Download App

Chapter 10: Bab 10

Editor: EndlessFantasy Translation

Hati Chu Qiao tidak mampu untuk menerima berita tersebut, kakinya goyah lalu terus terjatuh ke tanah. Memaut kuat jubah gadis itu, dia bertanya dengan perlahan dan suara yang serak, "Berapa lama mereka telah pergi? Berapa lama mereka telah pergi?"

"Lebih kurang sejam yang lepas. Yue Er, kita dah terlambat nak selamatkan dia."

Chu Qiao mengalih pandangannya ke Xiao Ba yang sedang berdiri di pintu. Matanya merah akibat menangis, dia mengangkat mukanya dan melihat Chu Qiao juga. Apabila mata mereka bertemu, air mata mula mengalir ke pipi mereka, namun tiada sesiapa yang mampu membuat sebarang bunyi.

"Yue Er, aku kena balik. Kamu berdua kena berjaga-jaga. Daripada apa yang aku dengar daripada bilik basuhan, kamu memang menjadi sasaran Pembantu Zhu. Kamu ada buat apa-apa yang membuatkan dia marah ke?"

Pondok itu menjadi senyap sepi di halaman belakang yang berwarna putih. Kedua-dua anak kecil itu berdiri di situ, terdiam buat masa yang lama.

Apabila tangan jam besar menunjukkan pukul 3 pagi, bunyi gendang yang kuat dapat didengari. Dua anak terakhir dari keluarga Jing dengan senyap menyelinap melalui kebun untuk tiba di Tasik Ting yang terletak di belakang kediaman Zhuge. Pokok-pokok buluh itu menari-nari akibat angin sejuk yang bertiup dan juga terdapat suatu keheningan yang bergema datang dari tasik itu. Permukaannya yang tenang membuatkan ia terasa seperti hari biasa.

Chu Qiao jatuh melutut di atas sebuah bukit dan dia menoleh ke arah Xiao Ba yang sedang berdiri di sisinya, "Xiao Ba, mari melutut. Mari kita bersujud buat adik-beradik kita."

Xiao Ba berumur tidak lebih daripada tujuh tahun tetapi dia telah menghadapi suatu perubahan yang dahsyat pada malam ini. Wajahnya yang kecil itu telah kehilangan ketulusan kebudak-budakan yang sepatutnya terpampar jelas pada setiap wajah anak kecil. Dia melutut senyap di sebelah Chu Qiao, menundukkan badannya ke arah tasik itu, dan menghentakkan kepalanya sebanyak tiga kali ke atas tanah.

"Xiao Ba, kamu benci tak dengan tempat ni?"

Anak kecil itu mengangguk tanpa mengucap sepatah kata.

Kedengaran tenang, Chu Qiao berkata bersahaja, "Kamu nak tinggalkan tempat ni?"

Anak kecil itu berkata dengan nada yang dalam, "Ya."

Chu Qiao memandang ke hadapan, suaranya sabar dan tenang. Dia mengecilkan matanya dan memasamkan muka, berkata lembut, "Kakak berjanji yang kakak akan bawa kamu pergi secepat mungkin. Tapi sebelum kita pergi, kita masih ada beberapa kerja yang masih belum selesai. Selepas semua itu telah selesai, kita akan pergi dari tempat ini."

Anak kecil itu mengangguk perlahan sebelum dia bersujud sekali lagi, dan menggumam setiap perkataan dengan hati-hati, "Kakak Zhi Xiang, kakak selalu meminta keberkatan Tuhan, tapi saya tak rasa kakak tahu yang mereka semuanya buta. Bawalah adik-beradik kita ke tempat yang lebih baik daripada tempat ini. Tunggu dan lihat saja, saya dan Kakak Yue Er akan balas dendam untuk kalian."

Angin sejuk berkepul-kepul pada malam yang gelap gelita itu. Di atas bukit di dalam Hutan Qing Shi, dua tubuh kecil sedang berbaring sebelah menyebelah sambil memegang tangan masing-masing dengan erat.

Ianya bulan Disember. Di sempadan barat laut; rakyat Quan Rong telah menyerang dan membakar apa sahaja di laluan mereka sementara pasukan tentera yang besar sedang marak ke bandar.

