Download App
79.79% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 233: Bab 233

Chapter 233: Bab 233

Editor: EndlessFantasy Translation

Kedua-dua watak di atas panggung menghilang lalu meninggalkan dua bayang-bayang di atas meja. Kanak-kanak itu berkata sambil tersenyum, "Selepas itu, mereka berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya. Mereka mempunyai ramai anak bersama. Putera-putera mereka kacak seperti Maharaja yang besar, manakala puteri-puteri mereka juga secantik Maharaja. Mereka hidup dalam kebahagiaan hingga tua, sehingga gigi mereka semua dah tiada. Akhirnya, apabila para dewa mengetahui tentang ini, mereka telah menjadikan kedua-dua pasangan sebagai dewa dan dewi dan berjanji untuk membiarkan mereka menghabiskan masa mereka bersama dan tak akan pernah terpisah."

Dia mula merasakan satu lagi kesedihan yang terdetik di dalam hatinya. Matanya mula berasa sakit sedikit dan nada suaranya berubah sedikit apabila dia bertanya, "Kakak tak pernah dengar kamu bercerita tentang cerita ini sebelum ini."

"Persembahan itu direka oleh seorang tuan muda yang suka membazir. Dia sering datang ke sini untuk makan mi. Dia membiarkan mereka bermain di sini setiap hari, sehingga semua orang jadi jemu. Bos lakon layar, iaitu Nenek Qin berasa sangat sedih. Kakak orang asing jadi seronok tak dengar cerita itu buat kali pertama? Kakak suka tak cerita ini? Kakak nak pergi ke rumah Nenek Qin untuk mendengarnya lagi ke? Dia pasti sangat gembira."

Apabila angin bertiup, Chu Qiao menggunakan lengan bajunya untuk menutup wajahnya dan berpaling. Kanak-kanak itu bertanya dengan nada yang mesra, "Ada sesuatu masuk dalam mata kakak ke?"

Oleh sebab Chu Qiao hanya terdiam, kanak-kanak itu yakin ada sesuatu yang memasuki matanya. Lantas dengan itu, kanak-kanak itu pun berkata dengan tergesa-gesa, "Tunggu di sini sekejap. Saya pergi ambil minyak sayuran untuk kakak."

Sebaik sahaja kanak-kanak itu menghabiskan kata-katanya, dia melompat dari meja untuk mengambil item itu. Apabila dia kembali, kerusi itu sudah pun kosong. Satu beg yang penuh perak telah ditinggalkan di atas meja.

Jalan raya terasa sejuk tanpa seorang pun pejalan kaki, ahli akrobatik, peniaga, atau penari. Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan tiada bot yang kelihatan. Wanita itulah satu-satunya orang yang berada di jalan, seperti satu roh yang merayau-rayau sendirian. Apabila dia melewati sebuah kedai gula-gula, dia menghentikan langkahnya buat seketika sebelum pergi membeli makanan ringan. Itulah makanan yang dibeli oleh Li Ce kepadanya pada waktu itu. Terdapat gula-gula buah, kurma, kek osmanthus dan buah berangan yang telah dibungkus di dalam sebuah beg. Apabila dia berjalan, dia menjamah makanan-makanan ringan itu dengan perlahan. Dia mengunyah snek itu dalam sebuah pergerakan ala robot. Tatkala dia memikirkan kisah yang diceritakan oleh budak perempuan itu tadi, air matanya mula mengalir lagi sehingga memasuki mulutnya. Rasa masin air matanya itu yang telah bercampur dengan bau gula-gula, membuatkan rasa dalam mulutnya terasa sangat pahit. Kenangannya ibarat serpihan yang terapung-apung di dalam kepalanya.

"Awak patut ucap terima kasih kepada saya dengan betul. Menyelamatkan nyawa awak bukanlah sesuatu yang biasa. Apa kata awak tinggal di Tang dan berkahwin dengan saya untuk membayar balik hutang itu?" Pada masa itu, Li Ce berdiri di hadapannya apabila dia menyebut kata-kata ini dengan penuh kegembiraan.

Apabila dia dikepung oleh Zhao Yang, Li Ce mencampur tangan di saat genting. Dengan angkuhnya dia memeluk Chu Qiao sambil berkata berulang-kali: Tak mengapa. Tak mengapa.

Sewaktu dia merayau-rayau dalam kegelapan, Li Ce muncul di hadapannya sambil memujuknya dengan berkata: Qiaoqiao, kenapa awak tak kesiankan diri awak?

Pada malam yang dingin di istana itu, Li Ce muncul dalam keadaan mabuk lalu memeluknya tanpa dia sedari. Selepas itu, dia berkata dengan senyuman: Tubuh Fu'er jauh lebih baik daripada awak.

