Download App
54.1% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 158: Bab 158

Chapter 158: Bab 158

Editor: EndlessFantasy Translation

Tapak tangan Penolong Jeneral Cheng terus mendarat ke pipi Sun He dengan bunyi tamparan yang kuat, lantas merentap kolar bajunya dan menempik dingin, "Kamu ini bodoh ke? Kamu tak tahu hubungan dia dengan Tuanku? Kalau kita dah sampai tahap ini dan dia masih tak mati, kita hanya boleh menunggu masa sehingga Tuanku balik dan korbankan kita demi negara!"

Kini, mereka hanya mampu meneruskan rancangan asal mereka jika hendak meneruskan kehidupan semenjak situasi yang terungkap telah menjadi sekeruh ini. Mereka hanya mampu meneruskan penaksiran mereka setelah mengatakan wanita ini seorang penipu!

Cheng Yuan memberi arahan dingin dan hati yang teguh, "Pasukan garison barat, berkumpul!"

Tidur Xue Zhiyuan telah diganggu oleh bunyi gendang pertempuran yang baru sahaja bergema di seluruh bandar, lantas pemuda ini berjalan ke arah tembok bandar sambil menahan kesakitan tidak teramat yang merebak di seluruh badannya, berasa keliru. Anak matanya dibuntangkan besar akibat terkejut apabila pemuda ini terdengar suara yang amat dikenalinya yang datang dari sebalik tembok tersebut, namun di saat dia ternampak formasi kedudukan yang terpampang jelas di bawah bandar, pemuda ini serta-merta mengetahui apa yang sedang terjadi. Xue Zhiyuan melangkah ke bawah dengan segera sebelum menolak salah seorang pengawal ke tepi dan bertanya, "Apa yang kamu sedang lakukan? Cepat, buka pintu gerbang ini! Itu Jeneral Chu daripada Pejabat Kakitangan Ketenteraan!"

Cheng Yuan melangkah ke arah Xue Zhiyuan dan menutup mulut pemuda itu dengan tegas, dan pemuda itu langsung tidak dapat melawan disebabkan kecederaan parahnya itu apabila Cheng Yuan menempik di telinganya, "Kalau kamu bagitahu ini kepada satu dunia, kamulah orang pertama yang akan mati! Sudahlah bawa balik maklumat yang salah, memulakan panik di dalam kalangan tentera pula itu, kamu ingat Tuanku akan ampunkan kamu ke? Kalau kamu nak hidup, lebih baik kamu berdiam saja! Kalau tak, aku boleh hantar kamu pergi jumpa malaikat maut sekarang!"

Anak mata Cheng Yuan membeku semasa dia melangkah pergi dengan aura keinginan membunuhnya yang membuak-buak sebelum memberikan arahan selanjutnya, "Dengar arahan saya selepas ini. Kita akan berpura-pura untuk berbaik dahulu. Sun He akan merusuk mereka, dan Li Lu akan menyerang mereka dari belakang. Kita akan kepung mereka dan hapuskan mereka di dalam bandar ini, jangan benarkan sesiapa pun untuk larikan diri!"

Xue Zhiyuan masih tercegat di situ di dalam kepanaannya, tiba-tiba terkenangkan beberapa tahun lalu pemuda ini masih mempunyai semangat yang berkobar-kobar apabila pertama kali dia menjejakkan kakinya ke dalam pusat pembelajaran Kesatuan Da Tong untuk mempelajari selok-belok ilmu didikan kesatuan itu. Pemuda ini telah menempuhi pelbagai rintangan dan juga malapetaka, namun dia masih lagi cekal tanpa sedikit pun perasaan mengalah. Akan tetapi pada saat ini, kepercayaannya, harapannya, dunianya semua musnah di hadapan mata kepala pemuda ini sendiri! Lantas wajah pemuda ini berubah pucat lalu dia mengambil selangkah ke belakang sebelum berpusing dan terus meluru ke arah tembok bandar, pergerakannya yang lincah dan pantas semasa memanjat anak-anak tangga itu bagaikan seekor binatang liar!

Cheng Yuan pantas untuk memberi tindak balas semasa dia berteriak, "Hentikan dia!"

Namun, beberapa saat itu sahajalah yang diperlukan Xue Zhiyuan untuk tiba ke puncak tembok bandar dan berteriak, "Chu Qiao, lari!"

