Download App
78.76% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 230: Bab 230

Chapter 230: Bab 230

Editor: EndlessFantasy Translation

Musim sejuk yang pendek di Empayar Tang bermaksud tiga bulan itu bagaikan berlalu dalam sekelip mata. Beberapa hari sebelum itu, Empayar Song telah menyebarkan berita Raja Jinjiang disyaki mengalami masalah kesihatan. Hal ini telah menyebabkan beberapa orang penolong pegawainya menyuruh doktor kerajaan empayar untuk mengumumkan kepada orang awam mengenai kesihatan Maharaja. Namun, cadangannya telah ditolak oleh Nalan Hongye yang hampir mencetuskan sebuah pergaduhan. Khabar angin telah tersebar di Empayar Song mengatakan yang Tuan Puteri berusaha untuk menuntut takhtanya dan telah menyebabkan kemangkatan mantan Maharaja empayar tersebut. Perasaan tidak selesa lantas tercetus di seluruh negara berikutan dengan khabar angin mengenai Raja Jinjiang yang secara senyapnya telah mengumpulkan pasukan tenteranya bersama dengan beberapa orang lagi bangsawan yang telah memberi tindak balas terhadap arahannya untuk bantuan.

Ketika Li Ce bercakap mengenai hal ini, dahinya berkerut sambil dia berkata, "Kalau semuanya baik-baik sahaja, kenapa mereka tidak menutup mulut orang-orang ini?"

Chu Qiao mendiamkan diri apabila dia memikirkan beberapa perkara. Mungkin mereka bukan satu-satunya orang yang menumpukan perhatian mereka pada Empayar Song. Chu Qioa tertanya-tanya bagaimana wanita yang selama ini menyokong empayar Nalan selama bertahun-tahun akan berurusan dengan penipuan ini? Dia tidak dapat menahan dirinya daripada mengingati surat yang dilihatnya di Yan Bei bertahun-tahun lalu yang tertulis: 'Pohon-pohon dipelihara oleh gunung, namun cabangnya dipelihara oleh pokok; Hati saya mencari kebahagiaan awak, namun awak tidak tahu.'

Siapa yang boleh bertahan kukuh buat selamanya? Walau seberapa banyak seseorang itu boleh mengekalkan penampilan yang sukar, namun akhirnya akan tiba juga hari di mana datangnya kehibaan dan kesedihan.

Pada 9 Mac, putera kedua Li Ce, Li Qiaoan telah meninggal dunia akibat demam kepialu ketika berusia tiga tahun. Li Ce sedang berada di Tasik Xiang untuk memeriksa empangan apabila dia dimaklumkan mengenai hal itu. Walaupun Li Ce bergegas pulang ke rumah, puteranya itu sudah meninggal dunia semasa dia tiba.

Kini, Li Ce mempunyai dua orang putera dan seorang puteri. Putera sulungnya berusia enam tahun manakala puterinya pula berusia empat tahun. Anaknya yang meninggal dunia itu telah dilahirkan oleh Cik Puan Nanyun. Kematian anaknya itu telah menghancurkan kehidupannya apabila dia jatuh sakit lalu meninggal dunia tiga hari kemudian. Disebabkan putera keduanya itu masih kecil untuk dikebumikan di dalam keranda, dia dibakar di Kuil Nantian dan dibiarkan berehat di sana.

Pada masa lalu, Li Ce sentiasa dapat mengawal nafsunya daripada meminum alkohol dengan terlalu banyak dan sentiasa dapat menghadapi pelbagai cabaran dengan fikiran yang jelas. Tetapi pada malam itu, Chu Qiao telah melihatnya mabuk buat pertama kali.

