Angin dingin menampar wajah ketat wanita yang sedang duduk di bangku yang telah disediakan. Tangan yang terletak elok di sisi, digenggam sehingga menampakkan urat-urat yang sememangnya jarang timbul pada tangan mulus wanita itu. Riak wajah yang tidak berperasaan, menghiasi wajah cantik wanita itu. Jarum berdetik menandakan masa berjalan pantas. Menunggu ketibaan hakim untuk memulakan sesi perbicaraan.
Suasana di dalam mahkamah tersebut tidak ubah seperti di perkuburan kubur. Suram. Dalam keadaan genting itu, kesemua hadirin nampak tenang namun perasaan cemas mula bertandang dalam hati saat menunggu perbicaraan bermula. Apabila seorang inspektor memberi arahan untuk para hadirin berdiri, hakim mula memunculkan diri disebalik pintu utama bilik perbicaraan.
"Mahkamah bangun!"
Setelah memberi salam, hakim menempatkan dirinya di posisi yang telah ditetapkan sebelum jurubahasa mula berbicara.
"Di dalam Mahkamah Tinggi Persekutuan, kes bernombor 57-08-2023, kes Pendakwaraya lawan Syed Riyyadh Al Mateen Bin Syed Mohktar Al Amin"
Tertuduh yang dinyatakan dibawa ke kandang tertuduh diiringi polis mahkamah.
Kini pendakwaraya mula bersedia bagi melontarkan hujahnya di hadapan hakim dan para hadirin.
Dengan riak beku dari wanita itu, dia mula berbicara.
"Yang Arif, saya Wardina Zahra Binti Jeffri bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya, dibantu oleh Megat Nadzhan Bin Abdul Halim yang juga merupakan Timbalan Pendakwa Raya dan di pihak pembelaan, tertuduh, Syed Riyyadh Al Mateen Bin Syed Mokhtar Al Amin diwakili oleh Encik Ahmad Nasrullah, selaku Peguambela. Yang Arif, saya memohon pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh"
Setelah itu, jurubahasa bangun dan Wardina menghulurkan borang pertuduhan kepadanya. Setelah borang tersebut bertukar tangan, lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an itu memulakan hujahnya.
"Bahawa kamu, Syed Riyyadh Al Mateen Bin Syed Mokhtar Al Amin, pada 27 haribulan Mei 2016 lebih kurang pukul 9 malam bertempat di Wallcoast Residence, Petaling Jaya dengan sengaja telah melakukan pembunuhan menggunakan senjata api iaitu sepucuk pistol ke atas Tan Sri Jeffri Bin Mohamad. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574). Jika disabit kesalahan, kamu boleh dihukum gantung sampai mati"
Riyyadh memandang kosong ke arah Wardina yang dari tadi tidak berganjak dari posisinya. Beku. Sedikit pun tidak ada rasa sedih di atas pertuduhan yang dilakukan pada suaminya itu. Ya. Riyyadh adalah suami kepada Wardina yakni pembunuh ayahnya. Kerana sebal, Wardina sudah tawar hati dengan suaminya. Berita mengenai pembunuh ayahnya yang sudah berjaya ditangkap, benar-benar meruntun hati wanitanya. Suami yang selama ini menjadi sumber kekuatan, rupanya seorang pembunuh misteri ayahnya.
Selama satu tahun mereka menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri, hanya sisi baik suaminya yang dia ketahui. Riyyadh sungguh bertanggungjawab sebagai seorang suami. Dia menjadi sumber kekuatan di saat Wardina hilang punca mengenai kes pembunuhan ayahnya. Bertahun dia mencari dalang disebalik kes itu, selama itu juga insan yang dicarinya itu ada disisi. Kebenaran yang pahit untuk ditelan, akhirnya memusnahkan mahligai cinta yang dibina.
"Adakah kamu faham dengan pertuduhan ini?" sambung jurubahasa itu lagi.
"Saya faham" balas Riyyadh. Matanya tidak lepas dari memandang susuk tubuh si isteri.
"Kamu mengaku bersalah atau minta bicara?"
Saat soalan itu keluar dari mulut si Jurubahasa, Wardina kembali menoleh ke arah sang suami. Jelas riak harapan terpancar dari mata bundar Riyyadh. Mata yang dahulunya menjadi tatapan indah buat Wardina. Namun tidak lagi kini.
"Saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan" balas Riyyadh dengan yakin.
