Download App
kisah perjalanan hidupku kisah perjalanan hidupku original

kisah perjalanan hidupku

Author: Muhammad_Akmal_99

© WebNovel

awal mula kelahiran ku

Aku lahir dalam keluarga yang miskin, aku mempunyai lima adik-beradik dan aku merupakan anak yang ketiga daripada lima orang adik-beradik. Hidupku pada awalnya begitu susah apabila ayahku tidak mempunyai pekerjaan setelah majikan yang dia berkerja dulu mengalami kemerosotan ekonomi sehingga mereka terpaksa membuang sebahagian besar pekerja termasuklah ayahku namun mereka tidak begitu kejam kerana mereka sanggup mengambil risiko membayar ganti rugi kepada perkerja yang telah dibuangnya.

Sebenarnya aku tidak sangka bahawa ada majikan yang sanggup mengambil risiko demi untuk membayar ganti rugi. Aku tahjub dan tabik kepada mereka kerana mereka sanggup mengambil risiko ini demi menjaga bekas pekerjanya. Aku sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada mereka setelah memberhentikan ayahku sehingga menyebabkan kami sekeluarga kesulitan untuk menampung hidup. Aku telah di didik untuk tidak membalas dendam atau berburuk sangka terhadap mereka. Aku sudah tahu dan bersangka baik terhadap mereka bahawa mereka juga perlu wang seperti kami juga, mereka juga mempunyai masalah tersendiri untuk diselesaikan dan ada masa bisnes mereka merosot.

Pada masa itu, aku baru berusia belasan tahun dan ketika itu, aq masih anak bongsu yang manja terhadap ibu dan ayahku. Sebenarnya aku lebih banyak mendapat kasih sayang seorang ibu kerana aku lebih akrab dengan ibuku. Setelah satu minggu ayahku diberhentikan, masih belum mendapat pekerjaan sehingga kerluarga kami sudah tidak rapat seperti dulu. Dulu kami hidup dalam kegembiraan, gelak tawa dan berkongsi kasih namun setelah peristiwa itu hidup Kami berubah tidak seperti dulu, aku berharap 😭 kami sekeluarga mampu kembali seperti dulu. Dalam satu minggu itu, kami makan berjimat cermat kerana itulah sisa duit kami daripada ganti rugi yang diberikan kepada kami setelah ayahku diberhentikan. Kami hanya makan nasi satu kali sehari, lauk ikan kering dan ulam dikutip dalam hutan yang berdekatan dengan rumah. Aku ketika itu, masih tidak tahu keadaan kami maklumlah aku masih belasan tahun. Aku terlalu ego, aku berusaha keras untuk makan yang sedap-sedap apabila aku melihat kawan-kawan ku makan. Aku sebenarnya sudah tahu betul keadaan, setelah ibuku memberitahu ku bahawa ayahku tidak mempunyai pekerjaan. Ketika itu aku sudah sedar namun aku terlalu ingin makan seperti kawan kawan ku walaupun itu sekadar mimpi. Aku berusaha keras, menangis 😭 meraung😫 dan merosakkan benda yang ada di sampingku dengan harapan mampu makan seperti mereka.

Dengan keadaan aku yang meraung dan menangis, ibuku terpaksa menghabiskan sejumlah wang yang mampu menyara kami untuk satu minggu. Kerana kasih sayang seorang ibu yang melihat anak meraung dan menangis itu, terpaksa berkorban demi anak tercinta. Bagi seorang ibu anaklah hadiah yang paling bernilai yang dianugerahi oleh Allah SWT @ tuhan. Ketika aku menangis aku tidak mengharap lebih daripada itu, hanya aku ingin dipujuk dan diberikan gula-gula sahaja namun sangkaan aku meleset kerana ibuku sanggup berhabis duit membeli makanan yang aku minta. setelah itu, ibuku membelinya dan memberi kepadaku aku tidak banyak lalu aku makan dan aku bergumang sendiri inilah kali pertama dan terakhir bagiku untuk makan makanan yang lazat ini, tanpa aku sedar aku telah menghabiskan semua makanan tersebut tanpa tersisa. Aku menoleh dan melihat ibuku lalu aku melihat senyumannya gembira melihat aku makan dengan rakus dan Lahab sekali. Aku tanpa sedar pergi kepada ibuku lalu menangis, ibu maafkan aku, aku tahu aku salah meminta barang yang tidak mampu dibeli namun ibu sanggup bergadai bagi membeli makanan tersebut, aku tidak sanggup lagi melihat mu bersusah-payah, aku janji tidak lagi meminta-minta kerana aku tahu aku akan menyeksa mu wahai ibuku tercinta. tiada lagi sesalan daripadaku aku berusaha keras mencapai apa yang dingin oleh ibuku namun sayang aku tidak pintar, aku tidak mampu menjadi yang terbaik, "aku menangis " "menangis " aku menangis dan " terus menangis" aku kenapa? kenapa? "aku tidak dilahirkan pintar" aku ingin melihat ibuku gembira "aku tidak sanggup lagi melihat dia menderita" aku ingin membuatnya gembira dengan pencapaian ku ini namun itu hanyalah mimpi kerana aku tidak pintar. setelah aku pulang aku membawa sebuah kertas yang bertulis aku lulus namun tidak berjaya untuk skor yang terbaik iaitu A+ plus plus dalam ujian aku pulang sambil menangis" aku menangis di samping ibuku" aku berkata oh ibu maafkan aku "aku tidak berjaya" aku menghampakan mu Walaupun kau telah berkorban nyawa harta dan segalanya untuk aku, " hanya dengan ini aku mampu menggembirakanmu" namun aku silap "aku tidaklah pintar, hanya yang aku mampu adalah lulus semua mata pelajaran yang aku ambil " ya aku lulus" semua sekali subjek , kemungkinan besar aku bisa melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.

