Download App
45.89% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 134: Bab 134

Chapter 134: Bab 134

Editor: EndlessFantasy Translation

Bulan mula menggelungsur ke sebelah barat tatkala malam berlalu pergi. Setelah melihat lelaki misteri itu beredar, hati Chu Qiao terkaku di situ.

'Raja Luo?'

'Raja Luo…'

Sejurus selepas Chu Qiao pulang ke istana, Qiu Sui sudah pun menunggu dia yang sedang menahan matanya daripada terpejam, pemuda itu pasti sudah tahu tentang lawatan Li Ce.

"Cik dah pulang!" Setelah melihat Chu Qiao pulang, pembantu istana itu terus melompat dan berkata, "Saya dah siapkan sup teratai untuk cik. Cik nak makan dulu sebelum tidur?"

Chu Qiao yang memegang mangkuk sup hangat itu tiba-tiba hilang rasa tertarik untuk merasai sup tersebut, lalu mendongakkan kepalanya dan bertanya, "Qiu Sui, awak tahu apa-apa tentang Raja Luo?"

Qiu Sui terperanjat dan kemudiannya dia bertanya, "Cik, kenapa cik tiba-tiba bertanyakan hal ini?"

"Saya saja tanya. Kalau awak tak nak beritahu, saya takkan paksa awak."

"Haih, bukannya aya tak nak beritahu, cuma…" Walaupun di istana itu tiada sesiapa yang akan mencuri dengar perbualan mereka, namun Qiu Sui tetap memandang sekelilingnya untuk melihat sekiranya terdapat orang di situ sebelum dia berbisik kepada Chu Qiao, "Itu satu skandal yang berlaku dalam istana ini. Kebiasaannya, tiada sesiapa yang berani untuk bercakap mengenainya."

Chu Qiao mengerutkan keningnya. "Skandal?"

"Ya. Ayah Tuan Luo iaitu Raja Lushan ialah pak cik kepada Maharaja kita. Apabila Maharaja menaiki takhta, atas sebab tertentu, Raja Lushan meninggal dunia kerana sakit. Saya dengar sewaktu Maharaja masih muda, dia lebih mengarut daripada Putera Mahkota kita itu. Dia langsung tak mendengar nasihat seluruh istana dan juga majlis pentadbiran, abaikan segala pegangan umum di dunia ini dan akhirnya dia mengahwini mak ciknya sendiri walaupun tidak disetujui oleh majlis pentadbiran. Dua tahun kemudian, isterinya itu melahirkan Tuan Putera dan Maharaja terus menjadikannya Maharani. Pada hari penabalannya sebagai Maharani itu, lapan orang dari majlis kehormat telah membunuh diri di Astaka Feng Ming untuk menunjukkan bantahan mereka. Namun begitu, Maharaja masih lagi berdegil dan teruskan saja majlis itu. Selama 20 tahun ini, Maharaja hanya menyayangi Maharani itu sahaja dan kedudukan Maharani itu di istana semenjak itu terus menjadi kukuh."

"Jadi maksudnya…"

"Ya, maksudnya, Raja Luo itu pak cik kepada Putera Mahkota dan juga adik tirinya. Raja Lushan meninggal pada usia yang muda jadi apabila Maharani berkahwin dengan Maharaja, Raja Luo baru saja berusia tiga bulan dan sebelum dia berusia 20 tahun, dia membesar bersama Putera Mahkota."

"Wah!" Chu Qiao terus terkenangkan wanita bangsawan yang dia jumpa tempoh hari.

"Putera Mahkota dan Raja Luo membesar bersama dalam Istana ini ke?"

"Tak juga." Qiu Sui mengetap bibirnya dan berkata, "Tuan Putera dan Raja Luo tinggal bersama Maharani di Istana Qianhua. Kediaman Mihe ini sebenarnya kediaman Puteri Fu."

Chu Qiao bertanya lagi, "Puteri Fu?"

