Download App
65.06% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 190: Bab 190

Chapter 190: Bab 190

Editor: EndlessFantasy Translation

Pasukan pemanah terus menuju ke Rabung Songlu. Tiada siapa yang tahu kenapa mereka pergi ke sana dan tiada siapa juga yang tahu kenapa selepas mereka masuk ke dalam, mereka tidak keluar semula. Ini adalah kerana dua kumpulan tentera yang telah dihantar untuk mencari mereka juga hilang.

Perjalanan, kekalahan, penghapusan, kehilangan… Berita itu datang satu demi satu kepada Yan Xun yang menyebabkan ekspresi mukanya menjadi gelap. Para jeneral yang duduk di sekeliling meja juga merasakan seperti sedang duduk di atas pin dan jarum. Tiba-tiba, seorang jeneral yang sudah agak berusia bertanya, "Saya tertanya-tanya…patut ke kita letakkan askar-askar kita di satu tempat saja? Memisahkan mereka kepada banyak kumpulan nampaknya terlalu berisiko."

"Kelakar betul!" Ah Jing turut hadir di dalam perjumpaan tersebut walaupun kedudukannya jelas tidak setinggi Cheng Yuan. Pemuda itu yang sedang duduk jauh dari orang ramai berkata, "Musuh kita hanya 300 orang saja. Kita dah kumpulkan 100,000 orang untuk menghantar mereka pulang. Kenapa kita perlu menggabungkan pasukan kita hanya kerana perbezaan kekuatan yang ketara itu?"

Jeneral tua itu cuba menerangkan, "Tetapi musuh kita itu mempunyai kemampuan berlawan yang sangat kuat dan setiap seorang dari mereka dapat berhadapan dengan seratus orang…"

"Saya juga tidak bersetuju kalau kita kumpulkan pasukan kita pada satu tempat sahaja." Cheng Yuan menegaskan pendapatnya dengan menjelaskan lagi, "Kawasan ini luas dan sunyi, ditambah pula dengan keadaan ribut salji sekarang ini, mereka pasti sedang bersembunyi dan kita tak mungkin akan dapat mencari mereka. Kalau kita mengumpulkan 100,000 orang kita, ia akan membuatkan kita lebih senang untuk dijumpai. Tuanku, kami mencadangkan supaya kita membuat pengepungan. Selagi kita menghalang semua jalan keluar, saya percaya lambat-laun mereka akan berhadapan dengan kita juga."

"Jeneral Cheng yang bijaksana, saya rasa awak dah terlupa tentang pertempuran di Caoqui? Awak bercakap perkara yang sama pada masa itu." Ah Jing melirik matanya yang dingin ke arah Cheng Yuan sambil mengejek, "Kita akan menghalang semua jalan, mengerakkan semua pasukan kita dan juga menjaga semua jalan yang kecil dan kotor. Jeneral, pada masa itu awak dah bersumpah seekor tikus pun tak akan dapat melepaskan diri dari halangan itu. Namun selepas sebulan, Zhuge Yue dengan gembiranya makan dan tidur dengan mewah di Sempadan Yanming sementara kami semua kepenatan."

Muka Cheng Yuan berubah kelam selepas dia mendengar kata-kata itu namun dia tidak bercakap banyak dan hanya berpaling untuk menghadap Yan Xun sahaja. Semua orang tahu pertempuran di Caoqui adalah topik terlarang buat Yan Xun. Walaupun Cheng Yuan dipersalahkan, tetapi sebagai seorang komander yang pangkalan utamanya telah diserang, Yan Xun yang sepatutnya dipertanggungjawabkan. Namun, Yan Xun tidak menunjukkan sebarang ekspresi mukanya dan berpura-pura seperti dia tidak mendengar apa-apa, matanya dingin tanpa sebarang emosi.

Ah Jing yang berpakaian perisai berat itu menolak meja kecil di hadapannya dan melangkah ke hadapan. Dengan suara yang dalam dia bercakap dengan Yan Xun, "Tuanku, Zhuge Yue hanya mempunyai kira-kira 300 orang tentera tapi dia berjaya korbankan lebih 3000 orang kita. Dia tidak boleh melarikan diri begitu sahaja. Mayat tentera-tentera Xia yang tak ditemui itu adalah kerana telah dibawa pergi olehnya. Ini akan menghalang keupayaan bertempur mereka yang pada asalnya berjumlah kecil. Kami ingin membawa 1000 orang pasukan kita untuk mengejarnya dan saya akan pastikan misi kita tercapai."

Mata Yan Xun kelihatan seperti laut yang dalam, dingin dan tenang ketika dia melihat wajah Ah Jing. Angin yang bertiup kuat diluar menerbangkan kepingan salji yang jatuh namun tidak dapat menandingi kedinginan di dalam mata Yan Xun. Dia memikirkan kebaikan dan keburukannya dengan berhati-hati seperti seekor serigala yang memimpin kumpulannya.