Setelah hampir satu bulan kami mengalami kesulitan dalam menghidupkan keluarga kami akhirnya penantian selama lebih satu bulan berbayar setelah ayahku mendapat pekerjaan yang selayaknya. Pekerjaan tersebut mampu menampung kami sekeluarga selain itu, datang lagi rezeki daripada Allah SWT @ tuhan setelah aku mendapat kan tawaran sambung belajar di universiti putra Malaysia dengan ijazah sarjana muda sains sukan dan ijazah sarjana muda perniagaan. Dengan tawaran tersebut aku merasa perit dan sengsara terbayar. Betul kata orang Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa tahu. Setelah aku mendapat tawaran tersebut aku bersyukur kepada Allah @ tuhan kerana penat lelah ku belajar Sian dan malam dengan bermodalkan pelita kapur dan tikar mengkuang ketika belajar. Saat aku belajar aku selalu terlena kerana setiap malam aku terpaksa belajar dalam keadaan samar-samar selain itu, aku harus menjaga adik-adik ku yang masih kecil daripada gigitan nyamuk namun kebaikan cikgu Kartini selalu menegur ku dan memberi semangat kepada ku untuk terus kuat bagi menempuh ujian. Bagi aku cikgu Kartini amat peduli kepada Walaupun kelihatan di luar sangat tegas dan garang. Selain itu, aku harus berterima kasih kepada cikgu Dalina kerana selalu menghulurkan sedikit wang walaupun aku tidak mahir dalam subjek yang diajari nya. Aku bersyukur kerana di berikan cikgu yang baik dan prihatin terhadap anak murid nya. Aku mengambil keputusan untuk belajar bersungguh sungguh demi menghidupkan keluarga kami agar lebih baik. Aku tidak mahu adik aku merasai keperitan hidup yang aku tempuhi ini sekarang. Bagi aku, adik merupakan hadiah yang tidak ternilai selain itu, adik merupakan sumber untuk seorang abang untuk memperjuangkan pergorbanan agar adik-adik nya mampu hidup lebih selesa.

