Download App
58.9% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 172: Bab 172

Chapter 172: Bab 172

Editor: EndlessFantasy Translation

"Baiklah," jawab Chu Qiao dengan tenang. Chu Qiao menyandarkan kepalanya di bahu lelaki itu dan merasakan seolah-olah dia sangat bertuah.

Dada Yan Xun turun naik perlahan-lahan tatkala dia menjawab, "Saya akan sentiasa melayan awak dengan baik."

Chu Qiao tersenyum kecil dan mengangguk sedikit. "Saya akan sentiasa mempercayai awak."

Di dalam bilik ini, segala jenis bunyi tidak kedengaran lagi. Di sebalik tirai sutera yang nipis, kadang-kadang akan terdengar bunyi jam pasir. Bunyi pasir yang jatuh kedengaran seperti bunyi kosak-kosek ulat sutera yang sedang makan daun pokok Mulberi sewaktu musim bunga.

"AhChu, selepas selesai perang di timur, jom kita kahwin."

Chu Qiao mengangkat kepalanya dan mereka berdua saling berpandangan. Renungan mereka kelihatan suci dan hangat. Seolah-olah mereka tiba-tiba kembali ke masa lampau, apabila budak lelaki itu memandang budak perempuan tersebut sambil bersumpah, "Saya pasti akan bunuh sesiapa yang berani menyakiti awak!"

Pada ketika ini, Yan Xun memeluk Chu Qiao erat sambil berkata dengan lembut, "AhChu, segala kekecohan dah berakhir dan kita masih bersama."

Ya, semua orang akan berubah tetapi bukan kita berdua.

"Ya." Sebuah senyuman yang manis terukir di bibir Chu Qiao. Dia memeluk tubuh lelaki muda itu dengan erat, seolah-olah hanya dengan bernafas sudah memuaskan hatinya. 'Saya akan sentiasa mempercayai awak. Selama-lamanya.' Tiupan angin membelai dua orang yang saling berdakapan tersebut, sambil membuatkan tirai berkibar dan api lilin berkelip-kelip. Satu suasana yang penuh ketenangan.

Yan Xun kembali dan sementara mereka berdua sedang makan, Chu Qiao melihat Feng Zhi tergesa-gesa membungkuskan sesuatu untuk Yan Xun. Dia bertanya dengan bersahaja, "Awak nak pergi dah ke?"

Yan Xun mengunyah makanannya sambil membuka surat dari timur. Dia dengan tenangnya mengangguk, "Ya, tak lama lagi."

"Biar saya pergi bersama awak."

Yan Xun meletakkan surat itu dan mendongakkan kepalanya. Kemudian dengan tegasnya dia berkata, "Kawasan Timur akan menghadapi peperangan dan pertempuran yang tak berkesudahan, terutama kini apabila Tentera Xia jauh lebih kuat daripada sebelumnya. Tubuh awak juga tak begitu sihat, jadi saya tak sanggup bawa awak mengembara sejauh ini dengan saya. Memandangkan keadaan di Yan Bei ini aman, saya rasa awak patut tinggal di sini saja."

Chu Qiao berkerut dan membidas dengan cemas, "Saya dah hampir pulih. Biarkan saya ikut awak. Saya boleh bantu awak, saya boleh... "

"AhChu, saya tak pernah meragui kebolehan awak, tapi dah tiba masanya awak berehat." Yan Xun kedengaran tegas sewaktu mengucapkan kata-kata ini. Dia merenung gadis itu dengan tajam lalu berkata, "AhChu, sudah banyak yang awak tempuhi. Serahkan saja perkara selebihnya kepada saya. Awak ragu-ragu dengan saya?"

Pada saat itu, Chu Qiao terkaku disebabkan perasaan yang bercampur-aduk di dalam hatinya. Tangan yang memegang penyepit itu menggeletar sedikit dan genggamannya hampir terlepas. Dia menghela nafas panjang sebelum menjawab perlahan-lahan, "Saya hanya bimbang tentang awak."

Raut wajah Yan Xun menjadi kurang serius dan dia menghulurkan tangannya di atas meja. Dia tersenyum lembut sambil memegang tangan gadis itu. "Jangan risau."