Selama ini dia tidak pernah mengetahuinya. Jauh dalam sudut hatinya terasa seperti zon terlarang yang tidak pernah dijelajahinya. Dia tidak tahu sama ada dia benar-benar tidak berasa apa-apa atau dia hanya menipu diri sendiri. Dia tidak mahu tahu lagi.

Cahaya bulan pucat yang terang menerangi bumi menggambarkan keindahan bunga epal di tepi jalan, bercahaya dengan warna merah seperti warna kosmetik yang bermutu tinggi. Apabila angin bertiup ke arah mereka, kelopak bunga berterbangan di udara sebelum mendarat di rambut dan pakaian Chu Qiao.

"Si kacak Li, awak suka orang lain ke sebelum ini?" Di halaman berseri Kediaman Mihe, mereka terduduk di bawah pokok epal yang telah dialihkan dari jalan raya ke istana sambil bahu mereka bersentuhan antara satu sama lain. Chu Qiao berkerut dan mempersoalkan Li Ce yang sedang tekun memilih potret wanita yang paling cantik sambil memandangnya dengan curiga.

"Mestilah!" Li Ce mengangkat keningnya dan menjawab dengan nada yang serius, "Malam semalam, saya suka Yu'er dari Istana Ranli. Kulit dia licin bak sutera, kaki dia pula panjang jika nak dibandingkan dengan..."

"Diam, diam!" Chu Qiao mencelah dan berkerut. "Saya bercakap tentang... tentang... perasaan 'suka' itu. Ia seperti... Ia seperti..."

Li Ce memandangnya dari ekor matanya sambil mencemuh, "Seperti mana si Zhuge itu suka pada awak, kan?"

Wajah Chu Qiao berubah merah dan dia menjawab dengan lantang, "Ya! Betullah itu! Jadi kenapa?"

"Apalah saya nak buat kepada awak ini, ya?" Li Ce mengejek sambil menundukkan kepalanya dan kembali memilih potretnya. Setelah beberapa ketika, dia tiba-tiba mengangguk dan berkata.

Chu Qiao berasa terkejut apabila dia bertanya, "Itu untuk apa?"

Li Ce menjawab dengan tidak sabar, "Bukan ke awak tanya saya sama ada saya pernah suka orang lain seperti mana si Zhuge itu sukakan awak? Saya nak jawab soalan awaklah ini."

"Eh? Awak pernah suka orang lain sebelum ini? Mengapa saya tak tahu pula?"

Li Ce ketawa terbahak-bahak sambil memandang ke arah langit. Kemudian dia berkata dengan suara yang bersemangat, "Kalau awak dapat meneka fikiran saya dengan mudah, mana saya nak letak muka saya ini?"

Chu Qiao terus menyiasat dengan niat untuk bergosip, "Orang yang awak suka itu kelihatan seperti apa?"

"Tiada apa-apa yang istimewa pun," Jawab Li Ce dengan santai. "Susuk tubuh dia pun biasa saja, seorang yang baran dan dia suka melaga-lagakan dua belah pihak. Tapi yang paling penting, dia dah ada orang lain dalam hatinya. Dia tak suka saya."

"Eh?" Chu Qiao berasa terkejut lalu dia pun bertanya secara tidak sedar, "Mengapa awak tak beritahu dia saja?"

Li Ce tersenyum manis dan menjawab, "Lebih baik simpan perkara seperti itu di dalam hati saya. Mengapa perlu katakannya pula? Lagipun..." Dia berjeda sebentar. Angin yang bertiup dari arah Tasik Taiqing pantas membelai rambutnya. Dia memandang ke arah permukaan tasik itu dan terdiam seketika untuk mengamatinya. "Lagipun, saya mungkin dah tak berpeluang untuk memberitahunya dalam hidup saya ini."

Chu Qiao memandangnya dengan senyap ketika itu, seolah-olah dia dapat menggambarkan pemandangan di kejauhan melalui matanya. Dia teringatkan Puteri Fu yang telah menggantung dirinya di pokok sycamore. Dia memikirkan Murong Fu'er yang membunuh dirinya pada hari perkahwinannya demi raja Luo. Dia amat bersimpati dengan pemuda itu apabila difikirkan kembali: Kalau bukan sebab itu, budak ini mesti seorang yang baik hati.

Matanya mula berair lagi lalu membasahi wajahnya. Angin kencang bertiup dan menyebabkan kelopak merah bunga epal berterbangan di udara seolah-olah ribut bunga sedang melanda kawasan tersebut.

