Download App
28.08% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 82: Bab 82

Chapter 82: Bab 82

Editor: EndlessFantasy Translation

Semangat juang Yan Bei! Keterujaan askar-askar dibangkit sepenuhnya yang membuatkan mereka melompat ke atas kuda mereka dan menerpa ke arah musuh dan bermandian darah cuba untuk menentang mereka. Tentera dari pasukan Utusan Barat Daya yang dikatakan lemah dan penakut tiba-tiba bertukar menjadi seekor singa yang mengaum di jalan sambil menikam musuh dengan senjata mereka.

"Tuan," Xirui dan Biancang dari kesatuan Da Tong berjalan ke menara lalu bertanya, "Garison Utusan Barat Daya dah berjaya menewaskan musuh. Divisi ke-12, 19 dan 36 dah teruk diserang. Patut tak kita berundur sekarang?"

"Tak, ini belum cukup."

Xirui dan Biancang bertukar pandangan dengan perasaan gemuruh, mereka patut berundur sekarang jika diikutkan perancangan. Adakah tuan sudah dipengaruhi hasrat dendam sehingga menyebabkan dia menjadi obses sebegini?

"Golongan elit empayar masih hidup dan sihat walafiat lagi."

"Golongan elit?" Tanya Biancang. "Saya tak faham. Pasukan Askar Berkuda dan Pasukan Tentera Hijau dah kehilangan ketua komander mereka dan pasukan Utusan Barat Daya juga dah berpihak pada kita. Divisi ke-12, 19 dan 36 juga dah tewas. Kita dah menang kan?"

"Jadi? Kalau tiada pegawai dalam pangkat mereka pun, Empayar Xia masih ada tentera-tenteranya yang mudah diatur kedudukannya."

"Apa maksud Tuanku?"

Yan Xun mengangkat keningnya tanpa rasa simpati, berdiri berseorangan di atas menara dengan jubah hitam yang dipakainya dibalut dengan mantel putih yang bersulamkan lambang seekor helang itu berterbangan tatkala ditiup angin.

"Mereka pasti akan pulih semula kalau kita tak hapuskan kesemua pasukan tentera mereka. Arahkan semua pahlawan Da Tong untuk ikut aku ke Dewan Shang Wu, tempat empayar melatih bakal pemimpin mereka itu. Aku nak supaya keluarga Maharaja Xia langsung tidak mempunyai jeneral yang berkebolehan untuk berlawan mahupun marsyal yang cekap pada masa depan!" Ujar Yan Xun.

Xirui dan Biancang hanya terpaku sejenak apabila melihat anak muda yang selama ini tampil tenang kini sudah bergelumang dengan aura membunuh yang tidak pernah puas itu.

Pembunuhan keji itu barulah bermula. Permulaan desimasi bagi Bandar Zhen Huang sudah diaktifkan oleh lelaki ini sambil pedang kemusnahan yang dihayunkan ke udara disertai dengan teriakan meronta-ronta yang bergema dalam ibu negeri. Sejarah mungkin bakal melupakan Zhao Zhengde tetapi pastinya bukan Yan Xun. Pada 20 Mei, Yan Xun memberontak dan telah mengarahkan pembunuhan seramai 3000 orang pegawai pelatih di Dewan Shang Wu, majoriti golongan elit empayar dihapuskan dalam satu pertempuran itu sahaja!

Di bawah kilauan api, seluruh Dewan Shang Wu sunyi sepi kerana kekurangan arahan dan juga orang atasan yang memberi arahan. Golongan elit empayar juga bijak dan telah berundur untuk mengelak dari menjadi pelopor kepada pemberontakan itu, lantas tiada pengawal yang telah dikerahkan untuk mengekalkan undang-undang jadi sebab itulah mereka masih mempunyai kekuatan yang penuh.