Li Ce yang menyepetkan matanya tersenyum sambil memegang tangan Chu Qiao lalu berkata sambil minum, "Saya dah membunuh ramai sangat orang ke?" Dia memegang tangan Chu Qiao dengan kuat sehinggakan pergelangan tangannya terasa sakit. Dewan itu terasa sunyi sepi dan ketika angin sejuk bertiup masuk, ia membawa bersama habuk dan kedengaran dari kejauhan bunyi serak katak. Bunyi lembut yang kedengaran dari jauh itu telah membuatkan suasana buruk di dalam bilik ini bertambah menonjol. Lilin kren tembaga yang diletakkan di atas mengeluarkan cecair merah yang menitik seperti air matanya yang mengalir perlahan ke pipinya.

Keesokan harinya, Li Ce telah mengurniakan gelaran Gundik Yun kepada Cik Puan Nanyun di pintu masuk Makam Empayar untuk memberikan rasa penyelesaian dan juga kesenangan kepada keluarganya.

Dua bulan telah berlalu dan bulan ini sudah memasuki bulan Mei. Cik Puan Ziming telah selamat melahirkan seorang putera dan telah kembali ke istana untuk meraikannya. Li Ce menamakan puteranya itu sebagai Qingrong dan mengurniakan gelaran Raja Rong kepadanya. Dalam sekelip mata sahaja, Cik Puan Ziming telah menjadi wanita yang paling berkuasa di dalam harem.

Para cik puan yang menetap di dalam istana itu juga telah berbincang sesama sendiri secara peribadinya tentang bagaimana wanita itu telah dapat melahirkan seorang lagi anak dalam masa yang sesingkat itu, sekaligus memperoleh pengaruh kuasa yang besar. Memandangkan itu, masanya untuk berada di kemuncak pasti akan tiba tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, ada beberapa orang yang berkata wanita itu telah dilahirkan sebagai orang biasa di mana keluarganya golongan bangsawan yang gagal dan ayahnya pula seorang penjenayah. Ketika abangnya cuba untuk mendaki tangga pangkat dan juga darjat dalam majlis dewan persidangan, identiti mereka telah menjadi penghalang untuk mencapai posisi yang lebih tinggi. Tanpa warisan dan sokongan daripada keluarga yang berpengaruh, ia sangat sukar untuk mendapatkan pengaruh kuasa.

Selepas itu barulah Chu Qiao tersedar yang dia bukanlah tidak mempunyai kaitan sepenuhnya dengan wanita ini. Apabila Zhao Yun'er memburunya dahulu, Zhao Song telah mengamanahkan Chu Qiao kepada Zhan Ziyi. Zhan Ziyu pula abang kepada wanita ini.

Chu Qiao tidak pernah memberi sepenuh perhatiannya kepada harem milik Li Ce, malah dia juga tidak pernah bertanyakan mengenai isu-isu seperti itu. Tetapi, tiba-tiba dia tersedar akan sesuatu hal jadi wanita ini lantas bertanya kepada Qiu Sui, "Kenapa bonda Maharaja tak hadir semasa majlis hari itu?"

Qiu Sui menjawab, "Sejak kemangkatan mendiang Maharaja, Maharani Bonda telah pergi ke Kuil Anyin dan tak pernah kembali sejak bertahun-tahun."

Chu Qiao berasa simpati dengan kehidupan suka duka Maharani Bonda ketika dia mendengar kata-kata Qiu Sui itu.

Beberapa hari yang lalu, Zhuge Yue telah menghantar sepasang burung yang unik dan cantik berwarna terang ke tanah Hu. Burung jenis ini dikatakan hidup secara berpasangan di mana mereka tidak dapat hidup bersendirian jika salah seekor daripada pasangan burung itu mati. Chu Qiao sangat menggemari hadiah barunya itu sehingga dia sendiri yang telah memberi mereka makan dan menamakan mereka sebagai burung cinta. Burung betina itu menjadi rapat dengan Chu Qiao sehinggakan apabila dilepaskan dari sangkar, ia akan terbang di sekitar dewan dan mendarat di atas bahu Chu Qiao sambil menggosok pipi wanita itu dengan lehernya. Burung jantan pasti akan berasa marah setiap kali pasangannya itu berbuat demikian. Ia akan terbang di sekeliling rumah dan berbuat bunyi bising yang aneh lalu mengundang ketawa semua orang. Li Ce juga turut menyukai sepasang burung tersebut dan kadangkala pemuda itu akan bermain dengan mereka.

