Download App

Chapter 20: Bab 20

Editor: EndlessFantasy Translation

Degupan jantung Chu Qiao berdegup kencang apabila dia dipanggil Zhuge Yue. Dia bakal menerima hukumannya yang adil itu. Tanpa disangka, Zhuge Yue berkata, "Ikut Zhu Cheng lepas ni untuk mencari seorang pengawal yang boleh mengajar kamu cara menunggang kuda."

"Ah?" Chu Qiao dan Zhu Cheng terpana dan terperanjat serentak.

Zhuge Yue lantas mengangkat keningnya yang bak pedang itu dan mengerutkannya sedikit sebelum bertanya dengan nada yang dalam, dengan raut wajah yang masam, "Kenapa? Ada masalah ke?"

"Tiada masalah, tiada masalah." Zhu Cheng berumur tujuh belas tahun pada tahun ini dan telah mengikuti Zhuge Yue dari kecil lagi. Jadi, dia sememangnya mengetahui bahawa Zhuge Yue seorang yang akan melakukan apa yang telah diceritakan. Dia lantas menjawab dalam nada yang memujuk, "Saya akan bawa Cik Xing Er ke sana sekarang juga."

Zhuge Yue mengangkat wajahnya dengan kecurigaan, dan mengerutkan wajahnya kembali sambil merenung Zhu Cheng. "Xing Er baru saja lapun tahun… Kenapa kau panggil dia 'Cik'?"

"Betul, betul. Saya akan bawa Xing Er… Xing Er…" Zhu Cheng yang kebiasaannya seorang yang lucu, kini bergelut untuk mencari panggilan yang sesuai untuk anak gadis ini. Dia tergagap-gagap untuk seketika, namun masih tidak dapat jawapannya.

Zhuge Yue melambaikan tangannya sebentar dengan kasar dan berkata dengan tegas, "Okay. Berambus. Tegakkan badan kau semasa kau berjalan, kalau tak orang akan mengatakan bahawa hamba-hamba di istana Qing Shan ni semuanya bongkok.

"Ya, ya."

Chu Qiao masih lagi berdiri di posisi yang sama. Tubuh badannya yang kecil itu dipakaikan gaun kuning muda, bersama rompi yang diperbuat daripada kulit musang di atasnya. Dia kelihatan sangat comel, dan menunduk hormat kepada Zhuge Yue sambil berkata lembut, "Xing Er berterima kasih kepada tuan muda keempat."

Zhuge Yue melambai tangannya ringan, tanpa memandang ke arah Chu Qiao.

Chu Qiao dan Zhu Cheng beredar dari dewan Xuan. Zhu Cheng memandang anak gadis di sebelahnya dengan penuh sangsi dan pandangan yang sama dibalas oleh Chu Qiao. Dia berkata dengan satu tawaan kecil, "Cik Xing Er, jom kita pergi?"

Chu Qiao tersenyum dan tanpa mengendahkannya telah bergerak keluar dari pintu gerbang istana.

"Cik Xing Er, inilah orang-orang yang saya telah pilih untuk cik. Mereka semua handar menunggang kuda, pilihlah salah seorang daripada mereka." Semua orang, termasuklah Chu Qiao dan juga Zhu Cheng, berada di kaki bukit menunggang kuda. Anak gadis itu mendongakkan kepalanya sedikit untuk mengesan wajah-wajah sekumpulan lelaki yang berbadan tegap dan sasa di hadapannya ini. Lelaki-lelaki ini, yang selalunya memandang rendah kepada para hamba, kini berdiri di hadapannya depan penuh rasa hormat, senyuman terukir indah di muka mereka. Sesiapa yang melihat pasti akan berfikir bahawa mereka ini semuanya baik hati.

Chu Qiao mula melangkah dengan perlahan, melepasi seorang lelaki demi seorang lelaki. Dengan tiba-tiba, anak matanya bercahaya terang lantas dia berhenti seketika, mengambil satu renungan yang lama, dan lalu dengan perlahan terimbas sebuah senyuman ikhlas di muka Chu Qiao. Dia pantas menudingkan jarinya ke arah seorang lelaki yang kelihatan menggelabah, tersenyum dan lantas berkata, "Saya nak dia."