Dalam masa dua puluh hari, perang akan berlaku, puluhan ribu nyawa rakyat yang tinggal di luar pintu gerbang akan diheret ke dalam konflik ini. Pintu gerbang barat laut berada di lokasi geografi yang istimewa, di mana ianya berada di antara sebuah daerah barat yang dikawal oleh puak Ba Tu Ha dan juga sebuah wilayah Utara Yan yang dikawal oleh Tuanku Maharaja Yan. Sudah bertahun-tahun Kerajaan Ba Tu Lama daripada barat laut telah menentang Raja Singa Yan Utara. Pada hari ini, puak Mu He yang telah membantu keluarga Ba Tu Ha memperkukuhkan kuasa keluarga mereka di dalam empayar ini telah meraih kelebihan dalaman. Pada tahun lepas, mereka telah merampas kuasa tentera di pintu gerbang barat laut dengan menggunakan kekejaman, membunuh semua pegawai yang sedang bertugas di sana. Puak-puak lain daripada dalam empayar juga telah menghantar anak-anak mereka ke barat laut, dengan harapan untuk menembusi sistem tentera terbesar empayar ini. Apabila ia berlaku, kesemua jeneral yang berpengelaman telah dibuang kerja. Golongan yang bertambah kuasa ialah golongan elit empayar yang tidak pernah melihat sebarang pertumpahan darah.

Inilah sebab mengapa rakyat Quan Rong menyerang sempadan. Mereka telah mengambil peluang ini untuk membuat pengorbanan kecil supaya pintu gerbang dapat dibuka, membenarkan pasukan berkuda untuk bergegas masuk ke tanah subur yang luas di luar pintu gerbang.

Walaupun keluarga Ba Tu Ha segera membantah serangan untuk menghantar tentera elit mereka ke medan pertempuran disebabkan oleh pengetahuan yang kurang tentang musuh, dan juga puak yang berada di dalam pintu gerbang ini tidak terkira banyaknya, semua serangan mereka kekurangan sifat kerjasama. Kekeliruan di dalam pasukan tentera semakin bertambah. Surat bantuan kecemasan berasak-asak masuk ke dalam ibu kota, merayu supaya Tuan Kehormat Zhen Huang menghantar beberapa pasukan tentera untuk melawan serangan penceroboh.

Ianya hari ke-27 dalam bulan lunar. Pecahan bintang muncul dan Zhao Ming telah lari menyembunyikan dirinya. Pendeta dari dalam Kuil Qin telah mendapat satu ramalan: bintang Taihe tidak akan berubah dan perairan chi akan berais. Sebuah malapetaka akan menimpa kita.

Tujuh keluarga terhormat berbincang lama sehingga lewat malam, dan akhirnya memutuskan untuk menghantar Pasukan Huang Tian ke pintu gerbang tersebut dan menstabilkan kawasan barat laut.

Apabila panggilan untuk berperang dilaungkan dan nota dilepaskan, ianya terus dihantar ke Istana Sheng Jin. Setelah membaca nota tersebut, dia membalas: dibenarkan.

Dalam sekelip mata, ibu negeri Zhen Huang telah dilanda angin kencang, dan keluarga-keluarga terhormat tersebut mula berasa takut. Dalam kegelapan pada tengah malam itu, arus pesat beralun laju di bawah ais tebal pada permukaan sungai itu.

Pada masa ini, Chu Qiao berada di dataran utara, sibuk berkerja di dalam semak samun, mencari ular kucing musim sejuk dengan penuh waspada. Secara tiba-tiba, bunyi hon yang bergema boleh didengari dari kejauhan, seolah-olah seekor burung jenjang sedang menggauk, megah dan tegas. Chu Qiao berdiri perlahan-lahan, mengecilkan matanya untuk mendapat gambaran penuh Bandar Zhen Huang. Di sana terletaknya Istana Cheng Jin.

Pada malam yang hening sebegitu, ia agak sukar untuk mencari jalan yang betul.

Pada keesokan tengaharinya, salji tebal meliputi setiap kawasan di bawah sinaran mentari. Di dalam gelas kaca Dataran Qing Shan, terdapat dua jed berbentuk anjing salji berwarna putih yang terang berkilau di bawah sinaran matahari, bersama ukiran halus yang menghiasinya. Salji tebal menghujani malam sebelum itu, menyebabkan salji hampir setebal satu kaki untuk menimbun. Pembersih kediaman melintasi anjing-anjing, langsung tidak berani untuk meletakkan pandangan mereka kepada anjing-anjing itu kerana terlalu takut yang mereka akan berada dalam masalah.

Jin Cai sedang memakai rompi tradisional Han yang diperbuat daripada kulit sabel dan gaun merah yang cantik, bersama-sama tali pinggang merah jambu yang terikat kemas di sekeliling pinggangnya. Dia berdiri di atas tanah yang bersalji, kelihatan sangat jelita. Gundik yang sering berada di sisi tuan muda keempat ini berumur tidak lebih daripada tiga belas tahun, tetapi kelihatan langsing dan anggun, membenarkan mata-mata untuk menjamu selera dengan kecantikannya. Apabila dia berada di sisi tuannya, dia sering kelihatan mesra dan lemah-lembut, tetapi kini, dia telah bertukar menjadi angkuh dan sombong. Nadanya dingin apabila dia merenung anak-anak kecil dengan jijik. Mereka hanya memakai pakaian yang nipis sambil mengendong anjing-anjing jed tersebut. Dia mengherdik, "Pegang anjing-anjing tu dengan kuat. Tuan muda sendiri cakap jed ini ada nyawa tersendiri. Ia akan menjadi lembut dan jelas apabila ia bersentuhan dengan tenaga manusia. Kamu hamba-hamba bodoh kena berasa bangga sebab dapat berkhidmat untuk tuan muda keempat. Jangan jadi malas. Kalau ada sesiapa yang tak dengar arahan bila aku datang balik, kamu akan diheret ke Tasik Ting dan akan diberi makan kepada ikan."

