Download App
69.17% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 202: Bab 202

Chapter 202: Bab 202

Editor: EndlessFantasy Translation

Kedua-dua pasukan tentera itu bertembung. Para Tentera Huoyun yang telah tewas kini dikepung oleh Para Tentera Xiuli. Walaupun dari jauh, Chu Qiao dapat mengenali kuda pertempuran berwarna merah kepunyaan Huanhuan. Lantas wanita itu berlari ke arahnya dengan segera dan tergamam untuk menyaksikan babak di hadapannya. Pakaian Huanhuan telah terkoyak rabak manakala mantel berwarna merahnya kini dipenuhi dengan darah. Terdapat sebatang anak panah yang tertusuk pada dada dan paru-parunya serta luka lain yang terdapat pada badannya. Dengan nafas yang lemah, dia telah dibawa oleh seorang jeneral wanita yang kelihatan berusia dalam lingkungan 30-an.

"Apa yang berlaku?" Chu Qiao melompat turun dari kudanya dan berlutut di lumpur. Dia berkerut sewaktu melihat luka parah yang ditanggung oleh Huanhuan sebelum menjerit memanggil bantuan, "Doktor! Di mana doktor?"

"Cik Puan Chu!" Setelah melihatnya, jeneral wanita itu mula menangis dan menjelaskannya, "Tuanku nak bunuh Tuan Puteri. Jeneral Xiaohe telah dibunuh dalam pertempuran dan tuan puteri kita pun turut diserang hendap...:"

"Xiaohe..." Satu suara lemah kedengaran. Huanhuan lantas memuntahkan darah disebabkan pergerakan paru-parunya. Setelah melihat keadaan wanita itu, jeneral wanita itu terus hilang pertimbangannya lalu dia pun cepat-cepat menekan luka Huanhuan untuk menghentikan pendarahan wanita itu. Namun, darahnya tidak dapat dihentikan lagi.

"Xiaohe..." Huanhuan berkerut kesakitan dan wajahnya kelihatan begitu pucat. Dia nampak seperti sedang berkhayal dan sedang memasuki alam mimpi. Gelak tawa Xiaohe terngiang-ngiang di dalam mindanya dan dia kini mengenangkan waktu dia dikendong oleh Xiaohe di dataran salji yang luas itu. Walaupun dalam keadaan itu, Xiaohe tidak berhenti bergurau-senda dan terus menghiburkannya, "Huanhuan, awak tak akan mati, awak tak akan mati. Saya akan menggigit sesiapa saja yang berani untuk membunuh awak."

"Xiaohe, Xiaohe..." Air matanya lantas mengalir dari mata Huanhuan. Bersama dengan pernafasannya yang sudah tidak sekata, darah mula mengalir keluar seperti air pancut. Walaupun dalam keadaan separuh sedar, dia tetap menangis. Xiaohe sudah mati dan dia telah dibunuh oleh lelaki itu!

"Tuan Puteri! Tuan Puteri!" Jeneral wanita itu memegang Huanhuan ke dalam dakapannya sambil menangis bersama-sama, seolah-olah dia ialah seekor anak anjing yang kehilangan ibunya.

"Huanhuan, apa yang harus kita lakukan selepas perang berakhir?"

"Selepas perang berakhir? Pada masa itu, abang saya akan menjadi Maharaja, jadi saya akan menjadi Puteri lah! Saya boleh memilih suami saya dari seluruh dunia! Saya akan mencari lelaki yang paling berbakat untuk menjadi suami saya! Haha!"

"Ceh! Pergilah cari lelaki yang awak idamkan itu, dasar gadis yang tak bersyukur!"

Sakit yang teramat sangat tiba-tiba menyerangnya, terasa seolah-olah jantungnya telah digenggam oleh seseorang. Tatkala darah menghalang laluan udara Huanhuang, dia hanya mampu memuntahkan darah sekali lagi sewaktu dia membuka mulutnya. Wanita itu membuka matanya dan melihat sekelilingnya dengan penuh kekeliruan. Dia melihat langit yang luas terbentang sementara bunga merah dan helang putih berlegar-legar di udara.

'Yan Bei, Yan Bei... Saya dah berikan seluruh hidup saya kepada awak, tetapi kenapa awak abaikan saya juga?'

Dalam kekeliruannya itu, gadis itu berkerut dan perlahan-lahan berpaling sebelum akhirnya melihat Chu Qiao. Mukanya terus berubah dan dengan segala kekuatannya, dia menghulurkan tangannya, seolah-olah dia mahu mencapai sesuatu. Chu Qiao segera meraih tangannya dan cuba untuk menahan air matanya sambil memujuknya, "Huanhuan, bertahanlah. Doktor akan selamatkan awak."