"Cik Xing Er." Song Lian tertawa memuji, namun jelas kelihatan sebuah kebimbangan di sebalik tawaan itu.

Anak gadis berusia lapan tahun yang memakai rompi berkulit musang putih bak salji itu berdiri di atas bukit. Anak matanya yang berkilauan membuatkan dia kelihatan comel.

"Sila pilih kuda cik."

Chu Qiao meninjau lebih kurang sepuluh ekor sekawanan kuda di hadapannya itu, dan melihat bahawa mereka tidak memakai ladam mereka. Bulu mereka kelihatan rapi; ianya sangat jelas bahawa kuda ini telah dijinakkan sejak kecil lagi dan masih belum meneroka ke luar. Anak gadis itu menapak di atas tanah bersalji itu, lalu melambai-lambai cemetinya, dan berkata secara main-main, "Saya tak nak kuda ni. Saya nak menunggang kuda yang besar."

Apabila hamba-hamba di sisinya itu bersedia untuk membantah, Song Lian dengan pantas menghalang mereka. Dia mengangguk dan lantas menunduk hormat sambil berkata, "Kalau Cik Xing Er nak kuda yang lebih besar, tak menjadi hal yang besar. Beberapa orang daripada kamu tolong pergi ambil beberapa ekor kuda berbaka unggul. Ingat, mereka kena besar."

Song Lian dengan sengaja menekankan sebutan "besar" semasa dia bercakap. Dua orang hamba, memahami maksud sebenar Song Lian, beredar untuk mengambil kuda-kuda tersebut. Tidak lama selepas itu, lima kuda bersaiz besar muncul di hadapan Chu Qiao.

Chu Qiao mengimbas kuda-kuda tersebut dan mendapati bahawa mereka sudah terlalu tua dan berfikir sejenak jika pergerakan kuda-kuda itu akan menjadi suatu permasalahan, namun dia tidak meraihkan kegusarannya itu kepada hamba-hamba di sekitarnya. Dia berpaling dan berkata kepada Song Lian, "Kuda-kuda ni nampak kuat. Saya kecil lagi dan tak pernah menaiki kuda sebesar ni. Penjaga Song, bagaimana kalau awak tunjukkan pada saya dan ajar saya sesuatu?"

Pada masa itu, Song Lian mengerutkan wajahnya ketat, riak wajahnya jelas terpancar bahawa dia telah tewas.

Zhu Cheng menegur dengan penuh curiga, "Pergi, cepat! Jangan cakap kau tak tahu cara untuk menunggang kuda? Kenapa kau bersungguh-sungguh nak ikut cakap dia sebentar tadi?"

Song Lian, yang tidak dapat menyuarakan ketidakpuasan hatinya, berfikir sejenak, kalau aku tahu untuk siapa aku akan berkhidmat, aku tidak akan setuju walaupun aku akan dibelasah sampai mati. Dia melangkah ke arah kuda putih itu dengan ragu-ragu, menghulurkan tangannya dan lantas membelai kepala kuda yang tua itu sebanyak dua kali. Dia meletakkan sebelah kakinya di atas rakap dengan penuh waspada, melayan kuda itu seolah-olah ianya sebuah gumpalan kertas berbentuk kuda yang telah direkatkan. Dia bimbang bahawa kuda itu akan rebah jika dia menggunakan sedikit tenaga.

Kuda itu lebih kuat dari yang disangka. Keempat-empat kakinya berdiri dengan tegak dan tidak rebah. Song Lian menghelakan nafas lega dan berkata sambil tertawa, "Salji pada hari ni agak tebal. Kerana Cik Xing Er yang masih muda ni, kita akan belajar cara untuk menaiki kuda dulu, dan mula menunggang esok."