Kemudian, hakim mula berbicara dengan pendakwa raya. Wardina menyimpan perasaan geram. Sungguh, dia hanya mahu lelaki itu disumbatkan ke dalam lokap. Tidak perlu lagi perbicaraan seperti ini. Apa lagi bukti yang dia mahu kemukakan? Namun Wardina tetap tenang dan membalas soalan Yang Arif.
"Baiklah. Pihak pendakwa raya, adakah kamu telah bersedia untuk prosiding selanjutnya?"
"Ya, Yang Arif. Pihak pendakwa raya akan mengemukakan tiga orang saksi pendakwaan. Kami memohon kebenaran mahkamah yang mulia ini untuk memanggil saksi yang pertama (SP 1) iaitu Inspektor Zer Qaiden untuk memberi keterangan"
Tidak lama kemudian, Inspektor Qaiden berjalan masuk ke kandang saksi. Kemudian, polis tersebut mengangkat tangan tanda untuk bersumpah.
"Bahawasanya, saya Zer Qaiden, dengan sesungguhnya mengaku bahawa segala keterangan yang akan saya nyatakan dalam perbicaraan ini adalah benar dan tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar belaka"
Wardina mengetap rahang. Pandangan penuh makna Qaiden diberikan kepadanya. Dengan riak wajah yang dikawal sebaik mungkin, Wardina mengisyaratkan Qaiden supaya menyatakan butiran dirinya kepada umum.
"Nama saya Zer Qaiden Bin Fakhrullah, berumur 36 tahun dan bertugas sebagai Pegawai Penyiasat di IPD Bukit Aman"
"Apa tujuan Inspektor hadir ke mahkamah pada hari ini?" soal Wardina setelah Qaiden selesai memperkenalkan diri. Wajah lelaki itu ditenung dengan pandangan penuh benci. Jelas sudah lelaki itu datang bagi memihak kepada sepupunya, Riyyadh. Untuk itu, Wardina merasa tidak puas hati kerana Qaiden beria-ria ingin menjamin pembunuh ayahnya itu.
"Untuk memberi keterangan berdasarkan kes pembunuhan Tan Sri Jeffri"
Mata helang Wardina dikalihkan pada wajah pan-asia Qaiden. Demi kebaikan dan masa depan sepupunya, dia harus membuktikan bahawa pertuduhan tersebut salah dan tidak releven pada Riyyadh. Sungguhpun niatnya itu mungkin mustahil gara-gara kehadiran Wardina sebagai orang penting dalam perbicaraan ini, ia tidak bermaksud Riyyadh tidak boleh dibela.
Selama perbicaraan itu berlangsung, Qaiden tidak kalah dalam membela Riyyadh termasuklah peguambela yang mereka upah. Kedinginan yang terserlah dari Wardina benar-benar membuktikan bahawa wanita itu tidak berpuas hati dengan bukti yang dikumpul Qaiden. Sebagai seorang anggota polis, Qaiden juga merupakan penyiasat persendirian. Segala informasi mengenai jenayah Tan Sri Jeffri diketahuinya melalui Riyyadh.
Benar. Tan Sri Jeffri yang dianggap mulia pada mata awam, hanyalah syaitan yang bertopengkan manusia. Walau bagaimanapun, Wardina tidak mengetahui akan kebenaran itu. Dia dibutakan dengan rasa sakit dan kecewa di atas kematian ayahnya. Tambah lagi Riyyadh terlibat dengan kes pembunuhan tersebut.
"Sebelum kejadian berlaku, apa yang membuatkan tertuduh datang ke kondo mewah Tan Sri Jeffri?" soal Wardina dengan gaya profesionalnya.
"Tertuduh mendapat panggilan kecemasan daripada adik perempuannya"
Jelas riak terkejut terbias dari wajah ayu Wardina. Dia tidak menyangka Riyyadh mempunyai adik perempuan. Mengapa mereka tidak pernah bertemu selama ini? Dan apa kaitannya adik perempuan Riyyadh dengan bapanya? Namun Wardina lebih bijak untuk menyembunyikan perasaannya saat itu.
Qaiden yang perasan akan hal itu, menyembunyikan senyum. Wajah letih Riyyadh dipandang sekilas sebelum dia menumpukan sepenuh perhatiannya.
"Apa yang adik perempuan tertuduh mahukan sehingga menyebabkan tertuduh terpaksa ke kondo Tan Sri Jeffri?"
