuan puteri mesti lupa nama Putera Yan kan?"

Ying Hua hanya memandang wajah Xin Xin yang bersinar itu. Gadis itu nampak gembira apabila dia bertanyakan perihal masa lalu. Mungkin menyangka dia cuba untuk mengingati apa yang berlaku.

"Putera Wang Shu Yan. Dia adalah putera keempat. Tuan puteri ingat ye. Tiada yang lebih penting dari nama suami sendiri." Xin Xin begitu bersemangat.

"Tapi... kenapa dia bencikan saya?" tanya Ying Hua perlahan. Itu lebih penting dari segalanya. Bukan nama putera itu. Dia perlu tahu apa yang berlaku.

Wajah Xin Xin yang gembira itu tiba-tiba berubah. Mulutnya yang sedari tadi tidak berhenti beroperasi terus terdiam seribu bahasa.

"Xin Xin..."

"Maaf tuan puteri. Xin Xin tak berani..." Berkali-kali Xin Xin menggelengkan kepala. Apa yang dia mahukan adalah tuannya melupakan apa yang berlaku sebelum ini. Dia mahu tuannya hidup bahagia tanpa mengingati masa lalu yang menyakitkan itu. Mungkin ada kebaikan mengapa tuannya hilang ingatan.

"Xin Xin..." Ying Hua cuba memaksa. Namun Xin Xin tetap menggelengkan kepala.

"Kalau awak masih mahu rahsiakan dari saya, lebih baik saya keluar dari sini. Awak tak dapat bantu saya untuk ingat apa yang berlaku. Saya tak nak jumpa awak lagi." Ying Hua mengugut.

"Jangan tuan puteri! Xin Xin cakap... Xin Xin cakap..." Xin Xin akhirnya mengalah.

Ying Hua mengangguk. Dia menarik nafas perlahan. Merasakan apa yang bakal didengarinya itu mungkin sesuatu yang mengejutkan untuknya. Kalau tidak masakan putera itu begitu benci terhadap isteri yang disayangi itu.

"Xin Xin tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Cuma kejadian malam tu tuan puteri tiba-tiba pilih untuk bunuh diri dengan minum racun selepas Putera Yan dapat tahu..." Xin Xin bagaikan tidak mampu menghabiskan kata-katanya. Dia tidak berani. Meskipun kisah itu masih tidak dikenal pasti, tetapi orang-orang di kediaman Yan mendengar cerita tidak enak tentang tuan puterinya.

"Tahu apa?" tanya Ying Hua penuh tanda tanya.

"Tahu tuan puteri ada hubungan dengan putera mahkota..."

"Hah?" Ying Hua terkedu. Mengetahui Xiao Hua cuba bunuh diri dengan meminum racun sudah cukup mengejutkannya. Tetapi ada hubungan dengan putera mahkota itu lebih mengejutkannya. Jadi dia mula mengerti mengapa putera keempat itu benar-benar bencikan isterinya. Kerana curang!

Wah! Makin dramatik kisah Xiao Hua ni. Dah la curang lepas tu cuba bunuh diri pula. Lepas tu dengan tiba-tiba aku pula yang sesat masuk ke dalam dunia ni! Aku juga yang jadi mangsa kebencian ni! Gumam Ying Hua geram.

Hilang terus rasa sedihnya selepas pulang dari kediaman putera itu. Walaupun mereka berada dalam kawasan yang sama namun bangunan kediaman mereka tidak berdekatan. Dan walaupun berada di kawasan yang sama, mereka seperti musuh sahaja.

"Xin Xin... apa yang saya perlu untuk buat Wang Shu Yan jatuh cinta pada saya semula?" Akalnya mula berfikiran nakal. Dia harus fikir rancangan yang panjang. Takkan selamanya dia mahu tinggal di situ dengan layanan sebegitu.

Ini Wu Ying Hua okey! Senior designer yang berjaya terutamanya ketika dia dapat kalahkah Encik Gu yang cerewet itu. Setakat putera ego tinggi melangit itu, petik jari aje!

Mata Xin Xin bersinar-sinar. "Tuan puteri!"

Ying Hua tersengih kecil. Dia perlu keluar dari kesedihan itu. Ini adalah masa untuk dia membalas dendam. Ah bukan. Dia cuma mahu jatuhkan ego putera itu sahaja. Mengenangkan perangainya yang sedikit gila-gila, dia pasti dapat menakluki hati putera itu.