Apabila Zhu Cheng ingin menganggukkan kepalanya tanda setuju, Chu Qiao serta-merta melonjak ke hadapan dan menampar belakang kuda itu dengan kuat. Dia lantas menjawab dengan ceria, "Jangan cakap banyaklah! Pergi menunggang satu pusingan dulu!"

Bunyi tamparan yang dikenakan pada kuda itu bergema kuat, dan bukan sahaja kuda itu kekal di posisi yang sama, malah telapuknya tiba-tiba lemah gemalai lalu ia jatuh ke tanah. Song Lian dicampak jauh dengan kasar, berguling-guling di atas udara sebelum mendarat di atas kepalanya yang menembusi masuk ke dalam salji tebal yang meliputi tanah itu.

Para hamba yang lain meluru ke hadapan dengan gelabah untuk menolong Song Lian. Zhu Cheng yang melihat pengambilan nafas kuda yang telah terjatuh itu lebih pesat daripada helaan nafasnya, mengerutkan wajahnya lalu berkata dengan penuh menghina, "Ini ke kuda yang terbaik? Aku rasakan kalian tak mengambil arahan Tuan Muda Keempat dengan serius ni."

"Saya takkan berani," Song Lian berkata, sambil merangkak ke arah kaki Zhu Cheng. "Saya tak pernah fikir benda macam ni. Ianya kerana usia Cik Xing Er yang masih muda, kami tak mahu memberikannya seekor kuda pertempuran yang unggul!"

Zhu Cheng mengangguk lantas membalas, "Betul juga apa yang kau cakap. Xing Er, awak masih muda, mari kita mulakan dengan kuda yang kecil dulu, okay?"

"Asalkan Abang Zhu Cheng mahu saya menunggang kuda yang lebih kecil, Xing Er akan ikut saja." Chu Qiao mengangkat wajahnya dan mendedahkan pipinya yang kemerahan dan sepasang mata sabit. Dia kelihatan sangat comel.

Setelah mendengar itu, Zhu Ceng kembali riang. Namun, sebaik sahaja dia berpaling ke arah Song Lian, anginnya terus bertukar dan lantas mengarah dengan kasar, "Pergi ambil kuda tu!" 

Song Lian memimpin kesemua kuda-kuda tu itu kembali ke dalam kandang sambil berjalan tempang. Sambil Zhu Cheng berteriak mengarahkannya untuk berhati-hati, dia telah menolong Chu Qiao untuk mendaki seekor kuda. Chu Qiao menunduk ke bawah, dan lantas mengukirkan sebuah senyuman yang sangat lebar, dan meminta, "Abang, saya masih tak tahu cara untuk menunggang kuda. Tolong ajar saya bagaimana untuk mengawal kuda ni dengan menggunakan tali kekang, dan mari kita pergi membuat satu pusingan perlahan-lahan."

Song Lian secara jujurnya mahu melakukan perkara ini dan dengan pantas menganggukkan kepalanya patuh. Kuda ini berberkelakuan lebih baik dibandingkan dengan kuda sebentar tadi dan ia berjalan perlahan di belakang Song Lian. Tidak lama selepas itu, mereka telah berjalan seratus langkah. Song Lian mendongak ke arah Chu Qiao dan tersenyum puas hati, "Cik Xing Er, saya harap kuda ni bagus? Ia baru dilahirkan. Cik Adik ketujuh ada minta kuda ni daripada saya dahulu, tapi saya tak menghadiahkan kepada dia. Kalau kuda ni menjadi kesukaan cik, saya boleh hadiahkan kepada cik."

"Macam mana Xing Er boleh mengambil haiwan yang Cik Adik ketujuh nak? Tak senonohlah kalau macam tu."

Song Lian mengertapkan giginya dan lalu menjawab sambil ketawa, "Cik, apa yang cik cakap ni? Walaupun Cik Adik ketujuh tu ialah anak kandung tuan besar, tapi kedudukan dia jauh lebih rendah daripada tuan muda keempat. Cik Xing Er disukai tuan muda keempat, dan secara tak langsung membuatkan kedudukan cik jadi lebih tinggi daripada mereka."

