Download App
47.6% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 139: Bab 139

Chapter 139: Bab 139

Editor: EndlessFantasy Translation

Chu Qiao merenung gadis itu dan berkata, "Awak rasa awak boleh buat semua itu ke?"

"Mestilah." Zhao Chun'er tertawa bangga. "Mestilah saya boleh! Awak tahu tak kita berada di mana sekarang ini? Biar saya terangkan kepada awak, kita berada di bilik bawah tanah di bawah Dataran Mawar, jadi di sini mesti ada banyak longgokan kayu api di tengah-tengah itu. Awak akan diikat pada tiang dan dibakar hidup-hidup. Apa yang awak boleh lakukan? Awak fikir yang Li Ce akan selamatkan awak? Dalam mimpi awak sajalah. Dia takkan datang ke sini sebab seseorang akan menghalang dia. Kalau Yan Xun tahu yang awak dibakar hidup-hidup oleh Pasukan Kem Utara di Tang ini, awak rasa bagaimana reaksi dia nanti? Dia betul-betul sayangkan awak. Awak rasa dia akan balas dendam terhadap Tang dengan pasukan tentera dia tak? Ataupun dia akan mengembara ke sempadan utara melalui laluan air untuk memulakan peperangan dengan Tang? Adakah dia akan menjadi musuh seluruh dunia?"

"Haha!" Anak mata Zhao Chun'er bersinar dengan cahaya kegilaan. Dia berkata lagi dengan penuh angan-angan, "Saya akan buat segalanya untuk hapuskan awak semua. Saya sanggup buat apa saja untuk lihat hari itu datang, termasuklah memalukan diri sendiri dan alami kesiksaan dan penghinaan. Ini semua sebab saya nak tengok awak semua mati! Kamu semua dah hancurkan hidup saya, jadi saya akan jadikan kehidupan kamua semua seribu, tak, sepuluh ribu kali ganda lebih susah daripada hidup saya! Awak benci saya? Awak menyesal sebab selamatkan saya hari itu? Awak boleh jadi baik hati, awak boleh buat semua lelaki cintakan awak, tapi semua itu untuk apa? Awak akan mati di tangan saya juga. Apa yang berlaku? Kenapa awak nampak macam seram-seram sejuk saja? Awak takut, ya? Awak tahu tak ketakutan sebenar itu apa? Kenapa awak tak menangis? Kenapa awak tak minta tolong? Mungkin Yan Xun boleh dengar kata-kata terakhir awak dari tanah tinggi Yan Bei itu! Haha…"

Tiba-tiba, suaranya terhenti dan anak matanya membuntang apabila sepasang tangan merentap wajah gadis itu dengan kelajuan yang menakjubkan sebelum mematahkan rahang gadis itu dengan satu sentapan!

Chu Qiao terus melemparkan tali yang telah mengikatnya tadi. Wanita itu telah berjaya terlepas daripada ikatan tali itu dalam tiga minit sahaja disebabkan oleh cara ikatan yang lemah, lantas merenung tubuh Zhao Chun'er yang sudah terkulai di atas tanah. Wanita itu pun bercangkung dan berkata perlahan, "Awak betul. Saya menyesal. Saya menyesal saya selamatkan awak sebab saya berbaik hati waktu itu. Tapi, saya tak simpan dendam sebegitu. Kalau saya tahu saya dah berbuat kesilapan, saya akan terus betulkan kesilapan saya itu."

Wajah wanita itu kelihatan dingin, namun anak matanya mempamerkan ketenangan sambil mengoyakkan kain baju Zhao Chun'er dan berkata dingin, "Anggapan awak terhadap saya dah salah. Saya tak bunuh mereka yang tak bersalah, tapi saya ini bukannya baik sangat pun. Kalau awak ugut saya, saya takkan duduk diam saja. Awak fikir yang saya takutkan awak? Awak fikir yang awak dah berjaya ke? Awak fikir yang dengan taktik-taktik kotor sebegini, awak boleh buat rancangan untuk menyerang saya dan Yan Xun? Bunuh kami? Awak itu masih terlalu naif dan dah salah sangka terhadap kami. Dalam dunia ini, ramai yang tengah cari kami untuk dibunuh. Kami tak kisah kalau awak pun buat begitu. Saya pun tak pasti sama ada pembunuh saya itu dah dilahirkan atau belum, tapi saya tahu orangnya bukan awak."