Ah Jing? Keupayaan Ah Jing memang tidak dapat dinafikan dan penindasannya terhadap pemuda itu sebelum ini telah melatih dirinya untuk mengawal kemarahannya. Sekarang, Ah Jing meminta untuk bertarung bagi membuktikan dirinya sekali lagi. Namun, dia masih tidak boleh dipercayai sepenuhnya kerana dia sangat rapat dengan Chu Qiao. Apa yang akan berlaku sekiranya perkara ini diketahui oleh Chu Qiao?

Khemah itu tenggelam dalam kesunyian semasa setiap pasang mata sedang melihat Yan Xun untuk menerima arahan yang seterusnya. Masa terasa berlalu dengan perlahan. Tiba-tiba, terdengar bunyi kuda perang sedang mendengus dan lantas Ah Jing berlari keluar untuk melihat 200 ekor kuda sedang berlari menuju ke khemah utama bersama dengan ketua komandernya yang berlumuran darah dan menjerit, "Kami telah menangkap ketua musuh!"

Pada masa itu, semua orang di dalam khemah terkejut. Peluh menitik di kening Yan Xun dan matanya mula bercahaya seolah-olah sesuatu yang diharapkan kini terjadi.

Seluruh langit kelihatan putih apabila ia menurunkan saljinya yang tebal. 500 orang tentera daripada pasukan berkuda telah menuju ke lokasi mencari musuh tetapi yang kembali tidak lebih dari 300 orang. Dari situ boleh dilihat semangat peperangan sangat mendalam. Komander kumpulan itu, Lu He yang dilumuri darah apabila bahunya telah ditikam dek anak panah itu melompat turun dari kudanya dan melutut di hadapan Yan Xun sambil melaporkan, "Tuanku, kami telah berjaya menyelesaikan misi yang diberikan kepada kami dan kami telah menangkap ketua pasukan Barat Laut Xia iaitu Zhuge Yue."

Orang ramai bersorak kegembiraan selepas mendengar kata-katanya itu. Pada tahun lepas, tentera Yan Bei telah banyak menderita kerana Zhuge Yue, si pemuda yang kelihatan seperti tidak dapat dikalahkan dalam mengatur strategi dan dia tidak pernah berlawan secara konvensional sebelum ini. Pemuda itu sangat berani dengan bantuan para jeneralnya yang cemerlang di bawah pemerintahannya, telah berlaku tegas ketika memberi arahan kepada tenteranya yang setia itu. Zhuge Yue juga merupakan penyebab utama Yan Bei selalu kalah dalam pertempuran mereka. Tambahan pula, Zhuge Yue telah mendapat sokongan padu daripada keluarga bangsawan terhormat Xia dalam peperangan ini dan kehadirannya dalam pertempuran itu telah memberi kesan yang besar kepada peperangan ini. Yan Xun kelihatan tidak terlalu gembira jika dibandingkan dengan orang lain. Dia memandang Lu He sambil mengarahkan, "Bawa dia masuk ke dalam."

"Bawa dia masuk ke dalam!" Lu He menjerit dan dengan segera seseorang terus membawanya masuk. Lelaki itu berjubah ungu sambil memakai aksesori mewah yang luar biasa. Kakinya dipenuhi luka kerana ditikam dengan enam anak panah, membuatkan dia tidak mampu berdiri lagi. Ketika melihat Yan Xun, dia mengangkat kepalanya perlahan-lahan dengan lirikan mata yang dingin lalu tersenyum, "Putera Yan, sudah lama kita tidak berjumpa."

Yan Xun mengerutkan keningnya dan berkata dengan perlahan, "Yue Qi?"

"Ingatan Putera Yan ini sangat baik. Tak hairanlah yang awak ini boleh merancang banyak rancangan yang lemah untuk berperang dengan tuan saya." Yue Qi ketawa. Luka di mukanya terbuka luas. Apabila dia tersenyum, wajah yang dahulunya tampan kini kelihatan seperti syaitan.

Yan Xun langsung tidak terkesan dengan kata-kata lelaki itu malah dia bertanya dengan dingin, "Zhuge Yue di mana?"

Yue Qi ketawa terbahak-bahak seolah-olah dia baru saja mendengar jenaka yang paling lucu. Dia bertanya, "Putera Yan ini sudah gila ke? Macam mana awak boleh tanya soalan bodoh begitu?"

"Bawa dia keluar dan penggal kepala dia!" Yan Xun berpaling dan memberi arahan, lantas para pengawal peribadi Yan Xun mengerumuni Yue Qi untuk membawanya keluar. Suara Yue Qi kedengaran dari belakang seperti dia langsung tidak mempedulikannya, "Yan Xun, kamu itu bukannya seorang askar! Kamu hanyalah seorang lelaki kejam yang selalu bermain kotor! Kamu tidak setanding untuk menjadi lawan tuan saya! Saya akan pergi dulu dan tunggu kamu di akhirat!"