Namun, apabila malam menjelma, luaran kawasan tersebut tiba-tiba bertukar seolah-olah api neraka yang membaham dinding bangunan yang diikuti dengan bunyi jeritan yang datang dari luar. Terdapat pelatih-pelatih yang cuba untuk melarikan diri tetapi sebaliknya berdepan dengan formasi pahlawan Da Tong yang menantikan ketibaan mereka, anak panah dilepaskan bertalu-talu jadi tiada sesiapa yang dapat melepaskan diri. Dalam kerumunan panahan anak panah itu, bekas Putera Yan Bei yang selalunya tidak menarik perhatian di ibu negeri kini menjadi tumpuan semua mata yang memandang, berdiri di hadapan khalayak ramai ini kelihatan iras-iras seperti malaikat maut yang mencabut nyawa lalu pegawai-pegawai yang tertangkap menjerit dalam ketakutan, "Si pengkhianat Yan Xun dah tiba!"

Namun belum sempat apa-apa lagi, 3000 golongan elit ini sudah kelam-kabut menjerit. Xirui cuba mencemuh mereka namun dia tidak dihiraukan. Kali ketiga pula, Yan Xun dengan tenangnya memberitahu Xirui, "Mereka dah hilang semangat juang. Kita boleh elakkan pertempuran jarak dekat dan bakar tempat ini. Kamu semua kawal di sini dan jangan bagi binatang-binatang ini keluar."

"Yan Xun pengecut! Kalau kau anak jantan, datanglah belawan dengan aku!" Jeneral muda dari suku keluarga Wei iaitu Wei Shuhan menjerit sekuat hatinya sambil mengeluarkan pedang namun sebelum sempat dia maju ke hadapan, satu anak panah sudah tertusuk pada lehernya. Rasa benci masih terpancar pada matanya buat kali terakhir sebelum dia terkulai layu ke tanah seperti mayat-mayat yang terbakar dalam 'neraka' itu.

Yan Xun langsung tidak menjeling ke arah pemuda itu tetapi sebaliknya hanya melompat ke atas kudanya sambil mengarah, "Askar Berkuda pula sekarang!"

Pada malam itu, pasukan Utusan Barat Daya telah berpaling tadah dan kebanyakan pasukan pengawal ibu negeri terkorban dalam keributan yang berlaku. Divisyen ke-12, 19 dan 36 bertempur semalaman dengan pasukan Utusan Barat Daya jadi kesemuanya telah kehilangan banyak anggota tentera. Dengan menggunakan kaedah yang sama, Yan Xun mampu menghapuskan angkatan tentera dari Dewan Shang Wu, Askar Berkuda dari Sayap Barat dan seluruh Askar ke-7 dan ke-9. Namun, musuh yang datang bak air terjun yang terus mencurah itu memaksa Yan Xun untuk mengarahkan supaya kandang kuda pertempuran untuk dibuka luas, dan terus anak panah dilepaskan bertalu-talu, memaksa 2000 orang lagi pegawai dan askar dari Pasukan ke-16 untuk ke Dataran Xi Wei. Dengan memaksa kuda-kuda pertempuran itu menderap ke atas badan pihak musuh, mereka berjaya menumpaskan lebih 1800 nyawa dengan saki-bakinya yang tercedera, tempang dan juga meronta-ronta dalam kesakitan.

Biancang mencadangkan untuk menghapuskan mereka tetapi Yan Xun hanya menggelengkan kepalanya lalu berkata, "Biar Zhao Zhengde yang uruskan tempang-tempang itu."

Pada pukul 2 pagi, langit malam kelihatan gelap gelita dengan keseluruhan ibu negeri maharaja yang telah musnah namun masih terdapat beberapa orang yang terselamat dan pasukan terakhir baru sahaja pulang dari Fuyi Yamen, melaporkan pegawai-pegawai dari Fuyi Yamen sudah pergi. Namun, setelah membunuh ratusan askar, mereka kembali.

Pada saat ini, selain dari 3000 orang pengawal di bawah Song Que dan tiga lagi divisyen yang kini dikurung oleh Garison Utusan Barat Daya, tiada lagi kekuatan ketenteraan mereka.

"Tuan, patut tak kita beritahu askar Utusan Barat Daya untuk berundur? Kita perlu pergi sekarang."