Zhao Chun'er membuka mulutnya untuk menjerit meminta pertolongan namun tidak mampu mengeluarkan suaranya,

Chu Qiao menukar pakaian Zhao Chun'er kepada pakaiannya, dan mengusutkan rambutnya, dan lantas mengambil sehelai kain putih untuk menutupi dahi wanita itu, dan merenung gadis tersebut sambil berkata sepatah demi sepatah, "Zhao Chun'er, mengakulah. Awak itu teruk! Awak itu langsung tiada tandingan dengan saya. Awak memang tak setanding dengan saya dari dulu, dan ia akan kekal begitu buat selamanya. Awak tak patut buat saya mengamuk. Awak itu terlalu lembut, jadi awak memang tak patut!" Setelah Chu Qiao menghabiskan ayatnya, wanita itu terus menumbuk wajah Zhao Chun'er!

Bunyi erangan terkeluar dari mulut gadis itu, dan Chu Qiao pun melepaskan tangannya dengan perlahan, namun tegas. Pada masa yang sama, darah mengalir keluar dari hidung dan bibir gadis itu lantas membuatkan wajah Puteri Xia itu tidak dapat dicam lagi, dan gadis itu pun sudah tidak mampu bercakap, hanya bunyi erangan sahaja yang mampu terkeluar dari bibirnya itu, bunyinya seperti ayam yang baru sahaja kalah dalam perlawanan sabung. Gadis itu terkulai lemah di atas lantai, dengan rambutnya yang telah mengaburi wajahnya yang dilumuri darah seperti ikan di darat.

Gadis itu merenung Chu Qiao yang sedang berdiri dan membersihkan darah dari tangannya itu, kemudian wanita itu menukar pakaian kuning milik Zhao Chun'er tadi dan mengusutkan rambutnya sebelum mengelap wajahnya dengan tangan. Chu Qiao melutut ke atas tanah, dengan wajah yang dilumuri darah, dan menjerit seolah-olah dirinya itu Puteri Xia ini, "Pengawal! Sediakan gerabak kuda!"

Sekumpulan tentera yang besar terus meluru masuk ke dalam bilik bawah tanah itu, dan lantas Chu Qiao melindungi wajahnya dengan tangan yang berlumuran darah itu sambil menuding jarinya ke arah Zhao Chun'er, memekik, "Dia berani nak serang saya! Bunuh dia! Bakar dia hidup-hidup!"

Zhao Chun'er yang sedang terkulai layu di atas lantai itu memang tidak mampu bergerak, sedang memakai pakaian yang telah dipakai Chu Qiao sebentar tadi. Wajahnya tidak dapat dikenal pasti, dan rahangnya juga telah patah, jadi para pengawal ganas yang langsung tidak mengecam puteri itu terus mengangkat gadis itu. Semasa dia melintasi Chu Qiao, gadis itu tidak lekang dari terus merenung anak mata wanita itu dengan penuh kebencian dan ketajaman.

Chu Qiao tersenyum dan berbisik, "Saya tak boleh nak teman awak."

Sekumpulan tentera sedang mengendong Zhao Chun'er pergi dari situ sementara Chu Qiao mengarah, "Saya tercedera. Bawa saya balik ke istana!"

Angin kencang terus menghentam permukaan bumi dengan ganas, kepulan-kepulan asap gelap yang mula membentuk dan dahan pokok bersama dedaunnya yang sudah mula melayang-layang di udara. Selonggokan kayu api telah ditempatkan di tengah Dataran Mawar. Chu Qiao melindungi wajahnya daripada hembusan angin kencang sambil terduduk di dalam gerabak kuda yang baru sahaja meluncur pergi dari babak yang tegang itu sebelum menoleh ke belakang untuk melihat musuhnya yang sedang memudar di sebalik kegelapan itu. Langit kini sudah menjadi gelap dengan awan-awannya merendah dan sarat dengan air, udara pula terasa pengap sahaja. Angin yang meniup ranting-ranting pokok itu melewati gerabak kuda milik wanita ini dan lantas membuat sebuah bunyi yang seakan-akan ngauman perlahan, dengan pokok-pokok di sepanjang jalan yang bergoyang-goyang sakan, seolah-olah bakal tumbang dek angin kuat itu. Matahari langsung tidak kelihatan pada tengahari itu, dan seluruh Tang Jing diselubungi dengan selapisan selimut kelabu, bermakna hujan pasti akan mencurah tidak lama lagi.

