Download App
45.61% Oh My Crush / Chapter 26: Chapter 26 : Obs3s

Chapter 26: Chapter 26 : Obs3s

Flashback

SPRAA~

Bersepah-sepah kepingan sampul surat di kakinya dengan mengejut.

"Ada surat cinta lagi ke tu encik abang famous?"sakat rakannya semasa dia sedang tunduk membelek sampul surat yang terjatuh sebaik dia buka pintu lokar.

"Bertuahnya la...ramai peminat...surat cinta pun berlambak.."

Malas hendak mendengar komen mereka, surat-surat tadi di susun sebelum di sumbat ke dalam kotak di lokarnya. Kotak yang hampir penuh dengan isi surat cinta yang diterima oleh pelajar perempuan beberapa tahunnya di sini. Tapi tiada satupun yang dia lihat akan isinya.

"Jom la gerak sama ke kantin..aku dengar menu hari ni sedap dari sebelumnya.."

"Jom Seth..."

"Kau orang gerak dulu. Nanti aku ikut.."katanya belum selesai mengemas beg untuk kelas seterusnya.

"Okay...kita orang save kan tempat untuk kau sekali."

Kepalanya hanya di angguk sewaktu buku dalam begnya di keluarkan lalu di letakkan semula dalam lokar lantas buku teks lain yang dicapai keluar dari situ untuk dimasukkan ke dalam beg.

"Cepat la...dia ada dekat situ hah.."bisik suara halus dari sebelah kanan tiba-tiba.

"Tunggu apa lagi.."

"Isy,...apa kau orang ni.."

Tersentak mendengarnya, dia pun palingkan kepala kerana ingin tahu. Ingatkan peminatnya sekali selepas dia lihat, tiha orang pelajar lelaki sedang bergerak mendekati seorang pelajar perempuan yang sedang berdiri beberapa lokar dari tempat dia berdiri.

Perlahan-lahan pintu lokat di tutup sewaktu dia perhatikan pelajar lelaki dari tahun akhir mendekati gadis mengikat rambut satu tinggi ke belakang di situ. Mulanya dia mahu bergerak pergi, namun menyedari siapakah pelajar perempuan itu, langkahnya terhenti di situ untuk menyaksikan situasi di situ.

"Hai Naera"

Kepala Naera dengan pantas berpaling memandang pelajar lelaki dari kelab softball itu.

"Hai Senior Henry.."

"Awak ada kelas lagi ke lepas ni?"

Naera yang sememangnya murah dengan senyuman itu tersenyum manis kepada pelajar lelaki itu. "Oh tak...saya dah habis kelas. Ada apa ni?"

Dia yang perhatikan akan gerak Bahasa pelajar lelaki tu sudahpun tahu apa yang akan terjadi selepas itu tidak berlengah. Langkahnya di atur lekas ke arah lokar Naera. Binder yang dipegangnya dieratkan cengkaman.

"Awak tahu...sebenarnya kan...saya-"

"Naera!"panggilnya memintas niat pelajar lelaki itu untuk luahkan perasaan kepada Naera atau apa saja cubaan pelajar lelaki itu hendak lakukan. Memang tidak la dia akan biarkan budak lelaki hingusan ini caras apa yang sepatutnya jadi milik dia!

Naera berpaling ke kanan pula sebaik namanya di panggil oleh Seth. Dan taktala dia bertentang mata dengan Seth, wajah Naera berona merah, dia terkaku sendiri.

Pelajar lelaki yang cuba melafazkan perasaan sukannya tadi terkedu sebaik melihat senior mereka itu berdiri di situ menghadap mereka berdua. Terus hilang rasa hendak luahkan perasaan, malah rasa takut yang menguasai diri.

Seth berdiri melangit di tepi Naera dengan rapat sewaktu beri renungan penuh amaran kepada pelajar lelaki itu. "Ada apa hal ni?"tanya dia.

Laju-laju pelajar lelaki itu menggeleng kepala sambil menelan air liur. "Tak...tak ada apa"nafinya sebelum berpaling dari situ secepat mungkin. Yalah siapa yang berani hendak macam-macam dengan anak kepada jutawan berpengaruh seperti Seth ini. Kalau nak sangat jadi pengemis...cuba la.

"Senior Seth...ada apa ni?"tanya Naera dengan sengih fangirl dia.