Qaiden diam sesaat. Kebenaran yang bakal diluahkan sebentar lagi akan melukakan jiwa Wardina. Qaiden yakin. Begitu juga Riyyadh. Pada mulanya, Riyyadh berkeras supaya kebenaran yang disimpan rapi selama ini tidak dibongkarkan di mahkamah. Riyyadh terlalu menyayangi Wardina. Dia tidak mahu sekeping hati rapuh wanita itu hancur semuanya saat kebenaran mengenai kisah silam bapanya dibuka kembali.
Saat menoleh ke arah Riyyadh yang masih memerhatikan Wardina dari kandang tertuduh itu, Qaiden melepaskan nafas berat. Dalam fikirannya, adakah Wardina akan menerima semula Riyyadh dalam hidupnya jika Riyyadh tidak bersalah? Mampukah Wardina menggalas segala beban kekecewaan setelah mengetahui siapakah bapanya yang dulu? Dosa silam Tan Sri Jeffri bakal menghantui jiwa wanita itu.
"Tertuduh mendapati adik perempuannya diculik oleh Tan Sri Jeffri dan dibwa ke kondo mewahnya"
Riyyadh yang berada di kandang tertuduh, hanya menanti riaksi daripada isterinya. Ternyata wajah Wardina berubah mendung sebelum ekspresi mukanya kembali dingin. Riyyadh akui, isterinya memang bijak menyembunyikan rasa. Masakan tidak jika dia berlajar dari yang pakar? Riyyadh tersenyum sumbing.
"Yang Arif, sebagai anak kepada arwah Tan Sri Jeffri, saya tidak bersetuju dengan kenyataan Inspektor Qaiden sebentar tadi. Saya kenal arwah bagaimana orangnya" jelas Wardina dengan lantang. Wajah Qaiden dijeling tajam sebelum tumpuannya kembali kepada sang hakim.
Namun, sebelum hakim sempat memberi kata putus, Nasrullah, si peguambela mencelah laju.
"Izinkan saya, Yang Arif"
Jika tadi Wardina mampu menyembunyikan rasanya dalam hati, kini wajahnya jelas menunjukkan dia benar-benar tidak percaya dengan kenyataan saksi pertama tadi. Bukti apa? Atau mereka sengaja ingin memalsukan kebenaran hanya kerana ingin Riyyadh diikat jamin? Wardina mengepalkan penumbuknya. Rasa sakit kembali menerjah sanubari.
"Permohonan diizinkan"
Kini, Nasrullah menguasi pertarungan. Sebagai peguambela, dia ingin majikannya dijamin. Jauh dilubuk hatinya, Riyyadh bukanlah pesalah yang perlu dijatuhkan hukuman berat. Dia juga terlebih dahulu telah mengetahui akan kebenaran di sebalik kes ini. Kini, dia harus menjalankan amanahnya.
"Inspektor Qaiden mengatakan bahawa tertuduh menerima panggilan kecemasan daripada adik perempuannya, bukan?"
Apabila Qaiden mengangguk, Nasrullah kembali kepada penyiasatan.
"Apa bukti yang menunjukkan panggilan itu dibuat oleh adik tertuduh?"
Qaiden tersenyum sinis sebelum menjawab dengan tenang. Nasrullah yang hanya tenang itu, dipandang penuh makna.
"Setelah kejadian, saya mendapatkan telefon pintar tertuduh dan memeriksa segala panggilan yang pernah dibuat pada hari itu"
Wardina menantikan ayat seterusnya. Hatinya berdebar menunggu kebenaran yang dia sendiri tidak pernah tahu. Mengapa hatinya rasa tidak tenang? Apa yang Riyyadh sembunyikan selama ini dari pengetahuannya?
"Jadi, adakah benar ada panggilan yang dibuat semasa hari kejadian?"
Wardina memejamkan mata saat jawapan yang paling digeruninya meniti keluar dari bibir Qaiden.
"Ya"
Sejurus itu, lamunan Wardina terhenti saat hakim mula bersuara.
"Pendakwa raya, sila mulakan soal siasat. Inspektor, sila serahkan telefon pintar itu kepada pendakwaraya"
Dengan hati yang gagah, Wardina menyambut huluran telefon pintar yang telah disimpan kemas dalam beg plastik lutsinar. Jelas ada sticker yang menandakan bahawa ia merupakan bahan bukti yang dikumpul oleh para penyiasat. Berpegangkan kekuatan dan doa dalam hati, Wardina memulakan bicaranya.