"Ya. Puteri Fu itu bukan Puteri yang sebenar. Dia sebenarnya cucu kepada Archduke Mu Rong. Keluarga Mu Rong itu salah sebuah keluarga tentera yang hebat di Empayar Tang. Jeneral Mu Rong dan empat lagi anak lelakinya yang sangat setia kepada empayar ini korbankan nyawa mereka demi negara kita. Dalam pertempuran terakhir mereka, Tentera Xia memecah masuk Sempadan Bai Zhi dan komander Xia iaitu Meng Tian arahkan pembunuhan besar-besaran dan dah bunuh seramai 30,000 orang tawanan perang kami. Demi melindungi rakyat jelata, jeneral Mu Rong yang dah berusia 60 tahun itu bersama empat orang menantu perempuannya dah memimpin seluruh keluarga Mu Rong untuk menentang musuh supaya dapat melengahkan pihak musuh sebelum bantuan tiba. Akhirnya bantuan pun tiba tapi seluruh keluarga Mu Rong dah dibunuh dan hanya Puteri Fu yang berusia empat tahun saja yang masih hidup pada masa itu. Setelah memuji keberanian keluarga Mu Rong, Maharaja menganugerahkan gelaran Archduke kepada Jeneral Mu Rong dan pelbagai gelaran bangsawan kepada keluarganya. Pada waktu itulah Puteri Fu diberikan gelaran Puteri Zhangyi dan semenjak itu, dia tinggal di Istana Maharaja dan menerima layanan yang sama dengan Putera Mahkota dan Raja Luo."

Cerita yang telah diterangkan Qiu Sui amat ringkas namun Chu Qiao tetap berasa terharu. Keluarga Mu Rong ini boleh disamakan dengan Keluarga Yang pada zaman Dinasti Song di zaman wanita itu dahulu. Dia terlalu asyik mendengar cerita tersebut dan dia bertanya lagi, "Apa jadi selepas itu?"

"Akhirnya…" Qiu Sui mengetap bibir dan teragak-agak sebelum membuat keputusan untuk berbisik pada Chu Qiao, "Puteri Fu meninggal dunia."

Chu Qiao betul-betul terperanjat dengan cerita itu jadi dia pun berkata, "Meninggal?"

Puteri Fu dan Putera Mahkota sebaya dan mereka membesar bersama. Walaupun keluarga Puteri Fu dihapuskan, Maharaja dan Permaisuri amat menyayangi tuan puteri. Apabila mereka berdua berusia 17 tahun, perkahwinan mereka telah diumumkan Puteri Fu akan menjadi isteri kepada Putera Mahkota dan namanya akan dimasukkan ke dalam salasilah keluarga maharaja."

Chu Qiao mendengar dengan penuh tekun tetapi dalam sudut hatinya, wanita ini tidak berasa sebarang emosi yang dahsyat pun. Memandangkan pengaruh keluarga Mu Rong yang besar dalam bahagian ketenteraan, perkahwinan ini sudah tentu akan membantu keluarga maharaja untuk mengukuhkan lagi pengaruh kuasanya, jadi keputusan untuk perkahwinan itu seakan-akan dapat dijangka dari mula lagi.

"Tapi, pada hari perkahwinan mereka, Puteri Fu menggantung dirinya."

"Apa?" Chu Qiao seolah-olah langsung tidak percaya akan cerita itu. "Dia bunuh diri?"

"Ya." Wajah Qiu Sui berubah pucat sebelum dia menyambung kata-katanya lagi, "Penjelasan Maharaja menyatakan Puteri Fu meninggal dunia kerana sakit tapi saya dah berada di Istana ini semenjak kecil jadi saya sendiri dah lihat semuanya. Pada waktu itu, Putera Mahkota dah tiba di Kediaman Mihe dan dia memakai jubah merah pada hari bertuahnya itu sambil mengikut di belakang pegawai-pegawai dengan gembiranya, tetapi sesampainya mereka di bilik tuan puteri, tuan puteri tiada pun di situ jadi mereka semua berasa gelisah dan segera mencarinya. Akhirnya, Putera Mahkota sendiri yang menjumpai wanita itu. Mereka terus bergegas ke belakang dan menjumpai Puteri Fu yang dah berpakaian pengantin tergantung di sebatang pokok parasol."

Angin dingin bertiup seperti mengimbaskan kembali pengalaman ngeri itu.