Huanhuan meraih tangan Chu Qiao dengan segala kekuatannya dan tiba-tiba, dia menggigit tangan Chu Qiao. Darah serta-merta mula mengalir dari tangan wanita itu dan orang bawahannya yang menyaksikan hal ini mula menjerit ketakutan. Chu Qiao memandang gadis itu dan hanya melihat perasaan benci yang terpahat pada mata Huanhuan.

"Kenapa? Kenapa?" Huanhuan menjerit pada Chu Qiao dengan begitu terdesak bersama mulutnya yang masih penuh dengan darah dan matanya yang merah. "Kenapa awak mesti bunuh kami? Kenapa awak mesti bunuh kami?"

"Tuan Puteri! Tuan Puteri! Itu Cik Puan Chu ke?" Jeneral wanita itu memeluk Huanhuan dan cuba menenangkannya, tetapi Huanhuan tidak boleh mendengar apa-apa lagi. Huanhuan yang bagaikan sudah dirasuk apabila dia terus menjerit, "Apa salah kami? Kenapa awak mesti bunuh kami?" Awak memang tak tahu bersyukur! Sungguh menghinakan!"

Chu Qiao berasa terperanjat lalu dia pun memandangnya. Kesakitan yang kuat dari tangannya tiba-tiba mengimbau kembali kenangan sewaktu pertama kali mereka bertemu. Huanhuan yang berdiri di hadapannya ketika itu dengan bermurah hatinya telah memberikan seekor kuda yang luar biasa kepada Chu Qiao sambil menghayunkan penumbuknya. Dia juga telah menegaskan selepas perang tamat, Chu Qiao harus membawanya ke Empayar Tang. Dia juga telah menuding jarinya kepada kuda Ah Tu untuk dijadikan sebagai saksi. Dia begitu comel dan naif seperti angin yang menyegarkan dan selalu ditemui di Yan Bei.

"Saya benci awak!" Dia memuntah darah sekali lagi. Huanhuan menjerit dengan kuat sehingga suaranya berubah lembut, "Xiaohe, Xiaohe..."

Xiaohe, Huanhuan nak kahwin dengan awak tetapi awak pergi ke mana?

Xiaohe, saya datang untuk mencari awak. Awak harus perlahan-lahan kerana kaki saya cedera. Awak perlu dukung saya.

Xiaohe, saya tak bersarapan lagi, boleh tak awak panggang daging kambing biri-biri untuk saya?

Xiaohe, Xiaohe, Xiaohe...

Suara Huanhuan akhirnya hilang. Dia terbaring di tanah yang sejuk dan skirt merahnya itu kelihatan seperti bunga yang mekar. Dia masih muda, hanyalah berumur 20 tahun dengan matanya yang kelihatan sangat jelas dan kulitnya nampak begitu putih. Namun, dia sudah tidur buat selamanya di tempat yang dia telah berikan seluruh jiwanya.

Hati Chu Qiao telah luluh sepenuhnya. Satu demi satu gelombang telah membinasakannya. Wanita itu lalu mengetap bibirnya dan berdiri di situ sambil memandang tubuh Huanhuan dengan senyap. Dia terasa seolah-olah telah dilemparkan ke dalam kegelapan yang tiada penghujungnya.

'Yan Xun, apa yang awak dah lakukan?'

"Cik Puan!" He Xiao melangkah ke hadapan dengan raut wajah kosong sebelum melaporkan, "Dia dah sampai."

He Xiao sudah tidak sanggup menggelarnya dengan gelaran 'Tuanku' lagi. Chu Qiao perlahan-lahan menoleh dan melihat pasukan tentera yang telah berpecah kepada dua. Sinaran matahari bersinar pada tentera hebat yang kelihatan seperti lautan menghitam. Maharaja muda itu dikelilingi para askarnya dan dengan jubah hitamnya yang dipenuhi dengan naga emas, rambut hitamnya kini diikat. Dengan renungan yang dingin, dia mengecilkan matanya dan memandang mereka dengan senyap. Sudah dua tahun dia tidak bertemu dengan pemuda itu lagi. Namun, Chu Qiao berasa seperti dia tidak pernah bertemu dengannya. Dia tidak lagi mengenali lelaki yang di hadapannya ini. Penampilannya, identitinya, kelakuannya, auranya, tiada satu pun yang nampak sama bagi Chu Qiao. Pada saat itu, barulah Chu Qiao faham lelaki di hadapannya ini adalah Maharaja Yan Bei dan bukannya pemuda yang tidak mempunyai apa-apa dan hanya bergantung pada seorang gadis kecil sewaktu di Bandar Zhen Huang dulu.