Kanak-kanak tersebut hanya mengangguk ketakutan, dan Jin Cai menyeringai sebelum bergerak ke dalam bilik bunga yang hangat.

Setelah ia berhenti bersalji, udara menjadi sejuk dan semakin sejuk. Ia akan tetap menjadi sejuk walaupun jika seseorang itu memeluk pemanas udara tanpa memakai kot tebal, namun anak-anak kecil ini hanya memakai sehelai baju nipis pada tengah-tengah malam yang membeku ini. Bibir kanak-kanak ini menjadi beku dalam beberapa saat sahaja.

Chu Qiao membawa sebuah dulang yang dipenuhi dengan buah pic yang baru sahaja diambil daripada Halaman Lan Shan. Apabila Jin Cai melihatnya, dia berlari keluar dari bilik bunga, dan lantas memanggilnya.

Chu Qiao berhenti dalam langkahnya dan memusingkan badannya, pipinya kemerah-merahan, kelihatan suci apabila dia menyerongkan kepalanya sambil bertanya, "Kakak Jin Cai, ada apa-apa yang tak kena ke?"

"Tuan muda keempat sedang mengambil tidur petangnya. Bagi aku buah pic tu."

Chu Qiao tersenyum lantas mengangguk, menghulurkan buah-buah pic. Jin Cai berpaling dan berjalan ke dalam bilik bunga itu kembali. Sebelum dia dapat bertenang di dalam bilik itu, suatu raungan kuat didengari datang dari Dewan Xuan. Jin Cai tergesa-gesa meletakkan buah-buah pic tersebut dan bergegas ke arah suara itu.

Sebelum dia dapat tiba di pintu, satu bayang-bayang berwarna-warni terbang melepasi pintu, dan terkena tepat ke mukanya dengan satu debakan perlahan. Ia terasa lembut dan sejuk, bersama tekstur yang berminyak. Namun, ia juga mempunyai suatu bau hanyir yang sangat jijik.

Jin Cai merendahkan pandangannya untuk melihat seekor ular berada di hadapannya dengan kepalanya didirikan tegak. Dia berasa takut yang teramat, berteriak sambil terjatuh di atas tanah.

Chu Qiao berlari ke dalam dewan itu dan terlihat Zhuge Yue yang sedang mengerutkan keningnya rapat, berpakaian serba hijau muda sementara duduk di atas sofa. Darah gelap sedang mengalir daripada pergelangan tangannya, jelas menandakan bahawa dia telah dipatuk ular. Chu Qiao bergegas pantas ke arahnya dan menggenggam pergelangan tangan Zhuge Yue sambil mengambil pisau pemotong buah yang berada di atas meja, untuk memotong luka Zhuge Yue.

Pengawal-pengawal yang sedang berada di luar yang terlihat kejadian ini meluru masuk ke dalam untuk menangkap hamba yang menderhaka ini.

Zhuge Yue mengangkat kedua belah keningnya dan melambai lembut ke arah para pengawalnya itu untuk menghalang mereka daripada terus maju. Mereka melihat Chu Qiao yang sedang membuat belahan bersilang di pergelangan tangan Zhuge Yue, memicitnya kuat buat seketika dan lalu menyedut racun ular itu keluar dengan menggunakan mulutnya. Setelah itu, dia meludah racun itu keluar dan berkata pantas, "Tuan muda, tolong jangan guna banyak tenaga atau racun itu akan merebak dengan lebih cepat. Saya akan pergi panggil doktor."

Pada masa ini, ramai hamba yang telah berkumpul di hadapan pintu. Jin Cai bergegas ke hadapan dan menolak Chu Qiao ke tepi dan lantas jatuh melutut ke atas tanah sambil memegang tangan Zhuge Yue. Dia berteriak, "Tuan Muda, tuan muda sihat ke?"

Zhuge Yue memasamkan mukanya apabila Jin Cai menggenggam tangannya, kelihatan bengang. Kakinya mendarat ke dada Jin Cai semasa dia menendangnya jatuh, dan menderam, "Pergi!"

Apabila Jin Cai jatuh ke tanah, dia menjerit ketakutan. Hampir dua puluh ekor ular sedang merayap merata-rata di atas tanah. Ia kelihatan janggal dan menakutkan.