"Ya ke?" Suara Yan Xun dingin dan tajam seperti jam purba yang telah berkarat sebelum pemuda itu berpaling ke belakang dan dengan pandangan yang tajam, dia membalas, "Pergi dan tunggu siapa yang datang dahulu." Ekspresi Yan Xun yang sedang berdiri di tengah ribut salji itu bertukar gelap.

"Tuanku," Lu He dengan cemas berkata, "Hamba Tuanku ini harus dipersalahkan kerana saya telah diperdaya oleh dia. Tapi sekarang ini saya dah tahu di mana Zhuge si anjing itu telah melarikan diri. Saya akan pergi mengejarnya sekarang."

Yan Xun yang melihatnya sekali pandang ternampak akan pedangnya lalu dia berkata, "Berikan itu kepada saya."

Lu He sangat terkejut lalu dengan pantas dia menyerahkan pedang itu kepada Yan Xun, menjelaskan sambil dahinya dipenuhi dengan peluh, "Pedang ini digunakan oleh lelaki itu. Saya…saya baru saja nak berikannya kepada Tuanku."

Pedang milik Zhuge Yue, Pemecah Bulan itu berukuran empat kaki, disaluti dengan warna hijau pucat dan merah pudar seperti darah. Yan Xun sangat mengenali pedang tersebut.

"Sun Cai, bawa pedang ini dan kejar Cik Puan Chu. Dia sepatutnya dalam perjalanan pulang ke Shangshen. Beritahu dia Zhuge Yue dah menyerang simpanan bekalan makanan di Yuegong dan kebetulan saya berada di Yuegong pada ketika itu. Pengawal peribadi saya dah diserang dan saya juga telah dipukul beberapa kali. Sekarang saya sedang dikepung. Minta dia kembali ke Bandar Yuegong dengan segera untuk memberi bantuan. Ingat, kamu mesti berjalan melalui Gunung Nanhe untuk menunjukkan kamu baru sahaja melarikan diri dari bandar Yuegong, faham?"

Jeneral muda tersebut melutut ke tanah sambil berkata, "Saya faham Tuanku."

"Nian Qing, kamu akan menuju ke Bandar Yuegong dan sampaikan arahan saya kepada garison di sana mereka perlu bergerak dalam masa satu hari dan suruh mereka berpura-pura seperti sedang dikepung."

"Baiklah, saya akan pergi sekarang."

"Cheng Yuan, kumpulkan Pasukan Tentera Helang Hitam dan bergerak ke Yuegong dalam lima kumpulan. Ikut belakang Cik Puan Chu dan berpura-pura seperti mahu menyerangnya tapi jangan sampai menyentuh pasukannya. Buat seperti kamu sedang mengejarnya. Faham?"

"Faham. Tuanku."

"Qi Zhi, kamu akan ikut Nian Qing dan pergi ke Yuegong. Dalam perjalanan nanti kamu perlu memaklumkan kepada semua bandar di sepanjang jalan untuk menutup pintu bandar mereka dan bersedia untuk membuat kepungan."

"Ya!"

"Huo An!"

"Hamba di sini, Tuanku." Seorang tentera yang berpakaian seragam Pasukan Tentera Xiuli berdiri di sebelahnya. Tiada siapa yang dapat melihat wajahnya ketika itu kerana dia menundukkan kepalanya. Askar itu menjawab dengan penuh rasa hormat, "Tolong beri saya arahan."

"Kamu akan ikut Lu He. Selepas berjumpa dengan Zhuge Yue, saya percaya kamu tahu apa yang perlu dilakukan."

Huo An berlutut di atas tanah dan menjawab dengan tegas, "Hamba faham. Hamba takkan mengkhianati kepercayaan dan harapan Tuanku."

Selepas semua pasukan bergerak keluar, Yan Xun bergerak ke tempat asalnya sebelum memanggil perlahan, "Ah Jing."

Ah Jing lantas berjalan ke arahnya dengan pantas dan bertanya, "Hamba di sini Tuanku. Tolong berikan saya arahan."

"Pergi ke Empayar Song dan periksa jadual penghantaran makanan yang seterusnya untuk tentera kita yang akan berakhir pada musim bunga nanti."

Ah Jing lantas terkejut dan dengan rasa tidak percaya dia bertanya, "Sekarang ke?"

"Ya." Yan Xun berpaling dan dengan pandangannya yang tajam dia menjawab perlahan, "Sekarang."

