Download App
43.15% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 126: Bab 126

Chapter 126: Bab 126

Editor: EndlessFantasy Translation

Bau aroma makanan yang menggiurkan telah dihidangkan di hadapan kedua remaja itu oleh seorang pemuda yang lantas membuat sebuah bunyi yang sukar untuk ditafsirkan, namun ia berbunyi seperti dia sedang menjemput kedua remaja tersebut untuk menjamah makanan. Pemuda itu kelihatan seperti seorang yang dungu. Pemilik restoran yang muda itu mengekori belakang pemuda tersebut sambil merenung Chu Qiao dan Li Ce dengan aneh namun renungan itu dibalas oleh Chu Qiao yang terkejut apabila diperlihat sebegitu. Pemilik restoran tersebut bagaikan dapat merasakan renungan mata wanita itu lantas dia pun mengukir sebuah senyuman dan berkata, "Betullah apa yang Cik fikirkan itu, saya memang buta."

Li Ce terus membaham mi sebaik sahaja ia dihidangkan di hadapannya.

Chu Qiao yang diselubungi perasaan kekok itu terus membalas, "Oh, maafkan saya."

"Tak mengapa," Pemilik restoran itu membalas sebelum berbisik, "Saya jadi buta ini semenjak saya kecil lagi, tapi ia taklah sesusah yang ramai orang sangka, melainkan kalau saya pergi membeli-belah barang makanan."

Chu Qiao yang sudah mula menjamah semangkuk mi yang berada di hadapannya itu terus bertanya seolah-olah wanita itu baru teringat akan sesuatu. "Kalau awak tak boleh tengok, jadi macam mana awak tahu nak panggil saya 'cik'?"

"Saya terhidu bau magnolia. Magnolia yang baru dipetik pula itu."

"Oh, begitu." Chu Qiao mengangguk dan berasa kagum, "Hebatnya deria bau awak."

"Saya ini kan buta, jadi saya kenalah imbanginya dengan deria-deria saya yang lain."

Tiba-tiba bunyi dentuman drum kedengaran, nampaknya segerombolan pelakon drama kembara telah membina sebuah pentas di hujung jalan. Orang ramai mula berasak-asak pergi ke pentas tersebut di saat pelakon mula mengalunkan sebuah lagu yang syahdu.

Budak perempuan dari restoran mi ini pun tidak terkecuali apabila dia meluru keluar dari restoran tersebut untuk melihat persembahan itu namun sebelum sempat Chu Qiao melihatnya, gadis kecil itu telah pun terselindung di sebalik khalayak ramai namun disebabkan tubuhnya yang kecil molek itu, dia telah pun ditolak ke belakang sekurumunan orang itu sehingga dia terjatuh, lantas anak kecil ini pun menangis teresak-esak.

Setelah mendengar tangisan anaknya itu, pemilik restoran tersebut terus menepuk lembut belakang badan suaminya yang terus bangkit dan menuju ke arah anak gadis itu sebelum mengendongnya pulang, menggunakan lengan bajunya untuk mengelap air mata anak kecil itu. Kemudian dia menghulurkan buah kepada anaknya itu sebelum kembali bekerja, namun anaknya itu terus menangis bagaikan nasibnya begitu malang. Chu Qiao yang sedang merenung anak kecil itu terus mengajukan sebuah soalan, "Li Ce, awak ada anak tak?"

"Mestilah! Macam mana saya boleh tak ada anak kalau saya begitu popular dan rapat dengan ramai wanita?" Li Ce membalas sambil mengunyah makanannya.

Chu Qiao yang seolah-olah tidak mendengar kata-kata pemuda itu terus menyambung, "Jadi budak-budak ini seronok. Kalau dia sedih, dia boleh saja menangis. Bila dia gembira, dia boleh saja gelak. Semuanya mudah dan jelas."

"Awak pun boleh lakukan itu juga." Li Ce meneguk supnya sebelum meraih pandangan untuk bertemu dengan mata Chu Qiao dan berkata, "Oi, Qiao Qiao, kita tengah makan ini, boleh tak kita jangan fikirkan tentang kehidupan kita buat masa ini? Sekarang sup ini pun dah rasa tak sedap."

Chu Qiao merenung pemuda itu dengan tajam sebelum kembali menjamah mi supnya sambil diiringi dengan bunyi nyanyian si pelakon bersama dentuman simbal dan juga drum yang kedengaran tidak jauh dari situ. Melodi yang sedang dialunkan itu amat sedap didengari, dengan suara si penyanyi yang lantang dan merdu, tetapi lagu tersebut telah dinyanyikan dengan dialek dari Empayar Tang, jadi Chu Qiao memang tidak memahami sepatah kata yang dinyanyikan. Sebaliknya, Li Ce pula sedang mendengar dengan penuh teliti setiap bait kata yang didendangkan oleh si penyanyi namun sebelum segmen itu habis, pemuda itu sudah pun berpaling dan meludah seteguk teh yang telah dihirupnya tadi!