Pada suatu malam ketika Chu Qiao sedang tidur, wanita itu tiba-tiba terasa seperti dia sedang diperhatikan. Ketika dia membuka mata dan terduduk dalam kegelapan, dia lantas dikejutkan dengan sebuah dakapan kasar. Namun, dia dapat mengenali nafas yang rendah dan mendalam daripada lelaki itu yang menghembus di lehernya dengan bau alkohol. Pemuda itu memeluknya dengan erat seperti menggunakan semua kekuatannya dan hampir mencederakan Chu Qiao. Dia tidak bergelut malah dia dapat merasakan di sebalik baju pemuda itu, dia sedang berasa kesunyian dan kesakitan. Chu Qiao merapatkan tangannya dengan lembut di belakang lelaki itu lantas menepuknya perlahan.

Ketika cahaya bulan bersinar menyinari mereka, jelas kelihatan sulaman berwarna merah di atas pakaian pemuda tersebut yang melambangkan seekor naga. Dalam cahaya bulan, benang-benang sutera nipis yang berwarna merah itu seakan mencair menjadi warna kuning cerah seperti pergelangan tangan yang berdarah dengan nadi yang perlahan.

Li Ce meleraikan pelukannya itu dengan lembut.

Chu Qiao bertanya dengan hati-hati, "Li Ce, awak tersalah fikir yang saya ini dia ke?"

Li Ce yang terkejut terus memalingkan mukanya dan memandang Chu Qiao sambil mengangkat keningnya sedikit. Pada masa itu, Chu Qiao menjadi kaku kerana menyedari dia mungkin telah membocorkan rahsia pemuda itu dengan tidak sengaja. Dia segera menjelaskan dengan perlahan, "Saya ada terdengar dari orang lain yang menyatakan yang Puteri Fu pernah tinggal di sini."

Li Ce memandang tepat ke arah Chu Qiao. Anak mata pemuda itu jauh menusuk ke dalam soket mata Chu Qiao yang jurang seperti sebuah telaga purba mengandungi makna tersirat yang telah ditinggalkan lama dahulu.

Chu Qiao yang tidak memahami pandangan mata pemuda tersebut hanya memikirkan pandangannya itu sedikit tidak menyelesakan.

"Haha…" Li Ce ketawa terkekeh sebelum berjenaka, "Bentuk badan Puteri Fu jauh lagi baik."

Malam itu, Li Ce telah meninggalkan Kediaman Mihe dan menuju ke Istana Rou Fu. Ketika dia melangkah keluar dari dewan, Chu Qiao ternampak sebuah objek berwarna cerah dan lembut yang terletak di atas meja. Ia merupakan cincin jed yang dipakai di ibu jari Li Ce. Wanita itu terus berlari ke arah tingkap untuk memberitahu, "Hey Li! Cincin ibu jari awak!"

Cahaya bulan yang menyinari wajah Li Ce yang tersenyum itu membuatkan dia kelihatan mempesonakan. "Setiap detik dengan wanita-wanita itu sangat berharga. Saya akan mengambilnya besok!" Selepas berkata begitu, dia meneruskan perjalanannya.

Chu Qiao yang sedang memegang cincin jed tersebut terus memandang ke arah Maharaja yang tidak terurus itu. Ketika wanita itu berpaling, kakinya terpijak permukaan yang tidak rata di atas lantai, menyebabkan kakinya itu terasa sangat perit. Jadi, dia pun terduduk sambil mengerutkan dahinya supaya dapat melihat kakinya yang berdarah itu dengan lebih dekat, mengotorkan pakaian tidurnya yang berwarna putih.