"Ah Chu," Suaranya yang dalam bergema di dalam dataran yang senyap sunyi bersama bunyi desiran angin ini.

Setelah melihat Chu Qiao dari kejauhan, mereka sudah tidak dapat meneka perasaan yang terdapat pada Yan Xun melalui matanya. Dua tahun telah berlalu di antara mereka berdua dan pada akhirnya, mereka bertemu dalam keadaan sedemikian. Mungkin ini tiada kaitannya dengan takdir. Sikap mereka terhadap kehidupan dan kepercayaan yang mereka curahkan telah lama ditentukan. Hati Yan Xun kelihatan seperti dataran tandus yang luas bersama angin yang menderu. Apabila melihat Chu Qiao seolah-olah ingin mengatakan sesuatu, tetapi akhirnya, dia menelan kata-katanya itu. Dia bertanya dengan aura seorang maharaja, "Awak nak bermusuh dengan saya disebabkan orang yang langsung tak berkaitan dengan kita ke?"

Chu Qiao tersenyum sinis.

'Tanpa Encik Wu, bagaimana mungkin awak boleh mengakses semua kekayaan Yan Bei semasa awak masih ditahan di dalam bandar Zhen Huang serta luaskan tentera awak?'

'Tanpa Cik Puan Yu, bagaimana mungkin awak dapat melepaskan diri dari Bandar Zhen Huang dan menjadi Raja Yan Bei, yang akhirnya memerintah sebahagian besar dunia?'

'Huanhuan merupakan darah daging awak yang terakhir. Dia telah mempercayai awak selama ini, mengikuti awak dengan setia dan juga satu-satunya adik awak.'

'Mungkin satu hari nanti saya juga akan menjadi seorang yang tidak berkaitan dengan awak?'

Selain daripada senyuman sinisnya itu, Chu Qiao tidak tahu ingin menunjukkan sebarang reaksi lain. Dia berasa seolah-olah telah berubah menjadi anak patung yang hatinya sudah dirobek-robek. Lantas dengan penuh dingin, wanita ini merenung lelaki yang telah menghabiskan segala tenaganya untuk mencintainya dan melindunginya. Dia hanya merasakan semua kenangan masa lalunya kelihatan seperti mimpi, ilusi atau cebisan imaginasinya.

Dia telah menukarkan kesetiaan dan perasaan cinta wanita ini kepada situasi mereka kini. Lelaki yang telah bersumpah kepadanya dia akan mencintainya, melindunginya sepanjang hidupnya kini mengacukan pedangnya ke arahnya. Pengawasan, keraguan, mengambil kesempatkan ke atas dirinya, memulaukannya, itu semua merupakan balasan Yan Xun kepada Chu Qiao. Dia telah melemparkan segala kekayaan dan kemewahannya kepada Chu Qiao, mengumpannya seperti mengumpan anjing, tetapi dia tidak tahu segala kemewahan tidak lagi berharga daripada najis haiwan atau rumput di ladang. Kepercayaan yang dipegang oleh Chu Qiao hanyalah sebuah ilusi baginya dan telah menjadi sebuah penipuan yang telah disebarkan kepada rakyat. Kalau dia seorang Maharaja pun kenapa? Kalau dia dihormati oleh semua pun kenapa? Di mata Chu Qiao, dia akan selama-lamanya menjadi seorang lelaki yang begitu rapat dengannya sehingga dia dianggap seperti satu pemberian kepada Yan Xun, tetapi tetap mengkhianatinya di saat akhir.

Pemuda itu telah menyalahkan Chu Qiao kerana telah terjatuh cinta pada lelaki lain, tetapi mana mungkin wanita ini akan mencari yang lain jika tanpa lelaki itu tidak memaksanya dan mempergunakannya. Dia sendiri yang telah menolaknya jauh ke tepi dan memaksanya mengenali hatinya sendiri. Bagaimana mungkin ini merupakan kesalahannya sehingga dia mengkhianatinya?

Yan Xun, saya mengambil masa selama sepuluh tahun untuk mengenali diri awak yang sebenar dan begitu juga perasaan saya yang sebenar. Kenangan lalu tidak lebih daripada memori dan saya juga tidak rindu kepada awak. Yang ada hanyalah perasaan sedih dan kekesalan yang tiada penghujungnya.