"Jadi, Inspektor. Ini merupakan bukti berdasarkan siasatan yang telah dilakukan oleh Inspekor sebelum ini?"
Qaiden mengangguk seraya membalas, "Ya"
"Inspektor yakin telefon pintar ini bukan bahan rekaan? Sim card juga boleh ditukar demi menyelamatkan diri sendiri" Jelingan maut sempat diberikan kepada Riyyadh.
Namun belum sempat Qaiden membalas, Nasrullah pantas mencelah dengan nada tidak puas hati.
"Bantahan, yang Arif. Soalan pendakwa raya tidak releven dengan situasi yang dibincangkan ketika ini"
Wajah Wardina kembali garang dengan kenyataan peguambela Riyyadh itu. Apa yang tidak relevennya? Dia ada hak untuk tahu! Yang kena bunuh bapa dia!
Riyyadh sedar perbicaraan ini terlalu berat untuk diselesaikan. Lihat sahaja sikap Wardina sekarang. Dia berkeras untuk memilih tidak percaya dengan bukti yang dikemukan Qaiden. Tangan yang masih bergari, digenggam menjadi penumbuk. Urat mula timbul dibelakang tapak tangan Riyyadh. Dia kesal. Kesal kerana buat hidup wanita ini merana.
Hakim yang kelihatan lebih tenang itu, cuba untuk menenangkan amarah kedua pihak. Keadaan sudah semakin keruh, dia tidak mahu berlaku pergaduhan saat itu. Lebih baik dia bertindak sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.
"Bantahan ditolak. Inspektor, sila jawab pertanyaan pendakwa raya"
Wardina tersenyum kemenangan. Wajah kelat Nasrullah dijeling sekali sebelum tumpuannya kembali terarah kepada Qaiden.
"Saya yakin telefon yang ada pada tangan Puan, ialah telefon Riyyadh. Mungkin Puan lupa, tapi disebabkan telefon ini telah diambil untuk bahan bukti, Riyyadh terpaksa beli yang baharu. Termasuk sim card yang baharu"
Saat mata Wardina bertembung dengan Riyyadh, segala tembok yang memagari jiwanya roboh sekelip mata. Pandangan yang diberikan Riyyadh menyimpan 1001 rahsia. Jauh di dalam lubuk hatinya, Wardina mahu percayakan bukti yang berada di tangannya itu. Namun kerana dendam kesumat terhadap pembunuh bapanya, Wardina terpaksa membutakan hati demi mencari keadilan.
"Dan Yang Arif, kami juga mempunyai bukti lain yang kukuh untuk mengatakan bahawa Tan Sri Jeffri merupakan dalang di sebalik kes ini"
Kenyataan yang keluar dari mulut Qaiden, menyentakkan Wardina dari lamunan. Apa lagi bukti yang mereka ada ni? Jiwanya meronta supaya Qaiden berhenti membuka mulut. Namun apakan daya? Prosedur tetap prosedur. Undang-undang perlu dijalankan. Tidak kira kebenaran itu pahit atau manis.
"Silakan, Inspektor"
Seraya itu, Qaiden mengeluarkan satu fail besar dari beg plastik yang dibawanya bersama. Dia terus membuka fail tersebut dan mengeluarkan satu sampul surat berserta beg plastik kecil lutsinar yang di dalamnya terdapat sebiji telefon pintar dan alat perakam suara. Bukti itu sudah cukup membuatkan lutut Wardina lemah. Jiwanya memberontak ingin menidakkan bukti yang berada di depan mata.
Telefon pintar itu sememangnya kepunyaan bapanya.
Jika benar ayahnya merupakan dalang di sebalik kes ini, mengapa Riyyadh tidak membela diri 4 tahun yang lepas? Sewaktu Wardina mengheretnya ke lokap dahulu? Ya Allah....
Jantung Wardina mengepam laju. Adakah tindakannya yang lalu telah menganiaya suami sendiri? Dan apakah yang dilakukan oleh Tan Sri Jeffri ke atas adik perempuan Riyyadh?
HAI SEMUA!!!
Author harap readers semua enjoy baca karya melayu first saya ni and kalau korang layan novel plus, karya ni pon sy ada publish kan jugal
Kalau korang suka karya ni, jangan lupa comment and share tau!
Muahhh<3 Happy Reading