Chu Qiao tersenyum lembut, tetapi dia tidak tahu bagaimana ingin membalas kata-kata itu. Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu. Semenjak Yan Xun kembali, dia tidak sempat bertanya tentang hal ehwal ketenteraan. Pada ketika ini, kedudukan kasar pasukan tentera Xia sekalipun tidak diketahuinya.

Meskipun ada pendiangan yang hangat di dalam bilik itu, angin sejuk yang bertiup di luar tetap membuatkan keadaan terasa sejuk. Yan Xun suka makan buah berangan, jadi apabila Chu Qiao tidak ada apa-apa untuk dilakukan, dia akan mengupas buah berangan untuk Yan Xun. Sekarang, seluruh bilik itu semerbak dengan haruman manis buah berangan. Di sisi katil, di meja dan di mana-mana sahaja di setiap sudut bilik yang mudah dicapai, ada mangkuk yang berisi buah berangan yang telah dikupas.

Selimut yang tebal dan lembut itu disulam dengan lambang naga emas. Katil itu cukup besar sehingga tujuh atau lapan orang boleh tidur di atasnya. Chu Qiao mula mengemas katil Yan Xun. Hatinya amat tenang. Mungkin hanya dengan melakukan sesuatu untuk Yan Xun, barulah Chu Qiao benar-benar senang hati.

Terdengar bunyi tapak kaki dari arah belakang. Chu Qiao tidak berpaling dan dengan berkata dengan bersahaja, "Air mandian sudah dipanaskan. Awak boleh..." Tiba-tiba, dia dipeluk dari belakang. Nafas lelaki itu dapat dirasakan di lehernya yang putih suci. Chu Qiao terus berdiri tegak dan ketawa kecil sambil menolak Yan Xun dengan perlahan. "Jangan main-mainlah. Saya sedang kemas katil ini."

"Siapa sangka Mahaguru Chu Qiao yang berani juga akan melakukan perkara remeh seperti ini."

Menyedari yang lelaki itu sedang mengusiknya, Chu Qiao sengaja melayannya, "Sampai hati awak. Sudah hampir sepuluh tahun saya jaga awak. Tapi awak masih menganggap saya sebagai seorang dewi perang dan tak tahu apa-apa selain peperangan."

Yan Xun tertawa. "Mana ada. Saya hanya menyatakan nasib baik saya saja."

Chu Qiao berpaling dan bergurau, "Jadi biarlah saya ikut awak! Dengan cara itu bolehlah saya jaga awak."

Sambil memandang Chu Qiao, wajah Yan Xun bertukar menjadi serius lagi. Lama dia merenung Chu Qiao sebelum bertanya, "AhChu, awak tahu tak apa impian utama saya?"

Chu Qiao mengangkat kening tetapi tidak menjawab apa-apa.

Nampaknya Yan Xun juga tidak mahu Chu Qiao menjawab apa-apa dan terus bermonolog, "Selama ini, apabila saya melihat bagaimana awak berjuang bermati-matian demi saya, saya bersumpah dalam diri saya yang suatu hari nanti apabila saya berkuasa, saya akan pastikan yang awak tak akan dianiaya atau dilukakan lagi. Saya akan pastikan awak dapat layanan terbaik dan hidup bahagia selamanya, serta menikmati kehidupan yang diimpikan oleh setiap wanita. AhChu, saya seorang lelaki. Daripada membiarkan awak ke medan perang bersama saya, saya mahu melihat awak mengemas katil dan memasak untuk saya."

Raut wajah Yan Xun kelihatan sangat tenang, tetapi renungannya nampak serius. Sambil memandang lelaki itu, Chu Qiao berasa sukar untuk menggambarkan perasaannya pada saat itu. Dia menundukkan kepalanya, perasaan yang bercampur-baur muncul di dalam hatinya. Akhirnya dia menghulurkan tangannya dan memeluk pinggang Yan Xun sambil berbisik, "Saya tahu. Saya akan tunggu awak di sini. Awak mesti kembali dengan selamat."