Dengan beberapa bunyi whoosh, seombakan anak panah terus menembusi badan pemuda itu. Mata-mata anak panah telah terus menebuk badannya kemas apabila mata-mata anak panah terkeluar dari bahagian badannya yang sebelah lagi. Manakala darahnya pula terpercik di seluruh tembok bandar yang megah itu sebelum menitik-nitik ke tanah seumpama biji benih yang lantas membentuk lubang-lubang berwarna merah di atas salji!

Semua orang yang menyaksikan babak itu lantas terkejut apabila melihat angin sejuk yang mengepak-ngepakkan jubah pemuda yang dahulunya menyimpan hasrat dan impian tinggi. Mata pemuda itu masih lagi kelihatan terang bersinar, masih penuh bersemangat waja sementara ikrar setianya bertahun-tahun lalu terngiang-niang di telinga, "Saya sanggup mengorbankan seluruh jiwa dan raga saya buat Yan Bei Da Tong. Tiada maksud sendiri, tiada maksud kepentingan peribadi, dan saya sanggup berlawan demi kebebasan saya!" Sunyi sepi mengharungi setiap pelosok kawasan itu sementara tubuh Xue Zhiyuan bergetar sedikit apabila dihembus bayu sebelum terjatuh mengikut arah angin ke atas tanah membeku Yan Bei! Rakyat jelata yang menyaksikan babak itu terus meromok ketakutan sambil berlari-lari untuk meninggalkan kawasan tembok bandar itu dengan penuh huru-hara.

Chu Qiao terduduk di atas kudanya dengan mata yang sudah memerah sebelum membekukan renungannya dan menungkit kembali semangat dan juga keradangan di dalam dirinya, lantas meraih tapak tangannya untuk memberikan arahan yang ringkas dan mudah, "Berundur!"

Wanita ini berpaling untuk merenung bendera Yan Bei yang masih megah berkibar di udara, para tentera yang sedang sesak di tembok, para mayat yang bergelimpangan di dalam medan pertempuran dan juga para tentera kecil yang pernah ditampar wanita ini sebanyak dua kali itu sebelum mengeluh dan beredar, hatinya terasa seberat-beratnya.

"Aku akan pastikan yang orang-orang itu akan dapatkan balasan yang setimpal. Aku bersumpah di atas nyawa aku sendiri!"

Matahari akhirnya datang menyapa daripada ufuk timur dan lantas melakari pemandangan indah itu dengan warna keemasan, seolah-olah para dewa di syurga juga ingin merahmati Bumi pada waktu itu. Dengan perunduran yang sepantas itu, Cheng Yuan pasti sudah terlepas peluang untuk melakukan penghapusan secara menyeluruh walaupun jika lelaki ini terus mengejar kumpulan tersebut, jadi dengan hati yang luluh, lelaki ini mendengar pertanyaan Sun He yang sedang merenung askar-askar berkuda yang semakin menghilang itu, "Tuan, apa yang patut kita buat?"

Renungan mata Cheng Yuan terasa dingin dan membeku apabila dia merenung Sun He, dan lantas lelaki itu terus berpaling tanpa menguturkan sebarang kata dan terus beredar.

"Apa yang patut aku lakukan?" Cheng Yuan bertanyakan dirinya soalan yang sama. Dia pasti akan mencari jalan. Pastinya! Sudah semestinya!

Sebuah hari yang baru bermula lagi dengan cahaya mentari yang terik menerangi permukaan bumi! Namun sebelum dua jam berlalu, bunyi guruh yang kuat bergema dari kejauhan dapat didengari bersama sekepulan awan gergasi yang berlayar dari bahagian Barat dan sesiapa sahaja boleh melihat langit yang sudah kelihatan kelabu yang menyelubungi ufuk timur sebelum mereka dapat menghabiskan sarapan pagi, kelihatan sugul dan menyelubungi sebahagian besar langit, bersama ribuan demi ribuan kuda yang menderap laju di dataran bersalji itu. Baju mereka dikepak-kepak dek angin yang bertiup bagaikan sekawanan helang pemangsa!

Para askar Yan Bei dari Pasukan Tentera Kedua yang hanya pernah bertempur dengan garison-garison tempatan itu tidak pernah melihat formasi kedudukan yang seindah itu sebelum ini. Mereka telah bersenjatakan dengan kuda pertempuran yang mantap, baju zirah yang kukuh dan tahan lasak, senjata yang baru sahaja diasah, dan barisan barisan yang kemas, formasi-formasi lain yang bakal dirancangkan akan membuatkan para tentera berpengalaman pun tersadung sambil menyumpah seranah dengan kecewa, "Syaitan betul mereka ini!"