"Ya, dah tiba masa untuk beredar." Yan Xun perlahan-lahan mengangguk sambil memerhatikan sisa-sisa bandar ibu negeri yang habis dijilat api itu. 

"Kalau begitu, saya akan berikan arahan kepada mereka."

"Tunggu dulu." Yan Xun menjeling ke arah Xirui lalu bertanya, "Bila masa saya cakap kita akan bawa angkatan tentera Utusan Barat Daya sekali bersama kita?"

Xirui terpaku sejenak sebelum bertanya, "Tuanku?"

Yan Xun menoleh lalu mengujar, "Garison Utusan Barat Daya dengan rela hatinya telah mengorbankan diri mereka untuk ditinggal di belakang supaya dapat menghalang saki-baki musuh dan memelihara kekuatan Yan Bei. Mereka semua begitu taat dan layak digelar tentera contoh!"

Xirui mengerutkan keningnya sambil berjalan ke arahnya, "Tapi jeneral…" Sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Biancang sudah menarik dan menekup mulutnya.

"Jeneral Xirui, jangan mencurigai ketaatan Garison Utusan Barat Daya. Mereka dah bertahun-tahun menjadi pengintip di ibu negeri dan hanya menunggu masa untuk menyerang saja." Pandangan Yan Xun kekal tenang. Namun, kedinginan nadanya seperti satu anak panah yang menusuk-nusuk hati seseorang.

Biancang serta-merta bersetuju, "Ya, betul itu, Tuan! Mereka memang pasukan yang mulia kerana telah mengorbankan diri demi negara dan jasa mereka sebagai askar contoh akan selamanya dikenang!" Tangannya menggenggam erat pakaian Xirui kerana bimbanh jika rakannya itu akan mengujar sesuatu yang akan membangkitkan amarah Yan Xun. Setelah baru sahaja menyaksikan Yan Xun menamatkan aksi pembunuhan kejinya itu, tidak mustahil lelaki yang nampak tenang ini mampu menghukum bunuh mereka dengan suatu pergerakan tangan sahaja.

"Baiklah, semua diarahkan berundur dari Pintu Utara. Kunci pintu itu selepas keluar!"

Setelah itu, bunyi dentuman telapuk kaki kuda kedengaran dan pintu-pintu semua ditutup rapat dengan langit dan bumi yang telah bertukar menjadi gelap. Askar-askar dari Garison Utusan Barat Daya menjadi terkejut apabila tersedar mereka juga telah dikurung bersama Divisyeni ke-12, 19 dan 36.

Setelah beberapa ketika, barulah suara yang meronta-ronta berkumandang, "Tuanku! Kami masih di sini!"

"Kita dah diabaikan dan dikhianati!"

Perasaan takut mula menyelubungi mereka lalu menyebabkan formasi mereka berterabur. Askar-askar itu keluar dari posisi mereka dan bertempiaran lari sambil berteriak dalam ketakutan.

"Apa nak buat ini? Kita dah diabaikan!"

Komander Divisyen ke-19, Fang Baiyu memanfaatkan peluang ini untuk menghimpunkan orang-orangnya. Setelah mengelap darah di mukanya, dia berteriak, "Saudara-saudara! Ikut aku dan bunuh mereka!"

"Pasukan maharaja dah tiba! Bantuan dah sampai!" Tentera Divisi ke-19 menjerit serentak.

Dengan renungan yang tajam, lelaki yang memimpin pasukan berbaju perisai berwarna putih sambil memegang pedang berwarna hijau muda, menunggang kudanya dengan gilang-gemilang ibarat lambang kemenangan apabila menumpaskan jeneral-jeneral musuh yang menghalang jalannya itu.

"Itu Putera Ketujuh! Bantuan dah tiba!"

Angkatan tentera tersebut dipimpin oleh Zhao Che bersama Zhao Yang yang sudah bersiap sedia dan Zhao Xiang yang mengekang kudanya. Zhao Xiang berteriak, "Abang Keempat Belas, ibu negeri dah kucar-kacir sekarang. Ayahanda tak hantar abang ke sini pun jadi kenapa abang nak sibuk?"