Kau cuma seorang putera yang patah hati kerana kecurangan isteri kau. Jangan risau, aku akan ubat balik hati kau. Desis hati kecil Ying Hua.

Permainan yang benar-benar gila baginya. Tetapi itu sahaja cara untuk dia selamatkan diri jika ingin hidup di tempat itu. Selepas semuanya sudah baik, dia akan cari jalan untuk keluar dari kediaman itu.

Wu Xiao Hua, anggaplah aku tengah tolong kau sekarang. Walaupun perbuatan kau tu tak baik tapi aku juga perlu hidup. Andai suatu hari nanti kau muncul semula, tolong buat yang terbaik. Ying Hua berbicara sendiri.

Kalau dia sudah nekad, memang dia akan buat sehingga berjaya. Dia takkan sesekali mengalah.

"Saya dapat idea, Xin Xin!" Matanya sudah membulat bersama senyuman lebar. Tangannya menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya, menyuruh Xin Xin yang berdiri itu duduk.

Xin Xin terus duduk dan merapatkan telinganya dengan mulut tuannya. Bisikan itu membuatkan dia tersenyum-senyum sambil mengangguk berkali-kali.

"Macam mana? Okey tak cadangan saya?" tanya Ying Hua penuh bersemangat.

Xin Xin mengangguk tanda setuju. "Tuan puteri sangat hebat!"

Ying Hua tersenyum bangga. Of course la!

********************

SUDAH seminggu putera keempat itu menghabiskan masa di kem tentera dengan melatih tentera-tentera wilayah itu. Dia tahu semua itu hanyalah sekadar alasan semata-mata. Namun apa yang berada di fikiran putera keempat itu, dia tidak berani untuk berlebih-lebihan. Cuma dia yakin hal itu ada berkaitan dengan Puteri Yan.

Matanya terus menatap sang tubuh yang keseorangan berlatih memanah di kawasan lapang itu. Ketika semua orang sedang beristirehat, putera muda itu masih lagi sibuk melatihkan diri.

Kakinya terus melangkah menuju ke arah putera keempat itu. Dia menunduk hormat sebelum bersuara.

"Tuan muda, sekarang masa rehat. Lebih baik tuan muda berehat dahulu."

"Tak perlu. Saya masih belum letih," ujar Shu Yan sambil melepaskan panahannya ke sasaran. Tepat di tengah-tengah. Shu Yan tersenyum senang.

"Saya tahu apa yang awak nak cuba katakan," sambung Shu Yan lagi sambil menghulurkan busur itu kepada Yuan Zhen. Dia berlalu dari situ menuju ke kawasan rehat. Peluh menitis di wajahnya. Tiada apa yang lebih tenang melainkan berada di situ.

Yuan Zhen hanya menunduk hormat lalu mengekori langkah tuannya. Tidak berani bersuara lebih. Melihat pada riak wajah itu, dia yakin putera muda itu tidak mahu nama Wu Xiao Hua disebut.

"Abang!"

Shu Yan segera memalingkan kepalanya, memandang satu susuk tubuh yang menaiki kuda datang ke arahnya. Di belakangnya ada beberapa orang pengawal yang mengekori.

"Putera Xian." Yuan Zhen menunduk hormat kepada putera ketujuh, Wang Shu Xian.

"Ya Yuan Zhen." Ceria sahaja nadanya sambil turun dari kuda itu. Dari jauh tadi sudah tersenyum lebar.

"Shu Xian, buat apa kat sini?" tanya Shu Yan aneh. Setahunya Shu Xian tiada kena mengena dengan aktiviti ketenteraan di situ. Adiknya itu lebih suka membaca berbanding membuat aktiviti luar.

Shu Xian merangkul bahu abangnya. "Lain kali kalau nak larikan diri, apa kata abang datang ke kediaman Xian. Tak penat ke setiap hari buat aktiviti luar?" bebel Shu Xian.

Yuan Zhen hanya tersenyum. Rupanya bukan dia seorang sahaja yang nampak, rupanya putera ketujuh itu pun sudah mampu menilai sendiri.