Bendera-bendera gergasi melambai-lambai di udara bagaikan seombak lautan bersama berbilah-bilah pedang yang telah dibariskan tinggi bagaikan sehutan tebal pokok lantas menjadikan seufuk itu diselimuti dengan warna kelabu perak. Tidak lama kemudian, warna itu serta-merta terlakar di seluruh dataran apabila pasukan tentera ini bergerak ke dalam formasi mereka yang kemas dan teratur, dengan pasukan tengah yang sedang merusuki pihak musuh bagaikan sepasang sayap helang yang teguh dan tegap. Di bahagian sisinya pula, boleh dilihat pasukan simpanan yang sedang bersiap sedia untuk mengisi ruang-ruang kosong di antara para tentera pasukan tengah itu dan formasi tersebut meluas sejauh lima batu, dan nampaknya ada beberapa lagi formasi yang belum diperkenalkan di dalam Dataran Hou Lei ini.

Sesiapa yang belum pernah mengharungi pengalaman ini pasti tidak akan dapat memahami keindahan babak tersebut apabila para tentera Yan Bei kelihatan seperti diselubungi kegelisahan dan juga ketakutan. Dalam beberapa ratus tahun yang lalu, Empayar Xia tidak pernah memberi sebarang tindak balas yang serius terhadap segala ugutan yang telah dihantar oleh Da Tong, dan hanya telah menghantar pasukan tentera Keluarga Meng secara simboliknya sahaja semasa empayar tersebut mengepung Yan Shicheng. Tetapi kali ini, terdapat empat pasukan tentera yang berjumlah lebih seratus ribu ahli tentera di dalam setiap pasukan, tidak termasuklah pasukan bantuan yang masih belum memasuki formasi mereka.

Mereka benar-benar telah mendapat kemurkaan daripada Empayar Xia kali ini apabila telah melakukan pemberontakan besar yang pertama untuk menggoyahkan pengaruh kuasa pihak Empayar, jadi Pasukan Tentera Xia telah bercadang untuk bertarung dengan segala keupayaan mereka demi memartabatkan nama baik empayar!

Angin sejuk bertiup kencang di seluruh permukaan bumi tanah Yan Bei. Sebaik sahaja Beishou ingin berasa takut atas kemurkaan pihak Empayar, mereka lantas ternampak bendera megah milik Garison Utusan Barat Daya yang berada tidak jauh di kaki Pergunungan Luori di bawah kepulan awan yang menghitam. Chu Qiao yang terduduk di atas kudanya itu berhadapan dengan tujuh ribu pasang mata yang sedang membalas renungan mata wanita ini yang tersirat sebuah perintah:

"Beishou pasti akan jatuh. Pilihan terakhir yang kami ada ialah merampas Lintasan Chiyuan dan menawan Bandar Chidu, dan barulah kita boleh memperkuat barisan pertahanan kita di situ! Ini satu arahan, dan ia akan berkuat kuasa sekarang! Semua pasukan tentera, bergerak!"

Semasa Garison Utusan Barat Daya sudah mula bergerak untuk meluru ke arah Lintasan Chiyuan, Zhao Qi yang sedang berada di dalam khemah utama di tapak perkhemahan tentera Xia itu lantas berkerut sementara menandakan peta itu sambil menggumam, "Adik Ke-14 mesti dah sampai."

Tiga anak sungai iaitu Sungai Li, Sungai Zan Xi dan juga Sungai Wu telah digabungkan untuk menjadi sebuah sungai yang besar iaitu Sungai Chi Sui yang mengalir melalui seluruh Benua Meng Barat. Sebuah bandar kecil terletak di titik pertemuan tersebut yang dinamakan Bandar Chidu.

Bunyi ringkikan helang di udara lantas menandakan permulaan Peperangan Utara pertama dengan tapak kaki si dewa maut yang bakal menggegarkan tanah membeku ini. Kedua-dua belah pihak lawan ini sedang berlumba-lumba, meneroka sungai-sungai yang telah membeku diselimuti salji yang tebal untuk menawan lokasi strategik ini.

Kedua-dua komander bakal bertarung dalam sebuah medan pertempuran yang lantas bakal digelarkan sebagai Pertempuran Chidu. Sayup-sayup kedengaran tiupan begol peperangan dibuai bayu membeku sementara sejarah terungkap di hadapan mata. Cao Mengtong berdiri di hadapan pasukan tentera Yan Bei dan lantas menghayunkan benderanya sebagai isyarat bermulanya pertempuran sebelum berteriak dengan nada yang sangat lantang bagi seseorang dalam usianya, "Semoga para dewa merahmati Yan Bei! Lindungilah kami untuk memenangi pertempuran ini! Pahlawan! Bertempur! Demi Yan Bei! Demi kebebasan!"

