Download App
73.68% Oh My Crush / Chapter 42: Chapter 42 : Pantang Berundur

Chapter 42: Chapter 42 : Pantang Berundur

Renold hanya kaku mendiam termenung memandang kaki yang berselimut sebelum titisan air mata jatuh dari kelopak matanya. Sebenarnya dia pun dah penat. Badannya sudah tua, otaknya juga sudah letih. Hatinya pula semakin berat. Dia nak berhenti!Tapi perasaan bersalah dan terkilan di atas pemergian Sylar masih tersisa di dalam dirinya ini. Tidak kira dia buat apa!Ianya tidak akan hilang. Rasa benci dia terhadap kehidupan orang lain semakin parah!

"Seth akan bantu awak pulihkan semula keadaan...dia akan bantu kita sekiranya awak berhenti bencikan dia...Seth pun anak kita juga. Bukan Sylar seorang saja."pujuk Emelda lagi.

Renold tolak Emelda jauh darinya lalu pandang wajah itu dengan serius. "Tak. Dia bukan pulihkan keadaan. Dia hanya akan susahkan hidup saya dan rosakkan apa yang saya telah bina selama ini!"bidasnya.

Emelda menahan nafas terkejut mendengar kata-kata suaminya itu. See...dah cakap! Suaminya ini memang bukan jenis makan saman!Jadi tidak kira la apa sekalipun yang dia cuba katakan, suami kerana kepalanya ini tidak akan mengalah mahupun berundur!

Di luar bilik rawatan itu, berdirinya Seth yang niat dia mahu melawat. Namun tidak sempat hendak ketuk, dia terdengar perbualan ibubapanya sejak dari mula pertanyaan Renold kepada Emelda mengenai sebab kenapa Emelda memandangnya.

Termenung Seth dekat depan itu memandang pintu di depannya. Dia mengepal penumbuk sewaktu ketap gigi kuat-kuat. Sesak dada dia bila dengar pengakuan ayahnya itu. Jadi selama ini memang betul la tekaan dia yang ayah dia layani dia dengan kasar kerana tidak menerima kematian abang sulungnya. Ayahnya sayangkan abang sulungnya lebih dari menyanyangi dirinya. Sebab itu dari dulu lagi ayahnya tidak pernah pun sekali memuji atau melayani dia dengan baik!

Tanpa berlengah Seth pun berpaling dari situ. Tidak jadi untuk menjenguk. Dia seluk tangan ke dalam poket kot yang dipakai lalu mengeluarkan telefon skrin sentuh darinya. Hanya menggunakan sebelah tangan, jarinya sibuk menyentuh itu dan ini pada skrin telefon itu. Tidak lama selepas itu, dia bawa telefon itu ke telinga.

Tut!

Tut!

Click.

"Hello?"sapa suara lembut dari balik panggilan itu.

"Hey...It's me."balas Seth sambil memandang ke depan koridor yang di laluinya.

"Seth...apa yang berlaku?Kenapa awak call guna telefon ni??"tanya Naera.

"Saya beritahu selepas kita berjumpa nanti. Untuk itu saya mahu awak dengar kata-kata saya dengan betul."arah Seth setelah tiba di depan pintu lif. Disebabkan ibunya telah pasang pengintip padanya serta Naera. Risiko untuk terdedah sangat tinggi. Jadi dia perlu lakukan langkah berjaga-jaga. Sebab itu la telefon nombor lain diserahkan kepada Naera supaya pengintip tidak letak pepijat dan dengar semua perbualan dia bersama Naera nanti.

"Ada apa sebenarnya ni?Awak menakutkan saya la Seth..."

Butang turun ke tingkat bawah di tekan Seth. "Saya hantar pesanan kepada awak nanti. Lakukan seperti yang saya beritahu pada awak.."beritahunya semasa menunggu.

Naera dalam panggilan mendiam buat seketika. "Beritahu saya...adakah awak lakukan semua ini kerana parents awak sudah tahu identity saya?Kerana itu mereka larang kita dari bertemu?"duga Naera dengan tepat.

PING!

Pintu lif terbuka.

Seth berjalan masuk ke dalam lif itu dan tekan butang 'G' lalu bersandar pada dinding lif tersebut. Dia tunduk memandang ke kaki sambil berkerut kening tidak puas hati.

Ya!Mereka dah tahu!Sampai siap bagi warning lagi tu dari ibunya. Gara-gara risau sekiranya ayah dia tahu mengenai Naera dan hubungan mereka, ayahnya pasti akan jatuh sakit semula. Dia tidak boleh ambil risiko untuk sakiti ayahnya. Sebab bagi ibu dia, ayahnya yang kejam dan keras kepala itu adalah segalanya.

"Ya.."angguk Seth dengan lemah. Still dia mahu menemui Naera!

"Seth...kalau macam tu..saya rasa awak patut turutkan kata-kata mereka. Saya tidak mahu terlibat dengan sebarang masalah atau konflik dari parents awak...saya penat."ngaku Naera dalam panggilan.

Mendengar kata-kata itu, buatkan Seth tersentak. Dia tolak badannya dari bersandar. Reaksi sugulnya berubah menjadi serius serta merta. "Apa awak cakap?"soalnya dengan nada sedikit tinggi!

"Kalau ini adalah alasan kenapa awak buat tidak hiraukan saya. Saya faham. Mungkin memang kita berdua tidak boleh bersama sejak dulu lagi...jadi hentikan apa saja yang awak cuba lakukan. Atau awak akan sakiti parents awak."beritahu Naera lagi.

Hell no!

"NO!"dengking Seth serta merta!Tak mungkin Naera juga!Abang dia tinggalkan dia!Ayah dia pulaukan dia!Ibu dia kongkong dia!Kalau Naera pergi!Pada siapa lagi dia nak tumpang kasih! "Saya tak peduli. Bila saya cakap kita akan berjumpa. Saya akan jumpa awak Naera!"tegasnya.

"Seth..please-"

"Awak minta saya stay. Awak minta saya jangan pergi!Kenapa sekarang suruh saya jauhkan diri!"marah Seth. Kenapa semua orang hendak dia jauhkan diri dari semua orang!Apa salah yang dia telah lakukan pada semua orang! "I'm coming to you!"ujarnya dengan nekad sebelum putuskan panggilan marah-marah.


next chapter
Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C42
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login