Shu Yan membulatkan matanya. Dia menolak tangan Shu Xian dan terus beredar dari situ. Tangannya sempat mencapai busur dari tangan Yuan Zhen.

Larikan diri? Tidak! Dia cuma mahu tenangkan diri daripada melihat wajah Xiao Hua. Setiap kali dia melihat wajah Xiao Hua, setiap kali itulah api kebenciannya membara. Adiknya itu tahu segalanya tetapi masih mahu mengapi-apikannya.

"Wah Yuan Zhen, angin abang saya macam puting beliung sejak kejadian tu. Saya begitu rindu usikan dia." Shu Xian hanya memandang abangnya yang kian menjauh itu dengan pandangan lelah. Hati kecewa itu tiada siapa yang mampu ubati. Dia ingin membantu tetapi apakan daya.

"Emm... sebab Putera Yan tak mahu dengar kejadian itu disebut tapi sebab Putera Xian dah terlepas cakap, itulah jadinya." Yuan Zhen bersuara seperti ingin mengusik putera ketujuh itu.

Shu Xian memuncungkan mulutnya. "Awak kan tahu saya ni macam mana. Nampak muka masam macam tu, saya dah boleh agak apa yang dia fikir."

Yuan Zhen hanya mengangguk setuju. Tiada apa yang mampu buat putera keempat itu berubah melainkan perihal Puteri Yan.

"Saya nak bawa abang saya pulang. Ingat Yuan Zhen, tak kira apa cara sekalipun, awak kena bantu saya untuk bawa dia pulang ke kediaman. Walau apapun yang terjadi, kak Xiao Hua tetap isterinya." Shu Xian akhirnya kembali ke agenda asalnya.

Tujuannya datang ke situ bukan sia-sia. Dia semahunya ingin melihat abangnya dan kakak iparnya berbaik semula seperti dahulu. Tidak sanggup dia menghadap abangnya yang sudah bertukar sikap itu. Biarpun dia tahu perbuatannya akan mendatangkan kemarahan Shu Yan tetapi dia tidak peduli. Sebagai adik yang paling rapat, dia mahukan kebahagian abangnya.

Dia yakin ada salah faham di situ. Mana mungkin abang sulungnya itu ada hati pada Xiao Hua. Dan mana mungkin juga Xiao Hua menaruh hati pada abang sulungnya sedangkan cinta matinya hanyalah Shu Yan. Sehingga sekarang tiada satu pun penerangan yang jelas tentang itu. Keadaan jadi lebih buruk apabila mengetahui Xiao Hua hilang ingatan.

Yuan Zhen hanya mengangguk. Dia sebenarnya suka dengan cara Shu Xian. Sikap suci itu kadangkala membawa kebaikan kepada semua orang. Sikap meriah dan cerianya mampu membuatkan orang lupa pada masalah. Wang Shu Xian sememangnya seorang yang begitu berterus terang. Apa yang berada di dalam fikirannya, itulah yang akah dikeluarkan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

"Jadi?" Yuan Zhen menjongket sebelah keningnya, menunggu rancangan dari putera ketujuh itu. Untuk segala perancangan, sememangnya diberikan kepada Wu Shu Xian. Akalnya lebih hebat untuk memikirkan langkah-langkah terbaik.

"Saya ingat nak ikat dia dan bawa dia balik," bisik Shu Xian perlahan.

"Putera Xian..." Yuan Zhen menggeleng kepala. Cadangan itu tidak begitu baik baginya.

Shu Xian tersengih. "Awak ingat saya mampu ke ikat dia? Rasanya dia yang ikat saya nanti."

Yuan Zhen ketawa kecil. Kalau nak dibandingkan seni pertahanan diri, sudah tentu lebih berpihak kepada tuannya. Putera ketujuh itu lebih banyak meluangkan masa dengan buku untuk menjadi seorang pakar ilmuan yang terhebat di wilayah Shuxia

Shu Xian merapatkan diri dengan Yuan Zhen. Dia berbisik perlahan tentang rancangannya itu. Tak kira apapun yang terjadi, Wang Shu Yan perlu sampai ke kediaman Yan hari ini juga.

Yuan Zhen mengangguk-angguk sambil menerima penerangan itu dengan teliti. Seperti biasa, rancangan putera ketujuh itu tidak pernah mengecewakan.


next chapter
Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C8
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login