Pada masa itu, Chu Qiao sudah berasa tidak sedap hati. Kedengaran jelas langkah tapak kaki yang bergegas menuju ke biliknya lewat tengah malam itu. Chu Qiao berasa tidak sedap hati dan tidak boleh tidur nyenyak. Ketika dia bangun, Mei Xiang dan Qiu Sui terburu-buru memasuki halaman biliknya dengan wajah yang pucat seperti mereka telah ternampak orang mati.

"Tuanku telah dibunuh!"

Bum! Dalam kegelapan malam, cincin jed putih tersebut terus terjatuh ke atas lantai tetapi ia tidak berkecai malah hanya terbelah dan bergolek di atas lantai yang lembut itu.

Ketika wanita itu tiba di Istana Yixin, bunyi tangisan dan raungan sudah pun memenuhi setiap pelosok ruangan udara manakala seluruh kontinjen doktor kerajaan empayar telah menunggu di luar dewan. Beberapa orang doktor yang berpengalaman dan berkelayakan berada di dalam bilik di mana berbesen-besen darah dan air dibawa keluar. Adegan itu menikam-nikam terus ke dalam tulang sumsum Chu Qiao seperti hatinya yang dipotong dengan pisau yang tajam.

Qiu Sui memberitahu Li Ce telah ditikam pada waktu malam ketika dia bersama dengan Cik Puan Zi Ming. Pembunuh itu merupakan seorang sida tua yang mengaku Raja Luo dalangnya. Dia tidak menunggu para pengawal untuk menangkapnya sebelum dia menggigit lidahnya sendiri dan membunuh diri.

Chu Qiao mengepalkan penumbuknya. Dia tidak dibenarkan untuk bersedih di luar kawasan istana, apatah lagi apabila wanita itu berada di dalam dewan besar. Dia lalu mengerutkan keningnya dalam penuh keraguan. Halaman itu bukan sahaja dikawal dengan ketat bahkan Li Ce juga seorang pejuang yang amat handal. Bagaimana pula seorang sida tua dapat menyelinap masuk ke dalam dan melakukan pembunuhan itu? Malah Li Ce sendiri tidak akan membenarkan orang asing untuk menghampirinya.

Ketika dia termenung jauh, seorang wanita yang berpakaian nipis sedang melutut berseorangan di halaman kecil di hadapan istana. Wanita itu membelakangkan Chu Qiao dengan rambutnya yang serabai. Qiu Sui memberitahu itu adalah Cik Puan Zi Ming ataupun sekarang dikenali sebagai Gundik Ming. Dia sudah melutut di sana dari awal lagi.

Pada ketika itu, pintu istana terbuka. Sun Di mengetuai sekumpulan Menteri dan bertanya dengan gementar, "Bagaimana keadaan Tuanku?"

Doktor kanan tersebut menyapu keringat di dahinya dan menjawab, "Nyawa Tuanku tidak lagi dalam bahaya tetapi dia perlu berehat." Selepas dia menghabiskan ayatnya, orang ramai mula mengeluarkan air mata kelegaan sementara di halaman berdekatan, Gundik Ming rebah ke atas lantai.

"Tuan Sun, Tuanku mahu berjumpa dengan Tuan," Kata doktor berpengalaman itu. Ketika dia berpaling, dia sempat menangkap riak wajah Chu Qiao dan menambah, "Cik Puan juga."

Dalam sekelip mata, dia menjadi tumpuan ekspresi bingung orang ramai. Chu Qiao mengambil nafas panjang dan berjalan ke depan sambil menegur Sun Di sebelum melangkah masuk ke dalam bilik di bawah pandangan semua orang.

Bau ubat berlegar-legar di ruang udara disebabkan oleh pengudaraan yang kurang baik. Sun Di memasuki bilik itu dulu dan selepas beberapa ketika, dia keluar untuk memberitahu Chu Qiao, "Minda Tuanku tidaklah setajam dahulu jadi tolong jangan bersembang bersama beliau dengan terlalu lama."