Chu Qiao bernasib baik kerana dia tidak menjadi mangsa ludahan pemuda itu semasa dia berpaling, namun perkara yang sama tidak dapat ditujukan buat budak perempuan yang sedang terduduk di belakang Li Ce itu. Mukanya kini habis dilumuri dengan air teh yang baru sahaja diludah, dan gadis kecil itu sangat terkejut sehingga dia berhenti menangis.

Li Ce dengan segera meluru ke arah anak kecil itu untuk mengelap seluruh wajahnya, tidak lekok dengan pujian melambungnya, "Hanya dengan melihat mak kamu saja pun saya dah tahu kamu ini akan menjadi wanita yang cantik suatu hari ini. Tolong maafkan saya."

Chu Qiao merenung pemuda itu dengan penuh minat, "Apa yang terjadi kepada awak?"

Li Ce hanya buat endah tidak endah sahaja terhadap soalan itu dan berkata, "Tak ada apa-apa."

Namun, budak perempuan itu terus melangkah ke arah Chu Qiao dan melabuhkan punggungnya di sebelah wanita itu sebelum menghulurkan tangannya yang cerah dan montel itu, meminta, "Saya nak duit."

Terkejut, Chu Qiao pun bertanya, "Duit?"

Anak kecil itu mengangguk dan menjelaskan, "Dia dah kotorkan baju saya. Saya kena bayar dua duit syiling untuk basuh."

Li Ce yang tertarik dengan kenyataan itu terus mencondongkan badannya ke arah gadis itu dan bertanya, "Kamu nak duit ini untuk apa?"

Gadis kecil itu pun menjawab dengan wajah yang benar-benar serius, "Saya nak pergi tengok persembahan itu!"

"Qian'er, jangan mengarutlah!" Pemilik kedai tersebut berkerut dan lantas memanggil budak kecil itu, "Mari sini, jangan ganggu tetamu kita!"

"Tak mengapa, kita bukannya lapar pun." Li Ce melambaikan tangannya tanda tidak kisah.

Chu Qiao yang sememangnya kebuluran setelah berhari-hari tidak menelan apa-apa makanan itu terus memuatkan mi yang banyak ke dalam mulutnya selepas mendengar kata-kata pemuda itu.

Anak gadis itu sepertinya sudah berasa tertarik dengan Chu Qiao lalu dia pun menggosok-gosok dagunya sambil bertanya, "Kakak tahu menyanyi tak?"

Chu Qiao menggeleng kepalanya dan membalas, "Saya tak tahu. Kamu tahu menyanyi?"

Anak gadis yang berasa kecewa itu terus merajuk, "Saya pun tak tahu juga."

"Tapi kamu faham maksud lagu itu tadi?"

"Mestilah saya faham." Budak perempuan itu merenung Chu Qiao dengan aneh. "Kakak tak faham ke?"

Chu Qiao pun mengangguk.

Lantas gadis itu berubah ceria, "Jadi, biar saya ceritakan kepada kakak." Sebelum sempat Chu Qiao memberi sebarang respon, anak gadis itu mula menceritakan tentang lagu yang telah dinyanyikan oleh pelakon kembara tadi.

"Cerita ini mengenai seorang putera dan juga seorang jelitawan."

Li Ce yang sedang mencebik itu pantas membantah, "Bahagian putera itu betul, tapi bahagian jelitawan itu tak semestinya betul!"

"Abang saja yang tak faham lagu ini!" Balas gadis itu. "Putera itu seperti biasa mestilah dikelilingi dengan ramai jelitawan! Contohnya putera mahkota kita. Istana dia dipenuhi dengan jelitawan-jelitawan. Bila saya besar nanti dan jadi cantik, saya nak tinggal di dalam istana dia juga."

Setelah mendengarnya, Li Ce terus ketawa mengekeh dan meraih ibu jarinya isyarat bagus, "Ya, betul itu, awak ini betul-betul pandailah! Teruskan cerita awak, saya akan sokong."

Chu Qiao hanya merenung Li Ce dengan tajam setelah mendengar kata-kata pemuda itu.

