keesokan harinya,aku seperti biasa ke sekolah walaupun tak biasa dengan kelas yang baru semalam aku duduki..aku tetap tabahkan hati buat seperti biasa walaupun agak kekok sikit kerana kawan2 sekeliling sudah berlainan wajah.. (haha..kan sudah bertukar kelas..kawan2 pun lain sdh..bkn btukar wajah alien arh).
Aku duduk d bahagian tengah2 dan baris ke3 daripada 6 baris.2 baris di hadapan adalah lelaki dan 4 baris ke belakang ialah perempuan..aku duduk bersebelahan dengan ziana dan erra..Erra juga dari kelas yang berlainan dan sama seperti kami tapi kami tak juga la terlalu rapat(kawan biasa2 jak ..hehe). kami berbual dan bersembang kosong sementara menunggu cikgu datang kelas.
"Berdiri semua"kata ketua kelas rafflesia itu..kami yang berbual tiba2 terkejut dan terus berdiri cepat2 kerana takut kena denda nanti.. "Selamat Pagi Cikgu"kata ketua kelas itu dan kami pun mengulangi nya "Selamat Pagi Cikgu"..
"Duduk"kata cikgu maria..
kami pun duduk dan mengucapkan terima kasih kepada cikgu maria.
"Hari ini cikgu ada kerja sikit,jadi kamu buat kerja kamu sendiri"kata cikgu maria
"baik cikgu"kami jawab serentak.
kami pun buat la kerja sekolah masing2 tanpa banyak bantahan..setengah jam berlalu tiba2 bunyi "TRINGGGG" menandakan waktu rehat telah mula.aku mula mengemas buku ku dan pergi ke kantin bersama ziana untuk membeli makanan.kami berbual2 sambil berjalan2 di kawasan sekolah.
Hari berlalu dengan pantas dan kami pun pulang sekolah dan menaiki bas masing2 untuk pulang ke rumah.Aku menaiki bas pulang ke bandar manakala ziana pulang menaiki bas batu4.