"Baiklah." Chu Qiao mengangguk sebelum dia melangkah masuk ke dalam istana melalui lapisan kain pelindung di mana Li Ce diletakkan di atas katil naga yang besar. Dia tidak pernah melihat keadaan Li Ce sebegitu sebelum ini. Mukanya pucat manakala matanya pula kuning dan bibirnya kelihatan kering tanpa darah. Li Ce memandangnya dengan bingung. Ketika Chu Qiao mula panik, Li Ce tersenyum aneh sambil berkata dengan suaranya yang serak namun tetap lembut, "Saya mesti dah takutkan awak semua."

Masa bagaikan telah diputarkan kembali ke hari pertama mereka bertemu di mana Chu Qiao telah mengheret seorang putera muda turun dari kudanya sebelum membelasahnya, meninggalkan kesan bengkak di wajahnya itu. Dia memberikan pandangan yang aneh ketika dia bergerak dalam ketidakselesaan.

"Li Ce," Chu Qiao tergamam apabila dia melihat kesan pisau yang terbuka di dadanya, hanya satu inci sahaja dari hatinya. Dia memandang ke arah Li Ce dengan perasaan takut sambil bulu romanya meremang. Dia mahu memegang tangan lelaki itu tetapi dia tidak berani sambil berulang kali menyebut, "Tak mengapa, berehatlah."

"Sebenarnya," Li Ce tergagap, "Sebenarnya, saya ingin menyediakan hantaran kahwin untuk awak beberapa hari yang lalu. Saya rasa Sun Di bernasib baik. Saya tak tahu… Saya tak tahu jika dia akan menyimpan barangan tersebut sedikit secara rahsia untuk dirinya sendiri."

Chu Qiao memaksa dirinya untuk tersenyum sebelum membalas dengan lembut, "Jangan risau, saya akan perhatikan dia."

"Hmm," Li Ce membalas dengan lemah. Beberapa ayat itu bagaikan telah meragut segala sisa-baki tenaganya yang sedikit itu.

"Pergi tidur, jangan cakap banyak lagi," Chu Qiao bercakap dengan tergesa-gesa.

"Mari lah Qiao Qiao, teman saya di sini."

"Baiklah," Dia mengangguk. "Saya tak akan pergi ke mana-mana, saya akan berada di sebelah awak."

Kemudian Li Ce tertidur dan tidak lama selepas itu, doktor empayar telah masuk ke dalam untuk menukar ubat. Ketika Chu Qiao melihat luka di dada Li Ce, kecurigaannya bertambah kuat namun sekarang bukan masa yang sesuai untuk itu.

Tiga hari kemudian, keadaan Li Ce telah bertambah baik dan dia kelihatan lebih sihat.

Pagi itu ketika Chu Qiao sedang mengipas Li Ce, suasana di luar menjadi sibuk. Ketika dia mahu berpaling, Qiu Sui bergegas masuk dan berbisik di telinganya, "Maharani Bonda sudah kembali."

Chu Qiao yang terkejut terus berlari keluar dan melihat sebuah iringan pasukan yang sedang mengiringi Maharani Bonda yang tiba. Selepas bertukar salam, mereka berdua berjalan bersama-sama ke dalam Dewan Yixin. Ketika para pelayan mengangkat tirai lalu menampakkan sehelai kot ringkas milik Maharani Bonda, Chu Qiao berasa sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya. Walaupun Maharani Bonda telah meninggalkan ibu negara selama beberapa tahun, namun beliau kelihatan lebih berusia dengan rambutnya yang berwarna kelabu dan kulitnya yang berkedut.

Ketika dia keluar, air mata mengalir deras di pipinya. Dia bertanya dalam keresahan, "Maharaja? Apa yang sudah berlaku kepadanya?"


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C230
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login