Angin tersebut bertiup sehingga ke bandar dan meninggalkan jejak merah. Langsir hitam di istana digantikan dengan warna putih. Dalam satu malam sahaja, maharaja telah mangkat, manakala maharani bonda pula telah membunuh dirinya sendiri. Bagi 49 hari yang akan datang, loceng pengebumian akan berdering sebagai tanda negara mereka sedang berkabung.

Pada hari Li Ce dikebumikan di makam empayar, Chu Qiao telag berpindah dari Istana Jinwu. Apabila daun musim luruh jarang kelihatan lagi, pemandangan kelihatan suram. Dia memakai pakaian putih kapas ketika dia berdiri di atas Pintu Xilan, memandang ke arah mereka yang sedang menghantar Li Ce di perjalanan terakhirnya sebelum mereka menghilang di kejauhan.

Matahari terbenam menghiasi pemandangan dengan warna kuning keemasannya. Pokok rumpai yang tinggi telah tumbuh di sekitar kawasan tandus di luar Tang Jing dan pokok itu bergoyang tatkala angin musim luruh yang sepi berhembus ke arahnya. Burung-burung terbang ke arah selatan pada hari senja tersebut dengan warna merah cerah muncul di langit. Bayang-bayangnya kini menjadi lebih panjang dan nipis dan terpancar pada dinding Bandar Tang Jing yang telah melalui ribut beratus-ratus tahun.

'Li Ce, maafkan saya kerana tak dapat menghantar awak pergi. Jaga diri awak.'

Apabila matahari terbenam, bulan mula muncul di atas puncak gunung, memancarkan sinaran cahayanya pada pakaian dan wajah Chu Qiao yang pucat. Apabila dia menghirup udara musim luruh itu, sebuah rasa keperitan tiba-tiba menerbit di dalam hatinya dan mula merebak ke seluruh tubuhnya. Hatinya terasa dingin.

Meixiang berjalan ke arahnya dan berbisik, "Cik Puan, jom kita pergi."

Dia menatap ke arah jalan raya itu buat kali terakhir sebelum berpaling dan melangkah pergi seinci demi seinci. Tembok bandar itu kelihatan gelap dan garang seperti seekor binatang yang sedang menunggu untuk membaham setiap cebisan rasa kesungguhannya yang terakhir.

Debu berterbangan tatkala dia melangkah di atas tanah. Burung-burung besar melebarkan sayap hitam mereka sambil mengelilingi langit. Dia berjalan ke bawah, langkah demi langkah seolah-olah dia mengembara ke sebuah paya yang dalam. Di belakangnya terdapat tanah gurun yang tandus. Selanjutnya pula terdapat gunung-ganang Tang yang besar dan bandar-bandar makmur yang sedang menunggu ketibaannya. Akhirnya, sebuah sempadan berada di hujung tempat tersebut dan setelah itu, wilayah Xia telah menunggunya.

Setelah melalui pelbagai kawasan, Chu Qiao tidak dapat melarikan diri daripada suratan takdir dan telah hanyut dibawa oleh arusnya.

Sebuah kereta kuda berhenti di sebalik pintu bandar. Sun Di berpakaian hijau dan kelihatan kacak ketika dia berdiri di samping kenderaan tersebut untuk menyambutnya dengan hormat. Dengan lembut dia berkata, "Cik Puan, sila masuk ke dalam kereta kuda."

"Saya mahu berjalan sendirian," Jawab Chu Qiao dengan raut wajahnya yang lembut.

Sebelum sempat Meixiang menyampuk, Sun Di telah menyerahkan sebuah tanglung kepada Chu Qiao dan berkata, "Perjalanan pada waktu malam ini agak sukar. Cik Puan, sila pulang awal." Kertas yang dibalut di sekeliling tanglung itu diperbuat dengan corak yang rumit dan ia mengeluarkan cahaya putih yang pucat. Chu Qiao mengangguk dan berpaling untuk beredar bersama tanglung itu. Meixiang mengikuti dari belakang dengan tergesa-gesa tetapi ditahan oleh Sun Di dan pemuda itu hanya menggelengkan kepalanya sedikit. Bulan sabit bersinar pada wanita muda itu tatkala dia berjalan di kejauhan.

Hari ini merupakan hari pengebumian Li Ce. Tiada seorang pun yang berada di jalan raya ini dan hanya bunga epal sahaja yang bergoyang di pinggir jalan dan menggugurkan kelopaknya.

"Qiaoqiao, Qiaoqiao..." Pada saat itu, Chu Qiao seolah-olah dapat mendengar Li Ce memanggilnya. Lelaki itu berkerut dengan pandangan licik di matanya dan memandang Chu Qiao dengan sebuah senyuman.