Gerabak kuda itu bergerak laju dengan bantuan pemandu dengan iringan para pengawal yang mengekori gerabak tersebut, bergerak lincah di sepanjang laluan menuju ke pintu gerbang bandar.

Angin tersebut telah menyebabkan batu-batu kecil dan juga pasir kasar untuk menampar-nampar permukaan gerabak yang lantas berbuat bunyi desiran yang berterusan. Tangan Chu Qiao berlumuran dengan arah, jadi wanita itu menggunakan sehelai kain putih untuk melindungi wajahnya sambil mengesan keadaan sekelilingnya dan menunggu peluang keemasan buatnya melarikan diri. Dia harus bertemu dengan Yan Xun secepat mungkin. Wanita ini mengagak pemuda itu belum lagi tiba di bandar ini, tetapi bakal tiba lewat hari ini. Mungkin dia sudah menunggu di luar bandar. Jika berita itu telah tersebar kepadanya, pasti malapetakalah jadinya. Walaupun Zhao Chun'er itu bodoh dan bebal, tetapi apa yang diperkatakannya itu masuk akal juga, wanita itu dan Yan Xun terlalu bergantung kepada diri masing-masing, jadi mereka berdua menjadi kelemahan masing-masing juga.

Buat Li Ce pula, dia pasti pemuda itu tidak akan jatuh ke dalam perangkap sesiapa dengan sebegitu mudah. Lagipun, pemuda itu tidak ubah dari seeokar musang yang sangat licik dan jika sesuatu telah berlaku, wanita ini pasti yang Li Ce mampu untuk menukar situasi tersebut dengan cara liciknya itu.

Bunyi derapan telapuk kuda memecah kesunyian di sepanjang jalan yang sepi itu. Dengan kehadiran pasir dan batu-batu kecil yang berterbangan ditiup angin, jalan tersebut menjadi lebih sunyi sepi.

Chu Qiao berfikir ia adalah masa yang tepat untuk melarikan diri sewaktu gerabak kuda itu sedang bergerak di sepanjang jalan utama yang sedang menuju ke bandar dalaman, jadi wanita itu mengetap giginya sambil meraba-raba pisau belati yang tersemat di sebalik pehanya, menunggu peluang keemasannya.

Namun, pada masa yang sama, sebuah bunyi swoosh tiba-tiba mengganggu rentakan derapan telapuk kuda tersebut dan lantas anak panah terus menikam kuda-kuda! Kuda pertempuran itu pun meringkik keperitan apabila anak panah menikam badannya, dan tentera Xia pun terpelanting dari kuda mereka yang lantas menambahkan lagi kekecohan situasi itu. Pembunuh-pembunuh dari kedua-dua arah melonjak ke tanah dari dahan pokok, membawa pisau belati dan juga busur bersama mereka. Memang tentera pasukan Xia tak boleh nak melawan mereka kerana mereka langsung tidak mempunyai masa untuk melindungi diri mereka sendiri, jadi separuh dari pasukan tentera itu telah mengalami kecederaan semasa dipelantingkan dari kuda mereka. Tentera pasukan seramai 300 orang tumpas dengan pantas.

"Para dewa sedang menolong aku!" Chu Qiao menggumam sendirian dengan riang. Sepertinya Zhao Chun'er juga mempunyai ramai musuh, jadi wanita ini segera mengambil peluang keemasan ini untuk melarikan diri.

Wanita itu melonjak turun dari gerabak kuda itu dengan lincah, namun sebaik sahaja Chu Qiao mencecah ke tanah, dua orang lelaki berpakaian serba hitam menerpa ke arahnya dari kedua-dua arah dan wanita itu pun mengetap giginya. Nampaknya sasaran mereka adalah Zhao Chun'er, puteri yang malang ini, lantas Chu Qiao pun memusingkan badannya untuk berhadapan dengan dua orang pembunuh upahan ini.

Chu Qiao melonjak ke udara dan menendang bawah abdomen kedua-dua pemuda itu dengan kedua-dua belah kakinya, dan lantas bunyi teriakan memekikkan berbunyi kuat mengisi ruang di sepanjang jalan yang panjang ini bersama sebuah dentuman namun wanita itu langsung tidak mempunyai masa untuk berpatah balik dan meraikan kemenangan kecilnya itu. Jadi kerana menganggap mereka juga musuh Zhao Chun'er, Chu Qiao memberi muka sedikit kepada mereka, namun wanita itu tidak tahu sama ada mereka mampu berdiri setelah ditendang di bahagian kemaluan mereka.