Salji mula menyeliputi tanah pada tengahari itu dengan angin kencang yang meniupkan emping-emping salji ke atas kulit para tentera sementara mereka bergerak ke dalam formasi bersama senjata mereka yang kadangkala berkilau apabila disinari matahari. Wajah Chu Qiao yang memimpin para kuda-kuda itu sudah menjadi beku dek angin salji yang kerapkali menghembus ke mukanya itu. Semua orang telah menjadi kaku setelah sembilan jam berada di dalam kesejukan sebegini dan mata-mata mereka pula telah mula memerah akibat kekeringan. 7,000 ahli tentera yang berdiri megah di tengah-tengah dataran kosong ini kelihatan seperti sebuah bangunan yang langsung tidak mempunyai tonggak utama, mampu dimusnahkan dengan sekali tiupan angin peperangan pada bila-bila masa.

Seorang peninjau yang sedang menunggang kuda menderu kembali, si penunggang kelihatan sungguh muda dengan wajahnya yang kelihatan seperti tidak mungkin mencecah 18 tahun. Kudanya tersangatlah pantas semasa ia mendekati Chu Qiao dengan tangan remaja itu yang sedang ditudingkan ke arah Pergunungan Helan di bahagian Timur. Bibirnya menggeletar, namun remaja itu masih lagi berdiam diri.

"Tentera Xia dah semakin dekat dengan kita ke?"

Si peninjau itu langsung tidak membuka mulutnya dan hanya sekadar anggukan sahaja yang telah diberikan. Disebabkan oleh kesejukan yang melampau itu, cara remaja ini mengangguk kelihatan janggal, tidak ubah seperti sebuah patung boneka yang telah terputus talinya.

"Berapa jarak mereka? Dua puluh lima kilometer?"

Si peninjau itu pun mengangguk sambil masih berdiam, lalu Chu Qiao terus membuka selendang kepalanya sebelum menunduk hormat ke arah remaja itu sementara masih di atas kudanya. "Terima kasih."

Setelah itu, tentera muda itu pun terus terjelepuk jatuh dati kudanya, dan para tentera yang lain terus mengerumuni remaja itu untuk menolongnya, namun tubuh badannya sudah membeku dan nafasnya juga sudah terhenti. Di dalam cuaca sejuk membeku sebegini, para peninjau perlu mengaburi diri mereka di dalam salji untuk menyelidik kawasan sekeliling dengan lebih baik sebelum pulang dengan maklumat yang telah didapati, jadi di saat dia tiba untuk membuat sebarang laporan, mereka sudah semestinya berada di ambang kematian. Walaupun sepuluh kilometer itu dianggap susah kerana mereka harus melalui laluan-laluan pergunungan itu, namun ia pasti hanya memerlukan kurang dari 10 minit bagi Empayar Xia untuk tiba memandangkan kualiti tentera mereka itu. Namun, sempatkah mereka tiba di Bandar Chidu sebelum masa itu tiba?

Renungan mata Chu Qiao tajam bagaikan sebilah pedang apabila wanita muda ini memandang di kejauhan untuk memerhatikan bandar yang berada tidak jauh dari mereka itu. Dia telah menghantar dua pasukan yang berasingan untuk berunding dengan para pegawal bandar, namun beberapa minit telah berlalu tanpa sebarang berita.

Beberapa titisan peluh dingin sudah terbentuk pada tapak tangan wanita ini semasa dia sedang menggenggam erat sebilah pedang dengan tangan yang membeku. Kemungkinan untuk mereka dibenarkan masuk ke dalam bandar itu sangat tipis kerana mereka langsung tidak mempunyai apa-apa surat pengesahan Yan Xun mahupun apa-apa dokumen daripada ibu pejabat utama. Wanita ini juga tidak membawa sebarang identifikasi diri disebabkan keadaan tergesa-gesa sebentar tadi untuk keluar dari bandar. Ini bermakna bandar tersebut tiada apa-apa bukti untuk mempercayai mereka ini tentera Yan Bei yang datang untuk memperkuat benteng pertahanan bandar.

Jika Garison Bandar Chidu tidak mempercayai mereka dan lantas enggan membenarkan mereka memasuki bandar, pertempuran kecil di antara pasukan tentera kecilnya yang seramai 7,000 askar berkuda ringan itu dengan ribu puluhan tentera Xia pasti akan bermakna kematian buat diri mereka! Fakta ini sungguh nyata terlayar-layar di minda Chu Qiao!


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C158
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login