"Ah Chu, awak dah lupa janji-janji kita dulu ke?" Suara Yan Xun yang dingin kedengaran di telinga Chu Qiao. Chu Qiao tersenyum sinis dan mengangkat keningnya untuk mencemuh sambil menjawab dengan selamba, "Oleh sebab awak dah mengabaikan impian kita, mengapa pula saya perlu patuh pada janji saya?"

Kata-kata itu menusuk-nusuk ke dalam hati Yan Xun seperti anak panah berduri lalu menyebabkan kesakitan yang teramat sangat.

Akhirnya, wanita itu telah mengatakannya. Pada masa dahulu, sekalipun dia tercedera atau berasa marah, dia akan memendam segala yang terbuku di dalam hati dan menghadapi segalanya secara senyap. Namun, akhirnya, dia berjaya mengatakannya juga.

"Yan Xun, mulai dari saat ini, kita akan buat haluan masing-masing dan tidak mempunyai sebarang hubungan lagi. Tak kiralah apa yang berlaku kepada awak sekalipun, sama ada awak menang dalam pertarungan awak dan menjadi seorang Maharaja atau ditewaskan sehingga kuasa awak dirampas, kita berdua dah tidak mempunyai sebarang hubungan lagi. Pada masa yang sama, hal saya tak ada kena mengena dengan awak dan saya tak perlu minta kelulusan awak." Pakaian Chu Qiao mengepak-ngepak tatkala ditiup angin. Dengan wajah yang dingin, Chu Qiao betul-betul tidak berperasaan sewaktu mengujarkannya. Renungannya sedingin puncak gunung yang diliputi salji dan dengan dinginnya dia menolak segala perasaan di dunia ini lalu menyingkirkannya pergi dari hatinya.

Pada masa itu, Yan Xun tiba-tiba tersedar yang dia mungkin akan kehilangan Chu Qiao buat selama-lamanya. Pemikirannya itu telah membuatkan pemuda ini berasa panik, tetapi dia masih mengekalkan ketenangannya dan dengan suara yang dalam, dia mempersoalkan, "Ah Chu, bagaimana mungkin awak lupakan hubungan kita pada masa lalu?"

"Yan Xun, jangan sebut perkataan 'hubungan' itu lagi." Dengan sikap tidak peduli, Chu Qiao menatapnya sebelum meneruskan kata-katanya dengan tenang, "Awak tak layak bercakap tentangnya."

Dalam peredaran masa yang cepat, pandangan mereka mencipta satu percikan takdir. Dalam tempoh 11 tahun, anak benih boleh bercambah menjadi besar dan sebuah era yang baru boleh tercetus, membolehkan kebangkitan empayar baharu. Masa tidak mempedulikan emosi, seperti pisau panas yang melewati segala perhubungan dan memori mereka sama seperti mentega.

Pada masa ini, sekumpulan helang pertempuran yang bersorak di langit menutupi matahari lalu membuatkannya menjadi gelap buat seketika. Dengan itu, 20,000 orang tentera maharaja menghunuskan pedang mereka. Manakala, para Tentera Xiuli yang seramai 9,000 orang itu hanya berdiri dalam formasi yang kemas dan memandang pasukan tentera Yan Bei tanpa berperasaan. Angin mula bertiup kencang, seolah-olah menyanyikan sebuah lagu upacara keagamaan. Dengan perasaan membunuh yang meresap ke udara, burung helang itu pun sudah tidak dapat menangani situasi ini lagi lalu mula melarikan diri. Hanya burung hering sahaja yang mengintai dengan penuh gembira sambil menunggu pesta pembunuhan ini tamat untuk mengadakan jamuan mereka tersendiri.

Yan Bei, kamu bukan ditakdirkan untuk menjadi kampung halaman saya. Saya telah berjuang demi kamu sebanyak yang mungkin, tetapi saya selamatkan kamu dari satu bencana dan membawa bencana yang lain.

Angin yang bertiup pada tubuh wanita itu membuatkan penglihatannya seolah-olah menjadi kabur. Dunia ini sebegitu luas, jadi mengapa pula dia harus menumpukan segala perhatiannya hanya pada satu tempat? Apabila hatinya membeku, siapa lagi yang boleh menyakitinya?

Ah Chu, saya akan melindungi awak...

Pada suatu hari, terdapat seseorang yang sering berbisik di telinganya.

Ah Chu, percayalah.

Dia menutup matanya, dan menahan air matanya yang terakhir. Apabila dia membuka matanya semula, pandangannya sudah jelas. Di bawah langit yang luas terbentang bersama helang yang berlegar-legar, sedekad sudah pun berlalu dengan pantas. Pada masa ini, siapa yang menderita? Siapa yang hanya memandangnya?

'Yan Xun, selamat tinggal.'


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C202
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login