Pemandangan tersebut kelihatan seperti sebuah utopia tatkala lampu jalan berkerlipan. Kabus telah mengaburi mata lelaki itu, menjadikannya kelihatan pucat dan kesepian. Akhirnya, dia bersandar pada kerusi sambil tersenyum lemah kepada Chu Qiao, menghulurkan tangannya dan memanggil, "Qiaoqiao, mari sini saya peluk awak."

Air matanya mula mengalir keluar dari mata wanita muda itu. Namun, wanita itu tidak mengelapnya dan terus berjalan. Cahaya daripada tanglung itu mengeluarkan sinaran putih terang yang mirip dengan cahaya bulan.

Dia telah melalui banyak perkara selama sepuluh tahun yang lalu. Separuh hidupnya, dia telah melalui liku-liku kehidupan yang sukar. Dia telah jatuh dan bangun semula beberapa kali, tetapi akhirnya dia berakhir di sebuah jalan yang tidak pasti. Dirinya yang lalu telah terperangkap dengan perasaan cinta. Dia telah mengalami segalanya, daripada perasaan terharu sehinggalah perasaan tidak berdaya, menjadi keras kepala, menjadi lemah dan juga sedih. Kini, wanita yang tidak cekap itu telah mati bersama dengan nasib malangnya.

"Hidup ini seperti katil berduri. Kalau diri dan hati seseorang tetap tidak tergugat, tiada sesiapa akan terluka. Tetapi sekali diri dan hati seseorang itu tergugat, kesakitan akan menembusinya sehingga ke tulang, menjadikan kehidupan seseorang itu seperti sebuah neraka hidup."

'Zhuge Yue, awak benar. Saya seperti awak yang telah dilemparkan ke atas sebuah katil berduri. Daripada membiarkan hati saya mati, apa kata saya biarkan sahaja semua benda berlaku dan potong duri di sekeliling saya?'

Apabila air matanya menitis ke atas tanglung, angin yang bertiup ke arahnya telah memadamkan api di dalam tanglung itu. Kini, yang kelihatan hanyalah jalan berkabus yang membawanya ke hadapan. Dia menghela nafas yang panjang sebelum mencampakkan tanglung tersebut ke atas tanah sebelum meluruskan badannya dan berjalan ke hadapan. Dia bersumpah kepada dirinya sendiri yang ini akan menjadi titisan air matanya yang terakhir dalam kehidupan ini. Selepas ini, dia tidak akan menangis lagi walau apa pun yang terjadi.

Terdapat sebuah lampu terang di hadapan. Dari jauh, tempat kediaman yang bergemerlapan itu terletak di antara bunga yang berwarna-warni. Cahaya yang gilang-gemilang itu bersinar di mana-mana dan menghasilkan pemandangan yang luar biasa.

Sun Di berpakaian bersih apabila dia berdiri di hadapan pintu sambil memegang cahaya istana, menunggu kepulangannya. "Cik Puan dah fikir masak-masak ke?"

Chu Qiao memandang pemuda itu tatkala cahaya bulan keperakan putih terpantul pada wajahnya. Dia mengangguk perlahan dan berkata dengan nada yang berat, "Saya tak pernah begitu jelas."

Sun Di tertawa dan menyerahkan tanglung kertasnya kepada Chu Qiao. Setelah itu, dia berkata dengan senyuman, "Perjalanan pada waktu malam ini sukar. Biar cahaya tanglung ini menerangi jalan Cik Puan."

"Cahaya lilin ini boleh dipadamkan oleh angin, tetapi api semangat di dalam hati tak dapat dipadamkan." Chu Qiao berjalan di hadapannya ke arah kediaman yang gemilang itu lalu menambah dengan nada yang berat, "Mulai dari sekarang, mata saya akan menjadi tanglung saya dan hati saya pula akan menjadi api tanglung ini."

Apabila dia melangkah masuk ke dalam pintu kediaman itu, pelbagai cahaya menyambutnya dan menyilaukan matanya buat seketika. Terdapat sebuah lorong jed putih yang menghala ke dewan hadapan dari pintu masuk, dihiasi lagi dengan sebuah kolam berair jernih yang terletak di sisi bilik. Selain itu, terdapat banyak bilik di dalam bangunan tersebut yang telah dihiasi oleh potret dan patung. Bau yang harum meresap di sekeliling dinding bangunan. Langsir yang diperbuat daripada kain broked dan mutiara tergantung di mana-mana. Tiang-tiang pula diperbuat daripada emas. Persekitaran itu kelihatan seperti angin musim bunga pada bulan ketiga setiap tahun dan ia sememangnya mampu memukau sesiapa sahaja yang memerhatikannya.


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C233
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login