Riak wajah tegang Seth berubah selepas tiga orang pelajar itu menjauh dan dia beri senyuman nipis kepada Naera. "Saya ingat mereka ganggu awak tadi...awak tak apa-apa?"tanya dia.

"Oh..saya okay."angguk Naera.

"Kalau macam tu cepat la gerak. Balik terus ke rumah jangan merayau."pesannya semasa pegang kepala tu. Gesture biasa yang selalu diberikan kepada Naera setiap kali mereka bertemu. Perkara yang sudah jadi kebiasaan dia.

"Okay..jumpa lain masa.."lambai Naera semasa jalan ke tepinya hingga buatkan lengan mereka berselisih tanpa sengaja.

"Bye.."balasnya dengan senyuman dibibir. Dia perhatikan rambut yang diikat tinggi ke belakang itu berhayun dengan renungan dalam.

End of flashback

"What do you think?"tunjuk Seth kepada Naera akan estate pertama yang mereka lawat.

Naera pandang dengan mulut ternganga taktala dongak melihat akan kemegahan infrastrukstur bangunan di depannya ketika ini. "It amazing..."lafaznya. '

Seth pegang belakang badan Naera lalu mendorongnya mahu ke hadapan. "Mari, saya tunjuk awak kawasan dalam pula."

Keadaan dalaman rumah itu sama cantik seperti luarannya. Naera yang mencuci mata dengan keindahan tempat itu mula berasa iri hati. Alangkah bagusnya kalau keluarga dia masih kekal bahagia dan stabil. Mungkin rumah ini dapat di huni oleh mereka.

Setelah itu Seth tour satu rumah itu Bersama dengan Naera tidak ubah seperti real estate agent yang cuba menjual rumah.

Dan begitu la seterusnya. Dari rumah pertama, mereka ke lokasi rumah kedua iaitu sebuah estate ala-ala Victorian kemudian diikuti dengan rumah ketiga, Georgian style yang mana sangat luas dan sangat mewah. Muat tiga buah keluarga tinggal sebumbung. Setelah itu mereka beralih ke rumah keempat, English style estate. Dan di akhiri dengan estate style Italian.

Selama dua jam itu dihabiskan masa untuk meronda dan memandu sekeliling melihat-lihat rumah. Akhirnya Seth ambil keputusan untuk mula gerak pulang.

"So, yang mana pilihan awak?"tanya Seth sewaktu focus memandu.

Naera dekat seat sebelah menguap disaat soalan itu diajukan. Dia bersandar malas ke belakang dengan kepala terlentok pada bahu kanannya. "Saya tak tahu...semuanya Nampak cantik dan seronok untuk diinap"katanya setelah itu.

"That's okay...awak boleh beritahu saya keputusan awak dalam beberapa hari lagi.."cadang Seth.

Hairan mendengar kata-kata itu, Naera berkerut kening. Pandangannya di talakan ke hadapan jalan. "Kenapa saya pulak?awak beli la mana yang awak suka, kenapa perlukan pendapat saya?"

Seth tidak mengatakan apa-apa dan hanya terus memandu dengan pergerakan yang lancar. Yang mana telah buatkan Naera dibuai rasa mengantuk dek kepenatan dan ditambah dengan suhu penghawa dingin kereta itu lalu terlena.

Beberapa minit kemudian, kereta itu selamat parkir di hadapan halaman bangunan penthouse. Valet bertugas terus bergegas mendekati kereta itu.

Dengan pergerakan yang tenang dan bersahaja, Seth keluar dari kereta lalu gerak ke tepi kereta seat Naera. Dia buka pintu itu dan bantu Naera buka seatbelt.

"Kita dah sampai..."

Masih mamai dan kepenatan dek rasa mengantuknya, Naera palingkan kepala memandang Seth. "Kita dekat mana?"tanya dia sambil letakkan tangan di bahu Seth secara refleks seperti tahu-tahu akan didukung.

"Tempat saya.."jawab Seth yang mendukung Naera gaya pengantin keluar dari kereta.

Terus terlentok jatuh kepala Naera ke bahu Seth. "Tapi kenapa, saya nak balik ke apartment saya.."rengeknya tanpa sedar semasa mata terpejam rapat.

"Saya tahu...tapi kita kena berhenti dekat sini dulu untuk malam ni.."beritahu Seth sambil bergerak ke arah pintu kaca menuju lobi Utama.

Naera tidak kuasa hendak berkata apa-apa lagi kerana tenggelam dalam lenanya semula.


next chapter
Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C26
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login