Suara Chu Qiao kedengaran lembut seperti biasa dan Yan Xun berasa tersentuh. Dia tidak dapat menahan diri daripada menghulurkan jari-jemarinya. Dia memegang dagu Chu Qiao, mendongakkan kepala gadis itu sambil merenung matanya. Setelah itu, mereka perlahan-lahan menghampiri satu sama lain dan saling berciuman. Tangan Yan Xun merangkul pinggang Chu Qiao dengan erat dan dalam ciuman yang penuh keghairahan itu, terdengar bunyi mendesah yang lembut. Bunyi itu begitu menggoda, seolah-olah boleh meruntuhkan kewarasan Yan Xun.

Nafas Yan Xun mula tersekat-sekat dan dia merasakan darahnya mula tertumpu di bahagian bawah anggota badannya. Tangannya yang besar mengusap-usap belakang badan gadis itu, tetapi hatinya menginginkan sesuatu yang lebih lagi. Sentuhan di bibir tidak lagi cukup untuk memuaskan Yan Xun, seolah-olah keinginannya semakin bertambah. Katil besar itu dapat dilihat di sebalik tirai sutera dan memancarkan satu tarikan yang luar biasa bagi Yan Xun. Dia mengangkat Chu Qiao dan membaringkan gadis itu di atas katil.

Sebaik sahaja dirinya menyentuh katil itu, Chu Qiao mulai berasa panik dan tiba-tiba dia berasa dingin. Dia yang tidak berdaya hanya membeliakkan matanya, tetapi pertahanannya yang lemah itu serta-merta telah ditewaskan oleh perasaan ghairah dan kehangatan nafas Yan Xun. Dia berada di atas Chu Qiao dan tubuh mereka bersentuhan di antara satu sama lain. Kehangatan tubuh mereka dapat dirasakan melalui pakaian mereka yang nipis.

"Yan...Xun..." Suara yang tercungap-cungap kini kedengaran. Mereka tidak tahu sama ada Chu Qiao gembira atau kecewa, ataupun dia menerima atau menolak.

Tangan yang selama ini memegang bilah pedang kini membuka blausnya lalu menyeluk masuk ke dalamnya. Apabila Yan Xun menyentuh kulit halus dan mulusnya, Chu Qiao terjerit sedikit kerana terkejut. Pada masa ini, mustahil untuk Yan Xun berhenti. Nafas Chu Qiao mula tersekat-sekat. Perasaan yang sebegitu indah mula menipiskan kewarasan akal Yan Xun. Dengan suara yang serak, dia berbisik di sebelah telinga Chu Qiao, "AhChu, saya rasa saya sudah tak tahan lagi."

Chu Qiao sudahpun kehilangan keupayaannya untuk bercakap. Mulutnya yang terbuka sedikit kini ditutup sepenuhnya dan dia hanya mampu mengerang. Sebaik sahaja giginya dijilat oleh lidah Yan Xun, bulu romanya meremang. Sungguhpun bebanan di atas tubuhnya terasa begitu berat, tetapi dia berasa amat selesa. Pakaiannya dilucutkan daripada bahunya lalu mendedahkan bahunya yang putih mulus itu. Diterangi dengan cahaya lilin, kulitnya kelihatan seperti porselin.

Pada ketika ini, tiba-tiba sesuatu terlintas di fikiran Chu Qiao dan dia berusaha bersusah-payah untuk bercakap, "Yan Xun, berapa umur Jing Yue'er?"

Yan Xun berasa terperanjat. Dia hanya bertanya tentang umur Jing Yue'er dan bukannya Chu Qiao. Apa bezanya? Lelaki yang tidak tahu apa-apa ini mula berasa geram lalu dia berkata, "AhChu, awak sedang menggoda saya!"

Chu Qiao menggelengkan kepalanya dengan terdesak, "Sejak bila?"

"Setiap kali awak muncul di hadapan saya dengan begitu jelita, itu satu bentuk godaan!" Yan Xun menghela nafas panjang lalu mencium cuping telinga gadis itu sebelum terus menyalahkannya, "Sudahlah selepas menggoda saya, awak tak nak bertanggungjawab."

Dia terasa meremang sekali lagi. Chu Qiao yang tidak dapat menahan lagi terus membengkokkan badannya, tetapi mulutnya terus mengatakan sesuatu, "Awak...jangan...mengarutlah..."