"Putera Mahkota menjerit dan terus pengsan. Saya bersama ibu saya dan ibu saya itu salah seorang yang patut menemani pengantin perempuan. Ibu saya dan orang gaji yang lain terus bergegas untuk menurunkan Puteri Fu. Saya berasa takut jadi saya berundur ke belakang tetapi tersandung batu dan jatuh. Setelah itu, saya menangis tetapi saya nampak Raja Luo yang berada dekat pokok buah delima tak jauh dari situ. Dia memakai jubah ungu dan wajahnya pucat seperti hantu. Matanya berwarna merah tetapi dia hanya berdiam diri saja dalam khalayak ramai itu sambil menggenggam erat penumbuknya sehingga saya rasa dia akan meledak." Mata Qiu Sui mula berair, mula berasa sebak. "Selepas itu, semua orang yang terlibat dah dibunuh oleh Maharaja supaya perkara ini dapat dirahsiakan. Oleh sebab saya hanya berusia sembilan tahun waktu itu, saya terlepas. Setelah ibu saya meninggal, saya terus tinggal di Istana sebagai orang gaji. Semenjak itu saya tak pernah tengok Raja Luo lagi. Setahun sekali sewaktu ulang tahun Permaisuri saja dia akan pulang. Saya dengar dia ke Gunung Mei untuk menjaga makam maharaja. Sedar tak sedar, dah enam tahun lebih perkara itu berlaku."

Chu Qiao mengangguk faham. Ini merupakan salah satu rahsia yang telah dikuburkan dalam istana Maharaja. Dia sudah masak dengan perkara seperti ini.

"Sebenarnya Putera dulu bukan macam yang sekarang. Selepas kematian Puteri Fu, dia terus berubah. Cik, Cik tak pernah lihat Puteri Fu sebelum ini tapi dia itu betul-betul seperti seorang dewi. Walaupun kedudukannya tinggi dan berpengaruh, dia tak pernah layan orang gaji macam kami ini dengan teruk dan dia sangat lemah lembut terhadap kami. Semua orang gaji dilayan dengan elok oleh dia, tapi kami tak sangka orang selembut dia boleh mengambil jalan seperti ini."

Chu Qiao menggeleng kepalanya. "Dia dilahirkan dalam keluarga yang berani seperti itu, jadi perkara sebegini sepatutnya sudah dapat dijangka. Mungkin darah yang mengalir dalam tubuh dia sedang membuak-buak waktu itu, dan dia lebih rela mati daripada hidup hanya mengikut rancangan orang lain. Sayang betul sebab dia tak ada kekuatan dan kuasa ataupun seseorang untuk melindungi dia."

Qiu Sui hanya memahami sebahagian sahaja kata-kata Chu Qiao itu.

Chu Qiao menepuk bahu Qiu Sui dan bertanya, "Qiu Sui, awak suka Istana ini?"

Pembantu istana yang muda itu berasa keliru dan setelah beberapa ketika barulah dia membalas, "Entahlah. Ibu saya seorang pegawai dalam istana ini dan telah dikahwinkan dengan ayah saya oleh Permaisuri. Saya dilahirkan di sini dan tak pernah keluar dari sini. Saya dah lihat pelbagai sejarah hitam yang berlaku dalam istana ini dan saya tahu taktik-taktik yang gadis-gadis itu gunakan untuk meraih perhatian Putera. Gundik-gundik yang saya jumpa sepanjang hidup saya tak sama langsung seperti Puteri Fu dan Cik. Saya tak boleh tentukan sama ada saya suka kehidupan saya di sini. Tak kira apapun perasaan saya, kehidupan saya masih perlu diteruskan."

Chu Qiao terkejut dengan respons yang diberikan olehnya jadi dia hanya tertawa kecil dan bersetuju, "Betul cakap awak. Tak kira apapun perasaan kita, kehidupan kita masih perlu diteruskan. Semenjak awak tak pernah lihat dunia luar, awak hanya boleh berasa gembira dengan kehidupan awak sekarang ini."

Chu Qiao mengusap kepala pembantu istana itu dan terus bermonolog, "Qiu Sui, dunia luar itu betul-betul berbeza. Awak boleh bercakap dengan kuat dan berlari-lari. Awak boleh pergi ke mana-mana saja awak nak pergi dan selagi awak bekerja, awak akan dibayar upah atas usaha awak itu. Selepas itu awak boleh jalani kehidupan yang awak inginkan. Di luar istana ini, angin pun akan berbau seperti kebebasan."

Pembantu istana itu berasa keliru dengan huraian yang telah diberikan Chu Qiao jadi dia pun menggumam, "Jadi… Kalau saya tak nak bangun awal pagi dan nak terus tidur pun tiada siapa yang kisah?"

Chu Qiao terhibur seketika. "Mestilah, tapi bayaran awak akan ditolak."