Yan Xun yang berjubah hitam sedang berdiri dalam kesejukan angin yang bertiup tanpa henti seolah-olah dia langsung tidak terkesan dengan segala kejadian yang baru sahaja berlaku itu. Persekitaran lantas menjadi gelap apabila sang matahari telah diselindungi dek awan tebal, membuatkan ia tampak seperti syurga juga sedang menantikan sebuah pertempuran hebat yang akan berlaku tidak lama lagi.

Chu Qiao yang menjangkakan ribut salji akan berlaku tidak lama lagi baru sahaja selesai menyediakan tempat berehat supaya pasukannya dapat bermalam apabila tiba-tiba wanita ini terdengar sebuah bunyi ringkikan kuda yang datang dari arah utara. He Xiao pergi untuk memintas lelaki tersebut dan tidak lama kemudian, dia pulang membawa seorang jeneral muda. Lelaki itu dilumuri darah dan rambutnya juga kelihatan kusut masai namun pemuda itu terus berasa gembira ketika dia melihat Chu Qiao seolah-olah dia baru saja berjumpa dengan saudaranya yang sudah lama hilang. Dia melompat ke tanah sambil menjerit dengan kuat, "Cik Puan Chu, akhirnya saya jumpa Cik! Tolonglah bawa pasukan Cik Puan dengan segera dan selamatkan Tuanku sebelum terlambat!"

Pedang Can Hong Chu Qiao serta-merta terlepas dari genggaman tangannya lalu terjatuh ke tanah, matanya terbuka luas dan lantas bertanya sambil berjalan ke arah jeneral tersebut, "Apa yang kamu cakapkan ini? Tolong ulang sekali lagi!"

"Si anjing Zhuge Yue itu diam-diam dah membawa orang-orangnya ke wilayah Yan Bei dan membakar simpanan bekalan makanan di bandar Yuegong. Kebetulan Tuanku berada dekat kawasan itu dan apabila Tuanku tahu mengenainya, dia dah membawa 200,000 orang tentera untuk mengawal keadaan itu. Tetapi sekarang dia terperangkap oleh Zhuge Yue dan mengalami kecederaan yang teruk sehinggakan dia tidak dapat menunggang kudanya. Setakat ini, kekuatan tentera Xia seramai 50,000 orang telah memerangkap Tuanku di bandar. Hamba ini membawa bersama 300 orang kita untuk melaporkan keadaan semasa kepada Cik Puan. Dalam perjalanan tadi, semua orang telah mati kecuali saya seorang."

Chu Qiao mengerutkan dahinya dan bertanya, "Macam mana pula 50,000 orang tentera Xia tiba-tiba muncul di tengah-tengah Yan Bei? Tolong jelaskan kepada saya!"

Wajah suram lelaki itu berubah menjadi sedih dan sambil menangis dia berkata, "Hamba pun tak tahu akan hal itu. Mereka seolah-olah dah turun dari langit! Zhuge Yue itu sangat mahir dengan pedangnya sehinggakan dia telah melukakan dada Tuanku dengan sekali serangan sahaja. Tuanku mungkin dah mati kalau Ah Jing tak selamatkan dia. Seorang jeneral bernama Yue Qi tah serang pintu gerbang bandar sebanyak tiga kali. Semua tentera telah mati…" Sun Cai mula mengalirkan air matanya ketika dia menceritakan adegan berdarah tersebut, kemudian pemuda itu mengambil pedang yang tersemat di pinggangnya lalu diberikan kepada Chu Qiao. "Ini pedang Zhuge Yue. Dia dah serang bahu Tuanku dengan pedang ini tapi dia tak dapat menariknya keluar kerana tersangkut di tulang bahu Tuanku."

Chu Qiao berasa sangat terkejut. Wanita ini sangat mengenali pedang itu ketika dia memegangnya sementara cuba sedaya upayanya untuk mengawal rasa keinginan yang menggeletar dengan memegang erat pedang itu. Pandangan matanya dingin seolah-olah matanya dipenuhi salji.

Zhuge Yue, sanggup dia berbuat begitu? Dia pernah berkata kali ini dia tidak datang ke sini untuk berperang. Kalau begitu, bagaimanakah dia boleh membakar simpanan bekalan makanan di Yuegong dan mencederakan Yan Xun? Tapi, apa sebenarnya yang terjadi? Darah siapakah di Pedang Pemecah Bulan ini?

"Cik Puan! Kalau Cik Puan tak cepat, semuanya mungkin terlambat!" Sun Cai melutut dan merayu.

Sambil menghela nafas panjang, Chu Qiao merasakan seperti darahnya mula membeku. Jika sesuatu berlaku pada Yan Xun, bukankah segala kesalahan akan terletak pada dirinya? Dengan cekap wanita ini terus menunggang kudanya dan memaklumkan kepada orang bawahannya, "Bersiap! Kita akan menuju ke Yuegong!"


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C190
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login