Zhao Yang berkerut dan menggenggam erat pedang miliknya. Setelah memandang adiknya itu, dia berkata, "Adik Ketujuh Belas, kamu nak terperuk di bawah tempurung buat selamanya ke? Atau kamu nak berdiri megah dengan kuasa kamu sendiri? Kalau kamu nak berdiri megah, ikut saja abang."

Muka Zhao Xiang berubah merah lantas dia pun terus melompat ke atas kudanya tanpa ragu-ragu. Dia menghunuskan pedangnya dan berteriak, "Abang Ke-14! Tak kira ke mana abang pergi, adik abang ini akan sentiasa ikut abang!"

Zhao Yang mengangguk lalu memandang ke arah pintu yang tersergam indah yang kini telah diselubungi dengan bunyi pekikan dan juga pedang yang sedang bertembung dari sebelah dalam. Putera muda itu kemudiannya menghunuskan pedang dan lantas menajamkan pandangannya.

Dia mengetuai pengawal maharaja peribadinya bersama angkatan tentera seramai seratus orang untuk bermandian darah bersama angkatan tentera Utusan Barat Daya.

Chu Qiao tiba di kawasan perairan Chi Shui di mana Ah Jing sedang menunggunya di situ. Di seberang tebung di mana Chu Qiao dan Ah Jing berada, terdapat kuda-kuda yang telah memenuhi kawasan dan sedang menunggu untuk berundur. Setelah melihat Chu Qiao tiba bersendirian, tiada sesiapa yang terkejut lalu mereka cepat-cepat membawanya menyeberangi sungai. Chu Qiao kemudiannya turun dari kuda itu dan bertegur sapa dengan Ah Jing dan yang lain, gadis itu berkerut sambil bertanya, "Ah Jing, hanya ada satu jambatan terapung saja. Tentera Utusan Barat Daya mempunyai bilangan yang melebihi sepuluh ribu. Sempatkah kita nak rentasinya dalam masa sehari?"

Ah Jing tersenyum dan mengangguk. "Ini semua arahan putera jadi sepatutnya tiada masalah atau cik nak saya hantar cik dulu?"

Chu Qiao hanya terdiam di situ kerana tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati, wajahnya mula berubah pucat kerana panik. Lantas, Ah Jing pun bertanya, "Cik ada masalah ke?"

Chu Qiao menolak perasaan itu ke tepi dengan segera dan lantas tersenyum, "Tak, tak ada apa. Kamu bawalah mereka yang lain dulu. Saya tunggu Yan Xun saja."

AhJing berkerut. "Tapi Tuanku dah arahkan…"

"Jangan bazirkan masa lagi dan cepat rentasi sungai ini."

Ah Jing sememangnya sedar mengenai perasaan Chu Qiao dan Yan Xunyang telah disimpan mereka sendiri selama ini namun pemuda itu bukanlah sesiapa untuk menegur hal sebegitu peribadi siapalah dia untuk menjaga tepi kain orang lain. Lantas, dia pun mengangguk dan berbuat seperti yang disuruh.

Setelah sejam berlalu, bunyi pedang yang sabung-menyabunh kedengaran dari arah asia tenggara. Ia kedengaran lebih tegang dari yang di ibu negeri dan hal itu membuatkan hati Chu Qiao luluh lalu dia pun cepat-cepat menunggang kudanya dan menderap ke medan perang.

"Cik nak ke mana itu?" AhJing mula berasa panik.

"Saya nak pergi ke Yan Xun!"

Sebelum sempat dia berbuat demikian, dia ternampak lebih kurang 5000 tentera sedang mara ke arahnya. Mereka memakai baju zirah serba hitam sambil mengibarkan bendera mereka. Chu Qiao mula berasa lega dan setelah melihat Yan Xun dalam kerumunan itu, dia cepat-cepat menerpa ke arahnya.

"Ah Chu!"

"Yan Xun, awak okey ke?" Chu Qiao menyambutnya dengan senyuman yang lega. 


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C82
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login