Perasaan ingin membunuh menyelubungi setiap inci ruang udara di sepanjang jalan itu bersama para pembunuh berpakaian serba hitam yang kejam dan langsung tidak membenarkan sesiapa untuk berlari demi nyawa mereka. Mereka memegang sebilah kapak di tangan sambil menghayunkannya pada pihak musuh, lantas darah dan cebisan-cebisan otak terpercik di sekeliling jalan. Memang kejam betul!

Chu Qiao mengecilkan matanya. Mengumpul segala kekuatannya, wanita itu berlari sepantas mungkin menuju ke arah jalan utama, percaya mereka ini tidak berani untuk membunuhnya di hadapan khalayak ramai.

Namun, pihak musuh seakan-akan mengerti niat wanita ini dan tiba-tiba sebuah kelibat hitam muncul di belakangnya dengan sungguh pantas. Kelincahan penyerang gelap ini setanding dengan kelincahan Chu Qiao, lantas bergerak seinci ke hadapan sebelum meluru lima atau enam langkah ke arah wanita itu dan terus berada di sisi Chu Qiao. Semasa pemuda itu berlari, dia juga telah mengeluarkan busur dan menarik picunya ke arah wanita itu!

Pada saat ini, wajah Chu Qiao dilindungi oleh sehelai kain putih, wajahnya berlumuran darah, dan rambutnya kusut-masai di dahinya bagaikan orang gila. Namun, hal itu langsung tidak menjejaskan pergerakan dan daya penglihatannya, dan wanita itu pun menggenggam sebahagian dinding apabila dia ternampak mata anak panah itu dan terus melonjak ke udara.

Dengan bunyi retakan, anak panah itu pun terpatah dua apabila berlanggar dinding. Kuat betul pemuda ini.

'Cekapnya!' Chu Qiao merenung pemuda tersebut menggunakan hujungi matanya dan melihat pemuda yang langsung tidak terjejas itu sedang menarik tali busurnya sekali lagi.

Chu Qiao mendecit sebelum meraba-raba ke dalam poketnya sambil berteriak, "Senjata tersembunyi!"

Chu Qiao kepenatan setelah pertempurannya dengan Pasukan Kem Utara, namun dia mengumpul tenaga lebihnya pada saat genting ini. Suaranya serak dan tidak dapat dikenal pasti lagi, namun di saat genting tentang hidup dan mati itu, pemuda itu dapat mendengar suaranya, lantas bertindak balas dengan pantas, memusingkan badannya untuk mengelak sebarang senjata yang bakal dilemparkan ke arahnya walaupun Chu Qiao sebenarnya tidak mempunyai apa-apa senjata lain.

Chu Qiao lantas dapat menjarakkan diri daripada pemuda itu yang lantas mendengus namun meneruskan kejarannya.

Kawasan itu kawasan yang terbiar dengan jalan-jalan kecil dan juga lorong-lorong yang banyak. Chu Qiao mengabaikan pemuda yang sedang mengejarnya itu dan memandu arah jalannya melalui lorong-lorong kecil itu, namun wanita itu tiba-tiba berasa tidak sedap hati. Reaksi pihak musuh itu terlalu pantas dan dia pun setanding pantasnya dengan wanita itu. Apabila wanita itu berpaling, pemuda itu bergerak seperti sebuah robot yang langsung tidak menunggu masa supaya wanita itu dapat bertindak untuk menukar arahnya. Pergerakan merela selari. Apa yang penting adalah pemuda ini yang langsung tidak membuat sebarang bunyi!

'Siapa sebenarnya perempuan bodoh Zhao Chun'er itu dah marahkan?'

Chu Qiao berasa geram. Sebatang pokok besar sedang menghalang tengah-tengah jalan itu dan wanita itu pun mengecilkan matanya sebelum meluru ke arah pokok tersebut, berhenti dalam langkahnya secara tiba-tiba dan berselindung di sebalik batang pokok itu yang amat besar. Berdasarkan kesimpulan yang logik, tiada sesiapa yang bakal berselindung di sebalik pokok yang sungguh dekat sebegini, jadi tidak kira betapa lincahnya pihak lawannya itu, dia pasti akan tetap berada di hadapan Chu Qiao apabila pemuda itu berhenti. Wanita itu yang sudah bersiap sedia dengan kejadian itu terus mengangkat pisau belati yang berada di dalam genggamannya, bersedia untuk menyerang.


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C139
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login