Setelah mendapat tawaran tersebut aku menerima nya lalu , aku berangkat untuk melanjutkan pelajaran ku sehingga ke menara gading. Aku berusaha sedaya upaya untuk terus maju walaupun banyak halangan yang perlu di hadapi. Dalam hal ini, aku tinggal di asrama dengan misi untuk mengubah keluarga. Setelah beberapa bulan, aku gagal untuk berpegang teguh kepada prinsip ku iaitu misi untuk mengubah kehidupan keluarga kami. Aku lalai dengan permainan dunia terutama wanita, aku gagal menjadi anak yang dibanggakan selain itu, aku mencemarkan maruah keluarga dengan melakukan perkara yang tidak baik seperti meminum arak, menari, berkaoroke dan berpeluk dengan wanita di kelab malam. Sebenarnya dulu masa masuk universiti aku seorang pelajar yang baik, pelajar teladan, rajin dan aku merupakan orang pertama berjaya mendapat anugerah dekan di awal sem atau semester satu namun aku di butakan dengan perkataan kawan. Cerita ini bermula ketika kawan mengajak ku untuk pergi ke kelab malam, pada awalnya aku menolaknya untuk pergi bersama mereka namun mereka mengatakan " jika kau kawan kami maka ikutilah, jika kau bukan kawan kami maka janganlah ikut ". Dengan perkataan tersebut aku tersentap lalu aku pergi mengikuti mereka dan mengatakan ini kali terakhir aku mengikuti kamu semua ke kelab malam kerana aku ingin berjaya dan membuat hidup kami selesa. ok jawap kawan ku. Namun aku silap aku lelaki biasa , aku bukan sempurna dan aku tidak mampu untuk menolak godaan wanita cantik sehingga aku setiap hari, aku menuju kelab itu akhirnya aku mengabaikan pelajaran. Setelah beberapa bulan kemudian keluarga aku mendapat surat dari universiti bahawa aku akan di buang kerana aku selalu tidak hadir ke kelas selain itu, aku tidak membayar wang untuk menjalani peperiksaan kerana aku berjoli @ bermain di kelab malam. Setelah surat tersebut ditangan ibu dan ayahku di minta untuk pulang sesampai aku ke rumah aku di tampar oleh ayah ku dan dia berkata kau sudah bukan anak aku, " aku tersentap lalu air mata aku mengalir aku perasan ". Dengan suara kau, bukan anak aku membuat aku gementar dan terdiam. Ibu berbicara apa yang kamu buat ini, apakah kamu tidak mengerti kondisi kita sehingga kau meruntuhkan sendiri impian mu itu, aku tidak mengajar mu semua itu, namun kau lakukan. Ibu ibu maafkan aku, aku tahu, aku buat silap aku tahu, aku telah meranapkan impian mu, aku minta maaf, aku tahu, aku buat kesilapan sehingga menhancurkan impian mu, aku bukan manusia sempurna sejujurnya aku tidak bisa melawan nafsu sehingga membuat aku lari daripada prinsip hidup aku, aku terlena dengan perkataan kawan. Aku sebenarnya sunyi tanpa kehadiran kawan sehingga membuat aku dipergunakan oleh kawan sendiri yang telah aku anggap sebagai sahabat sejati akhirnya, aku tahu mereka hanya ingin menghancurkan hidupku, mereka tidak mahu aku gembira dan hidup senang sebab itu, mereka membuat aku lari daripada prinsip hidupku. Setelah peristiwa itu, aku tidak lagi berhubungan dengan mereka, aku selalu sendiri, belajar sendiri, makan sendiri dan tidur sendiri. Peristiwa tersebut membuat hidupku takut untuk menjalin hubungan pertemanan, aku sudah serik dengan perkataan kawan selain itu, peristiwa tersebut membuat aku semakin kuat untuk terus berjuang untuk mencapai cita-cita ku yang belum. Setelah hampir sem terakhir aku di datangi oleh seorang wanita , dia berkata aku selalu memperhatikan kamu dari jauh pada awal sem sehingga kini, aku kagum dengan kamu mampu bangkit dari ketempurukkan. Setelah berbual wanita tersebut memperkenalkan namanya kepada ku namanya adalah siti Syahirah dan usianya sama dengan diriku iaitu dua puluh satu tahun. Siti Syahirah merupakan wanita cantik, baik dan sopan, dia terlihat seperti malaikat tidak bersayap. Setelah hampir dua minggu kami berkawan akhirnya bibit-bibit percintaan muncul dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk bercinta. Aku tidak bagitahu ibu bapa ku tentang percintaan ku dengan Siti syahirah biarlah masa menentukan semuanya. Percintaan kami cukup romantik dengan selalu memberi sokongan, motivasi dan mengambil berat antara satu sama lain. Selain itu, kami selalu menghabiskan waktu di bukit bukau, tebing-tebing sungai dan tempat-tempat yang untuk melihat keanggunan ciptaan Allah @ tuhan. Percintaan kami tidak menjejaskan prestasi kami dalam belajar tapi sebaliknya membuat kami semakin bersemangat dan meningkatkan prestasi sehingga kami mendapat anugerah dekan berturut-turut sehingga akhir sem Selain itu, dalam pelajaran kami selalu mendapat skor A+ dalam semua mata pelajaran. Dalam percintaan kami, kami selalu menyelitkan elemen pelajaran walaupun kami masih dalam percintaan. Orang kata cinta bukan penhalang bagi kami untuk berjaya. Setelah tamat pengajian, kami berpisah untuk sementara waktu sehingga salah seorang daripada kami berjaya mencapai cita-cita selain itu memberi ruang untuk memulakan kehidupan sebagai seorang dewasa yang memikirkan perkerjaan. Aku begitu bertuah setelah tamat pengajian aku mendapat tawaran daripada syarikat besar iaitu AKMA iaitu singkatan daripada Agensi Kebangsaan Malaysia Antarabangsa. Aku berkerja sebagai jawatan sales manajer walaupun itu bukan bidang yang aku ceburi. Aku dalam hati berkata tidak mengapa kerana ini ujian ku, adakah aku mampu melakukan sesuatu walaupun itu bukan keahlian ku akhirnya aku berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Beberapa bulan setelah itu, aku berkerja di syarikat AKMA, aku akhirnya berjaya menarik keuntungan dua kali ganda daripada sebelumnya sehingga membuatkan aku di beri gelaran sang rockie daripada Boss kami. Gelaran itu, khas untuk para pemula yang mampu meraih kejayaan setelah beberapa bulan berkerja. Setelah aku berjaya di syarikat tersebut, aku teringat kepada teman wanita ku, sekarang dia tengah buat apa. Pada masa sama, setiausaha aku menunjukkan sehelai surat khabar dengan terpapar bertajuk wanita pertama Malaysia berjaya mendapat title ratu wanita antarabangsa. Aku terkejut dan tersenyum. Kau sudah berjaya ya, aku tahu kau mampu, kau selalu ingin menjadi yang pertama, dan sekarang tiada siapa yang dapat menandingi mu.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C1
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login