"Macam tu ke?" Anak gadis itu tersenyum ringan dan berkata, "Saya tak tahu bahawa kedudukan saya setinggi itu. Sebelum ni, saya hanya bergantung pada belas kasihan awak saja."

Muka Song Lian tiba-tiba bertukar pucat lesi.

Chu Qiao memberikannya sebuah pandangan yang dingin, lalu menyambar busur yang telah diikat pada lengan Song Lian dan terus menikamnya ke dalam belakang kuda itu dengan satu tikaman yang pantas dan tangkas. Kuda itu yang terkejut serta-merta memberi ringkikan panjang dan kuat, lantas menendang Song Lian ke tepi sebelum berlari ke hadapan! Anak kecil itu memekik dengan penuh rasa gundah gulana, "Penjaga Song! Apa yang awak buat ni?"

Zhu Cheng dan yang lain-lain menyaksikan apa yang telah berlaku dari kejauhan dan mula berasa panik. Mereka menjerit dan berlari mengejar mereka, namun tiada sesiapa yang dapat menandingi kelajuan kuda tersebut. Chu Qiao, pada masa ini, sedang berlakon untuk menjadi panik, sementara matanya mengimbas pantas keadaan sekelilingnya untuk mencari tempat mendarat yang selamat.

Pada masa yang sama, seekor kuda berwarna kuning tiba-tiba muncul dari kejauhan. Zhuge Yue, dengan kulitnya yang putih gebu, bibir yang merah, raut wajahnya kelihatan marah, sambil berpakaian serba ungu kegelapan yang telah disulamkan bersama, datang meluru ke arah mereka dengan kudanya. Dia dengan tangkas mengayun-ayunkan pedangnya sebelum menikam tepat ke dahi kuda tersebut. Kuda yang baru sahaja diserang oleh putera muda itu meringkik kuat dengan penuh kesakitan dan mula untuk menendang, dan lantas berdiri dengan dua telapuknya itu sambil menggelengkan kepalanya dengan kuat! Ketika itu juga, tali cemeti dilibaskan di hadapan muka Chu Qiao, lantas hujung tali cemeti itu membaluti pinggang kecil Chu Qiao dan serta-merta menjatuhkannya daripada kuda itu!

"Haha, hampir saja tak dapat menyelamatkan dia." Yan Xun tampan dengan berjubah hijau, tersenyum dan lantas mengambil Chu Qiao ke dalam dakapannya. Suaranya kedengaran licik, bagaikan dia mengetahui kesemuanya.

Zhuge Yue mengeluarkan anak panah itu daripada belakang kuda dan lalu berpaling ke arah Song Lian dengan renungan yang sangat dingin. Lantas dia mengarahkan hamba-hambanya, "Bawa dia pergi dan serahkan dia kepada Zhu Qi di majistret."

Dua orang pengawal meluru ke hadapan dan lantas mengikat kedua-dua belah tangan Song Lian

Lelaki itu merayu sedih, "Tuan muda keempat, tidak…"

Dalam sekelip mata, terdapat sebuah bunyi yang kuat. Yan Xun meluru ke arah Song Lian dan lantas menendang mukanya, yang telah mematahkan hampir keseluruhan giginya, sekaligus menarik keupayaannya untuk bercakap. Zhuge Yue mengangkat kedua belah keningnya ringan, lantas memalingkan wajahnya ke arah Yan Xun dengan mata yang menyepet.

"Hamba seperti ni dah lama akan dibunuh kalau dia berkhidmat di kediaman Yan. Bagaimana dia akan mempertahankan dirinya sendiri?" Yan Xun ketawa terbahak-bahak dan berkata, "Anak Muda Keempat Zhuge, kau terlalu baik hati. Aku tak bermaksud nak masuk campur dalam hal kau. Maafkan kebiadapan aku."