"Sebenarnya sebab saya tidak mengarutlah saya tak mampu berbuat apa-apa terhadap awak." Yan Xun mengeluh. "AhChu, kalaulah saya boleh kahwini awak sekarang juga."

"Kanapa tak lakukannya saja?" kata seseorang tanpa berfikir panjang.

Selepas kata-kata itu keluar dari mulutnya, wajah Chu Qiao bertukar menjadi merah lalu dia menyembunyikan kepalanya di dalam selimut. Yan Xun berasa sedikit terkejut dan kemudiannya dia ketawa dengan kuat. Chu Qiao berasa seperti dirinya sudah tidak waras lagi. Bagaimana mungkin dia nampak lebih teruja berbanding Yan Xun?

"Tak boleh." Yan Xun mengeluarkan Chu Qiao dari selubung selimut itu lalu memeluknya. "Yan Xun yang sekarang masih lagi seorang pemberontak di Yan Bei yang hanyalah sebuah wilayah serpihan. Tanah Yan Bei ini tandus dan masih menunggu untuk diberi nafas baru. Tak mungkinlah saya nak sambut isteri saya dengan bilik yang teruk, bukan? Setelah perang di timur selesai dan keadaan dalaman Yan Bei menjadi stabil, saya akan bina sebuah istana emas untuk awak dan menggunakan seluruh stok Makanan Barat Laut sebagai hantaran. Saya mesti pastikan AhChu saya ini menjadi seorang pengantin perempuan yang paling dihormati di seluruh benua ini dan memberitahu mereka awaklah satu-satunya cinta hati saya buat selamanya."

Walaupun sudah mengetahui tentang perasaan lelaki itu sejak dahulu lagi, Chu Qiao tetap tidak dapat menahan rasa hatinya. Matanya mula berkaca dan mengaburi pandangannya. Dia perlahan-lahan menundukkan kepalanya dan bersandar pada Yan Xun sambil berkata dengan perlahan, "Saya tak nak semua itu. Saya hanya mahu awak selamat saja."

"Awak mungkin tak mahukannya, tapi saya akan pastikan yang saya boleh berikannya kepada awak." Yan Xun tersenyum lembut lalu mencium dahi Chu Qiao. "Saya tahu kesengsaraan awak selama ini. Itulah harapan yang saya ada selama ini. Saya memang banyak terhutang budi dengan awak dan hanya boleh membayar budi baik awak itu dengan sisa hidup saya saja."

Hatinya berasa begitu hangat dan Chu Qiao mengeluh perlahan-lahan. "Masih wujudkah hutang dan pembalasan antara kita?"

Suara Yan Xun kedengaran lebih lembut dari biasa. Dia kemudiannya menjawab, "Saya tahu apa yang awak sudah lalui untuk saya."

Lilin terus berkelip-kelip manakala tirai sutera itu bergoyang apabila ditiup angin. Kelihatan bayang-bayang kabur mereka berdua.

Selepas mandi, Yan Xun tidak memakai baju tidurnya tetapi dia memakai pakaian untuk keluar. Chu Qiao bertanya, "Awak nak keluar ke mana pula?"

Yan Xun dengan bersahaja mengambil jubah dan menutup badan gadis itu. Dia berkata sambil tersenyum, "Saya akan bawa awak kembali ke bilik awak."

"Kembali ke bilik saya?" Chu Qiao berasa terkejut. Selama beberapa hari ini, dia tidur bersama Yan Xun. Sebenarnya, itu bukanlah masalah besar. Sewaktu mereka masih kecil, mereka sering tidur bersama. Malah sewaktu dia sakit beberapa hari lalu, Yan Xun telah menjaganya siang dan malam jadi mereka juga telah tidur bersama. Apa yang berlaku sehingga Yan Xun mesti menghantarnya kembali?

"Apa?" Awak dah rindu saya ke?" Yan Xun mengusik tetapi tiba-tiba wajahnya berkerut."AhChu, kita bukan kanak-kanak lagi. Dalam beberapa hari yang lalu, saya tidak dapat tidur dengan nyenyak dan keadaan ini lebih teruk dari di Bandar Zhen Huang."


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C172
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login