Anak kecil itu meneruskan ceritanya, "Suatu hari, tempat lahir putera ini hancur sebab seseorang. Ibu bapa dia dan adik beradik dia semuanya dah dibunuh, dan dia hidup merempat, langsung tak ada apa-apa pengaruh kuasa. Dia pun jumpa seorang wanita cantik ini yang dah selamatkan dia, dan mereka jatuh cinta."

Budak perempuan itu memerhatikan Chu Qiao dengan tajam sebelum meneruskan ceritanya, "Dia cintakan wanita itu, dan wanita itu pun cintakan dia. Mereka bersumpah untuk bersama-sama buat selama-lamanya, dan takkan berpisah walau sekali pun."

Boleh dilihat kenaifan dan juga kesucian anak gadis ini melalui renungan matanya yang tajam itu. Chu Qiao yang membalas merenung mata anak kecil itu terasa bagaikan hatinya sedang dicucuk-cucuk dek jarum.

Suara penyanyi itu menjadi lebih dalam dan serak, seolah-olah tangannya telah direndamkan ke dalam baldi yang berisi air berais, lantas memberikan sebuah aura melankolik kepada para pendengar.

Budak perempuan itu menyambung, "Putera itu tak gembira sebab dia belum dapat balas dendam, jadi wanita cantik itu pun buat keputusan untuk tolong putera itu dapatkan kembali kuasa dan pengaruh dia."

Li Ce mencelah sekali lagi, "Perempuan itu tak ada duit ataupun kuasa, macam mana dia nak tolong?"

"Kita kan dah terangkan yang dia itu sangat cantik!" Budak perempuan itu berkata, "Kecantikan itulah duit, kecantikan itulah kuasa, kecantikan itulah senjata. Macam mana abang tak boleh faham konsep semudah itu?"

Li Ce melepaskan ketawa yang terbahak-bahak setelah mendengar penerangan budak kecil itu. Pada ketika itu, alunan lagu itu tiba-tiba menjadi lebih kuat dan tegang, manakala suara penyanyi itu pula bertambah lantang dan juga jelas, lantas memberikan sebuah aura matahari yang sedang menerbit di ufuk timur!

"Selepas itu, jelitawan itu berjumpa dengan seorang jeneral. Jeneral itu musuh ketat putera itu, tapi dia pun dah jatuh hati kepada jelitawan ini. Setiap kali dia tengok wanita ini bersedih, dia pun rasa sedih. Pada masa yang sama, seorang putera muda dari negara lain pun berjumpa dengan wanita ini dan dah jatuh cinta dengan dia tapi malangnya, wanita itu tak sukakan dia."

Anak kecil itu tiba-tiba mencelup jari telunjuknya yang montel itu ke dalam cawan teh semasa dia sedang hangat bercerita tentang lagu itu dan lantas melakarkan empat orang lidi ke atas meja sambil berkata, "Putera itu yang bergelumang dengan perasaan benci terus hantar orang-orang suruhan dia untuk melakukan serangan hendap, dan minta tolong kepada wanita itu untuk meminta jeneral itu datang supaya mereka dapat berunding tapi wanita itu tak sedar tentang rancangan putera itu. Tapi jeneral itu tahu dan dia masih datang juga, akhirnya jeneral itu dibunuh oleh putera itu."

"Apa?" Chu Qiao terkejut apabila mendengar pengakhiran cerita yang tidak disangka-sangkanya.

Budak kecil itu menyambung sambil mengelap seorang lidi di atas meja, "Selepas jeneral itu mati, tuan putera itu bolehlah dapat kuasa dia balik dan jadi maharaja yang terhebat. Jelitawan itu sedih sebab dia dah ditipu, jadi dia tinggalkan maharaja ini dan pergi bersama putera muda dari negara lain ini. Maharaja yang dah dapat tahu tentang berita itu terus murka jadi dia pun menjajah tanah air putera muda itu, dan berjaya hapuskan pasukan tentera tuan putera muda itu selepas bertempur dengan dahsyat sekali. Akhirnya putera muda itu mati dalam pertempuran."

Anak gadis itu mengelap seorang lagi orang lidi di atas meja, menandakan seorang lagi yang telah mati.

"Wanita itu sedih sangat, jadi dia berjalan dan terus berjalan, akhirnya dia jatuh sakit sebab kepenatan, dan tidak lama selepas itu, dia pun mati juga."

Wanita lidi itu pun sudah dilap daripada meja, dan kini hanya tinggal seorang lidi sahaja lagi yang masih hidup. Lantas anak gadis itu berkata, "Dengan itu, maharaja itu seorang saja yang masih hidup dalam dunia ini."

Li Ce memberikan sebuah senyuman yang kelihatan agak bodoh apabila dia bertanya, "Dah tamat?"