"Wah!" Qiu Sui tiba-tiba berasa teruja. Dia kemudiannya menggenggam tangan Chu Qiao dan bertanya, "Cik, Yan Bei macam itu ke? Betul ke cik?"

Chu Qiao hanya memandang gadis itu tetapi pandangan wanita itu kelihatan seperti sedang tertumpu pada sesuatu yang lebih jauh, langsung bukan seperti seorang gadis berusia 17 atau 18 tahun. Melalui Qiu Sui, dia ternampak padang rumput Yan Bei, kawanan kambing biri-biri dan litupan salji di atas gunung dari jauh…

"Saya tak tahulah sekarang ini masih begitu atau tak sebab saya sendiri tak pernah ke sana tapi saya boleh jamin yang satu hari nanti ia akan menjadi kenyataan. Sebab itulah awak perlu pastikan yang awak terus hidup untuk nantikan saat itu."

Chu Qiao berdiri dan merenung ke arah pokok parasol di luar jendelanya, tiba-tiba teringatkan seseorang yang dihurung kesunyian.

"Pokok parasol tumbuh ribuan batu panjangnya dan kekal tumbuh walaupun dah lama. Saya doakan roh awak akan dibebaskan dari kelahiran diraja."

Pada keesokan harinya, bunyi gerabak kuda memecah sunyi pada waktu pagi, dan Chu Qiao langsung tidak memberitahu sesiapa wanita ini sudah mengemas segala barangnya sebelum menaiki gerabak kuda itu untuk beredar.

Tie You tersenyum ke arah Chu Qiao dan menyapanya, "Cik Chu, cuaca dinginlah dan beberapa rangsum telah disediakan di dalam. Saya pasti Cik lapar sekarang ini."

Chu Qiao mengangguk dan membalas, "Terima kasih."

Tie You merupakan salah seorang yang berkomplot untuk melindungi identiti wanita itu, dan dia hanya tersenyum mesra. "Cik Chu, tindakan Cik di Empayar Xia telah menjadi bahan pembelajaran kepada pegawai kadet muda kami. Anak lelaki saya begitu sukakan Cik dan sering bercakap mengenai Cik."

Chu Qiao berasa terperanjat apabila dia merenung lelaki di hadapannya itu lalu dia pun bertanya, "Anak lelaki awak? Berapa umur awak sekarang?"

Tie You hanya ketawa. "Umur saya 25 tahun dan anak saya berusia 12 tahun. Saya berkahwin pada usia 13 tahun dan baru saja dapat anak perempuan baru."

Chu Qiao mencebik perlahan. 13 tahun…

Betul kata Li Ce. Angin di sini sememangnya agak kuat. Chu Qiao memakai penutup kepalanya dan membuka jendela pedati itu untuk merasai tiupun angin kencang tersebut. Matahari pada waktu pagi telah membawa angin dan kehangatan sinaran matahari bersama ke Istana Jinwu. Tasiknya, astakanya, bunganya dan istananya perlahan-lahan menghilang dari pandangan Chu Qiao seperti terjaga daripada sebuah mimpi indah. Di atas dataran yang berjubinkan marmar itu, hanya pergerakan kereta kuda ini sahaja yang kedengaran menuju ke hadapan, meninggalkan bayangan yang panjang di belakangnya.

Chu Qiao mendongakkan kepalanya untuk melihat kepulan-kepulan awan di langit dan sekali lagi terkenangkan bagaimana Li Ce telah bersandar pada sebatang pokok epal, lantas mata wanita ini dipenuhi kecurigaan.

"Matahari terbit dan terbenam secara semula jadi setiap hari mengikut takdirnya. Saya harap awak akan betul-betul biarkan diri awak terapung dengan bebas di atas tasik takdir."

Gerabak kuda tersebut perlahan-lahan menjauh dari istana megah itu. Li Ce yang kelihatan seperti seseorang yang tidak boleh bangun awal itu kini sedang berdiri di atas gunung hiasan di Istana Lan Que. Walaupun gunung itu merupakan gunung buatan sendiri, namun ia sangat besar dan tinggi serta ditanam dengan rebung yang melayang-layang apabila ditiup angin pagi. Di puncak gunung ini, terdapat sebuah astaka buluh yang kecil. Li Ce yang sedang memakai baju hijau dengan mahkota emasnya itu sedang memegang seruling ungunya. Walaupun dia ingin memainkan sesuatu berulang kali, namun dia masih gagal menghasilkan sebarang melodi.


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C134
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login