Zhuge Yue membalas kosong, "Tak mengapa. Putera Yan mempunyai kemahiran yang sangat handal. Bagaimanalah aku tak sedar semasa kita sama-sama masih belajar di Dewan Akademi Jeneral dulu."

Yan Xun melambai tangannya bersahaja sambil ketawa kuat, "Itu semua adalah kemahiran yang ringan saja. Ia memang tak boleh menandingi kemahiran pertempuran seperti kau?"

Zhuge Yue tanpa membalas Yan Xun, telah melambaikan tangannya untuk mengarahkan orang-orang suruhannya untuk membawa Song Lian yang berdarah teruk di mulutnya untuk beredar dari situ.

"Putera Yan, aku nak berterima kasih sangat kerana membawa pulang kuda kami yang hilang hari ni. Tapi, kau boleh menyuruh hamba kau untuk menghantar kuda ni daripada kau menyusahkan diri sendiri. Aku berbesar hati untuk menjemput kau menjamu selera di kediaman saya, tapi saya tahu betapa sibuknya kau pada masa ni. Saya takkan menyusahkan kau lagi. Zhu Chen, iring Putera Yan keluar."

Yan Xun ketawa acuh tak acuh, dan bertukar beberapa pemanis kata dengan Zhuge Yue, dan bersedia untuk berangkat pulang. Semasa dia beredar, dia telah berjalan melepasi Chu Qiao dan dengan pantas berbisik di telinganya, "Gadis kejam, menganayai seorang lagi hamba."

Chu Qiao tercengang dan mendongak ke atas, hanya untuk melihat Yan Xun yang bersahaja, seperti apa yang dikatakan tadi diketahui semua orang dan lantas beredar dengan sebuah sengihan yang tidak boleh dihentikan. Yan Xun berdiri dengan postur badan yang tegak, bersama raut wajah yang tenang. Dia kelihatan tidak ubah dari seorang dewasa. Bagaimanakah dia dapat terlepas dari melakukan perkara tidak bermoral hanya dengan mengukir senyuman di wajahnya?

"Xing Er," satu suara yang dalam tiba-tiba bergema dari belakangnya. Dia lantas memalingkan badannya ke belakang, lantas jelas kelihatan raut wajah Zhuge Yue yang kelihatan risau itu. "Ikut saya balik," dia lantas berkata.

Chu Qiao mengeluh panjang dengan penuh keresahan. Dia tidak bernasib baik, dan akhirnya tertangkap dalam perbuatannya sendiri. Chu Qiao perlu memikirkan cara untuk mengendalikan musang licik ini. Dia mengekori Zhuge Yue dari belakang, murung. Dia mula untuk merangka berbagai-bagai alasan di dalam fikirannya, seperti bagaimana dia sering dibuli dengan kasar tidak lama dahulu. Namun anak mata Zhuge Yue tidak terpancar dengan cahaya kemarahan, malah di dalam kesuraman itu, anak matanya terpancar dengan sebuah perasaan bangga, namun tiada siapa yang dapat mengesani akan hal yang dibanggakan tuan muda keempat itu

Bilik itu menjadi sunyi sepi buat masa yang sangat lama, dan angin dari luar tingkap itu menghembus lembut. Satu aroma yang samar-samar datang daripada pokok cendarik yang telah ditanam di dalam pasu tembikar bersama ukiran yang cantik. Anak kecil itu terus berdiri di bawah dengan senyap. Namun, setelah beberapa lama, sungguh lama sehingga semua orang telah nyenyak tidur, dia tidak dapat menahan dirinya lagi daripada mengintai ke atas, dan bertemu sepasang anak mata yang gelap.

Chu Qiao tidak dapat berdalih bahawa dia tidak menyaksikan apa-apa lagi. Dia lantas membasahi bibirnya dan lantas memanggil lembut, "Tuan muda keempat."

"Kamu dah fikirkan penipuan yang kamu nak gunakan?" Pemuda itu mengangkat secawan teh, lalu menghirup tehnya, dan berkata dengan nada yang tenang dan bersahaja.


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C20
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login