Chu Qiao mengambil sebatang lilin dan menyalakannya secepat mungkin, menghalau ular-ular itu pergi kerana mereka menakutinya. Mereka terus melarikan diri.

Doktor keluarga Zhuge meluru ke dalam dewan sementara orang ramai mula beredar dari hadapan pintu. Hamba-hamba daripada Istana Qing Shan melutut di hadapan pintu dengan raut wajah yang pucat dan penuh ketakutan.

Selepas beberapa ketika, doktor berjalan keluar dari pintu dewan berseorangan dan menyeru hamba-hamba di sekeliling, "Siapa Xing Er?"

Chu Qiao berdiri dalam khalayak ramai itu dengan tubuh badannya yang kecil molek dan raut wajahnya yang lembut. Dia berbisik sambil mengangkat tangannya, "Saya di sini, tuan."

Doktor itu hampir tidak dapat mempercayai bahawa Chu Qiao merupakan seorang anak kecil. Dengan terpana, dia berkata dengan nada goyah, "Masuk ke dalam, tuan muda keempat kata kamu hisap racun berbisa itu keluar dari pergelangan tangannya. Dia minta saya untuk periksa kamu sekali."

Terdapat kira-kira seratus hamba yang sedang melutut di hadapan pintu itu. Semua mata melopong melihat Chu Qiao.

Raut wajah Chu Qiao bertukar menjadi takut apabila dia melutut dan bersujud di hadapan tuan muda beberapa kali, berterima kasih atas simpati tuan muda itu. Setelah itu, dia mengikuti doktor keluarga Zhuge tersebut ke Dewan Xuan.

Di dalam kesejukan angin itu, gundik-gundik yang dahulunya hanya menyambut orang-orang berkuasa dengan baik dan menyambut hamba-hamba lemah seperti kuli kini terus bertukar pendapat mereka tentang Chu Qiao.

Beberapa ketika selepas itu, Chu Qiao berjalan keluar dengan raut wajah yang tenang, tanpa sebarang keangkuhan.

Apabila doktor itu beredar, Jin Cai dan Jin Chu, kedua gundik tersebut mengiringi beberapa orang hamba berkedudukan tinggi ke dalam dewan. Zhuge Yue bersandar di atas kerusinya. Dengan mata yang separuh tertutup, dia bertanya lembut, "Siapa yang bertugas di dalam kediaman ini pada hari ni?"

Jin Chu menoleh pandangannya ke arah Jin Cai. Mukanya pucat akibat ketakutan, dan dia tergagap, "Tuan Muda, saya, saya, saya cuma…"

"Tak perlu cakap lagi." Suara Zhuge Yue berdering dingin dan kuat. "Kau tahu peraturan di sini. Aku tak simpan hamba-hamba pemalas. Pergi ke bawah dan terima tiga puluh sebatan rotan. Lepas itu, hantar surat aku ke Istana An Jun untuk kau cari kerja lain."

Setelah mendengar kata-katanya itu, air mata Jin Chu mengalir keluar daripada matanya. Dia menangis sambil melutut di atas lantai, "Tuan Muda, tolonglah maafkan saya untuk kali ni, saya berjanji untuk tak buat lagi."

Zhuge Yue mengangkat kedua belah keningnya. Dua pengawal berbadan tegap berjalan ke hadapan dengan serta-merta dan mengheret Jin Chu keluar daripada dewan itu.

"Siapakah penjaga-penjaga pintu gerbang?"

Dua orang hamba melutut di atas lantai, badan mereka menggigil sambil bersujud hormat tanpa henti. Mereka berada dalam ketakutan yang amat sehingga mereka tidak dapat mengeluarkan sebarang bunyi.

Zhuge Yue membuka matanya untuk melihat kedua orang hamba tersebut. Dia lantas berkata, "Kamu berdua ke?" Dengan satu cemuhan, dia menyambung, "Selama hari ni, kamu berdua suka memukul orang lain. Kali ini, ambil rotan ini dan pergi ke telaga dan mula merotan masing-masing. Bila salah seorang daripada kamu mati, seorang lagi tak akan menerima apa-apa hukuman."

Kediaman itu menjadi senyap sepi, dan Zhuge Yue berasa marah disebabkan oleh pergelangan tangannya yang tercedera. Dia memasamkan muka dan memerintah, "Semua orang keluar! Tengok muka kalian pun aku dah naik angin."

Mereka yang lain kelihatan seperti mereka telah diampunkan. Mereka beredar dengan serentak. Kali ini, suatu suara kecil mendecit, "Tuan Muda, bolehkah saya menukar periuk yang megandungi rotan terbakar di luar Dewan Xuan?"

Zhuge Yue mengangkat keningnya, dan melihat ke arah suara itu.


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C10
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login