Budak perempuan itu membalas bersahaja, "Ya, dah tamat."

"Apa jenis persembahan ini?"

Budak perempuan itu menjawab, "Jenis tragedi."

Kini bukanlah masa yang sesuai bagi Chu Qiao untuk menumpukan perhatian kepada Li Ce yang sedang berbalah dengan anak gadis itu, kerana wanita itu hanya berasa terpaku merenung orang lidi yang masih berada megah di atas meja. Persembahan tersebut akhirnya tamat semasa angin malam menghembus bayunya, dan lantas ketua gerombolan pelakon kembara itu terus keluar dari belakang pentas untuk meminta wang upahan kepada orang ramai. Namun sebahagian besar daripada penonton yang telah menikmati persembahan itu hanyalah kanak-kanak kecil, jadi bagaimanakah mereka akan mendapatkan wang untuk membayar para penghibur itu? Tidak lama kemudian, orang ramai mula bersurai, meninggalkan pentas yang kosong itu bersahaja bersama bayangan boneka yang terpampang jelas di skrin pentas sedang memegang sebilah pedang dan kelihatan amat gagah dan perkasa. Tetapi pentas itu tidak berpenghuni tanpa seorang pengawal pun.

Setelah menjamu selera, Chu Qiao dan Li Ce terus bersiar-siar di sepanjang jalan. Lagu yang telah dijelaskan maksudnya oleh gadis kecil itu sebentar tadi telah membuatkan Chu Qiao berasa tidak enak kerana dia sendiri pun sedang keliru dengan perasaannya sendiri, dan walaupun dia berasa sedih, wanita ini tidak dapat memastikan sebabnya.

Orang ramai memenuhi jalan tersebut yang dipenuhi dengan biara-biara. Empayar Tang merupakan sebuah negara yang bersikap terbuka, lantas mempunyai banyak mazhab dan juga agama, dari buddha yang montel, dewa air yang cantik, sehingga ke dewa-dewa tersungkur yang mempunyai lingkaran azimat yang terdapat pada dahi mereka. Memang seronok melihat rakyat jelata yang bersifat terbuka sebegini dan takkan pernah bergaduh mengenai kepercayaan masing-masing. Chu Qiao yang sedang melewati laluan tersebut telah menerima beberapa plak kayu berukir yang tidak ubah seperti kertas risalah dari zaman moden.

Terdapat sebarisan pokok epal masam yang sedang mekar berbuah di sepanjang jalan itu juga, dan dedaunnya yang berguguran seperti hujan apabila angin bertiup semasa Chu Qiao dan Li Ce berjalan di laluan tersebut.

Li Ce menikmati pemandangan pokok-pokok menghijau itu lantas berkata, "Pokok ini nampak cantik. Saya patut suruh seseorang untuk bawa balik."

Seseorang yang tidak dikenali yang berselisihan dengan mereka merenung pemuda ini dengan renungan yang pelik, mungkin beranggapan Li Ce ialah seorang yang amat bongkak kerana berkeinginan untuk membawa pulang sebuah pokok milik komuniti tersebut.

"Tengok, ada orang tengah menjugel di sana!" Li Ce bersorak sekali lagi sambil menarik lengan Chu Qiao untuk meluru ke arah penghibur itu tetapi persembahan itu telah diselindungi oleh orang ramai, lalu pasangan ini pun tidak dapat melihat penjugel itu lagi.

Li Ce serta-merta mendapat suatu idea, dan lantas dia pun mengambil segenggam penuh wang perak miliknya dan lantas menukar wang itu kepada duit syiling di kedai yang berhampiran sebelum menaiki beberapa anak tangga berdekatan dengan penghibur itu dan terus melemparkannya di sekeliling sambil berlaung, "Duit percuma! Datang dan ambil!"

Orang ramai yang pada mulanya terperanjat melihat gelagat pemuda itu terus mengerumuninya setelah mengetahui yang pemuda itu benar-benar sedang memberi wang percuma.

Li Ce yang gembira kerana strateginya itu berjaya terus melemparkan duit syilingnya yang terakhir sebelum menarik Chu Qiao untuk bergerak ke arah penghibur tadi namun setelah melangkah ke tengah-tengah kerumunan khalayak ramai itu, kedua-dua remaja ini tiba-tiba menjadi terkaku. Rupa-rupanya penghibur itu juga telah berlari ke arah longgokan duit syiling percuma yang telah dilemparkan Li Ce tadi! Sekarang, hanya Chu Qiao dan Li Ce sahaja yang sedang berdiri di tengah-tengah kawasan itu seperti orang gila yang tidak mahukan duit percuma.


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C126
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login